CIKGU IETA

Cikgu ieta berblogging dari tahun 2009. Berkongsi apa sahaja pengalaman Cikgu ieta dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan Cikgu. Suka kongsi panduan dan kisah kehidupan, tips, panduan blog dan macam-macam. Maklumlah Lifestyle Blogger. Bebas menulis apa sahaja. Instagram : https://www.instagram.com/CikguiEta Telegram Channel : https://www.t.me/CikguiEta

Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur

Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur 

Sebuah hadis yang menarik ingin saya kongsikan kepada anda.
Sentiasalah pahatkan Ibu dan Bapa anda di dalam memori agar anak-anak turut ingatkan anda sebagai ibu bapa mereka hingga ke akhir hayatnya. Sumber gambar : Whatsapp Group sekolah anak.
Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur kali ini merupakan hadis pilihan yang saya baca di dalam applikasi Android tentang pelbagai topik menarik melalui Hadis pilihan masa kini.

Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)."  Hadis Riwayat Bukhari.
Huraian Hadis Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur.

Silaturrahim berasal daripada bahasa Arab yang bererti menghubungkan ikatan kasih sayang. Silaturrahim merupakan satu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya malah seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.

Masakan manusia boleh hidup keseorangan tanpa bergantung harap dan menerima kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu jalinan silatur rahmi adalah amat penting bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan berjaya kerana ukhuwwah yang dipupuk di atas rasa cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu.


Seperkara lagi, buang rasa iri hati dan hasad dengki dalam usaha menjernihkan hati sendiri dan meluaskan rezki.
"Rezeki samada gaji atau duit dan apa sahaja yang kita dapat sebenarnya sebahagiannya adalah milik orang lain... Bersedekahlah walau sepuluh sen". Kata mantan bos saya Ustazah Zaina Othman.
Bagaimana mudahnya menjemput rezeki?
Satu cerita saya ingin berkongsi dengan anda yang boleh digambil iktibar kisah pasangan suami isteri ringkas di bawah ini.
Kami suami isteri memanglah tak mewah kehidupan kami. Tapi Alhamdulillah, berkat agaknya disebabkan suami saya selalu tidak berkira mandikan ayahnya yang lumpuh. Syukur sangat, wang perbelanjaan kami untuk anak-anak kami seramai 5 orang, tidak pernah putus. Wang gaji kami sentiasa cukup. Malahan, ada sahaja lagi berbaki untuk digunakan lagi sebelum gaji bulan hadapannya. Bisnis secara sambilan saya pun Syukur Alhamdulillah, berjalan lancar walau disaat ramai yang mengeluh sale mereka kurang. Berbakti dan menggembirakan ayah, merupakan salah satu perkara yang dapat melancarkan perjalanan kewangan kami suami isteri. Alhamdulillah...". Kata Maya seorang usahawan sambilan.
Apabila hidup penuh dengan berkasih sayang, sudah pasti hati menjadi lapang dan riang. Maka akan gembiralah hati semua yang memelihara hubungan sesama mereka juga ahli keluarga dan rakan raulan tak kiralah di mana berada. Ini akan membuatkan jantung dipam dengan keadaan yang stabil dan pasti jangka hayat mereka yang gembira dengan kehidupan yang dilalui bertambah lagi.

12 Petua Dimurahkan Rezeki.

Perkongsian 12 petua dimurahkan rezeki yang saya sunting sedikit ini, saya dapat dari Encik Ali, salah seorang ahli kumpulan WhatsApp Pembekal Nur Cocoa, Koko Pracampur Madu dan Kurma, salah satu produk bisnis saya.

Jom baca...

1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah untuk kucing-kucing yang datang dan singgah di rumahmu.

2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.

3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.

4. Letakkanlah di dalam bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.

5. Jika kamu hadir dalam acara keramaian keluarga dan kerabat atau sahabat, belilah 1 atau 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya iaitu, orang tua, sakit, kanak-kanak dan lain-lain.

6. Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian peniaga itu ingin mengembalikan wang baki, biarkan sahaja baki wang itu untuknya Anggaplah ia sebagai sedekah ataupun hadiah.

7. Belilah Mashaf Al-Quran, lalu letakkan di salah sebuah masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.

8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus ikhlas.
 
9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk, dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.

10. Jangan biarkan dirimu tertidur, melainkan kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dan maafkanlah mereka yang pernah menghinamu, menyebarkan fitnah dan  menzalimimu.

11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk memperingatkan dirimu kamu baca surah Al-Fatihah atau surah Al-Ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.

12. Kongsikan artikel ini kepada semua kenalanmu. Siapa tahu ada yang mahu mengamalkannya. Moga kamu pun akan diberi pahala kerananya.

Selamat bersedekah. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki. Aamiin...

Inilah sedikit perkongsian cerita dalam perkongsian berkaitan Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur ini. Banyak lagi sebenarnya... Sekadar ini yang berada dalam minda saya. Anda ada lagi petua? Jom kongsi apa lagi Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur lagi di ruang komen blog Kisah Cikgu Ieta ni ya ^__^

SHARE

Cikgu ieta Blogger, Social Media Influencer, Coaching Online Smart Trading

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

20 orang yang sudi komen:

  1. salam singgah. terima kasih atas perkongsian ^_^

    ReplyDelete
  2. In Shaa Allah kalau dunia online ni kita menghubungkan silaturrahim menerusi blog dan FB la ye

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk petua tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama² Azimah. Terima kasih berkongsi pendapat ya ^__^

      Delete
  4. sesama kita mengeratkan silaturrahim

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..ukhwah selamanya... Btl k.mila setuju.. Jika berseorangan hidup ini rasa kosong dan bosan tp bila ada kawan dan teman hidup ini rasa lebih ceria..lebihbindah kawa-nkawan yg membawa ke arah kebaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu Shiela. Terima kasih berkunjung ya ^__^

      Delete
  6. Replies
    1. Betul Kiz. Terima kasih sudi berkunjung Kiz.

      Delete
  7. Terima kasih atas perkongsian. Saya amalkan salawat tafrijiah setiap lepas solat subuh. Itu je amalan saya sejak dulu sehingga kini. Alhamdulillah, allah masih mencukupkan rezeki saya anak beranak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh bagus Selawat tu Tuan. Terima kasih Tuan sudi berkunjung.

      Delete
  8. mudah2an dipermudahkan urusan kita

    ReplyDelete
  9. banyak petua tu.. moga mudah dimurahkan rezeki

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

Tulis Cadangan atau pertanyaan Di SINI

Name

Email *

Message *