PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

8 PERKARA KENAPA SAYA TERUJA DAN TERKEDU DI SBB 2016

8 PERKARA KENAPA SAYA TERUJA DAN TERKEDU DI SBB 2016
8 PERKARA KENAPA SAYA TERUJA DAN TERKEDU DI SBB 2016
Button badge MDEC Sepetang Bersama Blogger 2016.
KISAH BUTTON BADGE MDEC SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2016.
Walaupun Sepetang tetapi seharian kami para blogger di sini tau pada hari tu. Best gila... Apa pun, kami masih waras tau :D Masa ni kan, saya tak jumpa marker pen. Tiba-tiba, ternampak blogger di hadapan saya, button badgenya bertulisan dengan marker pen.

Terus tanya "Ambil di mana ya marker pen?". Rupanya ada di meja pendaftaran... Alamak.. dah comot button badge yang cute ni... Tak apa, tak apa... Bukti ni... Janji ada kan? grin emoticon

Saya seorang Blogger sambilan. Sebelum menyiapkan sesebuah entri atau artikel dalam blog, biasanya saya akan berkongsi gambar berkaitan entri di media sosial dahulu. Cari idea dahulu sebenarnya. 

APA ITU BLOGGER?
Blogger ialah mereka yang mempunyai laman blog sendiri atau dahulunya ia ibarat diari. Kini tidak lagi buat saya. Saya lebih fokus menulis apa sahaja berkaitan pelbagai maklumat bermanfaat kepada pembaca-pembaca blog saya. Antara blog saya ialah blog  Kisah Cikgu ieta.

Kami Blogger ada komuniti (Kumpulan). Dalam Islam dipanggil Jemaah. Berjemaah itu kan Rahmat... Sebagai orang Islam, kita tidak boleh duduk dalam kepompong kita sahaja. Sebagai guru pula, kita perlu bergaul dan bermasyarakat. Terpulang bagaimana cara kita mahu hidup bermasyarakat. Saya tidak menghadkan pergaulan saya. Saya bergaul dengan semua golongan dan saya selesa bergaul dengan mereka yang bergelar blogger. Banyak manfaat berada dalam komuniti blogger ni sebenarnya.

TUJUAN SAYA MENYERTAI PROGRAM SEPETANG BERSAMA BLOGGER.
Mencari ilmu perlu. Bukanlah saya ke program begini untuk bersuka-suka sahaja ya. Tetapi menuntut ilmu tujuan utama saya ke sebarang program. Tak kiralah program blogger atau program yang tiada kaitan dengan aktiviti blogger. Cuma untuk menyiapkan artikel sahaja saya kurang berkesempatan disebabkan saya Penjawat Awam 24 jam. Blogging hanya sambilan bila saya lapang sahaja. Bukan juga hadir saya ke program untuk mencari glamour.

Sifu saya dalam dunia blogging ramai... Antaranya Encik Titan yang power SEO. Encik Titan pun turun padang join program ni... Takkanlah saya yang kurang ilmu ni tak boleh menyertaikan...? Dengan izin suami lagi ha, saya pergi. Ingat tau, betulkan matlamat. Pergi untuk menuntut ilmu. Yang lain akan datang dengan sendirinya. Percayalah ^__^

SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2016
Peta : The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur
8 PERKARA KENAPA SAYA TERUJA DAN TERKEDU DI SBB 2016
Banyak juga rupanya di Sepetang Bersama Blogger 2016 yang bertukar kad dengan saya. Terima kasih semua.
Saya mula menyertai program Sepetang Bersama Blogger ini pada tahun 2014. Program pada tahun ini seperti kebiasaam, dianjurkan oleh Denaihati Network. Multimedia Development Corporation (MDEC) sebagai Penaja Utama Program. Program berjalan lancar di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur bermula dari jam 8:00 pagi sehingga jam 5:30 petang .
Wahh byknya kaddd....👏👏
Bisnes woman la katakn... kne de byk kad..". Kata Wan Hidayah, ulas rakan seUTM saya di facebook saya semasa saya paparkan gambar koleksi kad bisnis dari rakan Blogger semasa program Sepetang Bersama Blogger 2016 pada 16/4/2016, hari Sabtu bulan April lalu.
Di atas, hanya sebahagian sahaja kad rakan-rakan berkerjaya Blogger yang berkongsi kad dengan saya semasa program seharian ini. Saya hanya sempat bertukar kad dengan Blogger yang berada di empat meja bulat sahaja disebabkan saya cuma membawa sekotak sahaja kad. Sayang... Blogger yang datang kali ini ramai... Lebih dari 200 orang. Bertambah meriah dari 2 program Sepetang Bersama Blogger yang pernah saya sertai 2 tahun lalu.

