PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

KENAPA BLOG INI PERLU BERADA DALAM BLOGLIST HASRUL HASSAN?

KENAPA BLOG INI PERLU BERADA DALAM BLOGLIST HASRUL HASSAN?
 Bloglist Ramadhan 1437h oleh Hasrul Hassan
Bloglist Ramadhan 1437h oleh Hasrul Hassan
Hari ini saya gembira. Nak tahu sebabnya? Teruskan membaca entri ini ya ^__^

Yang pertama, saya teruja untuk menyertai contest Sifu Hasrul Hassan. Baiklah, mari kita baca apa syarat-syarat Penyertaan Bloglist Ramadhan 1437h oleh Hasrul Hassan.

Semua peserta perlu mematuhi syarat berikut untuk melayakkan blog anda tersenarai ke dalam senarai blog Sifu Hasrul Hassan. Syaratnya mudah sahaja.
  1. Wajib menjadi ahli Kelab Blogger Belia.
  2. Mesti jadi rakan Sifu Hasrul Hassan di FB atau di Google Profile beliau.
  3. Like FB page Himpunan Ayat-Ayat Indah kerana ia akan menjadi sumber untuk aura positif anda di bulan Ramadhan.
  4. Print Screen blog Sifu Hasrul Hassan dan tulis satu blog post ringkas kurang lebih 100 patah perkataan, nyatakan kenapa anda suka blog anda dimasukkan ke dalam bloglist blog Sifu Hasrul Hassan.
  5. Selepas memenuhi syarat di atas, tinggalkan URL blog post tersebut di ruangan komen entri Bloglist Ramadhan 1437h oleh Hasrul Hassan. 
3 SEBAB KENAPA BLOG KISAH CIKGU iETA PERLU BERADA DALAM BLOGLIST SIFU HASRUL HASSAN.
1) Impian saya berada di dalam bloglist blogger ilmiah.
Sebenarnya, memang sudah lama saya impikan blog saya untuk berada dalam senarai blog Sifu Hasrul Hassan ni. Saya juga pernah menyertai dan memenangi 2 Contest anjuran Sifu Hasrul Hassan. Ada yang dapat duit tau... RM100. Berbaloi juga tu. Alhamdulillah...

Kalau nak tahu, Sifu Hasrul Hassan memang seorang yang pemurah, baik hati tidak kedekut ilmu juga hebat dalam ilmu Blogspot.

2) Hidupkan untuk memberi.
Ini sebab ke dua saya gembira dan juga rasa sungguh terharu bila Sifu Blogspot tersohor dunia blog membuat entri khas penghargaan untuk sepeket Chezzy Sauce yang saya hadiahkan kepada beliau tempoh hari disebabkan terlalu banyak ilmu telah saya pelajari dari beliau sepanjang saya mengenali dunia blogging.
Chezzy Sauce produk muslim
Entri penghargaan oleh Sifu Hasrul Hassan, merangkap entri review ini amat bermakna buat saya.
Niat saya memang ingin memberikan salah satu produk niaga saya kepada Sifu Hasrul Hassan dan sesiapa yang datang berjumpa saya pada hari Perhimpunan Mega Blogger 2016 bulan 4 lalu tetapi disebabkan saya berjalan kaki menaiki kenderaan awam, saya tidak membawanya. Jadi, saya poskan sahaja.


Tuan Puan semua, sepeket Chezzy Sauce jenama I-Mukmin itu, bukanlah nilai ilmu yang dicurahkan oleh Sifu Hasrul Hassan sebenarnya. Blog Sifu juga menjadi tempat rujukan saya yang masih baru dalam dunia blogging. Produk ini hanyalah sebagai salah satu sebab Silatur Rahmi Ukhuwwah Islamiyyah antara kita blogger, terjalin. Alhamdulillah... Wa Syukru Lillah.... Blog Sifu blogspot ini sememangnya sudah menjadi tempat rujukan saya yang masih mentah dalam ilmu blogging.

Terima kasih entri khas penghargaan itu. Terharu sangat... Review blogger hebat seperti Tuan Sifu Hasrul Hassan untuk bisnis sambilan blogger Newbie seperti saya. Amat besar tau impaknya... Terima kasih, semoga sihat, dilapangkan rezeki dan Sifu Hasrul Hassan gembira bersama keluarga tersayang. Aamiin....

3) Blog Hasrul Hassan bloglist blog Kisah Cikgu ieta.
Tahukah anda, Blog Sifu Hasrul Hassan memang sudah lama menjadi bloglist blog Kisah Cikgu ieta ni. Kadangkala jika saya berkelapangan, saya pasti akan ke blog Sifu untuk belajar pelbagai kaedah dan ilmu blogging melalui blog beliau.

Iyalah, saya kan guru, Penjawat Awam 24 jam. Mana punya masa untuk menghadiri kelas atau sebarang seminar sangat. Saya mengajar pagi dan petang. Cuti sekolah, saya sibuk menanda kertas-kertas peperiksaan murid-murid saya seramai 358 orang X 5 subjek, untuk 15 kelas. Sebab itu juga saya jarang belek facebook dan berwhatsapp. Hanya kongsi dari mana-mana laman sosial, tinggal. 2, 3 hari keesokannya baru saya buka balik dan balas komen jika ada. Begitu juga dengan blogwalking, memang waktu lapang baru saya ziarah blog rakan-rakan blogger lain.

Jadi, belajar secara online melalui blog Sifu pun sudah besar rahmat buat saya...
Kita semua adalah sama di sisiNYA.
Yang membezakan hanyalah amalan kita.
LAYAKKAH BLOG KISAH CIKGU ieta BERADA DALAM BLOGLIST HASRUL HASSAN? 
Maka dengan tiga sebab saya nyatakan di atas, saya yang sudah lama tidak menyertai mana-mana contest bloglist, memberanikan diri menyertai contest ini. Sememangnya, blog Kisah Cikgu ieta ini layak berada di dalam senarai Bloglist Ramadhan 1437h oleh Hasrul Hassan yang hanya terhad untuk 50 blog terawal sahaja. Anda sudah sertai peluang hebat ini?

**Sumber Asal Syarat Contest : Bloglist Ramadan 1437H Oleh Hasrul Hassan.


Artikel berkaitan :
  1. 8 Perkara Kenapa Saya Teruja Dan Terkedu di SBB 2016
  2. Chezzy Cheese Powder
  3. PentingkahWhatsapp Dalam Kehidupan?

****************************
Ingin mengikuti perkembangan Kisah Cikgu ieta dengan lebih mudah selain dari membaca di blog ini? Boleh follow laman sosial saya seperti berikut :
Instagram : Kisah Cikgu ieta
Twitter : Kisah Cikgu ieta
Google+ : Kisah Cikgu ieta
Fanpage : Kisah Cikgu ieta

SHARE

Cikgu ieta Sales Person Kelas Instagram Advance Online & Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 4)

Hai. Saya Cikgu ieta. Full Time Blogger, Internet Marketer dan Motivator Nasihat Niaga. Saya merupakan Sales Person Kelas Online Instagram Advance & Ebook Saka 4.0 milik Sifu Ajim Aura. Saya mengajar Kelas Blog dan Teknik Penulisan secara Personal Coaching One to One dan Group Coaching secara Online. Saya Leader kepada beberapa Group Laman Sosial dan Admin beberapa Group Di Telegram dan WhatsApp. Mempunyai 5 orang anak. Suami Pembantu Tadbir di Syarikat Semi Government. Saya Phrolapse Intervetebral Disc (Slipped Disc) bermula 17/4/2017. Kini Suri Rumah dan Blogger Full Time Online.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 orang yang sudi komen:

  1. Suka ayat
    Hiduppkan untuk memberi
    Trrbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah saya pinjam ayat Master Sifu saya, pemilik Denaihati dot com, Tn. Hj. Amir. Saya pun suka ayat itu hehe

      Delete
  2. yaya dah join..hihihi...done follow sini jugak ;)

    http://www.yayacendana.com/2016/06/bloglist-ramadan-1437h-oleh-hasrul.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh baru pollow yeak... Tq Yaya ^__^

      Delete
  3. Replies
    1. Aamiin... Terima kasih ya Haffizul.

      Delete
  4. Assalamulaikum.. datang dari segmen sama http://cikash.blogspot.com/2016/05/bloglist-ramadan-1437h-oleh-hasrul.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cik Ash. Good luck ^__^

      Delete
  5. Semoaga tersenarai di blog sifu HH ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... Terima kasih ya Noriza sudi singgah ke blog akak ni ^__^

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *