KERJA GURU MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN DAN MENYEMAK BUKU PELAJAR.
Inilah rutin dan amanah buat seorang guru selain mengajar dan menyiapkan pelbagai dokumentasi, di samping melaksanakan aktiviti-aktiviti telah dirancang di sekolah.
Gambar di atas, adalah sebahagian buku-buku latihan pelajar saya dari darjah 1 hingga ke darjah 5 sesi pagi dan petang. Darjah 6 sudah siap saya semak sebelum cuti sekolah.
HAJAT TAK KESAMPAIAN.
Saya bercadang buku di sekolah yang tidak habis lagi saya semak saya nak ambil bawa balik semak di rumah sepanjang cuti sekolah seminggu ni. Kononnya lah kan... Tetapi beberapa hari dalam tempoh cuti persekolahan ni, saya kurang sihat. Maka hajat saya tu tak kesampaian.
Namun, Alhamdulillah walau pun kesihatan sedikit kurang memuaskan, dengan izin Allah saya minum Codi Cafe ni, dapatlah menyegarkan badan saya sedikit. Tidak, selalunya pasti melepek terus.
Dari 18 bundle kertas Ujian, 10 bundle sahaja saya sempat siapkan menandanya di sekolah. Maka tinggallah lagi 8. Ha, baru sebentar tadi jam 3 pagi tadi siap 3 ¹/² bundle. Esok nak siapkan baki. Kalau dapatlah... 😁😁😁
Harap-harapnya, esok dapatlah saya menyiapkan lagi 4 ¹/² bundle yang tinggal. Aamiin... Sebab Sabtu dan Ahad suami tak kerja. Boleh bawa anak yang 5 orang tu berjalan. Bisnis saya, cuti sekolah ni stop sekejap. Utamakan kerjaya utama.
TIPS MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN.
Bagaimana saya menanda kertas pepriksaan dengan kekalutan melayan karenah 5 orang anak saya? Anda boleh baca dalam entri ini ->> Tips mudah menanda kertas peperiksaan.
KESIMPULAN, SELESAIKAN AMANAH DIBERI.
TIPS MENANDA KERTAS PEPERIKSAAN.
Bagaimana saya menanda kertas pepriksaan dengan kekalutan melayan karenah 5 orang anak saya? Anda boleh baca dalam entri ini ->> Tips mudah menanda kertas peperiksaan.
KESIMPULAN, SELESAIKAN AMANAH DIBERI.
Beginilah antara kerja guru, menanda kertas peperiksaan dan buku latihan pelajar walaupun bercuti. Amanah ini saya cuba selesaikan secepat mungkin dan semampu saya. Anda pula bagaimana? Ke mana anda sekeluarga cuti sekolah kali ini?
Xde g mana2 cuti.cikgu suami keje lg pun xde ank lg ni
ReplyDeleteTakpelah kan? Cik Ash, cuaca sekarang ni dengan masalah strok haba, rasanya lebih selesa duduk di rumah sahaja kan?
DeleteTerima kasih Cik Ash sudi singgah dan komen ^__^
Efa tahu tugas guru bagaimana sbb arwah ayah juga guru dan efa juga ada keluarga angkat di kalangan guru,malah kawan pun ada hehe termasuk kak ieta,memang banyak cabaran,nampak spti mudah kan,dan ada yg beranggapan bila cuti je cikgu semua relax tp xbtul semua tu hehe,.sayang semua cikgu di dunia ni ;)
ReplyDeleteBegitulah Efa. Tu sebab sekarang ni akak dah jarang publishkan entri. Idea banyak tp nak mengedit tak de masa sangat. Kerja guru wajib diutamakan sebab tu periuk nasi dan amanah utama utk akak as guru. Tak ramai yang faham. Tu yang kena cerita dalam blog supaya faham. Thanks Efa sentiasa support akak :)
DeleteBukan mudah sebenarnya tugas seorang guru. Alhamdulillah akk berjaya menyelesaikannya. Kdg2 saya teringin juga nk tanda kertas buku sekolah ni hehehe
ReplyDeleteBenat Linda.Guru mesti kuat daya tahan emosi dan mental. Menanda tu hanya sebahagian sahaja tugas rutin seorang guru. Banyak lagi perlu disiapkan. Tapi, kerjaya guru memang menyeronokkan akak. Akak happy hehe
DeleteBenat Linda.Guru mesti kuat daya tahan emosi dan mental. Menanda tu hanya sebahagian sahaja tugas rutin seorang guru. Banyak lagi perlu disiapkan. Tapi, kerjaya guru memang menyeronokkan akak. Akak happy hehe
Delete