Posts

Showing posts from March, 2016

KERJA GURU MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN DAN MENYEMAK BUKU PELAJAR

Image
KERJA GURU MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN DAN MENYEMAK BUKU PELAJAR . RUTIN SEORANG GURU . Inilah rutin dan amanah buat seorang guru selain mengajar dan menyiapkan pelbagai dokumentasi, di samping melaksanakan aktiviti-aktiviti telah dirancang di sekolah. Gambar di atas, adalah sebahagian buku-buku latihan pelajar saya dari darjah 1 hingga ke darjah 5 sesi pagi dan petang. Darjah 6 sudah siap saya semak sebelum cuti sekolah. HAJAT TAK KESAMPAIAN . Saya bercadang buku di sekolah yang tidak habis lagi saya semak saya nak ambil bawa balik semak di rumah sepanjang cuti sekolah seminggu ni. Kononnya lah kan... Tetapi beberapa hari dalam tempoh cuti persekolahan ni, saya kurang sihat. Maka hajat saya tu tak kesampaian. Namun, Alhamdulillah walau pun kesihatan sedikit kurang memuaskan, dengan izin Allah saya minum Codi Cafe ni, dapatlah menyegarkan badan saya sedikit. Tidak, selalunya pasti melepek terus. Dari 18 bundle kertas Ujian, 10 bundle  sahaja saya sempat siap

Best ke tarikh 29/2/2016?

Image
Best ke tarikh 29/2/2016? Bila kecelaruan minda bermaharajalela, nak juga menaip, ketagihan menulis melanda dalam jiwa... Saya cuba mencari apa yang best nya dengan tarikh 29/2/2016? Pada saya tarikh ni biasa je. Tak ada apa langsung pun yang menarik dan luar biasa. Apa kaitan tarikh 29/2/2016 dengan boring? Boring dan mood blogging saya tetap menurun seperti turunnya page rank blog saya dari PR3 ke PR2 dan sekarang terus hilang PR itu. Bila nak naik entahlah kan? Huh! Best ke Best? Memanglah tak best ... Serius, tak menarik hati saya langsung. Entri saya tetap tidak menyengat seperti  blogger lain. Silent reader  tetap membaca dan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang tulisan di ruangan komen pun. Saya cuba mencari  Apa yang bestnya dengan 29/2/2016? Ahha... ada... Baru teringat, ada tiga (3) perkara yang best pada tarikh 29/2/2016 ini. 1) Tepung Kek Extra Coklat Lembap. Nampak sedap je ni... Tepung kek ni kan, begini ceritanya. Usai sahaja mengajar, ti