PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

5 SEBAB KENAPA SAYA SUKA BERBLOGGING

5 SEBAB KENAPA SAYA SUKA BERBLOGGING.


Assalamu'alaikum... Entri ini sudah lama di dalam blog ini. Tahun 2013 saya siapkan. Kini saya edit dan paparkan kembali.


Syoknya... berblogging... Kenapa saya suka berblogging atau menjadi seorang bloggerNak tahu ke kenapa? Sebab, macam-macam dapat...

Top post, Jana wang dari Blog, Bagaimana jana wang dari Blog, PANDUAN BLOGGING, TIPS SEO, BLOGWALKING, happykan minda, 5 sebab kenapa  saya suka berblogging, sebab suka berblogging, kenapa saya suka jadi blogger?, best ke jadi blogger?, USAH ASYIK MERUNGUT, BERUSAHALAH!, BLOG SIMPLE JANA WANG DAN CUSTOMER, DAFTAR NIAGA DAN BELI DOMAIN HASIL DUIT BLOGGING
Sumber gambar : Google.
Menulis dan berkata-kata tu memang rutin seorang guru kan...? :D

5 SEBAB SAYA SUKA BERBLOGGING.


  1. Dapat ramai kawan fb dari kalangan rakan blogger. Bila ramai kawan, boleh bertukar-tukar pendapat dan fikiran.
  2. Dapat praktikkan ilmu coding masa belajar di Insitut Cosmopoint (kini KLMU) dahulu.
  3. Dapat blogwalking,  bila blogwalking, pelbagai ilmu baru dapat diperolehi.
  4. Dapat happykan minda. Tahukah anda? Salah satu terapi minda adalah melalui membaca. Saya suka membaca di blog oranglain. Hati-hati... saya akan blogwalking bila-bila sahaja berkesempatan. Mana bloglist ieta? Ada... dalam 1 blog khas tidak terpapar di dalam blog ini.
  5. Dapat duit dari pelbagai sumber. Walau tak banyak tapi, puas hati sebab usaha sendiri. Tanpa perlu suruh klik sana dan sini. Risiko tanggung sendiri....

BLOG SIMPLE JANA WANG DAN CUSTOMER.

Tahukah anda, ramai customer saya datangnya dari blogshop (Dunia Niaga ieta Enterprise) saya yang saya saja suka-suka buat tetapi simple ni? Janji usaha. Saya Blogger dan Usahawan sambilan. Saya hanya mengambil masa 2 jam sahaja dalam sehari untuk update apa sahaja perniagaan saya lakukan samada melalui blogshop simple saya ini atau melalui media-media sosial yang lain. Jadi, tiada masalah bukan?

DAFTAR NIAGA DAN BELI DOMAIN HASIL DUIT BLOGGING.

Tahukah anda? Pendaftaran perniagaan saya dan beli domain dot com juga adalah dari hasil duit kerja-kerja saya di blog ini dan blog Dunia Niaga ieta Enterprise.


USAH ASYIK MERUNGUT, BERUSAHALAH!.

Allahyarhamah emak saya kata 
Kita buat dia, bukan dia buat kita".
Jadi kenapa kita perlu merungut-rungut masalah kewangan jika kita ada kepakaran dalam banyak perkara? Cuba dan jaya sahaja. Usah banyak merungut. Tidak salah jika anda menjadikan saya sebagai contoh untuk anda juga berjaya. Walaupun saya seorang ibu berkerjaya dan malahan beranak lima (5), kerjaya utama saya sebagai penjawat awam tetap menjadi keutamaan saya. Blogger dan Usahawan saya lakukan sambilan sahaja. Saya boleh, anda pasti boleh. Sokongan, keredhaan dan doa dari suami tercinta, ibu bapa, saudara-mara dan adik-beradik, ipar-duai dan rakan-rakan,  merupakan antara kunci kejayaan disamping usaha dan bantuan dari ALLAH yang maha mengetahui hambaNYA.

KESIMPULAN 5 SEBAB KENAPA SAYA SUKA BERBLOGGING.

Begitulah 5 Sebab Kenapa Saya Suka Berblogging walaupun saya ada beberapa Fanpage di facebook, group facebook dan blog yang lain, blog saya yang satu ni tetap menjadi blog utama dan sangat-sangat saya sayangkan blog Kisah Cikgu ieta ni  kerana saya juga sering mendapat rezeki dari berblogging di blog ini. Alhamdulillah... Anda pula, kenapa suka berblogging?



    SHARE

    Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

    • Image
    • Image
    • Image
    • Image
    • Image
      Blogger Comment
      Facebook Comment

    20 orang yang sudi komen:

    1. Blogwalking dr blog khas? ada blog lain ke...thanks sbb selalu bertandang ke blog Elih jugak..:)

      ReplyDelete
      Replies
      1. Ha ah, banyak senarai blog dlm blog khas saya tu. Terima kasih juga +Elih Japahar kerana sudi bertandang ke blog saya ni :)

        Delete
    2. Assalam. Salam singgah. Bertandanglah ke blog saya juga :).
      Yang tidak sepertinya ini

      ReplyDelete
      Replies
      1. URL blog please... Terima kasih sudi bertandang ke mari :)

        Delete
    3. salam... sama je sbb tu... mmg terapi juga utk saya... antara fb dan blog lebih suka berblog... :-)

      ReplyDelete
      Replies
      1. hehe... sama ya? alhamdulillah ramai sebenarnya yg suka berblogging sekarang ni. Hari2 ada je blogger baru. Terima kasih Maria sudi berkunjung :)

        Delete
    4. dah dapat banyak hasil tu..leh la beli nama domain plak eh. hehe..

      ReplyDelete
      Replies
      1. Eh, eh, sifu jenguk blog ni... terharunya... Terima kasih sifu... Bukan takmo beli tapi risaukan sume dalam ni jadi lintang pukang... Tengah mencari2 camana cara bila tukar domain, blog tak jadi lintang pukang hehe...

        Delete
    5. heee.. cayokk cayokk.. lepas ni boleh la tukar domain .com bertambah2 minat utk blogging :)

      ReplyDelete
      Replies
      1. Baru bercadang nak tukar domain gak. Masih sedang survey2 lagi :)

        Delete
    6. menulis, mebaca dan berblog itu menghilangkan stress. selamat berblog

      ReplyDelete
    7. Dpt byk ilmu berblog..dpt berkongsi..spt kwn dan sbgainya..walaupun blog sy xmnrik mcm blogger lain.tp sy happy n seronok sgt ;)

      ReplyDelete
      Replies
      1. Ye ke tak menarik? nanti akak blogwalking kat sn ek?

        Delete
    8. untung betul jadi kak ieta. tulis blog pun boleh dapat income selalu. sejak saya tulis blog dari tahun 2012, hanya RM100 je yang saya mampu dapat. haha

      ReplyDelete
    9. Dapat release tention 1 lagi!

      ReplyDelete
    10. Cn pun suka berblogging 😁😁😁

      ReplyDelete

    1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

    2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

    Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

    AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

    AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

    Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

    EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

    Name

    Email *

    Message *