PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

LEMBAGA ZAKAT MENJAWAB VIRAL ASNAF PATAH TULANG

Lembaga Zakat Menjawab Viral Asnaf Patah Tulang.
#SahabatLZSBlogger, #SahabatZakat, #LembagaZakatSelangor, #ZakatSelangor2015, #kelabbloggerbenashari, #kisahcikguieta, #blogietadotcom, #ietamatsaad, #ietaInfoLine, #cikgu, #cikgublogger, #bloggersambilan, #kisah, #blogger, #visitmyig, #followmyig, #malaysianblogger, #blogger, #media, #Vcom, #Vscom, #rcnocrop, #INFOZAKAT #LembagaZakatSelangor, #SemakSebelumSebar, LEMBAGA ZAKAT MENJAWAB VIRAL ASNAF PATAH TULANG, viral, viral asnaf patah tulang, asnaf patah tulang, ASNAF PATAH TULANG AKIBAT JATUH POKOK DAN PERLUKAN WANG UNTUK KOS PEMBEDAHAN, facebook, isu Asnaf patah tulang akibat jatuh pokok dan perlukan wang tunai untuk kos pembedahan, Lembaga Zakat, Isu Semasa
Sumber :
Assalamu'alaikum semua. Adakala pelbagai tohmahan dan fitnah kita baca dan kita dengar di merata laman sosial. Kadangkala sakit hati membaca dan mendengarnya.

Dua hari lepas, heboh isu Asnaf patah tulang akibat jatuh pokok dan perlukan wang tunai untuk kos pembedahan. Jom baca maklum balas dari Lembaga Zakat Selangor berkaitan isu itu.

MAKLUM BALAS BERKAITAN VIRAL ASNAF PATAH TULANG AKIBAT JATUH POKOK DAN PERLUKAN WANG UNTUK KOS PEMBEDAHAN.

Baru-baru ini telah viral di Facebook berkaitan asnaf yang jatuh pokok dan memerlukan kos pembedahan sebanyak RM5,800.

Melalui viral itu juga dikatakan asnaf telah membuat permohonan zakat untuk kos pembedahan dan perlu menunggu tiga bulan.

Hasil semakan pihak LZS mendapati Mohd Fadzil Mat Rathi adalah asnaf miskin dan telah membuat permohonan bantuan perubatan ini pada 7 Oktober dan telah diluluskan oleh pihak LZS pada 9 Oktober sebanyak RM2,900.

Tempoh tiga bulan menunggu yang diviralkan adalah tidak benar.

Jumlah RM2,900 yang diluluskan adalah berdasarkan kos untuk keperluan kos pembedahan untuk alat sokongan yang diperlukan oleh beliau merujuk kepada surat dari pihak Hospital Kajang.

Kami memohon agar konsep Tabayyun atau semak dahulu berita yang diterima bagi mengesahkan perkara yang sebenar dijadikan amalan.

Sebagaimana yang dituntut dan dirakam dalam Al-Quran :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

[Al-Hujurat:6]
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Jangan sampai keghairahan kita mencari saham (baik) akhirat menjadi sebaliknya.

Berkaitan LEMBAGA ZAKAT MENJAWAB VIRAL ASNAF PATAH TULANG , pada pendapat saya, bahaya sebenarnya bila kita lebih suka mendengar dari sebelah pihak dan lebih bahaya lagi bila kita sibuk turut kongsikan apa sahaja yang tidak saheh sumbernya lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan institusi keagamaan seperti Lembaga Zakat ni. Usahlah kerana ingin cepat popular dan menjadi orang pertama kononnya menyampaikan isu tersebut, kita sanggup menjadi penyebar fitnah tanpa sedar atau dengan sedar. Jangan suka jadi keyboard warrior jika tak tahu hujung pangkal cerita. Moga artikel LEMBAGA ZAKAT MENJAWAB VIRAL ASNAF PATAH TULANG ini menjawab persoalan berkaitan apa yang telah diviralkan.

SUMBER :
1) Fanpage Lembaga Zakat Selangor
2) Whatsapp grup Sahabat Blogger LZS (Blogger).

SHARE

Cikgu ieta Sales Person Kelas Instagram Advance Online & Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 4)

Hai. Saya Cikgu ieta. Full Time Blogger, Internet Marketer dan Motivator Nasihat Niaga. Saya merupakan Sales Person Kelas Online Instagram Advance & Ebook Saka 4.0 milik Sifu Ajim Aura. Saya mengajar Kelas Blog dan Teknik Penulisan secara Personal Coaching One to One dan Group Coaching secara Online. Saya Leader kepada beberapa Group Laman Sosial dan Admin beberapa Group Di Telegram dan WhatsApp. Mempunyai 5 orang anak. Suami Pembantu Tadbir di Syarikat Semi Government. Saya Phrolapse Intervetebral Disc (Slipped Disc) bermula 17/4/2017. Kini Suri Rumah dan Blogger Full Time Online.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 orang yang sudi komen:

  1. Alhamdullilah,dah lulus permohonan ye..moga di mudahkan urusan utk semua..

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *