25 April 2016

4 masalah bila tukar password akaun gmail

4 masalah bila tukar password akaun gmail.

Assalamu'alaikum.
Baru-baru ini, selepas menukar password di akaun gmail satu lagi, telefon bimbit saya, Samsung Note 2 yang screennya dah retak, terus jadi masalah begini :

1) Play store dah tak boleh on langsung. Nak add apa aplikasi pun dah tak boleh dah (Tak dapat snap gambar sebab terlalu pantas aplikasi ni tertutup).
2) Google Photos boleh buka, boleh ambil gambar dari situ tapi bila nak sign in, keluar word ni 👉🏻 'Unfotunately, Photos has stopped' bila tekan ok terus close". Nak buat entri payahlah jadinya nak cari melalui gallery fon.
4 masalah bila tukar password akaun gmail

3) You Tube tak boleh nak sign in. Bila tekan Sign In, keluar word 'Add Account'. Bila klik word tu, apa pun tak keluar.
4 masalah bila tukar password akaun gmail

4) Email dari handphone ni pun dah tak boleh nak kesan.
4 masalah bila tukar password akaun gmail

Ada sesiapa tahu bagaimana menyelesaikan 4 masalah bila tukar password akaun gmail ini selain format semula handphone? Adakah ini bermaksud akaun Samsung atau Gmail saya  telah dicerobohi?
Kata Yeop Maz Cuba clean cache kat setting->apps manager. Cari play store dan google photo".
Tak cuba pun lagi... 

Artikel berkaitan :
  1. Aplikasi terkini yang sesuai digunakan.
  2. 5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.


08 April 2016

5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan Smartphone.

5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan Smartphone.
Salah ya menggunakan smartphone?
Nampak tak yang tegak tu? Itulah pen untuk smartphone yang saya guna waktu jari-jari saya sakit nak menaip nota. Sumber, google.
Saya bukanlah 100% baik tetapi saya berusaha ke arah yang terbaik. Jika anda nampak saya memegang telefon bimbit di mana-mana program, ketahuilah saya sedang menulis nota melalui smartphone saya dan menggunakan pen smartphone jika jari-jemari saya sakit. Saya menghidapi Charpal Tunnel Syndrom. Saya tidak boleh menulis atau menaip terlalu lama. Tetapi, saya memang suka mencatit kerana saya tahu saya mudah lupa. Nota-nota itu juga bukti buat saya jika diminta.

Kadangkala sewaktu mesyuarat, saya merakam perbualan mesyuarat jika saya tidak mampu menulis. Jika jari saya tidak sakit, saya menulis menggunakan pen smartphone saya atau saya tahan sahaja kesakitan dan terus juga menaip apa yang dibicarakan menggunakan smartphone saya.

Saya lebih suka menulis di smartphone berbanding menulis nota di atas buku atau kertas. Menulis pada buku atau kertas, bila nak guna selalu tak jumpa. Dalam smartphone, klik² sahaja, dah jumpa apa dicari oleh saya. Mudahkan?

Jadi, smartphone merupakan satu benda yang amat berharga buat saya. Saya manfaatkan sebaik mungkin. Lebih-lebih lagi dalam Pengajaran dan Pembelajaran saya.
5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan Smartphone
Smartphone saya yang selalu hang macam nilah lebih kurang rupanya. Tapi skrin dah retak seribu :D Sumber google.
5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan Smartphone.

Ya, KADANGKALA sahaja saya menggunakan smartphone dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk :

1) Merujuk ejaan kamus Jawi terbaru. Nak beli kamus Jawi mahal. Jadi guna sahajalah smartphone yang ada...

2) Bahan Bantuan Mengajar jika saya tidak sempat atau tidak dapat menyiapkan kad manila dan bahan tradisional lain untuk tujuan PdP saya. Memang selalu tak sempat pun... hehe

3) Memperdengarkan ayat Hafazan Al-Quran melalui smartphone jika uzur syar'ie...

4) Memperdengarkan bunyi huruf Arab bagi Pelajaran Tajwid jika saya sakit tekak.

5) Bahan cerita untuk saya ceritakan kepada murid-murid saya dalam subjek Al-Quran. Contohnya, Kisah-kisah Teladan dan Kisah Nabi saya google dan saya bacakan ceritanya untuk murid-murid saya dalam subjek Al-Quran. Siap dengan sound effect tau jika melalui You Tube. Murid-murid saya suka :)

Selalunya, saya simpan sahaja telefon bimbit saya ni  dalam beg :)

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan Smartphone cara saya ini hanyalah sebagai panduan. Ambillah yang bermanfaat darinya. Sebelum mengakhiri artikel saya ini, saya ada 5 soalan kepada yang hairan melihat saya menggunakan smartphone saya ni.

  1. Salahkah saya menggunakan smartphone untuk perkara yang memudahkan saya?
  2. Sewaktu program berjalan, salahkah saya membuat nota untuk rujukan saya menggunakan smartphone saya?
  3. Tidak bolehkah yang melihat berfikir dan sangka yang baik-baik juga beri semangat buat saya?
  4. Tidak bolehkah bertanya saya kenapa? Atau belajarlah sesuatu dari penggunaan gajet sedia ada...
  5. Takkanlah apa sahaja yang saya buat ni saya perlu cerita A hingga Z kepada semua seperti di dalam artikel 5 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran menggunakan Smartphone ni?
Sekian, ditaip menggunakan smartphone sahaja. Apa pendapat anda yang membaca artikel ringkas saya ini?

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?