PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Tips Follower Instagram capai target 2k

Tips Follower Instagram capai target 2k
Blogger, blog ieta dot com, bukan sekadar blogger, food review blogger, ieta info line, kbba lembahklang, kelab blogger ben ashaari, kisah cikgu ieta, malaysian blogger, malaysian food, media team, media viral, Oh Blogger, Tips, Tips Instagram, instagram, bagaimana naikkan follower instagram, naikkan follower
Tercapai target 2k followers bulan Oktober 2015 lalu. Alhamdulillah. Yang terkini, lihat di bawah sekali..
Kerjaya sebagai guru, Penjawat Awam 24 jam memerlukan saya beri tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya guru saya. Jadi, segala laman sosial yang ada memanglah terabai. Whatsapp lagi lah, waktu mengajar, memang tak belek kecuali urusan kerja. Integriti sebagai Penjawat Awam, wajib dijaga...

Sangat pelik bila sedang bekerja masih berfacebook, berwhatsapp atau menulis blog. Keberkatan wang gaji jaga ya.

Hari ini, 21/5/2016 sahabat blogger saya, Eyfa Writer penulis blog Media Oh Pilihanku telah digodam instagramnya oleh hacker durjana nicole_roberts yang memang sudah banyak instagram digodamnya. Saya tumpang bersedih di atas kejadian menimpa dirinya. Ini  juga membuatkan saya terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga, privasikan ke semua instagram saya dan tukar password semua instagram saya. Langkah keselamatan beb... Manusia zaman sekarang bukan semua boleh dipercayai...

21 Mei 2016 juga, instagram Blog Kisah Cikgu ieta, sudah 2,921 follower hampir sudah nak mencecah ke 3k. Bermaksud 8 bulan sahaja masa diperlukan untuk Cikgu Blogger kurang dikenali ramai seperti saya ni. Itupun, jarang juga saya kongsi apa-apa di instagram tu.
Tingkatkan follower instagram
25/5/2016. Follower datang dan pergi. Penjawat Awam ini hanya berkongsi apa sahaja diingini.
10 Tips dan teknik tingkatkan follower di instagram.

Menaikkan follower baik di instagram atau apa sahaja laman sosial, ada taktik dan tekniknya. Secara asasnya, seperti pengalaman saya berikut :
  1. Rajin bertanya. Tanya sahaja... Tak ada orang marah pun jika bertanya. Tetapi tanyalah pada yang pakar ya. Jangan tanya pada orang yang bukan kaki instagram. Pelik pula dia nanti.
  2. Rajin berkongsi apa sahaja. Jika insgtagram bisnis, kongsikan produk. Sesekali kongsi pula kata² yang berunsur nasihat. Saya pernah buat, selang 5 minit, 1 post 1 hari. Pernah dapat 25 follower tau dalam masa 1 hari. Sikit je tu... Ha, anda boleh cuba.
  3. Kongsi apa sahaja kecuali gambar mendedahkan aurat. Anda boleh kongsikan motivasi, kata-kata hikmah atau gambar dari artikel blog, jika anda blogger. Jangan kongsi gambar mendedahkan aurat sudahlah ya. Saham tu... Juga mengundang fitnah. Jangan sampai rambut dan tubuh badan dibakar di akhirat sana sudah... :)
  4. Jangan kedekut like. Tak mencalarkan maruah pun jika like ig orang. Tapi janganlah gambar berunsur maksiat pun like gak. Dapat saham juga tau...
  5. Rajin follow dan komen ig  lain. Tapi jangan spam ig orang dengan iklan. Tak pasal² kena banned pula. Padan muka. Hehe...
  6. Hashtag penting. Letaklah hashtag yang targetting follower.
  7. Mesti ada target! Jangan lupa juga letak target dan letakkan target di mana yang mudah kita lihat untuk merangsang kejayaan kita.
  8. Gambar mesti menarik! Jika ig bisnis, dari gambarlah follower dan buyer akan berminat samada nak beli atau jadi follower ig anda.
  9. Jangan menipu! Elakkan letak fake account jika anda bertukar² ig.
  10. Kongsi gambar di instagram ke lain-lain laman sosial. Gunakan link yang ada.
  11. Privasikan akaun instagram anda! Tidak ada siapa pun yang dapat kawal apa sahaja yang anda miliki walaupun anda menyertai mana-mana kelab dan persatuan. Privasikan laman sosial anda supaya akaun tidak digodam sehingga mengakibatkan anda kehilangan follower yang penat anda berusaha mendapatkannya dari hasil kerja keras anda sendiri. 
Privasi bertujuan melihat perkembangan laman sosial anda. Sudah capai target diidamkan, publikkan semula akaun instagram anda sebagai semangat bagi menambahkan lagi jaringan laman sosial anda. Jangan tak tahu ya, antara tujuan privasi selain mengelakkan digodam, anda boleh menyekat manusia tidak diingini berada di dalam laman sosial anda.

Bertukar-tukar instagram membantu meramaikan follower.

Sejarah bermulanya instagram Kisah Cikgu ieta pada 19/7/2015 secara rasminya menyertai grup swap review ig bisnis. Memang bermanfaat. Sale dan kenalan pun bertambah.

Awal menyertai grup swap ig bisnis, instagram Kisah Cikgu ieta hanyalah 809 follower sahaja. Manakala, instagram bisnis Dunia Niaga ieta Enterprise yang merupakan ig blogshop hanya 397 follower. Hari ni semakin ramai dan berkembang dengan jayanya
food review blogger, kisah cikgu ieta, malaysian food, Chocoletto
Tak susah nak naikkan follower tetapi perlu kesabaran yang tinggi dan jangan jemu kongsi sahaja.
21/5/2016, Instagram bisnis saya, masih belum dapat struggle 3k. Lagi 2 orang sahaja lagi.... Semua, demi masa depan... Bukan sesaja suka² nak up kan follower ni tau...
Juga dalam tempoh 8 bulan baru mencecah ke angka 2998. Itu pun, banyak yang sudah saya block atas sebab tertentu.
Kenapa penting ramai follower di instagram?
Penting... Dari situ keyakinan pelanggan blog atau pengiklan bertambah. Baik pelanggan blog mahupun pelanggan bisnis saya. Nak berkongsi apa sahaja pun seronok. Laman sosial terkini yang pantas selain aplikasi telegram dan whatsapp adalah instagram. Lagi seronok bila boleh share dari aplikasi instagram ini ke merata lagi laman sosial.

Sama seperti aplikasi Pinterest saya yang kebanyakan follower adalah bangsa asing. Rugi jika peniaga, blogger dan pendakwah tidak memanfaatkannya.

Blog medium pengiklanan terbaik sepanjang zaman.

Setakat ini, blog adalah medium pengiklanan terbaik kerana untuk jangka masa panjang, orang ramai sentiasa mencari dan jumpa blog² saya jika mahukan sesuatu. Contohnya mereka mencari produk Chocoletto. Mereka jumpa imej di dalam blogshop atau blog ini.
Chocoletto, Coklat leleh, Coklat sedap, Coklat dalam balang, Produk Terlaris Dunia Niaga ieta enterprise
Bukti carian pelanggan tetap utama di internet iaitu blogshop Dunia Niaga ieta Enterprise
Saya kini tidak lagi menjadi agen Chocoletto. Harap maklum.


Terapi instagram, cikgu, Cikgu ieta, ieta mat saad, ieta Info Line, Cikgu Blogger, Penulis Blog, penulis Novel, Kisah Cikgu ieta, Blog ieta, Blog ieta dot com, Blogger, Blogger Malaysia, motivator, IG Marketeer, super 100k, usahawan muda, ejen ebook saka, we have have yo, you can duit, insta blogger, insta famous, insta daily, Lifestyle Blogger, insta jem, belajar instagram, social media influencer, Servis Pengiklanan Dan Penulisan, Servis Penulisan Artikel
Guna kaedah Ebook Saka 4.0 Instagram Advance Online, 20/7/2017 followers berdesup naik ke 10.3k. Alhamdulillah....

Kesimpulan.

Nampak ya, bagaimana Tips Follower Instagram capai target 2k saya? Usaha dan pengalaman di samping rajin bertanya kunci kejayaan tercapainya target 2k follower instagram Kisah Cikgu ieta pada Oktober lalu. Bantuan dari kalangan pelanggan dan blogger pun memberangsangkan. Begitulah tips bagaimana menaikkan follower secara ringkasnya dari saya. Anda bagaimana?


Artikel berkaitan :

  1. Manfaatkan laman sosial yang ada.
  2. Pentingkah Whatsapp dalam Kehidupan?
SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

22 orang yang sudi komen:

  1. Replies
    1. Terima kasih Wan. Moga bermanfaat.

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih Yaya. Yaya salah seorang sifu akak dalam dunia ig ni. Banyak ilmu Yaya curahkan dah untuk akak. Tqsm sifu Yaya ^__^

      Delete
  3. Terima kasih kak ieta kongsikan tips terbaiklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama² Juju. Moga bermanfaat ^__^

      Delete
  4. Replies
    1. In syaa Allah kak Azura. Terima kasih kak sudi singgah ke mari ^__^

      Delete
  5. Replies
    1. Terima kasih 'Aliah. Usaha tangga jaya :)

      Delete
  6. tahniah kak.. jom swap review..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Dkna. Jom swap jom. Hehe

      Delete
  7. Replies
    1. Sama² Syazana. Moga bermanfaat ya ^__^

      Delete
  8. tq sudi berkongsi tips IG ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama²Cik Aiena. Terima kasih berkunjung ^__^

      Delete
  9. TIps yang berguna. Saya pun sekarang masih lagi mencari-cari formula untuk menambah follower instagram sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamduliilah... Moga bermanfaat. Terima kasih En. Azmir sudi berkunjung ^__^

      Delete
  10. Terima kasih akak,akrtikel ni sangat bermanfaat,ya akak memang satu kesilapan betul tau sbb public kan instagram tak private kan,patut di private kan,selepas membaca artikel ini,InshaAllah akan private kan instagram yang terbaru,akak,terima kasih juga akak banyak jadi sumber nasihat dan rujukan ya,Moga Allah Membalas jasa akak,InshaAllah,Ameen,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Private pada masa tertentu sahaja ya Eyfa.Moga maju jaya ya Eyfa ^__^

      Delete
  11. Saya hingga sekarang belum ada instrgrm.
    Nak cuba lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan Tuan. Moga bermanfaat 😍👍👍👍

      Delete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *