PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Rezeki awal tahun 2016 dari blog.

Rezeki awal tahun 2016 dari blog.
Kelab Blogger Ben Ashaari banyak memberi peluang dan ruang untuk Blogger baru seperti saya.
Saya banyak belajar dari Kelab Blogger Ben Ashaari bagaimana kaedah blogging yang sebenar. Terima kasih Pengasas Kelab, Ben Ashaari yang sudi mendidik saya. Terima kasih ahli-ahli kelab yang juga tidak kedekut ilmu.
Assalamu'alaikum semua. Apa khabar anda semua? Moga anda sihat, kaya raya berjaya. 

REZEKI
Untuk permulaan tahun 2016 ni, saya nak cerita tentang Rezeki. Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah nak berlagak. Tidak... Cuma sekadar memberi semangat kepada yang lain bahawa, rezeki tetap ada walau siapa dan apa pun kerja kita. Begini ceritanya...

REZEKI TIDAK TERJANGKA
Hari ini rezeki tidak terjangka dalam dunia blogging di awal tahun 2016 mula masuk melalui blog ini. Waktu saya ke butik pakaian untuk mengambil tempahan baju seragam esok nak pakai di sekolah, sebelum ke butik saya lalu tepi sebuah kedai. Nampak ada tertulis tentang Urutan. Ingat nak berurut. Saya pun masuklah ke dalam kedai tu. Pemilik kedai minta saya buat appointment. Lalu saya pun hulurkanlah kad bisnis saya kepadanya...

REZEKI MILIK ALLAH.
Rupanya kakak kawan satu sekolah saya... Subhanallah! Kecilnya dunia ini. Banyak perkara yang kami bualkan. Dari hal produk hinggalah kepada perkara berkaitan time management dan banyak lagi. Memang ada chemistry agaknyalah kami ni. Tak sedar, hampir 3 jam kami berbual.

Tak saya sangka, akhirnya beliau ingin beriklan dalam blog Kisah Cikgu ieta ni.... Subhanallah... Terkedu saya. Masa nak balik tadi, kami bersalaman. Pemilik kedai menangis, tidak pasti mengapa. Saya pun nak menangis juga tapi saya tahan sahaja. Sebab saya tak sangka dia nak bayar half payment sebagai pendahuluan pada masa tu juga... 

JADI BLOGGER SERONOK KE TAK?
Saya pernah ditanya,
Jadi Blogger seronok ke tak?"
Jawapan saya, Siapa kata jadi blogger tak seronok? Seronok... Banyak manfaat sudah saya perolehi melalui blog saya ini. Cuma bukan keseronokan yang saya kejar. Saya puas menulis, menyebarkan maklumat, berkongsi pengalaman dan menulis memang sudah menjadi hobi dan minat saya. Jadi, sesiapa yang sudah ada blog, bolehlah memanfaatkan blognya. Menulislah walau hanya sekadar blogger sambilan...
Salah satu medium pengiklanan adalah melalui Pinterest.
Antara contoh entri Blog Kisah Cikgu ieta yang menjadi rujukan utama pelajar PTD untuk menduduki peperiksaannya.

BETULKAN NIAT.

Yang penting, niat kena betul. Kembali kepada apa matlamat menulis blog? Setiap kali berurusan dengan sesiapapun, niat untuk membantu. In Shaa Allah, segala urusan dipermudahkan. Rezeki pun berpanjangan. Sungguh rezeki milik Allah... Memang tidak terduga dan tidak terjangka... Allah maha kaya... Maha Pemurah. Inilah rezeki awal tahun 2016 dari blog saya ni. Berdebar tau perasaan, walaupun blog ini pernah memberi perkhidmatan iklan berbentuk review. Banyak nak kena study semula dan buat research. Bukan boleh main hentam tulis sahaja kan? Pernah alami seperti saya? Sudi-sudi kongsikan di ruangan komen di bawah ya ^__^

"Hidup untuk memberi". Kata Master Sifu Jemaah Bisnis Denaihati, Tn. Hj Amir Denaihati pemilik blog Denaihati.com 
SHARE

Cikgu ieta Sales Person Kelas Instagram Advance Online & Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 4)

Hai. Saya Cikgu ieta. Full Time Blogger, Internet Marketer dan Motivator Nasihat Niaga. Saya merupakan Sales Person Kelas Online Instagram Advance & Ebook Saka 4.0 milik Sifu Ajim Aura. Saya mengajar Kelas Blog dan Teknik Penulisan secara Personal Coaching One to One dan Group Coaching secara Online. Saya Leader kepada beberapa Group Laman Sosial dan Admin beberapa Group Di Telegram dan WhatsApp. Mempunyai 5 orang anak. Suami Pembantu Tadbir di Syarikat Semi Government. Saya Phrolapse Intervetebral Disc (Slipped Disc) bermula 17/4/2017. Kini Suri Rumah dan Blogger Full Time Online.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

16 orang yang sudi komen:

  1. Semoga terus dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... Terima kasih saudara Arz Moha :)

      Delete
  2. seronok! dpt jumpa ramai kawan.. tanpa ke sekolah, tempat belajar,senang2 je kita boleh dpt kawan.. pastu sembang mcm dah lama kawan.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Husna? Syiok kan? Syioknya jadi blogger ^__^

      Delete
  3. Alhamdulillah, tahniah kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Buat semangat berblogging tahun ni Emma hehe...

      Delete
  4. Replies
    1. Terima kasih awak. Happy blogging juga ya untuk awak :)

      Delete
  5. Alhamdulilah, rezeki tak salah alamat, masuk ke tempat yang betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Pn. Noriza. Rezeki milik Allah :)

      Delete
  6. alhamdulillah.. permulaan yg baik.. insyallah ada lagi selepas ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih ya Sifu Feroz. Benar, banyak lagi Allah beri. Cuma kena que dan akak kena utamakan kerjaya akak sebagai guru dahulu. Thanks ya ^__^

      Delete
  7. Alhamdulillah.. permulaan yang baik, Insya Allah akn ada lg rezeki tak terduga dari Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Aamiin... Terima kasih Tuan.

      Delete
  8. wahhh.. semoga ALLAH sentiasa melimpahkan rezeki kepada ieta .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... Terima kasih Cik Farahain ^__^

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *