5 Tips blogging dari Boni Kacak.
![]() |
Banyak info bermanfaat ada dalam blog Boni Kacak. |
Siapa Boni Kacak?
Pasti ramai sudah mengenali siapa Boni Kacak kan? Saya mengenali Boni Kacak hanya dari facebook pada tahun 2014 dan melalui program Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014. Tahun 2015, semasa menyertai Sepetang Bersama Blogger, anjuran Tn. Hj. Amir pemilik blog Denaihati baru saya tahu Boni sebenarnya, jiran dua (2) Taman tempat saya tinggal. Sebab itu saya selalu komen dimulai dengan ayat "jiran 2 taman akak" bila berkomen pada posting di facebook nya.
Boni seorang yang peramah walau pun dia seorang artis. Jika Boni tidak menegur saya, memang saya segan nak menegurnya dahulu dan tidak mengenali siapa Boni Kacak. Apa pun, saya puji sikap low profilenya tu. Tak sombong dan menghormati orang tua. Kami juga pernah bersama-sama bekerjasama mempromosikan sebuah program di pasaraya terkemuka yang memerlukan khidmat blogger² dari sebuah Kelab Blogger tersohor dunia. Ya, Boni memang peramah dan ceria orangnya. Kami dan rakan-rakan blogger lain jika berwhatsapp dalam group, gamat dan riuh-rendah dengan kegemarannya menyakat kami semua di samping ilmu blogging yang dikongsikan oleh Boni dan rakan blogger yang lain.
Boni Kacak dan You Tube.
Satu malam, saya ternampak di time line facebook Blogger Boni Kacak berkongsi video di Group Kaki You Tube. Rasa rajin jari ni klik dan tonton video yang dikongsikan tu.
Dalam banyak-banyak video, malam tu yang saya tonton, saya dapat ilmu dari salah satu video Boni Kacak yang ditemuramah oleh krew Penyamun Inc. Jadi hari ni saya nak kongsi 5 tips blogging dari Boni Kacak. Nah, baca dan sila hadamkan bersama... ^__^
1. Nak jadi blogger hebat kena rajin dan pandai merebut peluang.
2. Blog boleh buat bisnis jika kena cara dan gayanya.
3. Blogspot atau Wordpress masing² ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Walau dah ramai berdebat isu ni, gunalah ikut keselesaan kita sebagai seorang Blogger.
4. Nasihat buat Blogger newbie, dek blog yang tumbuh bagai cendawan, buat blog boleh tetapi cari dan buat penjenaman blog sendiri.
5. Jangan tiru orang lain. Meniru samada copy paste entri atau gaya penulisan orang lain, tak akan kekal lama.
Satu lagi saya nak pesan, menulis biar bermatlamat barulah kita sentiasa dihormat.
Itu sahaja 5 Tips blogging dari Boni Kacak yang mungkin bermanfaat buat anda semua. Akan datang saya tulis tentang lain-lain blogger yang pernah saya jumpa dan kenal. Bolehkan?
Entri berkaitan :
Entri berkaitan :
hahahaha. artis lah sangat ye. hahahaha..
ReplyDeletetak jadi ak berhenti berblog bila baca tips diri sendiri tu. hahahaa
Ekekekeke... Hep... Jangan berhenti... Rugi... Dah ramai peminat setia kat blog dan You tube juga lenlain laman sosial, rugi ho berhenti...
DeleteAkak murid tua baru nak belajar.
Mohon Boni sila beri tunjuk ajar.
Tenkiu adik Boni :D
Kalau dah masuk tv tu, kira artis dahlah tu... Terbaik Boni. Keep up blogging ^___^
DeleteOwh, ni la boni kacak retis serta pemilik kad cidb tu ye.haha, Okey, suka dgn tips beliau. InsyaAllah, sedang dalam proses nak baik pulih. tgh nak merajinkan diri menulis dan meninggalkan komen.
ReplyDeleteHa ah Aima. Nilah dia jiran 2 taman akak ni. Hehehe... Moga bermanfaat. Happy blogging ya Aima :)
DeleteHa ah Aima. Nilah dia jiran 2 taman akak ni. Hehehe... Moga bermanfaat. Happy blogging ya Aima :)
Deletetak sangka pula Boni Kacak tu peramah orangnya. hehe
ReplyDeleteUish... Memang dia ramah Haziq. Tak sombong. Baik pun baik budaknya. Hehe
Delete