27 July 2016

Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur

Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur 

Sebuah hadis yang menarik ingin saya kongsikan kepada anda.
Sentiasalah pahatkan Ibu dan Bapa anda di dalam memori agar anak-anak turut ingatkan anda sebagai ibu bapa mereka hingga ke akhir hayatnya. Sumber gambar : Whatsapp Group sekolah anak.
Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur kali ini merupakan hadis pilihan yang saya baca di dalam applikasi Android tentang pelbagai topik menarik melalui Hadis pilihan masa kini.

Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)."  Hadis Riwayat Bukhari.
Huraian Hadis Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur.

Silaturrahim berasal daripada bahasa Arab yang bererti menghubungkan ikatan kasih sayang. Silaturrahim merupakan satu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya malah seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.

Masakan manusia boleh hidup keseorangan tanpa bergantung harap dan menerima kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu jalinan silatur rahmi adalah amat penting bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan berjaya kerana ukhuwwah yang dipupuk di atas rasa cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu.


Seperkara lagi, buang rasa iri hati dan hasad dengki dalam usaha menjernihkan hati sendiri dan meluaskan rezki.
"Rezeki samada gaji atau duit dan apa sahaja yang kita dapat sebenarnya sebahagiannya adalah milik orang lain... Bersedekahlah walau sepuluh sen". Kata mantan bos saya Ustazah Zaina Othman.
Bagaimana mudahnya menjemput rezeki?
Satu cerita saya ingin berkongsi dengan anda yang boleh digambil iktibar kisah pasangan suami isteri ringkas di bawah ini.
Kami suami isteri memanglah tak mewah kehidupan kami. Tapi Alhamdulillah, berkat agaknya disebabkan suami saya selalu tidak berkira mandikan ayahnya yang lumpuh. Syukur sangat, wang perbelanjaan kami untuk anak-anak kami seramai 5 orang, tidak pernah putus. Wang gaji kami sentiasa cukup. Malahan, ada sahaja lagi berbaki untuk digunakan lagi sebelum gaji bulan hadapannya. Bisnis secara sambilan saya pun Syukur Alhamdulillah, berjalan lancar walau disaat ramai yang mengeluh sale mereka kurang. Berbakti dan menggembirakan ayah, merupakan salah satu perkara yang dapat melancarkan perjalanan kewangan kami suami isteri. Alhamdulillah...". Kata Maya seorang usahawan sambilan.
Apabila hidup penuh dengan berkasih sayang, sudah pasti hati menjadi lapang dan riang. Maka akan gembiralah hati semua yang memelihara hubungan sesama mereka juga ahli keluarga dan rakan raulan tak kiralah di mana berada. Ini akan membuatkan jantung dipam dengan keadaan yang stabil dan pasti jangka hayat mereka yang gembira dengan kehidupan yang dilalui bertambah lagi.

12 Petua Dimurahkan Rezeki.

Perkongsian 12 petua dimurahkan rezeki yang saya sunting sedikit ini, saya dapat dari Encik Ali, salah seorang ahli kumpulan WhatsApp Pembekal Nur Cocoa, Koko Pracampur Madu dan Kurma, salah satu produk bisnis saya.

Jom baca...

1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah untuk kucing-kucing yang datang dan singgah di rumahmu.

2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.

3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.

4. Letakkanlah di dalam bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.

5. Jika kamu hadir dalam acara keramaian keluarga dan kerabat atau sahabat, belilah 1 atau 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya iaitu, orang tua, sakit, kanak-kanak dan lain-lain.

6. Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian peniaga itu ingin mengembalikan wang baki, biarkan sahaja baki wang itu untuknya Anggaplah ia sebagai sedekah ataupun hadiah.

7. Belilah Mashaf Al-Quran, lalu letakkan di salah sebuah masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.

8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus ikhlas.
 
9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk, dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.

10. Jangan biarkan dirimu tertidur, melainkan kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dan maafkanlah mereka yang pernah menghinamu, menyebarkan fitnah dan  menzalimimu.

11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk memperingatkan dirimu kamu baca surah Al-Fatihah atau surah Al-Ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.

12. Kongsikan artikel ini kepada semua kenalanmu. Siapa tahu ada yang mahu mengamalkannya. Moga kamu pun akan diberi pahala kerananya.

Selamat bersedekah. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki. Aamiin...

Inilah sedikit perkongsian cerita dalam perkongsian berkaitan Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur ini. Banyak lagi sebenarnya... Sekadar ini yang berada dalam minda saya. Anda ada lagi petua? Jom kongsi apa lagi Petua Dimurahkan Rezeki Dan Dipanjangkan Umur lagi di ruang komen blog Kisah Cikgu Ieta ni ya ^__^

22 July 2016

Kenapa perlu marah, sabar itu kan lebih baik?

Kenapa perlu marah, sabar itu kan lebih baik?
Kenapa perlu marah, sabar itu kan lebih baik?, Paku di dinding, Punca dan kesan marah, Keburukan marah, Sabar itu indah, Jagalah silaturrahim, Amalan Untuk Masuk Syurga, Jaga hubungan dengan sahabat, kawan, keluarga dan rakan sekerja, cikgu, pengalaman hidup, nasihat, marah, sabar, cara bersabar, motivasi, kisah motivasi, kisah cikgu ieta, Denaihati Network
Dinding jika dipaku akhirnya merosakkan. Begitulah hati. Jika sering disakiti, lukanya berpanjangan. Sumber gambar : Google.
Assalamu'alaikum. Inilah artikel pertama saya kongsikan di dalam blog ini pada tarikh 2/6/2009, jam 1.29 petang bertajuk 'Paku di dinding'. Tarikh ini adalah tarikh mula saya berblogging. Hari ini, saya sunting dan kongsikan semula secara automatik melalui aplikasi Networked Blog sebagai renungan buat saya dan mungkin bermanfaat buat anda semua.

Paku di dinding.
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata,
Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu TIDAK akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal".
paku di dinding
Paku di dinding melubangkan dinding. Luka dihati buat hati jadi sumbing. Sumber gambar : Google.
Lihatlah kesan marah melalui kisah yang saya kongsikan ini.

Punca dan kesan marah.
Tahukah anda, marah hanya lebih memburukkan keaadaan. Marah memang tidak mendatangkan kebaikan. Marah adalah berpunca dari keegoan dalam diri. Kenapa saya kata ego? Kerana hanya individu yang ego sahaja mudah melenting marah tanpa sebab munasabah dan menuding jari mencari salah dan silap orang lain.

Keburukan marah.
Apa terjadi bila kita marah? Pasti pelbagai perkataan kurang enak akan keluar dari mulut bukan? Pasti tingkahlaku di luar jangkaan kan? Wajah pun pasti bertambah kedutan kan? Tak percaya, cubalah lihat cermin ketika marah. Hehe... Burukkan?

Sabar itu indah.
Sebab itulah dalam hidup kita, perlu banyak-banyak bersabar. Kita baca tulisan orang lain di laman sosial, kadangkala orang tak tujukan pun kepada kita. Tetapi kita melenting-lenting marah. Tuding jari ke sana ke mari. Salahkan semua orang di sekeliling kita. Kita tak kaji diri kita sendiri. Apa kita buat? Kenapa kita perlu terasa hati dengan apa yang orang lain tulis? Jika benar kita tersilap, kita minta maaf sahajalah. Jika kita tidak buat. Kita tidak silap, anggap sahaja itu sebagai peringatan dan nasihat. Jadi kenapa perlu marah sehingga ada yang putus silaturrahim kekeluargaan, putus persahabatan dan malahan lebih teruk, putus ikatan perkahwinan. Hanya kerana tulisan di laman sosial yang kita baca dan tiada kaitan dengan kita. Kita sudah berburuk sangka yang bukan-bukan, tohmah darah daging sendiri, putuskan ukhuwwah persahabatan atau ikatan rumahtangga yang sah telah terjalin sekian lama.

Kenapa perlu marah, sabar itu kan lebih baik?, Paku di dinding, Punca dan kesan marah, Keburukan marah, Sabar itu indah, Jagalah silaturrahim, Amalan Untuk Masuk Syurga, Jaga hubungan dengan sahabat, kawan, keluarga dan rakan sekerja, cikgu, pengalaman hidup, nasihat, marah, sabar, cara bersabar, motivasi, kisah motivasi, kisah cikgu ieta, Denaihati Network
Putus memang mudah. Sambung itu yang payah. Sumber : BlogInstagram Kisah Cikgu ieta.
Jagalah silaturrahim.
Ketahuilah, hubungan silaturrahim, hubungan kekeluargaan, persahabatan dan ikatan perkahwinan adalah hubungan yang perlu dijaga dengan baik. Kawal dan jagalah emosi masing-masing. Perkara boleh dibawa berbincang, perkara boleh diperbaiki, berbincang dan perbaikilah. Usah tuding jari sana sini.

Mari renungkan pula hadith pilihan saya ini berkaitan Amalan Untuk Masuk Syurga.

Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansori RA, bahawasanya seorang lelaki berkata, 
Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga'.
Jawab Rasulullah,
Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan solat, keluarkan ZAKAT dan eratkan hubungan silaturahim'. Sumber hadith : JAKIM.

Jaga hubungan dengan sahabat, kawan, keluarga dan rakan sekerja.
Sesungguhnya, sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kita ketawa dan menggalakkan kita ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya untuk menerima kita seadanya. Kawan pula berbeza. Tidak sama dengan sifat seorang sahabat. Begitulah juga hidup sebagai pasangan suami isteri dan hubungan kekeluargaan perlu dijaga. Bertolak-ansurlah dalam pelbagai perkara. Begitu juga hubungan bersama rakan-rakan sejawatan. Jaga dan binalah dengan baik, erat dan mesra. Islam kan menggalakkan jaga Silaturrahim sesama kita. Jadi, jaga mulut, jaga lidah. Jangan sampai ada yang terluka. Paling penting, jaga keluarga, jaga kerja dan jaga amal jariah sendiri. Itu lebih baik daripada sibuk ambil tahu keburukan dan sebar aib orang lain ke merata alam. Jadi, kenapa perlu marah, sabar itu kan lebih baik?
Hadamkan.
Bila seorang lebih tua dari anda menasihati anda dengan baik, dalam kumpulan atau secara peribadi. Anda pula marah, hina, keji dan perli-perli malahan sampai tahap  ugut dan pulaukan dia. Maka jangan salahkan dia jika anda dibiarkan buat selama-lamanya. Puas hatikan? Sudah tiada orang akan menegur anda lagi... Mulai saat dia berdiam diri, buatlah apa sahaja ikut haluan sendiri  dan jangan cari dia lagi jika anda bermasalah". Quote of The Day Kisah Cikgu ieta
  1. Hadith : JAKIM melalui Tutorial JiwaRosak di blog Kisah Cikgu ieta.
  2. Cerita : Blog Blogger Nurisyima.

20 July 2016

Wordless Of Wednesday 50 : PUTUS

Wordless Of Wednesday 50 : PUTUS.
Wordless Of Wednesday (WOW) merupakan entri khas oleh blogger pada setiap hari Rabu. Entri ini membiarkan pembaca memberi pendapat tersendiri. WOW ini direkacipta oleh blogger +potia casadelarossaa

19 July 2016

Perginya tak kembali...

Assalamu'alaikum. Hari ini ingin ku berkongsi dengan kalian secebis kisah "Perginya tak kembali...". Kisah pilu... pemergian arwah emakku buat selama-lamanya.

18 July 2016

10 perkara yang menyusahkan orang lain di jalan raya

"10 perkara yang menyusahkan orang lain di jalan raya" adalah antara sikap yang sering dilakukan oleh ramai pemandu kenderaan atau pemandu motorsikal.

10 perkara yang menyusahkan orang lain di jalan raya itu ialah :
Peta Highway PLUS

1) Membelek handphone (bermesej/berchatting/berfacebook/apa sahaja laman web) semasa memandu / bermotorsikal.
2) Bersembang dengan kawan di motor sebelah.
3) Membunyikan hon sesuka hati.
4) Berpakaian menyeksa mata, jiwa dan raga (siang atau malam) atau memakai pakaian berwarna hitam pada waktu malam.
5) Merokok.
6) Mabuk.
7) Melanggar lampu isyarat.
8) Memandu laju tak hengat donia atau memandu perlahan di lane kanan.
9) Tidak memakai topi keledar.
10) Memacakkan motor dan merempit.


10 perkara yang menyusahkan orang lain di jalan raya ni jika dilakukan, sering menyebabkan kemalangan di jalan raya dan silap haribulan, anda akan kehilangan nyawa! Jadi, pastikan anda tidak melakukan 10 perkara yang menyusahkan orang lain di jalan raya walau di jalan raya mana pun anda berada. Ingatlah yang tersayang....


10 July 2016

WHY SHOULD YOU LOVE YOUR MOTHER?

WHY SHOULD YOU LOVE YOUR MOTHER?

I always heard "One mother can take care 10 children but 10 children can not take care one mother". But why? What you think?

Meantime, let watch this video why should you love your mother?



SIX REASON WHY YOU SHOULD LOVE YOUR MOTHER.
  1. She is the one that born you in this world.
  2. She always stand by your side when you sad or happy.
  3. She always support you everytime.
  4. She is the best chef in your life.
  5. She always have time for you although she is busy.
  6. She gave all her time, work and loves for you.

Now you have to play your role. Love your mother everytime like she always do and respect your mother.

Did you have any other reason WHY SHOULD YOU LOVE YOUR MOTHER? Please let me know. Thank you watching and reading ^__^

Source : Shia James, Komuniti WeChat Malaysia G+

03 July 2016

3 tips mengatasi kesedihan dan terapi minda anda

3 tips mengatasi kesedihan dan terapi minda anda
tips mengatasi kesedihan dan terapi minda anda
Pernah tidak anda bersedih? Mesti pernah kan? Bagaimana nak hilangkan rasa sedih tu ya?

Ada beberapa tips dan terapi minda cara yang saya buat selain solat hajat atau membaca Al-Quran.

PERTAMA :
Baca timeline rakan-rakan yang suka buat humor seperti posting jiran dua taman saya, Boni Kacak di facebook. Ini paling win saya pernah buat. Tergelak sakan saya.

Jadi, hilang sedih. Cubalah :) Jangan asyik syok sendiri mengadap timeline sendiri sahaja tau. Baca... Kadangkala, idea menulis mencurah-curah waktu membaca posting kawan-kawan.

KEDUA :
Buka instagram dan tonton video lucu di situ. Banyak...Cari sahaja. Bulan-bulan puasa ni, letih kan? Jadi sesekali nak happy? Tontonlah video di instagram. Jangan tonton video phorno sudah...

Saya paling suka menonton video dan caption instagram Zukiee atau Kasut Terbang. Hilang sedih seketika dengan lawaknya tu.

KETIGA :
Tulis dan abadikan dilaman sosial anda apa rasa hati anda dalam bentuk yang terkawal.

Jika anda nak tahu, tika dan saat saya menulis ni, saya sedang bersedih. Sebab itu jika anda lihat instagram saya, fuhhh... mencurah idea saya berpuisi. Bagus juga bersedih ni tau. Idea puisi saya, menjadi-jadi... hehe...
Mengatasi kesedihan dan terapi minda
Cukup dahulu 3 tips, ada masa saya sambung lagi ya. Anda bagaimana? Apa cara mengatasi kesedihan dan terapi minda anda pula? Jom kongsikan dengan saya. Terima kasih...

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?