PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Maklum balas Viral Bantuan Umum Pelajaran Lembaga Zakat Selangor

Maklum balas Viral Bantuan Umum Pelajaran Lembaga Zakat Selangor.
Logo Lembaga Zakat Selangor : Institusi Zakat Terbaik, Zakat Selangor
Logo Lembaga Zakat Selangor : Institusi Zakat Terbaik, Zakat Selangor
Lembaga Zakat Selangor membantu golongan pelajar.

Ingat tak lagi, sebelum ni saya ada ceritakan tentang Lembaga Zakat menjawab Viral Asnaf dan Isu OKU yang viral di laman sosial facebook? Nak cerita juga sebenarnya, saya adalah salah seorang yang pernah menerima bantuan Zakat dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) beberapa kali untuk membiayai kos pembelajaran saya di Universiti Teknologi Malaysia SPACE tahun 2011 dan 2012. Alhamdulillah amat mudah berurusan dengan pihak LZS ini melalui beberapa prosuder yang perlu dipatuhi. Ustaz² yang berada di Kaunter Zakat LZS pun amat peramah dan memang saya beri 10 bintang untuk kakitangan LZS di Taman Melawati. Cumanya urusan turun naik ke pejabat JKKKK sedikit membutkan saya agak malas juga nak memohon bantuan Pelajaran dari LZS. Maklumlah, saya mengajar pagi dan petang. Masa itu emas bagi saya.

Apa yang Baitulmal Darul Zakah bantu saya?

Ada beberapa kali juga saya mendapat bantuan atas nama Ibnu Sabil dari Baitulmal Darul Zakah, Kampung Baru. Manakala beberapa kali saya menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) saya. Ada yang saya claim semula dari Baitulmal dan ada juga sepanjang semester pembelajaran, saya tidak mendapat sebarang bantuan dari Baitulmal atas sebab teknikal. Bersyukur akhirnya pada bulan April lalu, saya telah tamat pengajian dalam Jurusan Diploma Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam). 

Konvokesyen UTM Ke 55

Apa lah kaitannya Konvo ni dengan Institusi Zakat? Ada... Ada perkaitannya. Dari duit kutipan Zakat yang Tuan / Puan semua bayarlah maka kami golongan lelajar yang memang layak mendapat bantuan Pelajaran ni berjaya membiayai kos pembelajaran kami. Terima kasih semua yang membayar Zakat. Moga Allah memberkati anda semua.

Oktober lalu adalah bulan Konvokesyen saya dan guru-guru seangkatan saya. Disebabkan beberapa perkara dan saya pernah konvo dalam bidang Diploma Komputer dan Pentadbiran di Institut Cosmopoint Sdn. Bhd. yang kini dinaiktaraf sebagai KLMU, maka saya tidaklah menyertai program Konvokesyen ke 55 UTM di Johor Bharu seperti rakan-rakn seperguruan saya yang lain. Sekarang saya dalam proses menyelesaikan urusan transkrip Diploma diposkan kepada saya. Sabar menanti ^__^

Viral Bantuan Umum Pelajaran dari Lembaga Zakat Selangor.

Panjang intro saya ya? Baiklah, berbalik kepada tajuk kita.... Semalam viral di beberapa laman sosial berkaitan Bantuan Umum Pelajaran dari LZS. Anda boleh baca Maklum balas Viral Bantuan Umum Pelajaran dari LZS seperti yang saya paparkan di bawah ni.
#IsuSemasa #Zakat #HalEhwalZakat #ietamatsaad #ietainfoline #kisahcikguieta #blogietadotcom #kelabbloggerbenashaari #bukansekadarblogger #kbbalk #kbbalembahklang #kbba #SahabatLZSBlogger #SahabatZakat #LembagaZakatSelangor #ZakatSelangor2015 #Viral #BantuanUmumPelajaran #blog #blogger #malaysianblogger #justdoit #visitmyig #followmyig #mediateam #mediaviral #Lifestyleblogger, Isu Semasa, Zakat, Hal Ehwal Zakat, ieta mat saad, ieta info line kisah cikgu ieta, blog ieta dot com, kelab blogger ben ashaari, bukan sekadar blogger, kbbalk, kbba lembah klang, kbba, Sahabat LZS Blogger, Sahabat Zakat, Lembaga Zakat Selangor, Zakat Selangor 2015, Viral , Bantuan Umum Pelajaran, blog, blogger, malaysian blogger, just do it, visit my ig, follow my ig, media team, media viral, Life style blogger, food review blogger, Lembaga Zakat Selangor membantu golongan pelajar, Apa yang Baitulmal Darul Zakah bantu saya?, Konvokesyen UTM Ke 55, Berita Palsu Bantuan Umum Pelajaran dari Lembaga Zakat Selangor,
Baca betul-betul kenyataan akhbar ni. Jangan ulangi lagi penyebaran berita palsu...
Berita Palsu Bantuan Umum Pelajaran dari Lembaga Zakat Selangor.

