PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

Duit Zakat perlu diagihkan kepada siapa sebenarnya?

Assalamu'alaikum dan Salam sejahtera kepada anda semua. Masih mood raya? Selamat hari raya saya ucapkan kepada anda semua. Maaf lama tidak bersiaran. Tanggungjawab hakiki sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang nama ringkasnya Guru, wajib diberi keutamaan. Mood blogging pun merudum ke laut semenjak dua tiga empat menjak ni.
Zakat adalah kewajipan. Mengapa pula lagi nak pertikaikan?
Keterangan lanjut boleh klik sahaja Banner ini (Instagram Blog Kisah Cikgu ieta) atau boleh cari di Fanpage Kisah Zakat Malaysia.

DUIT ZAKAT PERLU DIAGIHKAN KEPADA SIAPA SEBENARNYA? 
Persoalan inilah yang sering membelenggu saya satu masa dahulu sebelum saya kenal di alam maya, seorang Pegawai Komunikasi di Lembaga Zakat Selangor (LZS). Walaupun saya ni sebenarnya pelajar lepasan sekolah pondok moden, bab Zakat ni pun masih tak ingat-ingat... Itulah, ilmu dalam kitab. Sudah lama tinggal, lupa... Inilah satu-satunya kelemahan saya sebagai seorang manusia. Maafkan saya...

PERBEZAAN ANTARA NAFKAH WAJIB DAN ZAKAT WAJIB.
Peta Lembaga Zakat Selangor
Berbalik kepada tajuk 'Duit Zakat perlu diagihkan kepada siapa sebenarnya?' Nak dijadikan cerita, satu hari seorang ahli kumpulan whatsapp saya bertanya,
Saya nak tanya pada yang tahu pasal zakat ni, kalau kita bagi zakat dekat bini atau adik beradik kita boleh tak?"
Nak jawab soalan begini bukan boleh main hentam jawab sahaja tau. Perlu ada ilmu. Perlu rujuk mereka yang lebih arif. Jadi, untuk mengelakkan salah beri maklumat dan ajaran sesat, saya berhubung terus melalui Whatsapp, dengan Pegawai Komunikasi di Lembaga Zakat Selangor (LZS). Maka beginilah jawapannya...
Untuk makluman, isteri, anak-anak dan ibu bapa merupakan nafkah wajib atau tanggungan wajib suami atau lelaki. Maka terdapat perbezaan antara nafkah wajib dengan zakat wajib.... Nafkah adalah tanggungjawab suami / lelaki / ketua keluarga ke atas ahli keluarga. Zakat pula adalah lebihan harta yang wajib di tunaikan zakat kepada 8 golongan asnaf. Sebaik-baiknya untuk memenuhi wang zakat disalurkan kepada pusat zakat untuk disalurkan secara menyeluruh sepanjang tahun kepada 8 asnaf wajib zakat.... Selain daripada itu, (isteri, anak-anak dan ibu bapa) boleh terima zakat.... Asalkan memenuhi syarat 8 asnaf...
Bagus soalan yang diajukan ahli kumpulan WhatsApp saya tu, sekurang-kurangnya, saya jadi bijak sikit bila dah tahu jawapannya. Lain kali bila ada orang bertanya lagi, ha jawapan inilah akan saya beri.

PERKAITAN SOLAT DAN ZAKAT. SIAPAKAH 8 GOLONGAN ASNAF PENERIMA ZAKAT?
Peta Pusat Pungutan Zakat MAIWP.
Kebetulan pula di fanpage Kisah Zakat Malaysia ada perkongsian berkaitan Asnaf oleh rakan facebook saya, salah seorang pegawai di JAKIM, Bahagian Media Sosial Agensi Agama, maka eloklah saya kongsikan sama di sini perkaitan solat dan zakat, juga siapakah 8 asnaf itu.

Manakah lebih baik, solat dan zakat sendirian atau berjemaah?
Menurut Pegawai JAKIM tersebut, Allah S.W.T telah berfirman di dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 110,

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِير 

Bermaksud :
Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.
Ibadah solat dan zakat telah digandingkan lebih dari 30 kali di dalam Al-Quran, mesti ada sebab.

Ya, ianya boleh dilihat dari sudut begini, ibarat solat sendiri vs solat berjemaah, mana yang lebih afdhal? Begitu juga agihan Zakat.. Sendiri atau berjemaah (melalui Institusi Amil)? 

Tahukah anda, sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi telah wujudnya Baitulmal? Tahukah anda, Amil juga telah disebut Allah antara 8 golongan yang mendapat manfaat Zakat malah diletakkan dalam 4 kategori utama. Cuba lihat dengan teliti gambarajah di bawah dan baca apa keterangan dari Pegawai JAKIM tersebut.

8 GOLONGAN ASNAF PENERIMA ZAKAT.
Gambarajah mudah 8 Golongan Penerima Zakat. Kredit A+++ saya berikan kepada Ketua Admin Fanpage Kisah Zakat Malaysia.
Tahukah anda Zakat seseorang itu perlu bahagi kepada 8 golongan asnaf, telah termaktub dalam Al-Quran, Surah At-Taubah ayat ke 60?

Contohnya, Zakat dikenakan sebanyak RM800 jadi kita wajib zakatkan RM100 untuk setiap 8 golongan asnaf.

Mari kita lihat, siapakah 8 Asnaf tersebut? Mereka ialah...

1. Fakir (Al-Fuqara).
Al-Fuqara adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja.

2. Miskin (Al-Masakin).
Al-Masakin ialah orang yang mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8.

3. Amil.
Amil ialah orang yang dilantik untuk memungut dan mengagihkan wang zakat.

4. Muallaf.
Muallaf pula ialah seseorang yang baru memeluk agama Islam.

5. Riqab.
Riqab ialah seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.

6. Gharimin.
Gharimin pula ialah penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.

7. Fisabilillah.
Fisabilillah ialah orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.

8. Ibnus Sabil.
Ibnus Sabil merupakan musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.

Berkaitan Asnaf, Firman Allah S.W.T di dalam Surah at-Taubah ayat 60,
إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Bermaksud :
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 

Fikir-fikir... Zikir-zikir.. Allahu Musta'an...

Terang dan jelas bukan penerangan Pegawai tersebut?

Kesimpulan soalan Duit Zakat perlu diagihkan kepada siapa sebenarnya juga menjawab persoalan, bolehkah Amil terima Zakat dan isu-isu Zakat yang saban tahun menjadi fitnah dan viral di seluruh laman media-media sosial telah terjawab melalui Ayat Al-Quran di atas. Maka berbaliklah kita kepada kebenaran ayat Allah itu. Kenapa pula kita nak mempertikaikan ayat-ayat Allah? Siapa kita? Hebat sangatkah kita hingga sampai sanggup mempertikaikan ayat-ayat Allah, kebesaran, kekuasaan dan arahanNYA yang telah termaktub sebelum kita dijadikan? Sesungguhnya, Allah adalah sebaik-baik penolong hamba NYA.
Bila seseorang hadir ke dalam gerak kerja kita, ketahuilah bahawasanya Allah yang gerakkan pintu-pintu hati mereka. Menjauhnya kawan pasti bersebab. Kadangkala Allah yang jauhkan dengan pelbagai sebab. Hadirnya kawan, juga seribu rahmat dan asbab. Pelangi indah tak akan datang tanpa mendung dan gelapnya hujan ribut dan taufan terlebih dahulu 😊". Nukilan Puisi ieta minda terpana Kisah Cikgu ieta pemilik Dunia Niaga ieta Enterprise. Ketahuilah, Hidup Mesti Happy Walau Sedang Diujii. Lihatlah sahaja contoh pelbagai kisah Asnaf di fanpage Kisah Zakat Malaysia.

Kadangkala persoalan perlu ditimbulkan agar kita dapat berfikir sejenak. Moga apa yang saya utarakan di dalam entri Duit Zakat perlu diagihkan kepada siapa sebenarnya kali ini dapat membuka minda ramai terhadap Institusi Zakat yang sering menjadi mangsa fitnah dan viral memburukkan Institusi Zakat dari masa ke semasa.
"Bersama viralkan kebaikan. Bukan hanya sebagai KEYBOARD WARRIOR dunia alam maya..." Blogger ieta Mat Saad

Sumber :
  1. Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 110.
  2. Al-Quran Surah At-Taubah, Ayat 60.
  3. Fanpage Kisah Zakat Malaysia (Asnaf)

SHARE

Cikgu ieta Sales Person Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 3)

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 orang yang sudi komen:

  1. info yang bermanfaat..

    selamat hari raya.. maaf zahir batin

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *