PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Apa manfaat ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran?

Apa manfaat ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran?
Apa manfaat ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran?
Pintu gerbang masuk ke Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran.
Saya telah dijemput menghadiri Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke 58 Tahun 1437M / 2016M di Putra World Trade Centre (PWTC) pada hari Rabu 4/5/2016.

Pengalaman menghadiri Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke 58 tahun ini amat menggembirakan saya walaupun dalam hati asyik teringatkan buku-buku pelajar yang perlu ditanda dan murid-murid di Sekolah.

Demi memenuhi tuntutan kerja juga, saya hadir ke program kali ini. Majlis pada hari ini menampilkan peserta-peserta dari pelbagai negara peringkat Antarabangsa. 
Apa manfaat ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran?
Antara Huffaz Qari Antarabangsa.
Antara peserta dari negara yang turut memperdengarkan hafazan mereka adalah dari negara Mesir, Palestin dan Sri Lanka. Saya suka mendengar bacaan dan hafazan dari peserta Negara Mesir. Ada bahagian bacaan yang dibaca menyentuh hati saya bila saya hayati ayatnya. Maksud ayatnya dengan alunan syahdu bacaan memang membuatkan lubuk sanubari saya sayu. Ia berkaitan harta. Tak ingat pula saya surah apa.


PARKING DI PWTC [Peta Putra World Trade Centre ].

Apa manfaat ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran?
Tiket parking PWTC.

Semasa masuk ke kawasan parking, penjaga parking tak ada. Saya hanya mengambil tiket dari mesin parking. Sampai di separuh jalan menuju ke ruang parkir, saya bertanya kepada seorang lelaki bermotor harga parking di PWTC. 

Katanya "Saya pun tak pasti. Rasanya RM5 je kot.. Nanti akak minta cop dari Receptionist.". 

Saya pun parking dan mencari Dewan berlangsungnya program. Sebab kali pertama dahulu saya ke program Tilawah waktu malam, parking hanya RM4 sahaja. Lama dah tak datang ke PWTC ni, jadi saya kekeliruan sedikit. Rakan-rakan satu sekolah yang diarahkan hadir pun tak terjumpa dek saya.

WAJIB BAWA AL -QURAN TAFSIR JIKA KE MALIS TILAWAH.
Pelbagai lagi hadiah disamping hadiah utama.
Hadiah utama menang pertandingan mereka Caption di fanpage Lembaga Zakat Selangor.
Satu kerugian pula saya rasakan bila terlupa membawa Al-Quran Tafsir, hadiah daripada pertandingan mencipta Caption dari fanpage Lembaga Zakat Selangor baru-baru ini. Hadiah ini amat-amat berharga buat saya kerana Al-Quran Tafsir saya edisi lama. Memang perlu beli yang baru. Bersyukurlah saya mendapat hadiah Al-Quran Tafsir yang memang diinginkan. In syaa Allah dilain waktu jika diberi arahan lagi menyertai program bermanfaat ini, saya akan pastikan Al-Quran Tafsir saya bawa bersama.

3 MANFAAT MENGHADIRI MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN.

Banyak manfaat saya dapat sebenarnya dari program Majlis Tilawah dan menghafaz Al-Quran yang telah 3 kali saya diarahkan hadir ni. Antaranya :


1) Mendekatkan jiwa dengan Al-Quran.
Majlis sebegini jika hadir, hayati terjemahan di skrin yang dipaparkan, In Syaa Allah makin bertambah dekat jiwa pendengar dengan Al-Quran.

2) Menjiwai Al-Quran.
Banyak waktu lain sebenarnya boleh digunakan untuk menjiwai Al-Quran. Cuma bagi saya yang sibuk mengalahkan Perdana Menteri ni, maka waktu sebeginilah juga saya manfaatkan masa yang ada untuk menghayati dan menjiwai Al-Quran. Terbaik JAKIM dan JAWI menggalakkan kakitangannya menghadiri program sebegini.

3) Membudayakan cintakan Al-Quran.
Kenapa saya katakan program ini dapat membudayakan Cintakan Al-Quran? Kerana para Huffaz ramai berada dalam program sebegini. Saya lihat juga ramai yang memegang Al-Quran dan turut bersama menghafaz surah-surah yang dibaca oleh para Huffaz Antarabangsa sepanjang program. Ini membuktikan bahawa budaya cintakan Al-Quran telah berjaya diterapkan ke dalam jiwa individu yang hadir pada hari ini.
Apa manfaat ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran?
Antara pelajar Tahfiz yang hadir.

MAKAN DAN MINUM DI PWTC.[Peta Putra World Trade Centre ].
Apa manfaat ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran?
Codi Cafe hadiah saya kerana berjaya menjawab soalan PD Ismail, Jutawan AHB semasa program MDEC Sepetang Bersama Blogger 2016.

Apa manfaat ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran?
Testimoni adik saya peminum tegar Codi Cafe yang merupakan pesakit migrain.
Saya hanya sarapan pagi dengan secawan Codi Cafe sahaja pagi ni. Mendengar alunan bacaan Al-Quran di dalam program Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ini membuatkan saya terlupa saya belum makan hehe...

Jam 10 pagi, semua yang hadir diminta berehat 20 minit. Saya ke Cafe di tingkat 1. Makanan di Cafe, sandwich sepeket RM10. Potongan buah-buahan RM3 sebekas. Saya nampak ada bihun goreng, saya ambil sepinggan. Sebab sakit tekak, saya hanya minta air suam sahaja. Semasa membayar, cashier beritahu saya


"Sebab dah nak habis, akak bayar RM4 je lah". Alhamdulillah...

SELESAIKAN URUSAN PARKING SEBELUM BALIK.

Selesai makan, melilau saya mencari dan bertanya di mana nak dapatkan cop tiket parking dari sekumpulan orang yang hadir, tanya mereka, mereka kata tanya Receptionist

Tanya di receptionist, mereka kata kupon sudah diberikan kepada organizer program. Jadi, saya pun pergi ke belakang tabir. Kata mereka kena tanya Receptionist. Ish³... Dah macam bola ke sana ke mari saya.
Apa manfaat ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran?
Pekerja RTM yang baik hati beritahu saya dengan siapa boleh bertanya tentang tiket parking
Akhirnya saya bertanya kepada juru kamera RTM di sebelah saya. Juru kamera RTM minta saya bertanya kepada pengawal berbaju biru di pintu masuk. Dah turun, naik. Dah naik ke tempat duduk, turun balik. Maka turunlah balik saya pergi kepada pengawal tu. Pengawal berbaju biru berpaku enam dibahu, bernama Encik Omar terus membawa saya ke Pejabat Putra World Trade Centre. Jauh berjalan di tingkat 3 tu. Haus saya. Air pula tak bawa. Nasiblah :D Akhirnya, dapatlah saya kupon parking. Terkejut dan terbeliak sekejap mata saya. 
"Hah! RM12?? Mak aih... Setengah hari RM12?". Tanya saya kepada receptionist di situ.
"Memang Puan. Sejam RM2. Jam berikutnya, RM1.50 Puan. Kalau Puan nak bayar biasa pun boleh Puan". Kata Receptionist di kaunter tu.

Lantas saya minta Receptionist kirakan. Maklumlahkan, saya ni malas sikit nak claim walau boleh claim. Perlu isi borang lagipun, saya rasa macam kesian je kalau claim dari Jabatan pun. Biarlah... Boleh juga Jabatan guna duit claim tu untuk bantu mereka yang susah. Begitulah fikiran saya. 


"Cuba adik kira berapa RM kalau tanpa kupon ni dik" pinta saya kepadanya. Cik Receptionist pun kira... "RM11.50 je kak. Kurang 50 sen je kak". 

Setelah selesai, saya pun keluar dari pejabat dan ucap terima kasih kepada Encik Omar atas kebaikan hatinya membantu saya mendapatkan kupon parking yang baru saya tahu mahal rupanya... Pengalaman...

Kemudian saya meneruskan menghayati sesi menghafaz Al-Quran yang sudah nak habis. Saya berada di PWTC setengah hari sahaja. Selesai majlis, saya bayar parking. RM9.50 sahaja. Owh baru saya tahu lebih baik bayar seperti biasa sahaja. Tak perlu bayar menggunakan kupon pun. Lebih murah. Ok lah tu.... ^___^

Itu sahajalah yang dapat saya kongsikan tentang Apa manfaat ke Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran? Bagaimana dengan anda, pernah menghadiri Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran? Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran? Apa manfaat yang anda dapat dari program sebegini?

Update 6/5/2016 Tahniah Malaysia, Johan Qari & Qari'ah, Naib Johan Hafiz & Hafizah.


****************************

Ingin mengikuti perkembangan Kisah Cikgu ieta dengan lebih mudah selain dari membaca di blog ini? Boleh follow laman sosial saya seperti di bawah...
Instagram : Kisah Cikgu ieta
Twitter : Kisah Cikgu ieta
Google+ : Kisah Cikgu ieta
Fanpage : Kisah Cikgu ieta

SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 orang yang sudi komen:

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *