PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

JANGAN TERTIPU DENGAN PERKATAAN FREE!

JANGAN TERTIPU DENGAN PERKATAAN FREE!
Perkataan Free mengabui mata ramai orang.
Ayat Free mengaburi ramai orang. Berhati-hatilah.
PERKATAAN FREE TARIKAN UTAMA.
Tertarik dengan ayat manis seorang ahli Pemasaran Online di timeline facebooknya, dan nampak ramai yang respond, saya pun respond lah "Ala, dah habis ke ilmu FREE? Saya baru online".

PERJALANAN WEBINAR ONLINE.
Kemudian saya dimasukkan ke dalam fb chatting grup kononnya yang disebutkan sebagai Webinar Life tu.

Dimulai dengan pertanyaan "Siapa boleh beritahu berniaga guna apa?".

Bila saya jawab "Saya Blogger, sudah pastilah saya menggunakan blogshop saya sebagai salah satu medium perniagaan saya, dia kata, "Kita fokus pada fb. Blog tu susah!" Siap cakap pengiklanan di blog lambat dan susah. Huh! Melampau tu...

SUKU MASA SAHAJA DAH DAPAT KESAN.
Hampir suku masa saya dah dapat agak dah. Nak suruh membeli e-book rupanya... Saya layankan sahaja. Saya memang jarang online di facebook, nampak beliau marah dan gertak kononnya akan pilih hanya beberapa orang yang benar-benar berminat sahaja akan dimasukkan ke dalam grup yang lain.

Acah-acah sahaja rupanya... Tak pun. Bertambah orang lagi ada dalam grup facebook webinar life tu. Oh ya, ini merupakan kali ke 3 saya hampir tertipu dengan manusia sebegini. Alhamdulillah sentiasa cepat sedar ^__^

RASA PELIK...
Di situ satu rasa pelik timbul. Kata blog-blognya walaupun tak ramai follower tapi PV sentiasa bertambah. Dah tu, mana yang lambat dan susahnya menggunakan blog?

Satu lagi kepelikan terasa ialah bila beria² cakap nak fokus pada perniagaan di facebook, tup-tup sembang juga tentang blog?

Kata pakar dalam Pemasaran Online, tapi kenapa marah bila saya beritahu saya blogger dan salah satu medium perniagaan saya ialah blog?

BUKAN PEMILIK E-BOOK RUPANYA...
Yang saya ni, mati-matianlah saya ingatkan E-Book itu beliaulah pemiliknya.  Rupanya orang lain yang empunya. Dah, hari-hari pula dapat email dari owner ebook suruh beli e-book kononnya esok 11:59 malam last date harga promo.

Maaflah ya. Itu bukan cara yang Profesional dalam berniaga. Pada saya, itu kaedah menipu.
Ha, ni pun salah satu juga penipuan. Dah diisytiharkan sebagai pemenang, terus padam entri blog. Nak dapat benda FREE ingat mudah ke? Saya semak dulu tau...
PENYELESAIAN : Pada hari ini, 25 Januari 2016, jam 1:00 pagi saya left grup dan block semua yang berkaitan. E-mail, pula saya kategorikan sebagai SPAM (Tak teringat nak screenshoot perbualan daam webinar group sebelum left group).

HIKMAH : Faham dahlah ragam yang kononnya Pakar Pemasaran Online...

KESIMPULAN : Dalam kegawatan ekonomi sekarang ni, tiada 1 pun yang PERCUMA...

SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 orang yang sudi komen:

  1. biasalah tu kak...

    mana ada benda bagi free, siap ada terms lagi. samalah macam telco yg kita pakai sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Yeop...? T**E PENIPU... Dah buat dah entri. Dah email dah kpd Mr. M****n tu tapi tak jawab pun... Kecut perut kot... Takpun tak reti nak jawab :D

      Delete
  2. Replies
    1. Ya Yan Ty, idak keluarlah ayat tak professional akak, mencarut memaki hamun. Sebab bersabarlah maka siap entri segera ni tanpa maki hamun dan carut marut hehe... Tq Ty sudi singgah :)

      Delete
  3. Replies
    1. Betul³... Betul tu Sifu. Penipu memang ramai. Nak² lagi ekonomi tgh gawat ni, pukau org pun ada yang sanggup:D

      Terima kasih Sifu sudi komen. Happy rasa hehe

      Delete
    2. Betul³... Betul tu Sifu. Penipu memang ramai. Nak² lagi ekonomi tgh gawat ni, pukau org pun ada yang sanggup:D

      Terima kasih Sifu sudi komen. Happy rasa hehe

      Delete
  4. Ingatkan pasal free BPA ke apa.. hihi.
    Orang sekarang memang kretif bab tipu2 nak dapatkan duit..kena hati2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah,penipu ni macam² Fyda. Ada yg nak makan free, pun sanggup menipu pun ada. Bila dah tak ingat dosa pahala, macam tu lah :)

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *