CARI DI SINI

21 October 2016

Morhabshi minyak serbaguna keperluan keluarga.

Morhabshi minyak serbaguna keperluan keluarga.
Product Review, Morhabshi, Morhabshi minyak serbaguna keperluan keluarga, Apakah itu Morhabshi?, Sejarah Morhabshi dalam Perubatan Tradisional, Bahan-bahan Morhabshi, Kebaikan minyak Morhabshi, minyak serbaguna, morhabshi, minyak urut, minyak pelbagai fungsi
Packaging yang amat cantik terisi minyak kesukaan ramai Morhabshi ini mudah dibawa ke mana sahaja.
Satu hari, saya berjalan-jalan di sebuah pasaraya Giant Taman Permata. Tiba di sebuah kedai, hati saya meronta nak masuk ke kedai itu. Lalu saya pun masuk.... Saya disapa oleh seorang wanita anggun, Puan Yusra Abdul Hamid. Kemudian, saya diperkenalkan oleh Puan Yusra, selaku pengusaha bersama keluarga beliau dengan sejenis minyak bernama Morhabshi. Unik nama minyak ini.


Kebetulan waktu itu jari-jemari saya kebas, Puan Yusra menyapu minyak Morhabshi dan Alhamdulillah seperti ada aura mengalir ke jejari saya, berkurangan rasa kebas tu dan saya rasa agak segar tidak seperti sebelum disapu minyak Morhabshi luar biasa ini.

Apakah itu Morhabshi?
Nak tahu, apa itu Morhabshi? Morhabshi ni sebenarnya bukanlah nama yang asing lagi dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana kemampuannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib yang mengganggu.

Kalau nak tahu, saya  baru sahaja dimaklumkan melalui whatsapp oleh Puan Yusra, minyak Morhabshi ini telah pun dikongsikan kepada umum melalui TV Al-Hijrah. Ini sokongan yang amat baik untuk minyak keperluan seisi keluarga yang merupakan keluaran bumiputra Muslim. Syabas dan tahniah kepada semua warga kerja Morhabshi ^__^
Product Review, Morhabshi, Morhabshi minyak serbaguna keperluan keluarga, Apakah itu Morhabshi?, Sejarah Morhabshi dalam Perubatan Tradisional, Bahan-bahan Morhabshi, Kebaikan minyak Morhabshi, minyak serbaguna, morhabshi, minyak urut, minyak pelbagai fungsi
Myrryh atau Morhabshi ditarah untuk menghasilkan minyak yang berkualiti. (Sumber : laman blog Morhabshi).
Menurut Wikipedia, Morhabshi (Myrryh) merupakan bahan resin berwarna merah keperangan, diambil daripada getah kering pokok Commiphora Myrrha. Tumbuhan ini juga tumbuh di negara Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Bahan getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh), C. opobalsamum dan Balsamodendronkua. (Sumber : laman sesawang Morhabshi.)

Tahukah anda? Di Malaysia, Morhabshi yang berkhasiat ini dipercayai telah lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Sejarah Morhabshi dalam Perubatan Tradisional.
Dipercayai Resin Myrrh atau Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan (perkahwinan) dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Ha, hebatkan Minyak Morhabshi ni? Bukan sebarangan minyak tau...

Bahan-bahan Morhabshi.
Melalui kajian yang telah dilakukan oleh pengusaha Morhabshi dan juga pengamatan juga ilmu yang dimiliki nenek moyang keluarga Puan Yusra, Myrrh atau Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya lagi.

Kebaikan minyak Morhabshi.
Telah terbukti sebenarnya, minyak Morhabshi dapat membantu memulihkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya lagi. Teknologi perubatan yang telah menghasilkan campuran Morhabshi ini juga didapati bertindakbalas pada pemulihan pendarahan luar iaitu luka dan sebagainya lagi dengan cepat.

Memang ajaib dan amat bermanfaat untuk seisi keluarga minyak Morhabshi ini tau?
Product Review, Morhabshi, Morhabshi minyak serbaguna keperluan keluarga, Apakah itu Morhabshi?, Sejarah Morhabshi dalam Perubatan Tradisional, Bahan-bahan Morhabshi, Kebaikan minyak Morhabshi, minyak serbaguna, morhabshi, minyak urut, minyak pelbagai fungsi

Ternyata dengan izin Allah, Morhabshi memang menakjubkan dan luar biasa. Anda inginkan minyak serbaguna Morhabshi? Anda boleh mendapatkan Morhabshi minyak serbaguna keperluan keluarga ini dengan menghubungi Puan Yusra Abdul Hamid di talian 0196000654 atau 0194307845 atau di facebook Yusra Abdul Hamid juga melalui Email, yus_34@yahoo.com

Jangan lupa tau, hubungi Puan Yusra Abdul Hamid untuk mendapatkan Morhabshi minyak sebaguna seperti maklumat di atas.


9 comments:

  1. saya pulak kaki selalu lenguh je lepas main bole..boleh cuba ni.

    ReplyDelete
  2. Bagus artikel ni. Baru saya tau.
    Thanks.

    From:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Banyak juga kelebihan yang diperolehi dengan menggunakan minyak Morhabshi ini. perlu ada satu letak dirumah..

    ReplyDelete
  4. Bagusnya minyak ni 👍👍👍

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah saya dapat ilmu baru tentang minyak Morhabshi....terima kasih cikgu eita

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan gang paranoid akhir zaman dan teori konspirasi yang gila isim keturunan atau isim makrifat.

Sila sabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, syirik, sesat dan khurafat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak dan bangkang sepenuhnya.

Saya benci perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya reject terus.

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁

Jika mesej atau email saya sila nyatakan,
1) Nama.
2) Dari mana kenal saya.
3) Tujuan mesej
Sebab saya ada banyak laman sosial, sila nyatakan nama channel atau laman sosial anda kenal saya.

Rules saya :
1) Saya tidak memberi sedekah secara online.
2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.
5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapan borang diberi.

Terima kasih 😊
Nama pena,
Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta
Suri Rumah Sepenuh Masa,
Freelance Blogger, Social Media Expert Coach. Pembekal Pemborong Biskut Homemade dan Kudapan.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA





AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM






TULIS CADANGAN ATAU PERTANYAAN DI SINI

Name

Email *

Message *