Posts

Showing posts from 2016

KENAPA PEK FLEKSI SAFI SHAYLA PILIHAN WANITA BERTUDUNG?

Image
KENAPA SAFI SHAYLA PEK FLEKSI PILIHAN WANITA BERTUDUNG? Ini semua yang terisi di dalam kotak ekslusif dari PR syarikat yang saya berurusan. Serius saya amat teruja tau bila mendapat Press Kit Safi Shayla Pek Fleksi ini. Alhamdulillah... JATUH CINTA DENGAN SAFI SHAYLA? Kenapa tu? Kenapa dah jatuh cinta dengan Safi Shayla? Ha, begini ceritanya. Sebelum kenal Safi Shayla, saya mengalami masalah gatal kulit kepala yang terlampau. Bila gatal, saya mulalah menggaru. Tak sedar rupanya luka. Pedih tau... Puas saya mencuba pelbagai syampu. Sehinggalah satu hari tu, agaknya sebab kesiankan saya yang asyik mengadu gatal kulit kepala, suami saya belikan sejenis syampu seberat 400 gram untuk saya. Safi Shayla namanya. Masa tu saya tak hairan sangat dengan syampu ni. Iyalah benda free kan, memang ucap terima kasih je lah bila dapat. Baca keterangan pun tidak. Tak elok gitu...  😅 Alkisahnya, pergilah ke bilik air... Nampak syampu ni. MasyaAllah... Rupanya sebelum menerima Press Kit

Morhabshi minyak serbaguna keperluan keluarga.

Image
Morhabshi minyak serbaguna keperluan keluarga. Packaging yang amat cantik terisi minyak kesukaan ramai Morhabshi ini mudah dibawa ke mana sahaja. Satu hari, saya berjalan-jalan di sebuah pasaraya Giant Taman Permata. Tiba di sebuah kedai, hati saya meronta nak masuk ke kedai itu. Lalu saya pun masuk.... Saya disapa oleh seorang wanita anggun, Puan Yusra Abdul Hamid. Kemudian, saya diperkenalkan oleh Puan Yusra, selaku pengusaha bersama keluarga beliau dengan sejenis minyak bernama Morhabshi. Unik nama minyak ini. Baca salah satu testimoni pengguna di sini (klik). Kebetulan waktu itu jari-jemari saya kebas, Puan Yusra menyapu minyak Morhabshi dan Alhamdulillah seperti ada aura mengalir ke jejari saya, berkurangan rasa kebas tu dan saya rasa agak segar tidak seperti sebelum disapu minyak Morhabshi luar biasa ini. Apakah itu Morhabshi? Nak tahu, apa itu Morhabshi? Morhabshi ni sebenarnya bukanlah nama yang asing lagi dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya &#

APA KITA PERLU BUAT BILA MASIH ADA AYAH DAN IBU?

Image
APA KITA PERLU BUAT BILA MASIH ADA AYAH DAN IBU? Setiap hari balik dari ambil anak-anak dari Taska, anak saya yang ke 5 mesti masukkan CD 'BILA ADA AYAH DAN IBU' ke ruangan CD dalam kereta dan biarkan berulang-kali didengar oleh kami suami isteri. Dia marah jika dipasang siaran radio yang lain Perkongsian ringkas, di instagram  Kisah Cikgu ieta . Petang tadi, saya dengar lagi dan lagi dan lagi. Satu yang saya terkesan tadi dan masih terngiang-ngiang di telinga saya, kata Ustaz Kazim... 3 orang yang tak akan masuk syurga iaitu : 1) Anak yang derhaka kepada ibu-bapanya. 2) Mereka yang meminum arak. 3) Mereka yang memutuskan silaturrahim. Saya tak nak sentuh yang lain. 1 sahaja yang saya nak kongsi, Ustaz Kazim kata... Derhaka itu bagaimana? Seorang anak dikira sebagai derhaka jika ada rasa benci, ada rasa marah, ada keinginan ibu dan ayah segera mati, berjahat sangka kepada ibu bapa, mengecilkan pandangan mata, menjeling, menengking, mengherdik, me

APA PERLU DILAKUKAN PADA HARI 'ARAFAH?

Image
APA PERLU DILAKUKAN PADA HARI 'ARAFAH? Tahukah anda, 11 September 2016 Masihi iaitu hari Ahad, bersamaan 9 Zulhijjah 1437 Hijriah adalah hari disunatkan berpuasa 'Arafah? Kelebihan puasa 'Arafah HADITH PUASA 'ARAFAH DAN PUASA 'ASYURA Bertepatan dengan Hadith Riwayat Muslim seperti berikut : “Puasa 'Arafah (9 Dzulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa 'Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadith Riwayat Muslim no. 1162).  3 KELEBIHAN HARI 'ARAFAH. Hari 'Arafah merupakan hari yang penuh dengan keutamaan kerana hari Arafah adalah : Hari Allah membuka pintu Maghfirah (keampunan) seluas-luasnya. Hari bagi para jama’ah haji melaksanakan wukuf yang merupakan inti kepada haji. Hari penyempurnaan agama  dan nikmat yang agung kepada ummat Islam. HADITH BERKAITAN HARI 'ARAFAH . 📓 Ummul Mukminin Saidatina 'Aisyah pernah menuturkan bahawa Rasulull

12 PANDUAN MENGHADAPI JEREBU

Image
12 PANDUAN MENGHADAPI JEREBU Suasana jerebu bermula 14/9/2015 sehingga ke hari ini memeritkan tekak dan memedihkan mata saya. Jerebu boleh menjejaskan kesihatan kerana ia melibatkan masalah sistem pernafasan yang boleh membawa maut. Oleh yang demikian kita semua harus mengambil langkah berjaga-jaga. Apabila arahan tutup sekolah dikeluarkan, maka sewajarnyalah kita menjaga diri sendiri dan ahli keluarga kita dengan pelbagai cara yang boleh. 12 PANDUAN MENGHADAPI JEREBU Sebagai panduan, boleh ikuti panduan berikut, Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap. Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar. Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal. Sentiasa basuh bahagian yang terdedah dengan kerap mandi. Selalu minum air masak dengan banyak. Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan. Makan madu 2 sudu setiap hari, guna sudu plastik.  JANGAN biarkan anak-anak bermain di luar, jika perlu juga keluar pastikan memakai to

Apa yang dicari dalam Blog Kisah Cikgu ieta?

Image
APA YANG DICARI DALAM BLOG KISAH CIKGU iETA? Menulis hendaklah dari hati. Bukan hari ni tulis, hari ni terus kebabom hasil penulisan ya ^__^ Assalamu'alaikum. APA YANG DICARI? Lewat saya publish entri Apa yang dicari dalam Blog Kisah Cikgu ieta ni. Baru sihat. Baiklah, melihat pada tajuk di atas, Apa yang dicari dalam Blog Kisah Cikgu ieta selama seminggu bermula 11/8/2016 sehingga ke hari ini 18/8/2016, saya sekadar merujuk di dalam blogspot status sahaja buat masa ini disebabkan playstore  di dalam telefon bimbit saya masih hilang. Senarai di atas juga sebagai penguat semangat untuk saya terus menulis dan berkongsi idea melalui Blog yang amat saya sayangi ini. KENAPA SAYA SAYANG BLOG SAYA? Antara benda saya sayang ialah blog Kisah Cikgu ieta ni. Kenapa? Ada 6 sebab kenapa saya sayang Blog Kisah Cikgu ieta iaitu : Blog ini merupakan salah satu ruang sumber pendapatan sampingan saya. Majikan-majikan saya sudah maklum saya seorang Blogger . Wajib diisi