Ha... Di bawah ni adalah BERITA PALSU berkaitan Bantuan Umum Pelajaran dari LZS.

Tolong war-warkan bantuan zakat :
Sesiapa ada anak tadika, adik-adik di sekolah rendah, menengah dan student belajar universiti boleh mohon bantuan pendidikan di pusat zakat sekarang. 
Syarat bantuan;
(PENDAPATAN KASAR) :
Sekolah Tadika-Menengah : Income family <RM4000
Universiti : Income family <RM6000
Jumlah Bantuan :
Tadika : RM50
Sekolah Rendah : ++Agama RM75.
++Kebangsaan RM75.
Sekolah Menengah:
++Biasa RM125
++Agama RM125
Universiti DLM NEGARA SAHAJA (dapat pinjaman atau tidak boleh mohon):
Sijil : RM500
Diploma : RM700 (xdapat bantuan mana2) RM500 (ada loan)
Degree :
RM1000 (xde loan mana2).
RM700 (ada loan)
Master : RM1000
PHD : RM2000
Ini merupakan sumbangan one-off payment yg boleh mohon SETAHUN SEKALI sahaja. Ia dalam kategori asnaf fi-sabilillah.
Bantuan adalah untuk ringankan beban dan bukan untuk support sepenuhnya yuran2 tersebut.
*Borang PERMOHONAN AGIHAN ZAKAT boleh didownload di
http://www.e-zakat.com.my/borang/ atau pergi ke kaunter pusat zakat yang berhampiran.
Mohon jasa baik sebarkan info ini kepada sahabat2 kita yang memerlukan!! Rakan-rakan ofis, geng surau, saudara mara, penduduk kampung dll.
Program korban Perdana LZS
Program korban Perdana LZS Kuala Langat dengan kerjasama Masjid Kampung Tanjung Sepat. Ini antara aktiviti Lembaga Zakat Selangot dalam mengagihkan daging kepada 82 asnaf Kg. Tanjung Sepat. 

Kesimpulan :

Maklum balas Viral Bantuan Umum Pelajaran Lembaga Zakat Selangor ni diharap dapat membuka mata semua agar tidak berlaku salah faham terhadap LZS lagi. Usahlah esuka hati menyebarkan berita palsu sebegitu? Dah tak ada kerja lain agaknya mereka tu kan? Melampau... Tak habis-habis memburukkan lagi institusi keagamaan seperti Lembaga Zakat Selangor ni. Yang tukang kongsi pun, selidiklah dahulu betul ke tidak sebelum kongsi. Hati-hati ya jika nak share kan apa pun. Akibatnya nanti semua pihak susah. Ingat tu ya?

SHARE

Cikgu ieta Sales Person Kelas Instagram Advance Online & Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 4)

Hai. Saya Cikgu ieta. Full Time Blogger, Internet Marketer dan Motivator Nasihat Niaga. Saya merupakan Sales Person Kelas Online Instagram Advance & Ebook Saka 4.0 milik Sifu Ajim Aura. Saya mengajar Kelas Blog dan Teknik Penulisan secara Personal Coaching One to One dan Group Coaching secara Online. Saya Leader kepada beberapa Group Laman Sosial dan Admin beberapa Group Di Telegram dan WhatsApp. Mempunyai 5 orang anak. Suami Pembantu Tadbir di Syarikat Semi Government. Saya Phrolapse Intervetebral Disc (Slipped Disc) bermula 17/4/2017. Kini Suri Rumah dan Blogger Full Time Online.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 orang yang sudi komen:

  1. Moga mereka insaf. Saya ambil PTPTN dan dah habis bayar. Syukur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... Alhamdulillah Pn. Wawa.

      Terima kasih Pn. Wawa sudi singgah ke blog saya ^__^

      Delete
  2. Macam2 sekarang kan. Bab Zakat pon nak fitnah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu, blogger berperanan menerangkan kepada orang awam Pn. Aienna. Terima kasih ya sudi singgah blog saya ni ^__^

      Delete
  3. bagi mereka yang memenuhi syarat, mohon la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu Dkna. Terima kasih ya sudi singgah blog akak ^__^

      Delete
  4. yup..harap viral tersebut dihentikan ....kesian pada yg sangka ianya benar...saja diorang nak menganiaya kesua belah pihak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah Dila jika sudah tak ingat dosa pahala. Tak ingat juga kepada mati.

      Thanks Dila sudi singgah blog akak ^__^

      Delete
  5. alhamdulillah sehingga kini zakat membantu kos pembelajaran saya sbb saya tak amek mana2 loan..hope penerima zakat betul2 gunakan bantuan yg diberi seelok eloknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cik Karmila. Antara sebab penerima zakat ditarik balik bantuannya, gunakan wang zakat untuk berjoli. Itulah yang salah seorang dari Pegawai Bahagian Zakat beritahu kepada saya.

      Terima kasih ya sudi singgah blog ini ^__^

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *