PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

HIDUPLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL.

HIDUPLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL.
HIDUPLAH DENGAN MENGGUNAKAN AKAL.
Ingat ya... ^__^
E-mail dari pembaca Blog.
Ahmad mempunyai enam (6) orang anak. Isterinya Rokiah, bekerja sebagai guru dan berniaga secara sambilan untuk membantu Ahmad menampung kos perbelanjaan mereka sekeluarga. Jika dicampur gaji kedua mereka, pendapatan ada lah, dalam RM7K.

Dengan kos sara hidup, perbelanjaan empat orang anak yang bersekolah, yuran bulanan TASKA dan Tadika sebanyak RM790.00 dan bil elektrik yang semakin melambung, RM7K bukanlah nilai yang boleh dibanggakan.

Apa pun, isteri Ahmad seorang yang bijak berbelanja. Wang hasil perniagaan yang walaupun tidak seberapa untungnya, hanya dapat pulang modal, dapat juga wang hasil perniagaannya diketepikan setiap bulan.

Niat isteri tidak kesampaian.
Pernah isteri Ahmad berniat wang perniagaan akan disimpan dan dibuat modal pusingan perniagaan tetapi tidak berhasil kerana beras dan keperluan makanan utama mereka habis dan wang gaji Ahmad juga kehabisan. Waktu itu, bertarikh 7 hari bulan. Selepas itu, fahamlah isteri Ahmad, beliau perlu meneruskan perniagaan kecil-kecilan secara sambilan itu, demi meneruskan kelangsungan hidup mereka sekeluarga.

Seringkali berlaku, setiap 7 hari bulan, wang gaji Ahmad pasti habis setelah digunakan buat perbelanjaan dapur, bayar rumah dibeli mereka, yuran tusyen anak sulungnya, membayar segala bil utiliti dan sedikit peruntukan buat perbelanjaan kos ayahnya yang sakit. Sesekali sahaja wang perbelanjaan sekolah anak-anak yang bersekolah diberi oleh Ahmad. Selebihnya isteri Ahmad yang menitipkan wang perbelanjaan anak-anak bersekolah.

Pernah dan selalu juga isteri Ahmad berniat wang perniagaan akan disimpan untuk digunakan buat modal pusingan perniagaan tetapi tidak berhasil kerana beras dan keperluan makanan utama mereka habis dan wang gaji Ahmad juga kehabisan. Waktu itu, bertarikh 7 hari bulan. Selepas itu, fahamlah isteri Ahmad, beliau perlu meneruskan perniagaan kecil-kecilan secara sambilan itu, demi meneruskan kelangsungan hidup mereka sekeluarga dan digunakan bagi menampung perbelanjaan sementara mereka berdua mendapat gaji. Bagaimanapun, wang modal akan segera diganti semula apabila mendapat duit dari hasil selain berniaga.

Tanggungjawab anak lelaki.
Namun Ahmad tidak pernah merungut. Tidak pernah isterinya mendengar Abdul merungut tentang itu Ahmad. Kehidupan berjalan tenang sentiasa. Walaupun tidak mewah dan kaya-raya, Ahmad tetap melaksanakan tanggungjawabnya sebagai anak lelaki, memandikan ayahnya setiap hari yang telah dijadualkan termasuklah setiap kali Cuti Am.

Hari gaji, adalah hari yang paling menggembirakan mereka berdua suami isteri dan anak-anak. Kerana hari gajilah Ahmad dapat membeli ayam, paru, daging dan ikan untuk bekalan masakan di rumah. Mereka jarang sekali makan di luar untuk menjimatkan perbelanjaan mereka. Ahmad dan isterinya membahagikan perbelanjaan wang gaji mereka untuk kelangsungan hidup dan persekolahan anak-anak mengikut kemampuan masing-masing. 

Tahun 2014, tahun yang sukar.
Penghujung tahun 2014, tahun yang paling sukar buat kedua suami isteri ini bilamana tuan rumah sewa telah menjual rumah mereka diami dan meminta mereka sekeluarga berpindah segera. Mereka juga tidak mampu membaik-pulih rumah yang mereka beli disebabkan kos membaik-pulih amat tinggi, mencecah RM20K. Maka, mereka bersepakat menetap di rumah ayah Ahmad memandangkan tiada siapa yang menetap di rumah ayah Ahmad. Satu sikap Ahmad, beliau tidak gemar bercerita masalah dihadapinya. Hanya isterinya sahaja memahami apa masalah yang berlaku dalam keluarga mereka.

Kutelan derita itu.
Satu hari,
Ahmad, abang M cakap, kau kena bayar sewa duduk dekat rumah ayah tu, Kak ingat, kau tak payahlah bayar sewa. Kau bayar je macam susu dan pampers ayah setiap bulan". Kata kakak Ahmad menyampaikan pesanan abang ipar dan kakak Ahmad.
Isteri Ahmad yang mendengar cukup sedih dan terasa hati dengan ayat itu. Namun hanya mendiamkan diri tidak mahu masuk campur urusan adik-beradik. Cakap depan-depan suaminya sendiri tak berani pula, sebaliknya main pesan-pesan begitu pula. Dalam hati si isteri,
Apa punya tak berhati perutnyalah adik-beradik suami aku ni...? Mentang-mentanglah aku dan suami ni orang susah, tak berharta dan anak ramai, korang pandang lekeh je dengan kita orang sampai sanggup memaksa kami begitu? Korang tak pernah fikirkankah kami berpekin bagaimana". 
Pernah, Ahmad tidak makan di tempat kerja kerana tidak ada wang dalam dompetnya untuk makan. Balik ke rumah baru beliau makan. Pernah, apa pun tiada di rumah untuk dimakan. Syukur Alhamdulillah wang perniagaan isteri Ahmad ada. Wang itulah digunakan untuk membeli makanan. Sejak itu, isteri Ahmad bertekad, walau apa sekalipun, dia mesti meneruskan perniagaan yang telah diusahakan dari dahulu sebelum menetap di rumah ayah mertuanya lagi.

Pendapat blogger Blog Kisah Cikgu ieta.
Setelah membaca kisah die-mailkan kepada saya oleh pembaca di atas, saya berpendapat kita sewajarnya janganlah suka sangat compare perbelanjaan orang lain dengan perbelanjaan kita kerana lain orang, lain tanggungan yang perlu dibelanjakan.

Terdapat juga Usahawan berjaya yang mempertikaikan dan mengeluarkan kenyataan mengatakan orang yang menggunakan wang perniagaan sebagai wang perbelanjaan hidup, tidak bijak. Tahukah dia bagaimana peritnya orang-orang yang dipertikaikan itu meneruskan kelangsungan hidup? 

Pada saya, kita tidak perlulah mempertikai cara perbelanjaan orang bekerja dan berniaga sambilan yang punya anak ramai kecil² dan bersekolah dengan tanggungannya yang pelbagai dengan orang yang anak setakat seorang sahaja atau anak-anaknya dah besar dan bekerja.

Tanggungan orang anak ramai walau bergaji RM7k tidak sama dengan orang bergaji RM7k atau orang yang kaya berharta tetapi anak setakat seorang atau dua orang sahaja.

Hanya yang perlu kita lakukan, bertimbang rasalah. Lagi-lagi jika kita punya pertalian kekeluargaan. Sebagai manusia dikurniakan Allah aqal, kita dengan adik-beradik, usahlah terlalu berkira.

Contohnya, jika kita memiliki perniagaan, jangan tunggu order banyak baru nak pos produk. Bila ada sahaja pergi menziarahi orang tua, bawa sahaja produk diniagakan, berilah sample atau tester. Tak perlulah tunggu order banyak dan semua urusan melalui pos sahaja. Adik-beradikkan... Permudahkanlah sahaja. Bawa sahaja stok produk. Kenapa disusah-payahkan jika adik-beradik dan saudara-mara juga merupakan antara agen produk perniagaan kita? Benar berniaga ni perlu hati kering atau bersikap tangkai jering tetapi jika cara sedemikian digunakan dengan adik-beradik atau saudara mara sendiri, alamat memang tak akan lama bertahan produk kita. Agen yang ada walaupun bukan adik-beradik, pasti lari. Fikir-fikir dan renung-renungkanlah....

Begitu jugalah dalam kisah benar di atas. Berperikemanusiaanlah kepada adik-beradik dan saudara-mara yang kurang berada apatahlagi anak ramai, bersekolah pula semuanya. Gunakan akal bila berkata-kata dan hiduplah dengan menggunakan akal. Otak ada, pakai... Bukan letak di lutut. Betul atau salahkah pendapat saya?

ARTIKEL BERKAITAN :
  1. HARGA SEGUGUS KUNCI.
  2. 5 PERKARA JANGAN BUAT GURU.
  3. JATUHKAH TALAK KE ATAS SAYA?

****************************
Ingin mengikuti perkembangan Kisah Cikgu ieta dengan lebih mudah selain dari membaca di blog ini? Boleh follow laman sosial saya seperti di bawah...
Instagram : Kisah Cikgu ieta
Twitter : Kisah Cikgu ieta
Google+ : Kisah Cikgu ieta
Fanpage : Kisah Cikgu ieta

SHARE

Cikgu ieta Sales Person Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 3)

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 orang yang sudi komen:

  1. Setuju dengan pendapat ini. Gunalah wang atau hasil keuntungan dari perniagaan untuk menampung kehidupan. Cuma satu je pesanan saya sebagai seorang usahawan dan part time trainner, jangan 'makan modal'! Itu saja. Sebab jika modal anda dikorek atau dikikis sedikit-sedikit untuk kegunaan peribadi, lama- lama perniagaan anda boleh bungkus/ tutup. Sebab modal dah habis dan tak boleh beli produk untuk dijual kepada pelanggan.
    Contoh: Modal anda RM500 untuk boleh beli 10 produk yang berharga RM50 seunit. Jika anda guna 'sedikit' duit modal tu untuk keperluan peribadi, katakan RM50 untuk beli pampers anak, sekarang modal anda dah tinggal RM450 je. Dah tak cukup untuk beli produk sebanyak 10 unit macam biasa. Dah kurang 1 unit.
    Kalau bulan depan anda korek lagi duit modal ni untuk keperluan peribadi, lagi kurang modal perniagaan anda.
    SO, pada pendapat saya, duit modal jangan sekali-kali diusik. Kalau nak usik pun, cepat-cepat 'top up' balik.

    Duit untung, guna la untuk menampung apa yang patut. Jika ada lebih baru anda simpan untuk tambah modal. Jika tak lebih, tak apa, mungkin bulan depan ada rezkeli lebih, anda boleh simpan sikit-sikit untuk tambah modal.
    Sekian dari saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tuan Usry atas pandangn membina kepada email dari pembaca blog saya ni. Bermanfaat buat saya dan lain² juga.

      Delete
  2. duit boleh mengalir seperti air sungai. Kedukaan juga boleh mengalir seperti air sungai.
    kerpulanglah pada kita untuk menguruskannya.

    jemput singgah.
    http://www.cikguzamrud.com/2016/05/salam-ziarah-daripada-cikgu-zamrud-part.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar tu. Terima kasih sudi berkongsi pendapat terhadap permasalahan di atas. Terima kasih sudi berkunjung ^__^

      Delete
  3. terima kasih info ni kak Ita..

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *