PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

CARA HADAPI PUTUS CINTA

Assalamu'alaikum.

Anda pernah bercinta? Pernah putus cinta? Bagaimana rasanya putus cinta? Memang perit jika cinta putus dipertengahan hubungan. Kita semua sama, pasti pernah dan akan merasainya. Jadi, bagaimana  "CARA HADAPI PUTUS CINTA"?
Pengalaman hidup, Adat berkawan, TAZKIRAH, putus cinta, cara hadapi putus cinta, tips hadapi putus cinta, menangislah, solat hajat, panduan menghadapi kekecewaan, kecewa, frust, sambung belajar, sibukkan diri, elakkan menyendiri, dekatkan diri dengan program keagamaan, bacalah al-quran, bila rindu mencengkam jiwa,   http://www.blogieta.com/2014/02/cara-hadapi-putus-cinta.html
Ehsan dari pakcik google... Usah biarkan diri terbelenggu dek kecewa putus cinta...
Apa yang perlu dilakukan di saat begitu lemah dan hari-hari bergenang air mata? Bangkit semula membina kekuatan. Teruskan juga kehidupan. 
Putus cinta memang sakit bukan? Apakah ikutkan perasaan? Atau mengamuk sakan? Atau kembali kepada TUHAN?" ~ Instagram puisi_ieta ~
Ini antara 8 CARA HADAPI PUTUS CINTA yang berkesan.

1) Lakukan solat hajat setiap hari. 
2) Menangislah... menangis itu normal... berserah diri pada Allah semasa solat itu lebih baik dari berterusan mengingati dan meratapi cinta yang putus di pertengahan.
3) Sambung belajar. Waktu belajar, kita akan jumpa ramai lagi kawan-kawan yang macam-macam ragam. Syok belajar ni...
4) Sibukkan diri dengan kerja. 
5) Cari kawan, elakkan menyendiri. Bila bersendirian, syaitan mudah menghasut kita. 
6) Dekatkan diri dengan program-program keagamaan .
7) Baca al-quran bila sedih. Dengan kebergergantungan terhadap agama dan al-quran serta berdoa sahaja jiwa memperolehi kekuatan. 
8) Bila rindu mencengkam jiwa, letakkan tapak tangan di dada, bacalah surah al-Fatihah sebanyak yang dapat. Inshaa Allah boleh lena dengan nyenyak.


Ramai yang berjaya menghadapi kekecewaan melalui CARA HADAPI PUTUS CINTA ini. Usah biarkan diri dibayangi kisah silam yang kelam dan suram. Moga anda yang sedang kecewa terubat dengan sedikit panduan dan santapan minda dan rohani dari saya Blogger Kisah Cikgu ieta. Anda ada pengalaman menghadapi kekecewaan dalam percintaan? Kongsikan CARA HADAPI PUTUS CINTA anda di ruangan komen artikel ini.

SHARE

Cikgu ieta Ejen Ebook Saka 40 (No. ID : 4)Ebook Saka Sifu AjimAura

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

22 orang yang sudi komen:

  1. Replies
    1. Hehe... pengalaman mengajar segalanya

      Delete
  2. Memang sedih kan bila putus cinta. Tapi lagi sedih kalau dengan cinta, hubungan kita dengan Allah putus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sgt2 menyedihkan jika begitu jadinya

      Delete
  3. terbaikla cara tu, cinta pada manusia belum tentu kekal...

    ReplyDelete
  4. As salam.

    Tipa terbaiklah.Paling penting..jgn putus asa.

    ReplyDelete
  5. yeop pernah kecewa banyak kali, biasalah dah dia tak setia kepada yeop. nak cari orang lain jugak. jadi yeop tak perlu bercinta sekarang ini, lebih baik bertumpu kepada pernikahan yeop saja. doa-doakan yeop dapat melangsungkan pernikahan yeop, insya-Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin... Akak doakan Yeop bertemu jodoh yg terbaik atas kebaikan2 yg pernah Yeop lakukan selama ni ^__^
      Terima kasih Yeop..

      Delete
  6. sedih sangat bila sy cuba mmpertahankan hbungan nie tapi bf sy hancurkan juga..bila dapat tahu berita nie..terus terjatuh dan mnngis ja..sebak..sy dah cba buat yg terbaik tapi semua xdihargai...dah berpuluh kali beri peluang tpi masih curng...kenapa wujud prempuan mcm nie...xdk prasaan ke mrampas pasangan org lain :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar dik. Lebih baik putus semasa bercinta dari bercerai selepas berumahtangga. Sebenarnya... Allah putuskan kerana dia bukan yang terbaik untuk adik. Sebab itu dalam Islam, tidak ada istilah couple. Couple itu haram. Nikah itu yang indah. Kenapa indah? Kerana ia ikatan yang halal dan sah. Moga Nor Idayu bertabah. Maaf lewat reply. Cikgu sibuk di sekolah. Tabah ya.

      Delete
  7. sy bru lps putus tunang.. sedih hanya ALLAH je yg tahu.. tq info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar ya Zara. Cikgu faham tu.

      Lebih baik putus semasa bertunang dari bercerai selepas berumahtangga. Sebenarnya... Allah putuskan kerana dia bukanlah yang terbaik untuk Zara. Redha ya dengan ketentuan Allah.

      Moga Zara bertabah dan cuba ya ikut panduan Cikgu beri ni. Maaf lewat reply. Cikgu sibuk di sekolah. Tabah tau....

      Delete
  8. Jadikan kegagalan dlm bercinta sbg titik mula untuk sesuatu kejayaan 😊

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *