PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Menutup Aurat Bukan Sekadar Bertudung

Menutup Aurat Bukan Sekadar Bertudung.
TAZKIRAH, Agama, Aurat, Panduan menutup Aurat, Bagaimana menutup aurat, Wanita, Hal Ehwal Wanita, #MuhasabahSebelumTidur, #ietamatsaad, #kisahcikguieta, #blogietadotcom, #kelabbloggerbenashaari, #ohblogger, #ietainfoline, #bicarailmiahnetwork, #LamanSosialUntukBersilaturrahmi, #LamanSosialUntukBerdakwah, #LamanSosialUntukBerniaga, #BerdakwahItuWajib, #BerniagaItuSunnah, #Muhasabah, Muhasabah SebelumTidur, ieta mat saad, kisah cikgu ieta, blog ieta dot com, kelab blogger benashaari, oh blogger, ieta info line, bicara ilmiah network, Laman Sosial Untuk Bersilaturrahmi, Laman Sosial Untuk Berdakwah, Laman Sosial Untuk Berniaga, Berdakwah Itu Wajib, Berniaga Itu Sunnah, Menutup Aurat Bukan Sekadar Pakai Tudung, Fungsi menutup aurat disalah ertikan, Trend bertudung jadi kebiasaan dan ikutan ramai, Pengertian aurat, Hukum menutup aurat adalah wajib, Ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam dan syarat menutup aurat,
Perbezaan antara tanpa tutup aurat dan menutup aurat.
Fungsi menutup aurat disalah ertikan.
SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Trend bertudung jadi kebiasaan dan ikutan ramai.
Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Pengertian aurat
Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579).

Hukum menutup aurat adalah wajib.
Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut :

Ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam dan syarat menutup aurat.
1. Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.
Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31).

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

2. Pakaian yang longgar.
Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: “Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlahisterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”

Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

3. Pakaian yang tidak jarang.
Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.”

Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

4. Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).
Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.

Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.”

5. Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.
Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

6. Tidak bertabarruj.
Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatka nnya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya.

Kesimpulan.
Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup. Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33).

Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.

SUMBER entri Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung ini telah disunting oleh saya blogger blog Kisah Cikgu ieta.

Menutup Aurat Bukan Sekadar Bertudung.
Tutuplah aurat... Jagalah batas pergaulan. Hindarilah fitnah.
KATA² INI UMUM TIDAK DITUJUKAN KEPADA SESIAPA... SILA BACA DENGAN TELITI YA...
Tutuplah aurat... Jagalah batas pergaulan. Hindarilah fitnah.
Bila kita telah menutup aurat, segalanya perlu dikawal dan jaga. Terkadang saya rasa berdosa nampak mereka yang mendedahkan aurat, ber selfie bukan untuk ajnabi dan bergambar couple² dalam facebook dan lain² laman sosial lagi.

Hidayah milik Allah.
Apakan daya... Hidayah belum mucul untuk mereka. Cuma saya takut saya disoal di sana nanti.
"Kamu nampak, kenapa kamu tak tegur?".
Saya bukan alim. Saya cuma rasa berdosa melihat mereka sedemikian. Saya pernah mendengar ceramah salah seorang Ustaz di you tube, katanya,
"Jika kamu melihat, like apatah lagi share maka sama kamu juga mendapat saham dosa di atas maksiat dan apa yang kamu lihat, like dan share itu, bilamana apa yang kamu like dan share itu lalu di timeline rakan² fb kamu yang lain".
Saya terkedu... Saya takut... Teringat mimpi seorang rakan dalam koma minta tolong sebab kepanasan rambut dibakar... Sedih tak dapat nak buat apa² sebab kami tak rapat... Moga Allah merahmati beliau di sana. Aamiin...

Jom jaga aurat dan adab kita.
Jom jaga auratdan adab kita, berselfielah berpada² dan jagalah batasan pergaulan. Jangan di sana nanti ada yang mencari saya kata saya tak ingatkan. Maaf jika terguris. Kita hidup akan mati. Jangan mati kita biarkan orang lain membawa dan menanggung dosa kita pula nanti. Silakan share jika nasihat ini bermanfaat. Silakan unfriend atau block jika nasihat ini mengganggu.

Mohon maaf.
Maaf jika ada yang saya unfriend atau unfollow sebab saya tak larat tanggung dosa. Dosa saya pun menggunung... Pahala dan amalan tak banyak... Takut mati tak sempat bertaubat. Usah pandang siapa saya yang menulis tapi, baca dan hayati apa yang saya tulis dan kongsikan. Selamat beramal ^__^

Entri berkaitan : Kepala panas rambut kena bakar.
SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 orang yang sudi komen:

  1. Kadang-kadang kaum lelaki juga tension . Pergi ke mall , pergi ke medan selera atau dimana-mana shj .. Pakai tudung dah elok dah tapi baju pula ketat . Aduh macam *terpaksa tengok la jawapannye T_T
    - Syamsid Blog -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu Allah perintah jaga pandangan baik lelaki mahupun wanita. Terima kasih sudi singgah dan komen ya Tuan :)

      Delete
  2. Couldn't agree more.. ada jugak buat entry pasal ni dulu.. Isu yang tak tahu bila nak selesai.. dari sekolah dah ajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu jangan jemu berdakwah. Inilah salah 1 daripada tugas blogger.

      Terima kasih Tuan sudi singgah dan komen :)

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *