PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Ayah marah guru kelas

Ayah marah guru kelas.

Teringat satu kisah tak berapa lama dahulu. Seorang ayah marah guru kelas anaknya disebabkan guru tersebut menampar anaknya atas sebab tak tahu diam dan bising sepanjang guru tu mengajar. Actually, anaknya tu pernah menjadi murid saya semasa dalam darjah satu.

Guru mengadu perangai murid.
Saban hari saya dengar ada sahaja guru mengadu perangai murid saya yang sorang ni. Memang dia dikenali sebagai murid nakal dan biadap oleh sesetengah guru. Biadap sebab suka menjawab dan mengajuk guru bila ditegur sikapnya. Masa tu baru dalam darjah satu. Tak dinafikan... mulutnya memang tak diam... Bercakap sepanjang pembelajaran dan berjalan ke sana ke mari. Tetapi waktu saya mengajar, beliau tak menjawab bila saya arah diam dan duduk tempat sendiri.  Jadi saya cuma teruskan mengajar je macam biasa.... 

Fenomena ayah marah guru.
Fenomena ayah marah guru kelas ni bukanlah perkara yang baru lagi bagi guru-guru. Selalu dah terjadi... Saya sebagai guru saya tidak juga memihak mana-mana. Kerana saya juga pernah mengalami dimarah oleh ibu bapa atas kesalahan anaknya. Namun selesai dengan baik bila akhirnya ibu bapa dan saya saling bermaafan. 

Berbalik pada kisah ayah marah guru kelas, ayah budak ni marah guru kelas anaknya tu kaw-kaw punya marah di hadapan anaknya depan pintu bilik guru. "Kenapa ustazah tampar anak saya...?". Begitulah yang saya pun turut dengar sebab masa tu saya baru masuk bilik guru. 

Dah selesai berjumpa guru besar, ayah murid tersebut pun bawa anaknya tu balik. Sorang guru masuk ke bilik guru dan beritahu, dia dengar budak tu cakap kepada kawan-kawannya "Takpe... ayah kita dah marah ustazah tu dah...". Dalam hati saya "Hamboi..."

Kesabaran ada batasnya.
Melihat kepada kisah ini, salah gurukah bila anak-anak kini dah tak boleh ditegur ajar sebaliknya guru dimarahi bertubi-tubi? Kesabaran sesiapa pun memang ada batasnya. Guru sering teruji dan diberi pelbagai dugaan dalam mendidik. Seringkali juga kesabaran tercabar. Marah tak boleh, jeling pun tak boleh apatah lagi rotan dan denda... lagilah tak boleh... Kalau saya, habis sabar, saya duduk dan renung murid-murid yang tak dengar kata ni. Saya datang nak mengajar bukan nak marah murid-murid. Tapi... suara saya memang kuat. Habis.... murid pijak kepala nanti kalau guru lemah gemalai mengajar.... kan...? Bukan senang jadi guru ni... Siapa kata mudahnya menjadi guru? Mai la try mengajar seminggu tengok... Kena banyak sabar whoa... :D

Kisah guru, Ayah marah, Ayah marah guru, Ayah marah guru kelas, Guru sering teruji, mudahnya menjadi guru, Kena banyak sabar, gunakan pendekatan saikologi, bertegas mana yang patut-patut,
Apa agaknya yang lucu tu ya...
Mengajar kadangkala perlu juga bersantai tak perlu nak marah sahaja....
Tak juga boleh sambil lewa... 
Ayah marah guru kelas, 
Guru tetap mengajar macam biasa...
Jadi guru ni, nak marah kena berpada-pada... ^__^
Saya risau...
Sebenarnya... saya risau... saya juga ada anak-anak yamg masih kecil... Nak kata anak orang... anak-anak saya sendiri pun saya tak tahu bagaimana nanti. Takut juga kata anak orang, terbalik kepada anak sendiri. Wal'iya dhu Billah Min Dzalik. Cumanya, apa yang mampu saya buat... Berdoa, solat hajat dan sambil masak dan buat air, baca "Ya Latiff" untuk anak-anak saya di samping gunakan pendekatan saikologi dan bertegas mana yang patut-patut... Kehendak anak-anak tak semua perlu kita ibu bapa turuti. Beritahu kenapa dilarang dan apa yang menjadi kesalahan...


Assalamu'alaikum.. 
Yang baca dan dengar, TABAYYUN = semak sebelum sebar. Baca dan dengar dengan MATA HATI bukan hati yang marah, bebal dan penuh berprasangka di hati..Apa sahaja yang berlaku, pasti ada sebab dan musababnya. 
Usah hanya mendengar cerita di laman sosial atau mulut ke mulut tanpa TABAYYUN terlebih dahulu. Then, kongsi (share, sebar, viral) ke merata alam maya dan buat ketupat berjemaah di rumah, tepi tangga, mesyuarat tingkap atau buat ketupat beramai-ramai di laman sosial. 
Tahukah anda, itu semua buat mengeruhkan lagi keadaan dan memburukkan KPM, Guru dan semua peringkat termasuklah ibu dan bapa pelajar sendiri. Segalanya berkait kawan... 
Kita dahulu, bukan Gurukah yang mendidik kita? Rakan-taulan, adik-beradik atau saudara-mara kita, tiadakah yang bekerja MENGGALAS TANGGUNGJAWAP sebagai Guru?. 
Mulia sangatkah kita hingga sanggup keluarkan bermacam-macam kenyataan di laman-laman sosial, mesej, whatsapp dan pelbagai lagi? Maksum sangatkah kita hingga semua orang salah, kita sahaja yang betul? Dewa sangatkah kita, hingga nampak sahaja kesalahan orang, kesalahan kita tak kita nampak? Hebat sangatkah kita hingga memperlekehkan orang lain? Maju sangatkah kita jika sebar ke serata dunia aib orang lain? 
Kita tak tahu kisah sebenar, tidak berada di tempat kejadian, usah memandai-mandai buat sebarang spekulasi hingga mengguris dan menyakitkan hati pelbagai pihak dengan komen dan tanggapan berupa spekulasi yang kita beri. 
1 aib orang kita sebar, 10 aib kita Allah buka. Tidak di sini mungkin di AKHIRAT SANA. 
Makanya, usah disebabkan tulisan dan mulut kita membawa, menyebar berita di AKHIRAT sana kita terhenti dari masuk ke SYURGA. Jadi, nah baca kisah dan pengalaman saya dan rakan sekerja saya sebagai seorang GURU. Banyak lagi... Tapi cukuplah hanya sedikit sahaja yang saya kongsi. 
Ingat tu, TABAYYUN. Baru hidup aman harmoni. Ya kawan-kawan... :) ieta Mat Sa'ad

Apa jadi bila ibu-bapa marah guru di hadapan anak?
Bila ibu bapa atau ayah marah guru kelas di hadapan anaknya sendiri. Anak akan naik mua.... Naik lemak... Marah guru di hadapan khalayak ramai akan menghilangkan rasa hormat murid terhadap guru itu sendiri. Wajarkah ayah marah guru kelas sebegini? Didik anak-anak zaman Y2K ni memang amat mencabar kan?

Artikel berkaitan :
Kenapa perlu marah, sabar itu kan lebih baik?
SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

15 orang yang sudi komen:

  1. Betul tu... cabaran menjadi guru... walaupun KN bukan cikgu, tapi KN juga seorang pendidik... boleh faham macamana seorang cikgu kena hadapi kerenah pelajar dan ibu bapa...

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum,
    Ibubapa sekarang terlalu manjakan anak-anak. Kesian dekat cikgu-cikgu sekarang. Niat nak mendidik anak bangsa tapi bila silap tegur sikit diherdik pula. Mujur tak jadi cikgu kalau tak ayah budak tu pun sekali kena hehe.

    ReplyDelete
  3. ma dr dulu asyik suruh jadi cikgu.. tp kita x nak..x layak pun sebenarnya.
    bg kita, kerja apa2 pn ada cabaran. kita x judge jd cikgu senang,kerja separuh hr sb kita x tau mcm mna jd cikgu tu..
    sma juga kalau kita jd kerani kat bank, buat kerja pn lembap..asyik kena marh dgn customer..sabar je..

    yg penting sabar.
    Askm,
    Nak ajak datang blog kita..
    http://petakbunga-diari.blogspot.com/2014/05/bagaimana-kamu-tahu-kamu-sudah-jatuh_16.html

    ReplyDelete
  4. Suruh je bapak budak tu ajar anaknya sendiri di umah..

    ReplyDelete
  5. Cuba bapak dia jadi guru..mengada betul bpk die tu..

    ReplyDelete
  6. Ya..sama lah dengan saya..macam mana lah agaknya anak saya bila sekolah nanti..harap2 dia tak memberi tekanan pada cikgunya..hehe

    ReplyDelete
  7. Mak Ayah tidak boleh bersikap sedemikian. Kalau lihat guru dahulu zaman 90an saya rasa lebih garang lebih tegas. tapi mak ayah memahami guru mendidik anak mereka.

    Guru sekarang pun tidak boleh terlalu mengikut hati menghukum atau memarahi murid. kedua-duanya perlu ambil tindakan.
    ini pendapat peribadi saya.

    ReplyDelete
  8. ermm budak sekarang kak ,,terlalu di manjakan ..dan di percayai kata2nya.. kalau zaman dulu siap mak ayah suruh rotan kalau betul salah..dunia2 acik faham sbb akak acik juga cikgu

    ReplyDelete
  9. kalau dulu memang boleh, skarang nih pantang cubit sikit, konfem mak bapak mai sekolah..-..-

    ReplyDelete
  10. Sy ada 3org anak. Kalau saya, sy xmrh jika cikgu marah bila anak saya melampau. Dan rotan di bhgn sepatutnye tetapi x mencederakan. Tapi, kalau ikut Islam.. jgn libatkan bahagian muka... Cth dengan menampar..kerana anak yg x degil pun akan jadi degil.. ;)
    http://drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Saya faham perasaan cikgu walaupun saya cuma doktor yang memeriksa bdk djh1,djh6 &ting3. Setiap kali pergi skolah sakit kepala. Mmg kene cubit2 je budak2 tu dgn saya. Geram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... sabar2 doktor... karenah budak2 ni macam2... :D

      Delete
  12. Sebenarnya, tugas seorg guru bkn takat mengajr je.gurulah segala _ galanya.die doktor, die akauntan , die kerani n mcm2 lglah.org yg x prnah jd guru blh komen mcm2. Org tu sndiri x sedar yg die pun blajar dr guru.klu x mcm mane die blh brjaya.

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya, tugas seorg guru bkn takat mengajr je.gurulah segala _ galanya.die doktor, die akauntan , die kerani n mcm2 lglah.org yg x prnah jd guru blh komen mcm2. Org tu sndiri x sedar yg die pun blajar dr guru.klu x mcm mane die blh brjaya.

    ReplyDelete
  14. Budak2 jadi melampau bila ayah bertindak macam tu depan diorang.. Lagi satu biasenye budak yang baik jarrang or x penah cg pukul.. Selalunya yang kena pukul memang budak yang nakal n malas

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *