23 November 2016

REZEKI KITA MILIK SIAPA?

REZEKI KITA MILIK SIAPA?

REZEKI KITA MILIK SIAPA?, REZEKI DAN PERFECT!, JAGALAH ADAB, BAGAIMANA YANG DIKATAKAN REZEKI?, SAKIT ITU UJIAN, Muhasabah, Muhasabah diri, Kita mampu merubahnya, rezeki yang kita ada milik siapa?
Rezeki kena sama dkongsi. Jangan tamak haloba sendiri.

REZEKI DAN PERFECT!

Rezeki ni Tuan Puan... Bila-bila masa Allah nak tarik balik REZEKI. DIA akan tarik. Jadi jangan la kita dok sombong bangga diri. Berlagak tak ketentuan-hala, berjalan mendabik dada. Mengata sini-sana, tuding jari semua orang salah. Kita sahaja yang betul. Ibarat kita 'perfect'! Tak pernah buat salah.

JAGALAH ADAB.

Kadangkala, ada sikap manusia yang ikut suka hati kita nak maki-hamun, marah-marah depan orang-ramai mahupun orang tu kecil sahaja kesalahannya. Pukul canang serata alam kesalahan dia.

Usah dilayan. Diam sahaja. Lama-kelamaan dia penat, dia pasti diam. Cuma kita perlu beringat. Jagalah adab kita walau di mana sahaja kita berada. Ingat... hari ni kita buat kat orang, tak kena kat kita, di satu masa, tidak kita, anak kita atau kaum keluarga kita akan mendapat balasannya. Berhati-hatilah ya. Jangan sampai dikata kita tidak beradab.

Dikeji, dihina, diperli, diumpat dan diaibkan juga adalah rezeki. Kenapa saya saya kata rezeki? Kerana, mereka yang mengumpat, mengeji, perli, aibkan atau fitnah kita tu tidak sedar langsung bahawa mereka telah memberikan pahala mereka kepada kita dan jika pahala mereka telah kehabisan akibat perbuatan mereka itu, dosa kita dipindahkan kepada mereka. Tapi dengan syarat.... Kita perlu sabar... Jangan bergaduh ya? Relax... ^__^

BAGAIMANA YANG DIKATAKAN REZEKI?

REZEKI bukan sahaja wang ringgit. Kesihatan, bos yang baik, rakan sekerja yang baik, mudah beramal yang baik-baik, anak² berjaya, orang sedekahkan pakaian, orang berikan makanan, orang bantu kita bila ditimpa masalah dan orang belanja kita makan. Itu semua adalah rezeki.


TENTANG REZEKI (Sumber : Telegram Business Tips).

Allah nak ambil atau nak tarik rezeki kita dengan macam2 cara. Tayar motor pancitlah, kereta rosak, duit kena curi lah, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini, kena tipu join skim itu ini, dan macam2 lagi. Itu lah hakikatnya.

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain.

Ingat! REZEKI itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

*Kekadang kita lupa..*
🔹Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat kawan2 tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Kerja tak pressure pun rezeki..
🔹Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki.. Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..

*Jom fikir luasnya rezeki.* Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..
🔸Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
🔸Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
🔸Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
🔸Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
🔸Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

Demikian Allah SWT membahagikan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah.

SAKIT ITU UJIAN.

SAKIT ITU UJIAN DAN KAFFARAH DOSA
SAKIT ITU UJIAN DAN KAFFARAH DOSA

Minggu lepas saya diuji. Sakit sehingga sukar bernyawa sehingga doktor suruh saya sedut gas. Doktor bagi MC. Sakit tu juga rezeki. Sebab apa saya kata rezeki? Sebab sakit tu adalah ujian malahan sakit adalah juga kaffarah (penghapus) dosa. Masa sakit lah banyak pergantungan harap kita dengan Allah. Kan rezeki tu? Biasa waktu sakit inilah selalunya membuatkan kita lebih mengingati Khalik (pencipta) kita.

REZEKI YANG KITA ADA MILIK SIAPA?

Kita tak hebat... Allah yang hebat... Allah bagi pinjam sahaja semua tu kepada kita. Sementara kita masih bernyawa.  Maka rezeki kita milik siapa? Sudah tentulah Allah yang mencipta kita pemiliknya. Jom muhasabah diri. Selamat beramal Kita mampu merubahnya.

Masa ni kesihatan tidak menentu membuatkan mood hendak menulis produk review pun ke laut. Bertabah sahajalah. Maafkan saya...

Artikel berkaitan :

  1. Kisah hari Jumaat Cikgu ieta.
  2. Hiduplah Dengan Menggunakan Akal.
  3. Hidup tanpa cabaran ibarat kopi tanpa gula.

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?