Posts

Showing posts from December, 2015

5 Panduan Menyambut Sambutan Maulidur Rasul.

Image
5 Panduan Menyambut Sambutan Maulidur Rasul . Salam Maulidur Rasul. Mengingati Rasulullah SAW dan merindui Baginda... Selalulah kita berselawat kepada Nabi kita, Muhammad SAW. Sumber : Fanpage Lembaga Zakat Selangor . Apa perlu kita buat sempena menyambut Sambutan Maulidur Rasul ? Mari kita amalkan 5 panduan sempena menyambut Maulidur Rasul di bawah ini supaya sempena Hari Sambutan Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W lebih bermakna dan mendapat lebih keberkatan. MENANAM CINTA KEPADA RASULULULLAH S.A.W. Panduan Menyambut Sambutan Maulidur Rasul . 1) Banyakkan berselawat kepada Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W.  Berselawat tak semestinya semasa berarak sahaja dan tak semestinya semasa program Maulidur Rasul sahaja. Di waktu-waktu santai tak buat apa-apa pun boleh berselawat. Besar pahalanya tau... Contoh selawat nabi sempena kelahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W : صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد  صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 

Menutup Aurat Bukan Sekadar Bertudung

Image
Menutup Aurat Bukan Sekadar Bertudung . Perbezaan antara tanpa tutup aurat dan menutup aurat. Fungsi menutup aurat disalah ertikan . SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus. Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri. Trend bertudung jadi kebiasaan dan ikutan ramai . Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun. Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dad

5 langkah mudah pasang kepala tong gas.

Image
5 langkah mudah pasang kepala tong gas . Ni namanya tombol kepala tong gas. Tak tahu pasang, alamatla tak memasak... Jadi, kena tahu pasang ya... Bila suami out station . Bila suami  out station  maka haruslah isteri menjadi  super dupper  ibu dan ketua keluarga. Kekuatan perlu ada. Segalanya perlu cekap. Hari pertama, baru je jam 4 pagi hantar suami ke ofisnya sebelum beliau bertolak menaiki kapal terbang urusan lawatan kerja ke luar negara, saya dah demam. Huh! Manja... hehe... Tak reti pasang kepala tong gas ! Sedang asyik menggoreng ikan bawal, api tiba-tiba padam. Alamak... Gas habis!. Huh! Menyesal tak tengok betul² suami pasang hari tu". Ngumam saya.  Padahnya bila suami pasang kepala tong gas, isteri buat kerja lain. Ha... kan dah gabra... Puas  search  kat  google ... Tak gak menjadi. Puas tanya ahli grup  whatsapp  ieta Info Line milik saya, tak gak menjadi... Lawak sungguh petang tadi. Akhirnya, tup² encik suami tercinta telefon. Fuhh lega

Kawan laman maya saya ahli perniagaan

Image
Kawan laman maya saya ahli perniagaan . Macam-macam gambar tentang kawan lama ada di google. Pengalaman sebagai Pembantu Pentadbiran merangkap Pembantu Peribadi . Saya adalah seorang Pembantu Pentadbiran merangkap Personal Assistant majikan saya  di sebuah syarikat Swasta untuk  branch  Raja Prepaid yang saya seliakan. Jawatan saya ini menyebabkan saya perlu selalu mencari pelanggan syarikat melalui laman maya Internet. Mengenali seorang ahli perniagaan . Melalui Yahoo Messenger, saya mengenali Mr. T (bukan nama sebenar) seorang ahli perniagaan dan bekas NAVY. Beliau juga pernah bertanding sebagai calon sebuah parti politik tersohor satu ketika dahulu. Tujuan saya adalah untuk  deal  bisnis Toll Free dengan Syarikat Bright Profit Sdn. Bhd. dari Sabah. Setiap hari Mr. T akan menalifon saya. Kami berbual hal bisnis dan apa yang saya gemar, Mr. T suka berikan teka-teki. Secara tidak langsung membuatkan otak saya ni ligat memikirkan jawapannya. Suami saya tempat rujukan utama

RESEPI KUIH SERI AYU KUIH TRADISIONAL MELAYU

Image
RESEPI KUIH SERI AYU Kredit gambar dan resepi kepada  Pn. Salmiah Saad . Nak tahu? Dulu masa saya di sekolah Pondok, saya pernah belajar buat Kuih Seri Ayu ni. Saya juga ada belajar buat baju kurung, baju kebaya dan jubah lelaki. Tpi dah lama tinggal... lupa la. Rugi rasa. Ni tiba-tiba pula Pn. Salmiah Saad whatsapp resepi kuih Ser Ayu. Ha apa lagi, terus je saya share ke instagram. Kuih Seri Ayu ni, salah satu daripada kuih-muih tradisional tau. Kalau kena cara membuatnya Masyaa Allah... Lembut, gebu dan sedap... Kalau tak kena gayanya, jadi keras. Siapa tak ada gigi, jenuhla nak makan... hehe.. Kuih Seri Ayu memang sedap jika kena cara memasaknya. Bahan-bahan Kuih Seri Ayu ni mudah sahaja tau. Nak buatnya pun mudah. Nak dengan tak nak je. Tak membuang masa lagi, meh baca apa bahan dan bagaimana memasak Kuih Seri Ayu ni. Bahan-bahan Kuih Seri Ayu  (Untuk 25 ke 30 biji). 2 biji telur  1 cawan gula  2 cawan tepung gandum  1 cawan santan  1 sudu kecil ovellete