Posts

Showing posts from February, 2016

KALAU SAYA MALAS APA JADI?

Image
KALAU SAYA MALAS APA JADI? MULUT LONGKANG . "Kau jangan malas, rumah tu jaga... Buanglah apa yang tak perlu. Kemas sikit rumah kau tu...". Begitulah antara ayat hebat dari seorang yang hebat kepada kawan saya bernama Nania yang juga seorang usahawan, pelajar dan juga kakitangan awam tetapi selalu mengalami masalah kesihatan. Antara nasihat yang saya katakan kepadanya, "Sabarlah. Asalkan suami kau tahu dan anak-anak kau pun cukup makan semua, biarkan sahajalah. Abaikan apa sahaja orang nak sound kau dan kau buktikan, kau lebih berjaya daripada mereka yang busy body , mulut longkang dan suka cari salah kau mahupun menghina atau memperlekehkan kau. Mereka tu ada anak pinak, satu hari akan terkena batang hidung mereka juga...". PENGALAMAN SAYA . Saya pun pernah orang kata saya malas. Hanya kerana suami saya sering membantu saya membuat kerja-kerja di rumah sedangkan suaminya tidak pernah sekalipun membantunya... Tahu apa saya rasa? Sedih... Tapi saya a

Kisah hari Jumaat Cikgu ieta

Image
Ini  Kisah hari Jumaat Cikgu ieta Meja, kerusi dan pelajar tak dapat dipisahkan di sekolah. MEJA TINGGI DARI TUAN . Saya masuk ke kelas darjah 1 pagi tadi. Berilah salam. Semua murid pun bangun menjawab salam saya. Di sebelah kiri saya ada murid perempuan. "Ha kamu, kenapa tak berdiri lagi? Orang lain semua dah berdiri" tanya saya kepadanya. "Saya dah berdirilah Ustazah." Katanya. "La, dah berdiri rupanya... Meja tinggi dari kamu..." kata saya sambil meminta maaf. Masuk bilik guru, saya asyik ketawa mengingatkan kejadian tu. Cerita pada rakan sekerja, mereka pun tergelak mendengarnya. Kelakar kan? Boleh saya tak perasan murid comel tu sudah berdiri. NAK PISANG TU SEBIJI . Nampak tak pisang dalam plastik tu? Pisang antara makanan kegemaran ramai. Buktinya ramai orang suka bersedekah pisang pada hari Jumaat di masjid-masjid berbanding buah-buahan yang lain :D Sebelum balik ke rumah, saya singgah di perkarangan Masjid di had

BUKAN SEMUA ORANG PAKAR DALAM SEMUA PERKARA

Image
BUKAN SEMUA ORANG PAKAR DALAM SEMUA PERKARA . Bebanan kerja seringkali membuat seseorang itu tertekan. Hadapi tekanan dengan bijaksana. Kadangkala menjadi bebanan dan tekanan jika apa yang bukan kepakaran kita tetapi kita perlu buat demi meneruskan kelangsungan hidup. Jadi, jangan tertekan, sesekali pergilah window shopping untuk meredakan tekanan yang melanda ^__^ Memberi motivasi itu mudah tetapi nak mengimplementasikannya payah. Sebab itu saya katakan, bukan semua orang pakar dalam semua perkara... Laksanakan apa yang dikata. Orang yang tidak berniaga, takkan tahu susah payah dan pahit getir dunia perniagaan. Jadi, motivasinya hanya sekadar di mulut. Tiada sebarang gerak kerja dilakukan. Berilah motivasi sebanyak mana sekali pun. Hanya sekadar kata-kata sahajalah. Orang sedemikian jika hanya sebagai motivator atau konsultan, tidak boleh diguna-pakai 100% kata-katanya. Ibarat kata, hanya bijak bermain kata-kata... Cuba suruh berniaga, boleh ke tak boleh? Try lah :)