PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

KALAU SAYA MALAS APA JADI?

KALAU SAYA MALAS APA JADI?
Malas, Awan, awan cantik, pemandangan, lampu jalan, awan
MULUT LONGKANG.
"Kau jangan malas, rumah tu jaga... Buanglah apa yang tak perlu. Kemas sikit rumah kau tu...". Begitulah antara ayat hebat dari seorang yang hebat kepada kawan saya bernama Nania yang juga seorang usahawan, pelajar dan juga kakitangan awam tetapi selalu mengalami masalah kesihatan.

Antara nasihat yang saya katakan kepadanya, "Sabarlah. Asalkan suami kau tahu dan anak-anak kau pun cukup makan semua, biarkan sahajalah. Abaikan apa sahaja orang nak sound kau dan kau buktikan, kau lebih berjaya daripada mereka yang busy body, mulut longkang dan suka cari salah kau mahupun menghina atau memperlekehkan kau. Mereka tu ada anak pinak, satu hari akan terkena batang hidung mereka juga...".

PENGALAMAN SAYA.
Saya pun pernah orang kata saya malas. Hanya kerana suami saya sering membantu saya membuat kerja-kerja di rumah sedangkan suaminya tidak pernah sekalipun membantunya... Tahu apa saya rasa? Sedih... Tapi saya ada cara menyelesaikan kesedihan saya tu yang tersendiri. Waktu tu, saya kurang sihat. Memang selalu sahaja sakit. Bukan tak pernah dikeji... Adatlah bila ada yang datang ke rumah dan mata meliar, check keadaan rumah dan terus hebah ke laman sosial. Fitnah pelbagai. Biasa dah... Perli-perli dan menjaja hal saya, biasa dah... Tapi, apa ada kisah...? Bukan mereka bagi saya duit sesen pun. Biarlah...

AKU HEBAT!
Apa saya buat? Saya berfikiran positif. Saya pujuk diri saya sendiri. Saya kata pada diri saya, "Aku hebat!" Sebab,
  1. Kalau saya malas, saya tak buat dua tiga empat lima enam kerja dalam banyak masa. Walaupun saya sakit, saya gagahkan. Terutama hal perniagaan saya. Selagi jari boleh bergerak, selagi tu lah saya kongsikan ikut suka hati saya.
  2. Kalau saya malas, tak ada nya dapat duit saya kepada pihak berkaitan untuk bayar segala macam tax. Malas? Tak bekerjalah saya...
  3. Kalau saya malas, saya tak pergi lah mengajar. Saya tak buatlah whatsapp group untuk kelas-kelas subjek yang saya ajar dan juga whatsapp group parents murid kelas saya sebagai pemudah cara kerjaya perguruan saya...
  4. Kalau saya malas, tak adalah saya berniaga walaupun secara sambilan dan kecil-kecilan.. Ada sahaja masa terluang, semua produk bisnis saya kongsikan melalui blog bisnis saya dan ke merata laman sosial yang ada. Kecuali waktu mengajar. Memang handphone pun saya simpan tau...
  5. Kalau saya malas, tak adanya saya sambung belajar. Tak adanya saya dapat saya Anugerah Dekan.
  6. Kalau saya malas, saya tak hantar tau anak-anak saya ke sekolah. Setiap hari rushing ke tempat kerja kejar punch card pagi dan petang. Setiap hari juga dari tempat kerja balik tengahari uruskan anak ke sekolah petang pula. Orang yang mengata, apa ada tahu? Meh sini buat sekali, apa semua yang saya dah buat... Duduk rumah sepanjang masa, anak-anak dah besar, atau ada orang gaji, bolehlah rumah kemas 24 jam...
  7. Kalau saya malas, alamat hancurlah segalanya...
Ha, itulah 7 sebab kenapa saya kata saya hebat. Bukan saya nak merungut atau pun nak bangga diri tapi nak positifkan diri, beritahu pada diri abaikan mulut longkang yang suka mencari kesilapan.

Semua urusan saya, itulah hakikatnya rutin dan tanggungjawab saya. Tiada apa pun perlu saya kesal atau sedihkan. Saya pasti ramai lagi yang hebat seperti rakan saya dan juga saya kan? Maaf lah ya jika ayat ala-ala angkat bakul sendiri. Cuma nak menzahirkan sahaja apa yang selama ini tak pernah orang tahu bagaimana kehidupan wanita bekerjaya dan beranak kecil-kecil seperti kami berdua.
Senyum, hina, senyum sahaja jika dihina
KEHEBATAN ARWAH EMAK SAYA.
Arwah emak saya dulu, masa suri rumah sepenuh masa, memang makan minum dan pakai kami terjaga. Masa tu, kami 6 beradik kecil-kecil lagi. Arwah emak yang mengajar kami semua mengaji. Arwah emak tak hantar kami mengaji kepada orang lain pun. Ini semasa arwah emak sebagai seorang suri rumah sepenuh masa.

Bila arwah emak dah mula bekerja, setiap hari arwah emak akan bangun jam 4 pagi, mandi dan terus memasak makanan untuk abah dan kami 6 beradik. Walaupun arwah emak sakit kebas bengkak tangan atau alahan teruk sepanjang mengandungkan kami, semasa beliau suri rumah sepenuh masa arwah emak tetap memasak dan buat kerja rumah seperti biasa. Saya tak pernah dengar arwah emak merungut. Saya sendiri kadangkalanya bila datang tak sihat, tak mampu melakukan seperti arwah emak saya. Sayang emak, rindu emak...

Namun, satu perkara harus kita ingat, setiap manusia ada kemampuan dan kelemahan tersendiri. Kita siapa untuk menghukum orang lain atas perkara yang kita tidak tahu hal sebenarnya?

BUKAN SEMUA ORANG MAMPU BUAT SAMA MACAM YANG ORANG LAIN DAPAT BUAT.
Saya tidak pernah lagi merasa menjadi suri-rumah sepenuh masa. Kebetulan saya memang dari sebelum berkahwin saya sudah terbiasa dan ligat bekerja di pejabat dan sebelum mengajar, saya memang sudah minat berniaga dan menulis. Sebab itulah saya meneruskan minat saya dalam bidang perniagaan dan berblogging secara sambilan sehingga ke hari ini.

Sebagai guru pula, adakalanya saya memang perlu membawa balik ke rumah kertas-kertas peperiksaan untuk saya tanda. Ha, masa tu memanglah saya tak dapat juga nak buat semua dalam satu masa. Pasti ada perkara seperti urusan bisnis saya ketepikan. Urusan rumahtangga? Saya dan suami sama-sama bekerjasama melaksanakannya. Mudah kan? Perkahwinan adalah satu kerjasama. Betulkan?

AKHIR KATA.
Rajinlah sangat orang yang dok kata orang lain malas...? Eh, rajinla... rajin busy body hal rumahtangga orang lain. Sedangkan, rumahtangga, anak-beranak sendiri tak sempurna mana pun. Pada yang mengeji, cuba letak diri anda tu di tempat wanita bekerjaya seperti rakan saya Nania dan anda tanya diri anda, mampu ke buat macam yang rakan saya dan juga saya buat? Sekian, kisah KALAU SAYA MALAS. Anda malas tak? :D

SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 orang yang sudi komen:

  1. hahaha. kadang2 malas, kadang2 rajin. eh ?
    btw jom join segmen pencarian bloglist theathra.
    http://theathra.blogspot.my/2016/02/pencarian-bloglist-theathra.html
    Terima kasih sebab support ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bagus ni Aina. Akak tengok ya, jika berkesempatan akak join. Thanks invite & sudi berkunjung ke blog ini :)

      Delete
  2. Bahaya kalo orang pompuan malas, terbalik rumah tangga hahhha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...? Memang bahaya. Alamat tak berasaplah dapur hehe

      Delete
  3. dekat malaysia ni memang ramai spesis yang suka terlebih jaga tepi kain orang..

    ReplyDelete
  4. Begitulah Tuan Hadi... Kengkadang terlebih jaga tepi kain orang lain, tepi kain sendiri koyak rabak, pun tak perasan. Sangkaan diri terlebih alim dan bijak pandai, sampai memfitnah di laman sosial memalukan mengaibkan orang lain pun tak sedar. Dunia akhir zaman dah Tuan... Bukan nak berdendam cuma serius agak sedih dgn org yg macam tu.

    ReplyDelete
  5. hati saya tercuit dgn kisah ni kak. Sbb ada benda yg pernah Aima lalui berkaitan 'malas'ni

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Tak perlulah ya, letak link iklan produk atau blog niaga anda. Sila e-mail kepada marsitahieta@gmail.com ya

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

Featured Post

Usah bersangka buruk menilai orang lain tanpa mengetahui kisah sebenar disebalik tindakan mereka.

Usah bersangka buruk menilai orang lain tanpa mengetahui kisah sebenar disebalik tindakan mereka . Jangan pantas menghukum sesuatu yang k...