Suri rumah sepenuh masa, multitasking, freelancer Lifestyle Blogger, markerter, content creator, berkongsi apa sahaja ikut suka hati dan keselesaannya.
09 February 2016
BUKAN SEMUA ORANG PAKAR DALAM SEMUA PERKARA
BUKAN SEMUA ORANG PAKAR DALAM SEMUA PERKARA.
Bebanan kerja seringkali membuat seseorang itu tertekan.
Hadapi tekanan dengan bijaksana. Kadangkala menjadi bebanan dan tekanan jika apa yang bukan kepakaran kita tetapi kita perlu buat demi meneruskan kelangsungan hidup. Jadi, jangan tertekan, sesekali pergilah window shopping untuk meredakan tekanan yang melanda ^__^
Memberi motivasi itu mudah tetapi nak mengimplementasikannya payah. Sebab itu saya katakan, bukan semua orang pakar dalam semua perkara...
Laksanakan apa yang dikata.
Orang yang tidak berniaga, takkan tahu susah payah dan pahit getir dunia perniagaan. Jadi, motivasinya hanya sekadar di mulut. Tiada sebarang gerak kerja dilakukan. Berilah motivasi sebanyak mana sekali pun. Hanya sekadar kata-kata sahajalah. Orang sedemikian jika hanya sebagai motivator atau konsultan, tidak boleh diguna-pakai 100% kata-katanya. Ibarat kata, hanya bijak bermain kata-kata... Cuba suruh berniaga, boleh ke tak boleh? Try lah :)
Kesan ilmu tidak diamal.
Setakat ilmu yang tidak digarapkan ke dalam kehidupan seharian, ibarat pokok yang tidak berbuah. Yang mendengar, setakat mendengar. Ambil yang mana boleh guna. Yang payah nak buat, tinggalkan sahaja. Berniaga ni, kita bekerja untuk diri kita sendiri. Untuk kepuasan diri sendiri. Untuk keluarga kita. Bukan untuk orang lain. Kenapa kita perlu ikut 100% jika kita ada tanggungjawab tersendiri yang hakiki?
Mengajar bukan perkara mudah.
Begitu juga orang yang tidak menjadi guru, dia tak akan tahu bagaimana tugas dan apa yang perlu guru lakukan saban hari. Jika berlaku sesuatu perkara, hanya menuding jari menyalahkan guru. Cuba suruh mengajar tengok barang sehari? Mampu ke tak mampu?
Usah terlalu taksub.
Sebab itu saya tidak gemar mengidolakan sesiapa pun dengan taksubnya selain Nabi Muhammad S.A.W sahajalah idola saya dalam berniaga dan mendidik. Saya hanya usahawan kecil-kecilan dan blogger sambilan sahaja.
Utamakan yang utama.
Guru kerjaya utama saya. Keluarga saya keutamaan pertama saya bila di rumah. Jadi, saya hanya utamakan kerjaya utama dan keutamaan pertama saya. Blogger dan berniaga sebagai kerjaya sambilan saya, bila lapang sahaja saya lakukan. Betulkan, bukan semua orang pakar dalam semua perkara?
Video Niaga saya yang ke 2, sudi-sudikan menontonnya ya ^__^
Betul.. Tapi apa nak buat kan.. sesetengah orang memang macam tu.. ada juga yang rasa 'itu kepakaran kamu, kenalah tau settle'.. Memang kepakaran kita, tapi berapa pakarnya seseorang itu, mesti ada yang susahnya juga dalam kerja tersebut. Bukan semua benda tu senang dan bukan semua benda tu susah. Semua orang masih belajar, untuk mendalami ilmu yang telah didalami :)
Begitulah Yun Sing. Jadi, kitalah perlu belajar untuk menjadi pakar supaya kita tidak dikondem kelak. Terima kasih Yun Sing sudi singgah dan komen ^__^
Begitulah Yun Sing. Jadi, kitalah perlu belajar untuk menjadi pakar supaya kita tidak dikondem kelak. Terima kasih Yun Sing sudi singgah dan komen ^__^
Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.
Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.
Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, amalan syirik khurafat dan ajaran sesat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak terus. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus.
Rules saya : 1) Saya tidak memberi sedekah secara online. 2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka. 3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali. 5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapkan borang diberi.
Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁
Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁
singgah baca sini.. perkongsian yg bermanfaat...
ReplyDeleteTerima kasih Cikgu Maria sudi singgah di sini.
DeleteBetul.. Tapi apa nak buat kan.. sesetengah orang memang macam tu.. ada juga yang rasa 'itu kepakaran kamu, kenalah tau settle'.. Memang kepakaran kita, tapi berapa pakarnya seseorang itu, mesti ada yang susahnya juga dalam kerja tersebut. Bukan semua benda tu senang dan bukan semua benda tu susah. Semua orang masih belajar, untuk mendalami ilmu yang telah didalami :)
ReplyDeleteBegitulah Yun Sing. Jadi, kitalah perlu belajar untuk menjadi pakar supaya kita tidak dikondem kelak. Terima kasih Yun Sing sudi singgah dan komen ^__^
ReplyDeleteBegitulah Yun Sing. Jadi, kitalah perlu belajar untuk menjadi pakar supaya kita tidak dikondem kelak. Terima kasih Yun Sing sudi singgah dan komen ^__^
ReplyDeleteBetul sangat kak
ReplyDeleteBegitulah Nad… Terima kasih Nad sudi singgah ^__^
Delete