PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Jatuhkah talak ke atas saya?

Jatuhkah talak ke atas saya?
Suami jangan ambil mudah perkataan cerai
Hati yang terluka sukar diubati jika ego menguasai diri!
Satu malam,  ada soalan tentang perceraian diajukan kepada saya. Begini cerita yang berlaku dan soalan dari pembaca yang telah saya terima. Nama dirahsiakan atas sebab peribadi.

E-mail dari pembaca blog Kisah Cikgu ieta.

"Assalamu'alaikum Puan, saya suri rumah sepenuh masa dan berniaga sambiln. Saya ada masalah. Semalam, balik dari berjumpa customer² urusan bisnis, saya berehat sebentar di dalam bilik sambil menjawab whatsapp customer.

Malam, selepas solat, saya masak air dan terlupa menutup penutup cerek dengan rapat. Suami saya membebel dan telah berlaku pergaduhan kecil. Untuk mengelakkan pergaduhan besar, saya hanya duduk diam di dalam bilik sambil menonton video lawak di instagram bagi menghiburkan hati yang amat terluka dek kata² yang suami lemparkan semasa bergaduh tadi.
Kisah Rumahtangga, Apa tindakan anda?, Rumah Tangga, Jatuhkah talak ke atas saya, Jatuh kah talak ke atas saya dan apa yang perlu saya lakukan?, telefon bimbit punca perceraian, whatsapp punca perceraian,
Hati yang terluka sekian lama, nyata amat sukar diubati... Fahamilah hati itu wahai suami.
Punca berlaku perceraian.

Usai solat, saya baring kepenatan disebabkan seluruh badan sakit². Saya baring dalam bilik, tak beritahu suami saya tak sihat. Sambil menyusukan anak, saya belek video lawak di instagram lagi menghilangkan kesedihan hati saya. Di dapur kedengaran suami saya membebel "Ayah ni lapar, ibu korang buat tak kisah je. Ayah penat. Ibu kau asyik belek henfon je lah. Kalau dengan kawan² cepat je buat". Saya diam sambil menyusu. Penat dan malas nak bergaduh lagipun sedang menyusukan anak saya 2 tahun. Tiba² suami saya masuk ke bilik dan cakap "Yang, kalau macam ni, kita bercerai je lah. Senang. Kita buat hal kita masing²".

Rujuk dan bertanya pada yang pakar usah buat tindakan melulu. Bertenang.

Soalannya, Jatuhkah talak ke atas saya dan apa yang perlu saya lakukan?". Terkedu saya, tak tahu nak kata apa. Merata saya cuba mencari jawapan untuk membantu pembaca setia saya ni.

Ini jawapan dari seorang Ustaz yang saya sempat rujuk.
Mengadu di mahkamah syariah, Qadhi akan siasat a-z dan putuskn kedudukan. Saya tak boleh beri hukum melainkn dapat 1st hand cerita dan cerita pihak suami juga."
Saya juga cuba search, jumpa di dalam blog Surau Al-Muhajirin Soal Jawab, Jawapan hampir ada tetapi keliru pula kerana situasi kes berbeza..
Jika saya diceraikan apakah yang perlu saya lakukan? Tindakan bila dicerai oleh suami, suami jangan ambil mudah perkataan cerai, Perlukah bercerai?,
Undang² penentu segala...

Persoalan bermain di minda.

Pelbagai persoalan bermain di minda saya pula. Bagaimana status beliau sebagai seorang isteri? Jatuhkah talak ke atas beliau? Bagaimana dengan anak-anak yang masih kecil tidak berdosa? Bagaimana aurat antara dia dan suaminya tika ini? Ke manakah beliau hendak pergi dan mengadu? Bagaimana kita dapat bantu wanita ini? Jika anda berada di tempat dia, apa tindakan anda?

Pendapat rakan blogger.
Jatuh talak ke jika lafaz dalam keadaan marah?
Jika bukan waktu tengah marah, itu jelas dari mulut dia. Maka jatuh talak. Untuk lebih sohih, suruh mereka suami isteri ke pejabat agama. Kurang² mereka dapat nasihat dan sama² dapat berubah. Kita doakan yang baik² untuk mereka. Pendapat,whatsapp dari salah seorang rakan blogger blog Kisah Cikgu ieta
Jawapan Jatuhkah Talak Ke Atas Saya.


Alhamdulillah setelah pembaca blog saya ini membaca saranan seperti beberapa individu dan blogger telah sarankan dalam ruangan komen dan dalam artikel ini, beliau telah menemui jawapan persoalannya sekaligus juga menjawab semua persoalan di minda saya. Beliau telah berjumpa Ustaz Solihin, di Pejabat Agama Islam, Mahkamah Syariah Selangor. Ustaz Solihin telah menjelaskan kepada beliau seperti berikut :

Tempoh Eddah dan Jika berlaku perceraian bolehkah tinggal serumah?

Mahkamah membenarkan isteri atau suami untuk tinggal bersama sekiranya berlaku perceraian dalam tempoh eddah. Dalam tempoh eddah 3 kali suci. 3 bulan bagi orang yang dah putus haid . Kalau yang masih ada haid, 3 kali suci. Dalam tempoh 3 kali suci , pasangan boleh tinggal serumah sebumbung tapi berasingan bilik dan kena jaga batas² aurat.

Cara dan lafaz rujuk mengikut Mazhab Imam Syafi'ie.

Andaikata nak rujuk boleh rujuk dalam tempoh eddah. Sebagai contoh "Aminah, saya rujuk awak kembali". Itu dah dikira lafaz rujuk dan Puan kena bawa suami datang ke sini untuk daftarkan register rujuk. Bila suami sudah lafaz tu dah tak de masalah. Nak sentuh kulit ke boleh dah. Nak batal air sembahyang pun dah tak de masalah dah.

Tatacara jika lafaz cerai tidak jelas.

Untuk kes Puan ni, lafaz yang suami Puan sebut, tidak jelas. Saya cadangkan cakap pada suami demi anak², rujuklah kembali. Bila dah lafaz. Teruskan macam biasa. Ikut mazhab Shafi'ie. Kena lafazkan. Mahkamah terima lafaz tu walaupun di rumah. Dah lafaz, hantar ke Mahkamah borang Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai yang dah lengkap. Tunggu keputusan Mahkamah. Bila hakim tanya Plaintif, mohon tuntutan apa?  Jawab "Saya mohon Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai Yang Arif". Penceraian bagaimana? Beritahu, suami dan saya ada bertengkar di rumah pada tarikh dan jam berapa di rumah dan suami ada sebut "Yang kalau mcm ni, kita bercerai je lah. Senang. Kita buat hal kita masing²".

Jatuh talak atau tidak keputusan Hakim di dalam Mahkamah.

Jika diputuskan jatuh talak, bagitau "Yang Arif, Untuk makluman Yang Arif, saya dah rujuk kembali ATAU suami dah rujuk kembali 2 hari selepas tu". Hakim akan rekod pasangan dah rujuk.

Jika Hakim memutuskan tidak jatuh talak, rujuk yang dibuat terbatal dan tidak berlaku bermakna pasangan masih suami isteri.

Seandainya hakim kata jatuh maka rujuk tu sahlah.

Kenapa perlu daftar jika berlaku perceraian?

Tolong daftar. Demi masa depan dan tak kena marah, tak kena denda RM700 hingga RM1,000 sebab bercerai di luar Mahkamah. Prosuder cerai sepatutnya di depan Hakim. Tidak boleh sewenang²nya nak bercerai di mana sahaja sesuka hati pasangan suami isteri. Manakala lafaz rujuk yang dilakukan adalah untuk kesenangan pasangan bersama.

Moga menjadi iktibar, panduan , teladan juga pedoman kisah benar rumahtangga kali ini.
Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya, Maka Allah akan menutup Aibnya di Akhirat. ~Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim~ 
Jangan pantas menghukum sesuatu yang kamu tidak tahu hujung pangkal ceritanya. ~IG Jom_Dakwah~
Sebenarnya, tak semua masalah kita hadapi dapat diceritakan kepada semua orang kerana tak semua orang faham apa yang kita hadapi. ~Instagram Kisah Cikgu ieta~
Nota :
Lafaz Cerai Jelas dan Tidak Jelas (Sumber).
Ada lafaz jelas dan ada lafaz yang tidak jelas.
Antara contoh lafaz yang boleh jatuh talak 3:-
- Aku ceraikan isteri aku dengan talak 3
- Aku ceraikan ko sebanyak bintang di langit
- Aku ceraikan sebanyak pasir di pantai
- aku ceraikan kau. aku ceraikan kau. Aku ceraikan kau.

Antara contoh lafaz yang jatuh talak 1:-
- saya lepaskan awak
- kita bercerai talak 1
- saya ceraikan awak

SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

15 orang yang sudi komen:

  1. Assalamualaikum kak ieta,rindu blog kak ieta,topik hangat mengenai penceraian,ada baik nya pergi ke tempat yang sepatutnya untuk kita rujuk,mereka akan siasat dan baru kita tahu segalanya..mungkin suaminya tak berniat untuk ke arah tu cuma yelah masa tengah marah sebagai manusia biasa kita tak dapat lari untuk semua itu samaada secara tak sengaja atau tak berniat..apa pun efa doakan yg terbaik,agar rumahtangga kembali baik dan bahagia,InshaAllah,Ameen,.segala doa juga buat kak ieta ya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusslam Eyfa. Terima kasih beri pendapat. Alhamdulillah kes pembaca blog ini, selesai secara damai. Terima kasih Eyfa ^__^

      Delete
    2. Alhamdulillah kak ieta,pagi yang sangat indah untuk mendengar perkhabaran ini,syukur,.ianya selesai secara damai,moga kebahagiaan ini berpanjangan Dengan izin Allah Swt,InshaAllah,Ameen,.

      Delete
  2. SA cadangkan si isteri mengadu pada pihak yg sepatutnya..dapatkan khidmat nasihat mereka yang pakar dalam bidang ini..kata- kata adalah satu niat kan...jatuh atau tidak talak tu..wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SA atas pandangan ^__^

      Delete
  3. Tak silap eiqa, eiqa pernah dengar orang cakap. Talak hanya jatuh bila si suami melafazkan "aku ceraikan kau dengan ..." Wallahualam kak. Pendapat eiqa kalau macam tu, better pergi jumpa pihak yang sepatutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Eiqa. Terima kasih sudi berkunjung dan beri pendapat bermanfaat untuk pembaca blog ini ^__^

      Delete
  4. ilmu ni tuk saya yg masih hijau ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Moga bermanfaat. Terima kasih sudi berkunjung Sue ^__^

      Delete
  5. Bercerai atau talak adalah sesuatu yang tidak disukai Allah namun halal adanya. Sebaiknya bercerai itu dihindari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tu saudara. Terima kasih sudi berkunjung.

      Delete
  6. Bercerai adalah sesuatu yang halal namun tidak disukai oleh Allah. Sebaiknya dihindari

    ReplyDelete
  7. harus sabar dalam menghadapi masalah jangan mengedepankan emosi sesaat yang berujung pada penyesalan, pikir pikir terlebih dahulu dalam berucap sebelum menyesal betul cek gu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Benar tu Tuan. Moga menjadi tauladan kepada semua kisah benar dari pembaca blog saya ni ^__^

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *