PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

REZEKI KITA MILIK SIAPA?

REZEKI KITA MILIK SIAPA?

REZEKI KITA MILIK SIAPA?, REZEKI DAN PERFECT!, JAGALAH ADAB, BAGAIMANA YANG DIKATAKAN REZEKI?, SAKIT ITU UJIAN, Muhasabah, Muhasabah diri, Kita mampu merubahnya, rezeki yang kita ada milik siapa?
Rezeki kena sama dkongsi. Jangan tamak haloba sendiri.

REZEKI DAN PERFECT!

Rezeki ni Tuan Puan... Bila-bila masa Allah nak tarik balik REZEKI. DIA akan tarik. Jadi jangan la kita dok sombong bangga diri. Berlagak tak ketentuan-hala, berjalan mendabik dada. Mengata sini-sana, tuding jari semua orang salah. Kita sahaja yang betul. Ibarat kita 'perfect'! Tak pernah buat salah.

JAGALAH ADAB.

Kadangkala, ada sikap manusia yang ikut suka hati kita nak maki-hamun, marah-marah depan orang-ramai mahupun orang tu kecil sahaja kesalahannya. Pukul canang serata alam kesalahan dia.

Usah dilayan. Diam sahaja. Lama-kelamaan dia penat, dia pasti diam. Cuma kita perlu beringat. Jagalah adab kita walau di mana sahaja kita berada. Ingat... hari ni kita buat kat orang, tak kena kat kita, di satu masa, tidak kita, anak kita atau kaum keluarga kita akan mendapat balasannya. Berhati-hatilah ya. Jangan sampai dikata kita tidak beradab.

Dikeji, dihina, diperli, diumpat dan diaibkan juga adalah rezeki. Kenapa saya saya kata rezeki? Kerana, mereka yang mengumpat, mengeji, perli, aibkan atau fitnah kita tu tidak sedar langsung bahawa mereka telah memberikan pahala mereka kepada kita dan jika pahala mereka telah kehabisan akibat perbuatan mereka itu, dosa kita dipindahkan kepada mereka. Tapi dengan syarat.... Kita perlu sabar... Jangan bergaduh ya? Relax... ^__^

BAGAIMANA YANG DIKATAKAN REZEKI?

REZEKI bukan sahaja wang ringgit. Kesihatan, bos yang baik, rakan sekerja yang baik, mudah beramal yang baik-baik, anak² berjaya, orang sedekahkan pakaian, orang berikan makanan, orang bantu kita bila ditimpa masalah dan orang belanja kita makan. Itu semua adalah rezeki.


TENTANG REZEKI (Sumber : Telegram Business Tips).

Allah nak ambil atau nak tarik rezeki kita dengan macam2 cara. Tayar motor pancitlah, kereta rosak, duit kena curi lah, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini, kena tipu join skim itu ini, dan macam2 lagi. Itu lah hakikatnya.

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain.

Ingat! REZEKI itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

*Kekadang kita lupa..*
🔹Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat kawan2 tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Kerja tak pressure pun rezeki..
🔹Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki.. Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..

*Jom fikir luasnya rezeki.* Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..
🔸Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
🔸Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
🔸Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
🔸Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
🔸Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

Demikian Allah SWT membahagikan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah.

SAKIT ITU UJIAN.

SAKIT ITU UJIAN DAN KAFFARAH DOSA
SAKIT ITU UJIAN DAN KAFFARAH DOSA

Minggu lepas saya diuji. Sakit sehingga sukar bernyawa sehingga doktor suruh saya sedut gas. Doktor bagi MC. Sakit tu juga rezeki. Sebab apa saya kata rezeki? Sebab sakit tu adalah ujian malahan sakit adalah juga kaffarah (penghapus) dosa. Masa sakit lah banyak pergantungan harap kita dengan Allah. Kan rezeki tu? Biasa waktu sakit inilah selalunya membuatkan kita lebih mengingati Khalik (pencipta) kita.

REZEKI YANG KITA ADA MILIK SIAPA?

Kita tak hebat... Allah yang hebat... Allah bagi pinjam sahaja semua tu kepada kita. Sementara kita masih bernyawa.  Maka rezeki kita milik siapa? Sudah tentulah Allah yang mencipta kita pemiliknya. Jom muhasabah diri. Selamat beramal Kita mampu merubahnya.

Nota : Kesihatan tidak menentu membuatkan mood nak menulis produk review pun ke laut buat masa ni. Bertabah sahajalah. Maafkan saya...

Artikel berkaitan :

  1. Kisah hari Jumaat Cikgu ieta.
  2. Hiduplah Dengan Menggunakan Akal.
  3. Hidup tanpa cabaran ibarat kopi tanpa gula.


 
SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

18 orang yang sudi komen:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah sudah sembuh sedikit. Terima kasih ya Nurul ^__^

      Delete
  2. yang penting percaya setiap hari akan ada rezeki masuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nad. Allah tu maha adil dan maha mengetahui hanba²NYA. Terima kasih Nad sudi berkunjung ^_^

      Delete
  3. Setuju sangat.. hidup kat dunia nie jangan belagak sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Encik Amin. Nanti dibenci ramai. Terima kasih ya sudi berlunjung.

      Delete
  4. husna peratikan orang sekarang cepat melatah.. baru kena komen sikit dah nak perang mulut.. padahal diri sendiri mmg dah taw kebanyakan org skarang ckp mmg pung pang, pung pang.. jd sbg manusia yg banyak bersabar, hanya boleh pekakkan telinga shj.. silap2 bukan tambah pahala, hilang pahala pulak kan..

    btw, semoga cepat sembuh cikgu..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Husna. Apa pun mulut memang kena jaga. Bagi Cikgu mudah sahaja. Jika tak mahu kita dikomen org, kita jangan.suka komen orang. Sebab kita pun tidak sesempurna mana.

      Sabar memang perkara paling susah nk buat tapi kalau dpt bersabar memang hebat...

      Delete

  5. ﻻﺣول وﻻﻗوۃ١ﻻﺑﺎﷲ١ﻟﻌﻠﻲ١ﻟﻌﻆﻴﻢ

    (La haula wa la quwwata illaa Billahil’aliyyil azhiem)

    Artinya : Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (daya dan kekuatan) Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung

    ﻻﺗﺘﺤﺮك ذرۃإﻻﺑﺎءذنﷲ

    Hadist Rasulullah s.a.w.

    (La Tataharru dzarratun illaa bi idznillaahi)

    Artinya : Tidak bergerak satu zarrah juapun melainkan atas izin Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesimpulannya Hani, tak ada 1 pun milik kita. Semua milik Allah.

      Terima kasih Hani sudi berkunjung dan berkongsi tazkirah. Amat bermanfaat.

      Delete
  6. Rejeki Allah senantiasa dimana2. ada dgn tiada saja. Nak rejeki usaha. jangan meminta. insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul⁴... Terima kasih sahabat atas kata² tu. Amar termotivasi sekali. Terima kasih juga kerana sudi berkunjung. Maaf jika lewat membalas kunjungan.

      Delete
  7. Setuju rezeki milik Allah. Dia pinjam dan akan dikembalikan kelak

    Kadang kita lupa rezeki kesihatan yang baik.

    Salam cikgu Ieta...singgah dari arzmoha.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya gitulah Arz. Semua milik Allah.

      Delete
    2. Terima kasih ya Arz sudi berkunjung. Nanri akak singgah blog Arz bila akak ada kelapangan ya. Terima kasih...

      Delete
  8. betul tu kak ieta. rezeki tu Allah yang punya. Tak payah la nak menyombong tak tentu pasal dengan rezeki yang kita ada. sekali Allah tarik baru padan muka.

    ReplyDelete
  9. YAng pasti segala yang kita miliki datangnya dari Allah, janganlah kita mendabik dada..

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *