Posts

Showing posts from June, 2016

Pembaca dari negara manakah yang melawat blog Kisah Cikgu ieta?

Image
Pembaca dari negara manakah yang melawat blog Kisah Cikgu ieta? Senarai negara yang melawat blog Kisah Cikgu ieta Assalamu'alaikum. Salam Ramadhan. Carta di atas adalah  Senarai negara yang melawat blog Kisah Cikgu ieta  minggu ini bermula dari 21/6/2016 sehingga 28/6/2016. Nampaknya sudah tentulah dari negara Malaysia menduduki senarai teramai. Terima kasih semua pembaca dari Malaysia. Juga Terima kasih buat pembaca-pembaca dari negara Russia, United States, Indonesia, Ukraine, Singapore, Germany, Brunei, Namibia dan China yang sudi singgah ke Blog Kisah Cikgu ieta ni. Sebenarnya saya hairan dan rasa seriau juga melihatkan negara lain ke blog ini tau. Apa yang dicari... Tertanya-tanya pula saya. Singgah atau tersinggah agaknya. Kan? RASA GIAN MENULIS YANG TERTAHAN . Dalam hati ada taman saya ni kan, serius! Hari-hari nak menulis dalam blog kesayangan saya yang sudah banyak berjasa kepada saya ni. Namun, tanggungjawab hakiki sebagai Isteri, Ibu kepada 5 orang anak

Bagaimana untuk melengkapkan QURAN di bulan Ramadhan?

Image
Assalamu'alaikum. Sempena Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang tidak berapa hari lagi, suka saya berkongsi dengan anda semua secebis  ilmu dari perbincangan di  whatsapp group ieta info online   berkaitan  "Bagaimana untuk melengkapkan QURAN di bulan Ramadhan?" . Yang uzur syar'ie tu, Nak beli boleh... Tapi hormat sikit ya... Jangan makan di khalayak umum tau... Hormatilah Ramadhan... ^__^ Tahukah anda Bagaimana untuk melengkapkan QURAN di bulan Ramadhan ?  Al-Quran mempunyai 600 muka surat lebih kurang... Jika anda membahagikan pada 30 hari, itu bermakna 20 muka Mungkin itu sukar bagi anda. Mengapa perlu melihat yang sukar untuk berbuat baik? Cuba anda bahagikan ia kepada 5 solat sehari, ia akan menjadi lebih mudah.... Islam itu mudah ... Puasa  pun mudah nak beramal sebenarnya... Bagaimana ya... Begini... 1) Jika anda membaca 4 muka surat selepas setiap solat dalam Ramadhan , maka anda telah menyelesaikan membaca al-Quran bersendirian. 2) J

Marhaban Ya Ramadhan

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم الحمدلله رب العالمين. والصلاة والسلام على سيدنا محمّد رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين     "Marhaban Ya Ramadhan" ... Selamat datang wahai Ramadhan... Lain benar kali ini, saya rasa amat gembira bertemu dengan Ramadhan yang amat saya nanti-nantikan.

Benarkah Nafkah Batin itu tuntutan seks semata?

Image
Benarkah Nafkah Batin itu tuntutan seks semata? Gambar Ehsan Google. Susah juga saya nak menjawab soalan dikemukakan kepada saya beberapa tahun lepas ini. Terkebetulan saya ada menerima e-mail berkaitan isu seks ini. Jadi, saya ingin berkongsi dengan anda dari email yang saya dapat. Juga sebagai menjawab persoalan yang saya terima dari e-mail saya, Benarkah Nafkah Batin itu tuntutan seks semata? Walaupun tajuk ini agak keterlaluan untuk diketengahkan, pada saya ia sebenarnya amat penting dan perlu diperjelaskan untuk pengetahuan am bersama juga sebagai panduan buat mereka yang bakal mendirikan rumahtangga mahupun yang sudah berumahtangga. Sila baca dengan minda yang terbuka. Kenapa ramai wanita hari ini tidak mahu berkahwin? Sebenarnya, tidak semua wanita yang tidak mahu berkahwin itu terlalu memilih suami yang berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka yang bercita-cita ingin mencari lelaki yang berilmu dan beramal diatas segala apa yang telah diperintahkan