Artis Tuan Hj. Adi Putra, artis Norman Hakim dan isterinya Memey Suhaiza pun ada. Smartphone saya bateri bermasalah. Jadi, saya tidak bergambar dengan sesiapa pun. Jika ada, itu semua rakan blogger lain yang menggunakan smartphone mereka samada secara rela atau candid gambar saya. Ada juga yang sudi merakam video dengan saya. Terharu rasa hati ini bila ada juga yang sudi.... Sob³...

Jika anda ingin tahu, komuniti Blogger sepenuh masa atau secara sambilan adalah antara manusia teramai yang menghidupkan laman sosial alam maya dan media realiti. Semasa program Sepetang Bersama Blogger 2015 ini, ada dua slot Forum sehingga petang. Bagi Penjawat Awam seperti saya, program ini sudah dikira sebagai sehari berkursus. Dengan kelulusan daripada Puan Guru Besar, maka dapatlah saya masukkan program Sepetang Bersama Blogger 2016 ni ke dalam Human Resources Management Info System (HRMIS) saya tahun ini. Syukur Alhamdulillah...

Oh ya, bukan semua blogger yang berniaga. Beberapa orang sahaja yang mempunyai perniagaan sendiri. Dalam entri kali ini, saya cuma berkongsi sedikit pengalaman saya sewaktu menghadiri program perjumpaan Mega blogger seluruh Malaysia, setelah sekian lama entri ini terperam di dalam memori blog Kisah Cikgu ieta ini.

8 PERKARA KENAPA SAYA TERUJA DAN TERKEDU DI SBB 2016.
Ada lapan perkara sepanjang program yang buat saya rasa teruja dan amat terkedu pada program Sepetang Bersama Blogger kali ini. Silakan baca dan tolong jangan kecam saya. Saya sekadar berkongsi dengan anda semua. Tak suka jangan baca tau... :)

1) FOLLOWER, FOLLOW DAN IKUTI PERKEMBANGAN KAK iETA NI..
8 PERKARA KENAPA SAYA TERUJA DAN TERKEDU DI SBB 2016
Kelihatan Jutawan Hartanah, Tn. Hj. Mior, Tn. Hj. PD Ismail, Jutawan perniagaan Asia Herbal Biotech bersama  Tn. Hj. Amir (sedang mengambil gambar), pemilik Denaihati.com,sebagai pengerusi Forum semasa pembentangan santai Tuan Haji Adi Putra sebagai panel ke 3 hari itu.
Seperti biasa saya gemar bertanya apa sahaja saya tidak faham di dalam sebarang majlis perkongsian ilmu. Dari zaman sekolah lagi, memang saya suka bertanya. Malahan rakan-rakan saya sewaktu berpersatuan dahulu juga selalu meminta saya tolong tanyakan soalan mereka.

Sebelum menjawab soalan saya, Tuan Haji Adi Putra ucapkan "Terima kasih Pn. Hajjah ieta". Uish, Hajjah? Adakah saya sudah seperti warga emas? Ha... jeng, jeng, jeng... Ya lah tu agaknya kan? Apa pun, Aamiin... Moga makbul doa Tuan Haji Adi Putra tu

Selesai bertanya soalan, Tuan Haji Adi Putra sebagai salah seorang panel jemputan berkata "Followers, follow dan ikuti perkembangan kak ieta ni". Erk, terkedu saya seketika. Rasa kerdilnya saya berbanding Tuan Haji Adi Putra, artis tersohor Malaysia yang digelar Shah Rukh Khan Malaysia ini. Serius saya terkedu.

2) SAYA PENGIKUT SETIA AKAK.
"Kak ieta... Orang  cari akak dari atas tadi. Saya pengikut setia akak". Seorang blogger meluru mendapatkan saya.
Erk, sungguh saya terkedu seketika. Rasa nak menangis pun ada. Macam tak percaya sahaja saya ada pengikut setia. Atau adakah sekadar satu kebetulan? Kejadian disaksikan oleh dua orang Blogger hebat iaitu Broframestone dan Feroz Othman.

3) NI KE KAK iETA...?
Tahun ini, saya bawa sekotak sahaja kad bisnis blogger saya tidak seperti tahun-tahun lalu, bawa 3 kotak. Tetapi tidak habis. Kali ini, program bermula pada jam 9:30 pagi, kad saya sudah kehabisan.

Bila kad bisnis blogger saya bertukar tangan, ada kalangan blogger menjerit keterujaan sambil berkata "Ni ke kak ieta...?" salam mencium tangan dan memeluk erat saya. Allahu... Malu pun ada tapi saya cuba maintain cover. Malu... Ramai tengok. Terkedu sungguh saya bila ada juga rupanya blogger yang teruja ingin mengenali siapa saya. Nampak sahaja saya, menjerit kesukaan.

4) ARTIS TEGUR, "HAI KAK ieta".
Nak balik lalu lalang ke lif, "Hai kak ieta" sapa artis, Tuan Hj. Adi Putra. Terkedu lagi saya dibuatnya. Jadi, nak cover rasa malu, pada kesempatan itu, saya bertanya sedikit perkara berkaitan bisnis. Malu dan terkedu tak terkira saya saat disapa oleh Tuan Hj. Adi Putra walaupun beliau bersama followers dan isterinya ketika itu. Comel tau isterinya.

5) BLOGGER BARU DAN LAMA TANYA TIPS BLOGGING DAN  TIPS BERNIAGA.
Serius terkedu lagi bila beberapa orang blogger baru bertanyakan tips blogging kepada saya. Tak ingat nak ambil nama sebab waktu itu nak bergegas solat Zohor.

Seorang blogger lagi baru tetapi lama blognya tidak berupdate bertanya kepada saya tips berniaga. Mana yang saya tahu serba sedikit, saya kongsikan dalam waktu yang sangat terhad, mengejar masa untuk balik.

6) BLOGGER MELUAHKAN PERASAAN.
Beberapa orang blogger lama meluahkan perasaan dalam dunia blogging kepada saya (Nama ditahsiakan). Kami seperti dah kenal lama. Syahdu, terkedu lagi dan musykil. Semua perasaan bercampur-baur. Saya sekadar mendengar dan meminta mereka bersabar. Ujian kehidupan memang bermacam-macam...

Ada blogger peluk cium saya dan menyatakan kerinduannya kepada saya. Blogger perempuan tau... Jangan salah sangka... (Nama dirahsiakan). Ada blogger berkongsi masalah dengan saya sepanjang beliau berblogging (Nama dirahsiakan). Terima kasih sudi berkongsi pengalaman. Seperti biasa, saya hanya mampu mendengar dan memberi kata-kata semangat buat mereka.

7) BLOGGER dan GAMBAR.
Blogger dan gambar berpisah tiada. Kali ini, saya terkedu lagi bila beberapa orang blogger hebat sudi bergambar dengan saya. Saya rasa sungguh kerdil dengan mereka semua yang hebat. Kebetulan smartphone saya bateri bermasaalah, memang saya kurang mengambil gambar sepanjang program Sepetang Bersama Blogger tempoh hari. Lagipun saya malu sebenarnya bergambar. Tetapi jika ada yang nak bergambar, saya sudi sebab saya menghormati rakan-rakan blogger saya yang hebat semuanya pada mata saya. Terima kasih semua.

8) DAPAT TIPS MENULIS ENTRI.
Saya terkedu lagi bila dapat tips menulis entri dalam blog daripada seorang Travel Blogger yang hebat walaupun inilah kali pertama kami bersua muka setelah selama ini kami sering berbual di laman sosial Instagram.

Di lain masa, yang lapang, In Syaa Allah saya kongsikan pula ilmu dan tips yang saya dapat dalam program kali ini. In Syaa Allah.

Walau terkedu, saya ucapkan syukur. Bersyukur kerana diizinkan oleh suami ke program hebat anjuran Denaihati Network ini dan bersyukur kerana disamping dapat mengukuh dan membina networking antara blogger, banyak ilmu blogging dan ilmu perniagaan saya dapat dari program Sepetang Bersama Blogger 2016 ini. Memang berbaloi-baloi...
8 PERKARA KENAPA SAYA TERUJA DAN TERKEDU DI SBB 2016
Macam² Ada... Terima kasih penganjur program Sepetang Bersama Blogger 2016, Team Denaihati Network dan semua penaja program hebat ini.
UCAPAN PENGHARGAAN (Kredit kepada Deq Noor).
Akhir sekali, Jutaan terima kasih kepada team Denaihati Network atas penganjuran Sepetang Bersama Blogger 2016 ini. Tidak dilupakan, terima kasih juga kepada semua penaja yang sudi memeriahkan majlis ini iaitu :
  1. Multimedia Development Corporation (MDEC) – Penaja Utama
  2. Amna Home
  3. Richworks Academy
  4.  Jopana
  5. Oceanlife Marketing (Ephyra)
  6. Zeeta Magis Aura Mawar
  7. Simply Umrah
  8. Aleeya’s Kitchen
  9. Les Copaque Production (Upin & Ipin)
  10. Asia Herbal Biotech Sdn Bhd
  11. Yeos Malaysia
  12. eQurban
  13. Jemaah Bisnis Denaihati
  14. Hadid Travel & Tours (Tuan Hj. Adi Putra)
  15. Firdaus Azizi Training & Consultancy
  16. AE Consultancy Services
  17. PenMerah Network
  18.  Sohaini Cookies
  19. Jus Bob Nanas 
  20. CVS Production
  21. Kotak Lensa 
  22. Jam Tawaf Denaihati

Terima kasih sudi membaca kisah 8 PERKARA KENAPA SAYA TERUJA DAN TERKEDU DI SBB 2016. Anda pernah terkedu dan teruja seperti saya?

Entri berkaitan : Sepetang Bersama Blogger dan Yeos 2014 

****************************************************************************
Ingin mengikuti perkembangan Kisah Cikgu ieta dengan lebih mudah selain dari membaca di blog ini? Boleh follow laman sosial saya seperti di bawah...
Instagram : Kisah Cikgu ieta
Twitter : Kisah Cikgu ieta
Google+ : Kisah Cikgu ieta
Fanpage : Kisah Cikgu ieta
SHARE

Cikgu ieta Sales Person Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 3)

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

28 orang yang sudi komen:

  1. Setakat ni saya lebih selesa bergelar silent blogger... Belum ada kesempatan nk join program blogger macam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa saya lebih suka menjadi silent blogger. Ada masa saya rasa saya perlu ke hadapan. Bukan untuk glamour sebaliknya demi ilmu. Pada saya, Ilmu tak akan datang bergolek jika hanya menanti di rumah. Sebab itu bila berpeluang menuntut ilmu secara begini, In syaa Allah dan dengan izin suami, saya pasti join.

      Program2 Blogger selain bermasyarakat, kita juga boleh berkongsi ilmu, bertukar-tukar fikiran dan menambahkan ilmu dari mereka yang sudah lama berkecimpung dalam dunia blogging. Blogger bukan sekadar menyampaikan ilmu. Blogger juga boleh berdakwah mengikut ruang lingkup dan kepakaran sedia ada masing-masing.

      Berjemaah itu rahmat :)

      Delete
    2. Moga 1 hari nanti Cikgu Maria dapat join event blogger.

      Delete
  2. wah adi putra tegur ek, mahal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Puan Raihanah. Pengalaman mahal semuanya pada hari itu. Terima kasih ya sudi berkunjung :)

      Delete
  3. kalau tengok dari entri+ blogger yang pergi SBB..rasa macam seonok sangat. sy belum berkesempatan nak join..jauh huhu inshaa Allah..suatu hari nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang seronok Cik Itah. In syaa Allah 1 hari nanti pasti dapat join :)

      Delete
  4. Assalamualaikum, hiii kak ieta.... Hehe

    ReplyDelete
  5. Teringin nak jumpe dengan kak ieta. ^____^
    Bila lah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Akak pun teringin nak jumpa blogger hebat macam Fyna. Pasti seronok bila berjumpa secara realkan?

      Delete
  6. Nice entry kak ieta. Yeah, we have fun on that! Harap dpt jumpa lagi thn depan, Insay Allah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah Niesa. Jumpa lagi tahun hadapan :)

      Delete
  7. wahhh bestnyaaa.... teringin nak jumpa kak ieta dan blogger yg lain juga... hope one day dapat ke majlis camnie... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Leo. Berjumpa dan berkumpul demi ilmu dan ukhuwwah Islamiyyah :)

      Delete
  8. harap-harap tahun depan dapat bersua lagi.. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... In syaa Allah Tasha. Terima kasih Tasha sudi berkunjung dan komen hehe

      Delete
  9. bestnye dpt join event mcm nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best E'in. Rasa bersyukur dapat ke program ilmiah dan bersilatur rahmi mcam ni. Terima kasih ya E'in sudi berkunjung :)

      Delete
  10. Assalamualaikum kak Ieta! Menarik perkongsian akak ni.. Buat saya rasa rugi besar tak dapat join hari tu.. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam Rosmiza. Terima kasih... Yang menggembirakan perlu diwar-warkan. Blogger bukan sekadar blogger. Once kita dah jadi blogger, manfaatkanlah ia. Terima kasih sudi berkunjung dan komen ya :)

      Delete
  11. bestnya lahai..kempunan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa Nad. Tahun depan jika ada lagi, bolehla join ya? Hehe

      Delete
  12. wooo.. adi putra tegur tuh!! hehehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Boni, segan lak akak. Tapi salutelah dia tak sombong macam sorang lagi artis yang hadir pada hari yang sama.

      Delete
  13. Nak nangis lak baca .. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udah kenapa ya Sifu nak nangis? Hehe... Terima kasih ya Sifu sudi singgah ke mari.

      Delete
    2. Udah kenapa ya Sifu nak nangis? Hehe... Terima kasih ya Sifu sudi singgah ke mari.

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *