PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Hanya kerana aku seorang pendosa.

Hanya kerana aku seorang pendosa.
Kisah benar, pendosa, kecil hati, sedih, terguris hati, cekal, tabah, wanita, kisah wanita
Take a deep breath. It's just a bad day. Not a bad life. Hadamkan... Sumber google
Nasihat berguna.
Seseorang pernah berkata,
Pedulikan apa orang nak kata. Yang penting, jaga kerja, jaga keluarga, jaga amalan dan amal jariah sendiri".
Setiap manusia punya masalah tersendiri.
Satu petang, Miss N, nama samaran, berkaca mata comel orangnya menghampiri saya. Memulakan bicara dengan lelehan air mata sebagai pembuka bicara.

Dari apa yang diceritakan, kesimpulannya,

Rupanya, sering seseorang itu tersasar... Kehidupan berterusan dianggap sebagai pendosa.... Walaupun nyata dia cuma risaukan keselamatan yang lain, dia tetap dianggap pesalah. Tidak diberi ruang untuk menjelaskan sebaliknya di tuduh pelbagai. Diberi amaran pula. 
Pendosa tetap manusia.
SUMBER GAMBAR : Page Kisah Zakat Malaysia
Yang bertanya entah apa diceritakan sebaliknya. Sementelahan dia tahu, ramai yang tidak sukakannya. Maka kehadirannya kadangkala seperti tidak dirai. 
Kisah benar wanita
Saya faham dan pernah mengalaminya. Namun, ini adalah hakikat sebuah kehidupan yang perlu dilalui jika kita dipihak yang benar. Namun, sebaliknya jika benar kita silap, bertaubatlah. Mengaku sahajalah kesilapan. Sebab masih ada kemaafan jika keinsafan benar-benar ada dalam diri kita walau kesilapan itu akan kekal dalam ingatan.
Dia sedar semua itu. Cuma dia seorang yang tidak mudah kecewa walaupun jauh di sudut hatinya, dia amat sedih, terasa hati dan kecil hati dengan mereka. Berada dalam kelompok yang ramai tidak sukakannya. Seolah bercakap seorang diri bila berada di kalangan mereka yang hebat-hebat... Ibarat berpuak pula. Pasti ada sesuatu rasa yang tidak diberitahu kepadanya. Kerana talam dua muka dan sikap berpura-pura nyata berada di mana-mana sahaja.
Ini antara nasihat saya kepada Miss N.
Persoalan tiada jawapan.
Miss N mengakhiri perbualan, "Hanya kerana saya seorang pendosa, wajarkah mereka menghukum saya sepanjang masa? Sedangkan yang bersalah seolah dibela" katanya. Jika anda berada dalam situasi begini. Apa anda lakukan?
Seorang PENDOSA mendambakan sebuah kemaafan.
Bagi seorang PENDOSA, keMAAFan adalah satu yang didambakan.

SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

11 orang yang sudi komen:

  1. pendosa pun manusia biasa..layakkah kita terus memberi hukuman, contoh macam kawan SA, pernah terlepas cakap pada darah daging sendiri dan menyesal,tapi maaf tidak diterima malah di beri peringatan yang apa pernah diucapkan tidak akan diampunkan sampai mati....sampai sekarang kawan SA merana...merana kerana darah daging sendiri memperlakukan dia sedemikian rupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah SA... Bila nafsu menguasai akal. Dosa orang sahaja nampak. Dosa sendiri tidak. Moga selesai segera masalah kawan SA tu ya.

      Delete
  2. manusia biasa la suka mengata. ada je yang tak kena. abaikan je suara2 sumbang tuh kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya boleh je diabaikan kan? Cuma hati yang terguris akan calar selamanya. Mungkin sukar untuk sembuh. Biasalah hidup... Talam 2 muka dan batu api ramai... Kitalah kan kena berhati² ^__^

      Delete
  3. macam fazura tu kira pendosa kan sebab KimK heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah. Tak pandai gak akak nak menilainya tu Dkna. Hahaa

      Delete
  4. Kita semua pendosa.. Antara sedar dgn tak je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar tu Cikgu Maria. Kita sebenarnya semua adalah pendosa. Lalu mulia sungguh mereka yang menghukum para pendosa macam mereka tidak pernah berdosa. Moga Allag mengampuni kita semua. Aamiin...

      Delete
  5. Salam ziarah dari kelab blogger Malaysia

    No worries.Serahkan semua pada ilahi.Bila tertekan dengan pandangan dan tohmahan manusia selalu pesan pada diri..bukan mereka yang pegang syurga..dan bukan pula mencampakkan orang ke neraka.Jaga hubungan sebaik mungkin.Bersangka baik sentiasa ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Miss N baca nanti dan berasa lega. Terima kasih Cik Mas atas pandangan yang juga boleh jadi pedoman buat saya dan lain-lain yang membaca artikel ini. Terima kasih juga sudi berkunjung. Salam Ukhuwwah :)

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *