PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

APA KITA PERLU BUAT BILA MASIH ADA AYAH DAN IBU?

APA KITA PERLU BUAT BILA MASIH ADA AYAH DAN IBU?

Setiap hari balik dari ambil anak-anak dari Taska, anak saya yang ke 5 mesti masukkan CD 'BILA ADA AYAH DAN IBU' ke ruangan CD dalam kereta dan biarkan berulang-kali didengar oleh kami suami isteri. Dia marah jika dipasang siaran radio yang lain
Pic Of The Day, Top Post, ieta Mat Saad, Writer, Motivator, Consultant, Editor, Poet, Entrepreneur, Cikgu Blogger, Blogger, Top Blogger, Kisah Cikgu ieta, Blog ieta Dot Com, ieta info line, Port Blogger, Travel Blogger, Lifestyle Blogger, Parenting Blogger, Media Influencer, Social Media Influencer, Blogger Malaysia, Blogger Kuala Lumpur, Malaysian Blogger, Islamic Blogger Community, Malaysians Blogging Community, Cikgu, Bila ada ayah dan ibu, ayah, ibu, ibu bapa, emak, abah, APA KITA PERLU BUAT BILA MASIH ADA AYAH DAN IBU?, bagaimana menghargai ayah dan ibu?
Perkongsian ringkas, di instagram Kisah Cikgu ieta.
Petang tadi, saya dengar lagi dan lagi dan lagi. Satu yang saya terkesan tadi dan masih terngiang-ngiang di telinga saya, kata Ustaz Kazim...

3 orang yang tak akan masuk syurga iaitu :
1) Anak yang derhaka kepada ibu-bapanya.
2) Mereka yang meminum arak.
3) Mereka yang memutuskan silaturrahim.

Saya tak nak sentuh yang lain. 1 sahaja yang saya nak kongsi, Ustaz Kazim kata...

Derhaka itu bagaimana?
Seorang anak dikira sebagai derhaka jika ada rasa benci, ada rasa marah, ada keinginan ibu dan ayah segera mati, berjahat sangka kepada ibu bapa, mengecilkan pandangan mata, menjeling, menengking, mengherdik, menyepak, menerajang ibu bapa apatah lagi, menghambakan ibu bapa.

Anak juga dikira derhaka jika melebihkan kehendak suami atau isteri melebihi kehendak ibu dan ayah.

Bersegeralah mohon keampunan.
Maka jika anda masih ada lagi ibu-bapa, gembirakanlah hati kedua mereka. Bawalah ke mana dikehendaki mereka. Hiburkanlah hati mereka. Bersegeralah meminta ampun andai pernah mengguris hati dan perasaan mereka dan berbaktilah sepuasnya.

Jangan esok emak atau ayah dah koma tak boleh berkata-kata baru nak minta ampun. Masa tu, tak berguna dah! Menangislah air mata darah sekali pun.

Hargailah ibu dan bapa kita selagi mereka bernyawa.... Ayah dan ibu itulah permata berharga untuk kita, tiada penggantinya.

Bagaimana jika ibu dan ayah telah tiada?
Andai ibu atau ayah sudah meninggal, buatlah apa sahaja perkara kebaikan. Niatkanlah pahalanya untuk kedua ibu bapa. Bacakanlah ayat Al-Quran untuk mereka dan doakanlah mereka damai di sana.
Pic Of The Day, Top Post, ieta Mat Saad, Writer, Motivator, Consultant, Editor, Poet, Entrepreneur, Cikgu Blogger, Blogger, Top Blogger, Kisah Cikgu ieta, Blog ieta Dot Com, ieta info line, Port Blogger, Travel Blogger, Lifestyle Blogger, Parenting Blogger, Media Influencer, Social Media Influencer, Blogger Malaysia, Blogger Kuala Lumpur, Malaysian Blogger, Islamic Blogger Community, Malaysians Blogging Community, Cikgu, Bila ada ayah dan ibu, ayah, ibu, ibu bapa, emak, abah, APA KITA PERLU BUAT BILA MASIH ADA AYAH DAN IBU?, bagaimana menghargai ayah dan ibu?
Kesimpulannya :
Tanggungjawab kita buat apa yang kita perlu buat jika masih ada ayah dan ibu kita. Sudahkah anda menghubungi ibu bapa anda? Dalam kesibukan kita mengejar dunia, mencari rezeki... Masihkah kedua ibu bapa kita, kita hargai? Sudahkah anda menggembirakan hati kedua mereka? Jika belum, bersegeralah!

Ucapan Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan CD Bila ada ayah dan ibu. CD ini amat berharga buat saya. Silakan share untuk manfaat bersama.

ARTIKEL BERKAITAN :


SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

13 orang yang sudi komen:

  1. Huhu.. tak sabar nak balik kg.. sedang menghitung hari jr ni..

    ReplyDelete
  2. Huhu.. tak sabar nak balik kg.. sedang menghitung hari jr ni..

    ReplyDelete
  3. Selagi mereka masih ada, bahagiakanlah mereka.
    Hidup kita sentiasa diberkati dengan restu daripada ibu bapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amat benar tu Tuan. Terima kasih sudi berkunjung.

      Delete
  4. alhamdulillah masih punya kedua ibu bapa. hai cg ieta komen blog kita laa. bukan calang2 org nii cg ieta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... bila ada kelapangan Cikgu singgah dan komen. Kebetulan search apa entah hari rltu. Artikel Cik Aswaleyla yang ada di 1st page. Terusla komen hehe BTW, Thanks tau sudi membalas kunjungan. Cik Aswaleyla memang blogger hebat. Hehe

      Delete
  5. Assalamulaikum Cikgu ieta.

    Terima kasih sebab ulas tulisan saya di blog Biar Lembu yang jadi Lembu bertajuk Apa Yang Ditunggu lagi.

    Terasa kecewa juga saya mendengar tentang kesah cikgu sebab saya mengerti kehidupan walaupun saya belum pernah mengalaminya.

    You have done the right action. Move, move and move if you must. A few of my friends have learned the hard way that taking them back absolutely never works.

    Thanks for your valuable comment. Love it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama² Tuan Adam. Kebetulan saya lapang dan sihat. Saya balas kunjungan siapa yang sudi ke teratak blog saya ni Tuan Adam. Terima kasih selalu berkunjung juga ke mari ya Tuan. Teruskan menulis ya Tuan.

      Delete
  6. semoga dipermudahkan urusan kita dalam berbakti kepada dua orang insan yang tiada gantinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... Ya Robbal 'Alamiin... Moga dipermudahkan olehNYA.

      Delete
  7. Alhamdulillah mak ayah masih ada. Masa yang ada haruslah digunakan sebaik mungkin untuk berbakti kepada mereka..

    ReplyDelete
  8. Tazabarnya nk blk kg 😢😢😢

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *