PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH

BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH
BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH, ISU SEMASA, Kisah Cikgu ieta dan isu semasa, Lembaga Zakat Selangor, keyboard warrior, Lembaga Zakat, Blogger
Entri ni dah lama tersimpan dalam deraf sebenarnya. Kecoh dan heboh awal tahun lalu isu OKU yang viral di laman sosial. Baru-baru ni, rakan-rakan saya juga turut bertanya saya kebenaran di sebalik isu itu melalui whatsapp. Hari ni baru dapat saya kongsikan.

Tanpa mengubah sedikit pun mari baca kisah di sebaliknya yang saya ambil dari fanpage Lembaga Zakat Selangor melalui Warga Prihatin. Entri ini bertujuan memaparkan kebenaran kisah di sebalik Viral oleh manusia tidak bertanggungjawab.



Alhamdulillah segala kekeliruan yang berlaku antara LZS dan Puan Wati, Ibu OKU yang menjadi viral sejak akhir-akhir ini telah terungkai. 


Kami ambil keputusan untuk bersama-sama LZS, PPZ dan Baitulmal WP dan beberapa pihak lain menziarahi beliau setelah menerima terlalu banyak maklum balas dari pihak-pihak lain yang telah membuat siasatan sendiri. Beberapa daripadanya mengakui telah membantu beliau sejak sekian lama.


Bagi mereka yang ternanti-nanti hasil pertemuan itu, maka ingin kami kongsikan secara ringkas sahaja agar tidak menimbulkan fitnah, membuka aib dan boleh mengeruhkan suasana. Itu juga atas nasihat dari LZS, 


BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH, ISU SEMASA, Kisah Cikgu ieta dan isu semasa, Lembaga Zakat Selangor, keyboard warrior, Lembaga Zakat, Blogger

BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH, ISU SEMASA, Kisah Cikgu ieta dan isu semasa, Lembaga Zakat Selangor, keyboard warrior, Lembaga Zakat, Blogger

BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH, ISU SEMASA, Kisah Cikgu ieta dan isu semasa, Lembaga Zakat Selangor, keyboard warrior, Lembaga Zakat, Blogger

1. Kami ucap tahniah kepada team pegawai dari LZS, PPZ dan Baitulmal Wilayah Persekutuan atas ketinggian kualiti siyasah dan budibicara mereka semasa pertemuan tadi.


2. Kami puas hati dan sekali lagi mengucapkan syabas dan bersyukur kerana LZS dan Baitulmal WP telah menjalankan tanggungjawabnya dalam membantu Puan Wati selama ini.

3. Segala bantuan yang Puan Wati perlukan telah lebih dari cukup. Bukan sahaja hasil bantuan yang banyak dari LZS, tetapi juga dari terlalu ramai individu, korporat, NGO, termasuklah dari sebuah rumah asnaf seperti kami yang wakilnya turut bersama dalam pertemuan tadi.


4. Apa yang dilapurkan oleh Puan Wati kepada pihak akhbar dan TV, juga sebaran TEKS SMS beliau disahkan tidak tepat, tidak lengkap malah ada yang mengelirukan. Ini agak menyedihkan kerana itu adalah sumber berita langsung dari dirinya yang kita ambil kira dalam membuat keputusan untuk membantu.


5. Tawaran untuk mengajak beliau tinggal di RPWP juga dirasakan tidak perlu lagi kerana kami dapati pangsapuri beliau ada lift dan rumah beliau juga jauh lebih selesa dari sarana yang kami ada.


6. Kami ingin menyeru sekali lagi seperti yang pernah kami seru sebelum ini agar kita tidak mengutuk dan mencaci institusi zakat yang menjadi sarana maliah dalam sistem agama kita ini.


7. Kami sendiri turut terpanggil untuk memohon maaf sekiranya ada bahagian dari artikel kami telah disalah tafsir dalam usaha untuk membantu asnaf ini. Sepertimana yang kami katakan sebelum ini, kami tidak sedikitpun berniat, malah melarang masyarakat dari merendah-rendah peranan Lembaga Zakat.


8. Kami juga bersyukur kerana pihak LZS sangat terbuka dan sudi menerima teguran atau kritik membina yang bersifat akademik, dan tidak sekali-kali kerana sesuatu di luar dan keluar dari kepentingan agama Allah. 


9. Kami sendiri berazam untuk bekerjasama dan bahu membahu dengan institusi zakat selaku mata dan telinga masyarakat di media sosial ini. Yang baik kita katakan baik dan kita puji. Yang buruk akan kita katakan buruk dan sama-sama kita nasihati. Ini sesuai dengan perintah Allah agar kita BERKERJASAMA/TOLONG MENOLONG DALAM MEMBUAT KEBAJIKAN

10. Page Warga Prihatin dan Saiful Nang (yang sememangnya agak sarcastic) adalah dua entiti yang berbeza walaupun beliau adalah salah seorang dari pengasas kami. Oleh itu, jika ada kapsyen yang dibaca dari page beliau ketika kongsikan artikel kami yang kurang enak, kami pohonkan ampun juga bagi pihak beliau yang kini sedang berada di luar negara. Bagi kami, mulut beliau memang pedas, tetapi hatinya sangat baik.

KESIMPULAN

Terlalu banyak kes permohonan bantuan yang didapati tidak telus dan meragukan. Sebahagiannya malah didapati 100% palsu dan merupakan scam berprofail tinggi.


Selepas ini kami akan lebih berhati hati, demi menjaga amanah para 'pemberi' dan demi memastikan setiap titik peluh dan susah payah kami berkerja dan berniaga mengumpul dana anak yatim dan asnaf di bawah tanggungan kami ini tidak disalah guna. 


Golongan asnaf dan fakir, anak-anak yatim kami terpaksa berpuasa dan menahan diri agar kami mampu berbakti. Tetapi sedih juga apabila ada orang yang ditolong rupanya jauh lebih mewah dan boros dari kita. 


Kami sendiri tidak beli baju raya... hanya pakai baju lama, baju 'kotak', pakaian terpakai pemberian orang ramai dan uniform RPWP yang di'recycle' sahaja. Tetapi ada 'peminta sedekah' yang menerima puluhan ribu sumbangan duit raya. Skandal yang dipaparkan di TV dan media, juga apa yang kita lihat dijalanan antara buktinya.


Lebih kecewa lagi apabila tahu ada 'penaja' di sebalik cerita yang turut mengaut untung dari perit jerih orang lain dengan jalan mudah (bukan merujuk kepada kes Puan Wati). 


Inilah antara pengalaman yang kami alami sendiri. Maklumlah... dunia akhir zaman, manusia tidak lagi peduli dari mana rezeki mereka diperolehi.


Kepada yang sudah terlanjur memberi terus kepada akaun Puan Wati kami pohon halalkanlah. Yang menitipkan melalui kami dan ingin kami mengembalikannya semula silalah hubungi kami. 


Jika tidak, sila ubah niat/akad pemberian itu samada untuk dimasukkan ke tabung anak yatim dan asnaf RPWP, atau untuk projek pembangunan Kota Ilmu Akademi Insan (KIAI) PRIHATIN di Lenggeng. 

Marthotillah,

WARGA PRIHATIN

BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH baru teguh peribadi kita selaku muslim. Usaha murni Warga prihatin ni, wajar dicontohi. Namun Dendam kesumat, hasad dengki dan busuk hati, hasut menghasut, umpat mengumpat masih berleluasa dalam diri insan tertentu, tak puas hati posting sana sini ibarat dahagakan perhatian, akhirnya akan dipandang hina. Jadi, saya sarankankan... buanglah jauh-jauh sikap buruk tu. Jika kita sibuk mencari salah dan silap orang lain walhalnya berpunca dari diri sendiri, memang takkan ke manalah kita. Menjadi keyboard warrior melalui mana-mana laman sosial dalam segala isu bukanlah tindakan bijak dan bermaruah gaya hidup manusia normal. Sakit mental dan sakit jiwa namanya tu. Hanya orang berIQ rendah sahaja akan menjatuhkan maruah sendiri dengan menulis memburukkan oranglain, menyebarkan cerita palsu, memfitnah dan menyebarkan isu tidak benar. Kita ni hidup tak lama... 1 hari ke dalam tanah jua. Jika tak minta maaf dari yang kita buat dosa, fikirkanlah ke mana ruh kita terhala. Jadi, BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH. Jadilah manusia bermaruah tinggi. ^______^

Be 🆒 Keep Calm 4ever 💪

SUMBER ISU DAN GAMBAR : 
1)     Warga Prihatin fanpage.
2) Sahabat LZS (BLOGGER) Whatsapp grup.

SHARE

Cikgu ieta Sales Person Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 3)

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 orang yang sudi komen:

  1. buang yang keruh, ambil yang jernih. betul

    ReplyDelete
  2. betul tu buang yang keruh ambil yang jernih...

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *