27 December 2016

KENALI MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ASLI

KENALI MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ASLI

Assalamu'alaikum dan hai semua. Pernah dengar tentang Minyak Herba Asma Mujarab? Pernah? Kalau pernah Alhamdulillah... Jika tidak pernah mendengar tentang Minyak Herba Asma Mujarab, mari saya kenalkan kepada anda semua apa itu MINYAK HERBA ASMA MUJARAB?


MINYAK HERBA ASMA MUJARAB.

Pertama kali saya mendengar Minyak Herba Asma Mujarab, saya sangkakan ianya sama dengan Minyak Afiat yang telah turun-temurun saya sekeluarga gunakan sebagai minyak sapuan jika terseliuh, digigit nyamuk atau luka-luka kecil. Bila menerima bungkusan saya tidak terus membukanya. Dek kesibukan, saya simpan dahulu. Tiga minggu lalu barulah saya membuka bungkusan dan  melihat Minyak Herba Asma Mujarab ni. Pertama kali saya menghidu Minyak Herba Asma Mujarab ni, terus saya sukakan baunya yang wangi, Serius Wangi! Sedap baunya seperti bau minyak yang digunakan oleh Bidan Urut semasa mengurut saya di dalam pantang bersalin 5 orang anak saya.

PENGALAMAN MENGGUNAKAN MINYAK HERBA ASMA MUJARAB.
Minyak herba Asma Mujarab asli begini ya. Jangan tertipu tau dengan yang Tiruan!
Minyak herba Asma Mujarab asli begini ya. Jangan tertipu tau dengan yang Tiruan!!

Semalam saya sakit perut yang amat. Memulas-mulas. Tak pasti kenapa? Saya teringatkan Minyak Herba Asma Mustajab lantas saya sapu ke perut. Tak lama lepas tu lega! Sangat lega selepas angin keluar dengan jayanya melalui sistem pengeluaran angin yang biasa. Sedap tau bila disapu ke perut Minyak Herba Asma Mujarab ni.


MANFAAT MINYAK HERBA ASMA MUJARAB.

Minyak Herba Asma Mujarab yang Ajaib ini mampu menyembuhkan Penyakit Asma dan melancarkan saluran pernafasan untuk semua peringkat umur. Minyak Herba Asma Mujarab ini juga mujarab untuk :
  1. Bayi berkahak,
  2. Muntah-muntah.
  3. Lelah dan Semput.
  4. Selsema.
  5. Kembung dan Sakit Perut.
  6. Sakit Gigi.
  7. Terseliuh.
  8. Sakit Urat.
  9. Terkena Api.
  10. Digigit Serangga atau Binatang Berbisa dan lain-lain lagi.

CARA MENGGUNAKAN MINYAK HERBA ASMA MUJARAB.

Cara menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab amat mudah sekali. Yang Asma, hanya sapu di bahagian dada, Leher, Tengkuk, atas belakang setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur.

Jika anda sakit perut sebab kembung perut, sapu ke atas perut yang sakit tu sehingga anda mengeluarkan angin. Lagi kerap sapu lagi baik. 

Minyak Herba Asma Mujarab ni pekat tau. Jadi tidak perlu risau cepat habis ya.


BERHATI-HATI DENGAN MINYAK HERBA ASMA MUJARAB TIRUAN!
PERINGATAN, JANGAN TERTIPU DENGAN PRODUK TIRUAN!!
Ini lembaran peringatan tentang Minyak Asma Herba Mujarab Tiruan yang saya terima dari Puan Ain pemilik asal produk homemade Minyak Herba Asma Mujarab. Hati² ya semua.

Tahukah anda? Minyak Herba Asma Mujarab ini mendapat sambutan yang tinggi di seluruh Malaysia dan juga di luar negara antarabangsa. Oleh kerana itu, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah meniru produk Minyak Herba Asma Mujarab ini. Mereka menggunakan label dan reka bentuk yang sama.

Ramai yang mengadu produk tiruan itu tidak berkesan dan berbau seperti asap rokok. Sudahlah warnanya jenih, cair dan kurang berangin, individu yang telah meniru produk Minyak Herba Asma Mujarab ini juga telah berjaya menipu ribuan pengguna di seluruh Malaysia.
Disebabkan ramai telah tertipu kerana mendapat Minyak Herba Asma Mujarab tiruan yang tidak berkesan seperti yang digunakan dahulu. Meh saya ceritakan cara untuk mengenalpasti antara produk asli dan tiruan.

PERBEZAAN ANTARA MINYAK HERBA ASMA MUJARAB TIRUAN DAN ASLI TERKINI OLEH PEMBORONG
minyak herba asma mujarab tiruan
Lihat dengan teliti perbezaan antara Hologram Original dan Hologram Palsu Minyak Herba Asma Mujarab ini.



Minyak herba asma tiruan
Produk Minyak Herba Asma Mujarab TIRUAN akan mengeluarkan notis seperti paparan gambar di atas.

TAKTIK JAHAT PENJUAL MINYAK HERBA ASMA MUJARAB TIRUAN.


TIRUAN PERINGKAT (1) PERTAMA
minyak herba asma palsu
Produk Minyak Herba Asma Mujarab TIRUAN!
Penjual Minyak Herba Asmak TIRUAN ini juga telah menggunakan taktik jahat dengan mempromosikan GAMBAR-GAMBAR Minyak Herba Asma Mujarab Original yang mempunyai Hologram QR Code di belakang botol di laman sosial Facebook atau media-media sosial yang lain. Kemudian mereka menghantar produk Minyak Asmak ini pada pelanggan yang telah membuat pembayaran.
Setelah pelanggan bertanya kenapa dalam gambar lain, barang yang di order lain. Mereka akan menjawab dengan jawapan bohong iaitu “Kami Sudah Tukar Label”. Sila berwaspada!
Bagi pelanggan-pelanggan yang sudah tertipu, mereka juga tidak akan memulangkan duit pelanggan setelah didesak beberapa kali. Mereka akan block whatsapp pelanggan sehingga pelanggan menjadi tertekan.

TIRUAN PERINGKAT (2) KEDUA
minyak herba asma palsu 3
Pembuat produk Minyak Herba Asma TIRUAN juga berani menggunakan Meditag KKM PALSU semata-mata untuk mengaburi mata pelanggan.
TIRUAN PERINGKAT (3) KEDUA
minyak herba asma palsu 2
Ada satu lagi produk TIRUAN yang cuba mengambil kesempatan di atas minyak herba asma yang asli. Pemilik asal juga TIDAK PERNAH mengeluarkan versi “PATI HERBA ASMA” seperti gambar di atas. Oleh itu, SILA BERHATI-HATI.

Berkaitan hologram, anda masih lagi perlu berhati-hati, kerana tidak mustahil mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan membuat hologram seakan-akan sama seperti itu juga. Mereka tidak akan pernah jemu dari peringkat ke peringkat mereka sentiasa cuba meniru Produk Minyak Herba Asma Mujarab yang tulen.
Mereka akan menggunakan ayat yang sama ketika membuat promosi, Produk mereka lebih baik dari yang asli, juga telah di R&D, GMP, dan KKM. Sedangkan sehingga sekarang mereka masih tidak mampu membuktikan produk tiruan mereka mempunyai R&D, GMP, dan KKM. Melainkan hanya dengan mempamerkan lesen Minyak Herba Asma Mujarab SDN. BHD. yang baru sebulan dua mereka daftarkan.

Ingat ye, Minyak Herba Asma Mujarab bukan didaftarkan atas nama Sdn Bhd.
JANGAN MUDAH TERTIPU !
Minyak Herba Asma Mujarab ini TIDAK PERNAH TUKAR LABEL lain dan diproses melalui Kilang bertaraf GMP. Kerana ramuan rahsianya adalah warisan turun temurun daripada seorang Pak Cik tua di sebuah kampung. Ia diproses secara “HOMEMADE” sejak 40 tahun lagi.
Minyak Herba Asma Mujarab ini didaftarkan di bawah syarikat Enterprise (SSM) yang sudah lima tahun beroprasi secara online dan offline. Pihak Minyak Herba Asma Mujarab Original pemilik yang asal ini tidak pernah sama sekali di daftar di bawah syarikat Minyak Herba Asma Mujarab SDN. BHD. (Tiruan).

CARA KENAL PASTI MINYAK HERBA ASMA MUJARAB YANG ASLI
Setelah 27k Minyak Herba Asma Mujarab berjaya dipasarkan bersama hologram dalam masa dua minggu. Alhamdulillah! Pemilik asal telah berjaya menempah lagi 100k Hologram yang berkualiti tinggi beserta QR Code bagi menambah baik dan memudahkan para pelanggan mengenalpasti antara produk Asli dan Palsu.

HOLOGRAM, QR CODE & NOMBOR SIRI AKAN DILEKATKAN DI BELAKANG BOTOL.
Lihat contoh gambar di bawah.
Pastikan pembalut cap berwarna hijau dan ada sticker hologram.
Anda boleh Scan QR Code ini dengan menggunakan Smartphone dan setiap produk yang di scan akan mempunyai nombor siri berbeza di dalam sistem website pemilik asal Minyak Herba Asma Mujarab. Pastikan pembalut cap berwarna hijau dan ada sticker hologram.

Hologram beserta sistem QR Code ini sudah dilekatkan dan sudah dipasarkan dari peringkat ke peringkat. Pastikan yang Original baru beli.
Minyak Asma Original
Minyak Herba Asma Original
Cara kenali Minyak Herba Asma Mustajab melalui Android anda, hanya scan sahaja QR Code Hologram seperti maklumat di atas.


Untuk mendapatkan kepastian, anda boleh juga menghubungi HQ bahagian pemasaran 0134806787, En. Hafis. Jadi, belilah dengan yakin dari mereka kerana mereka ini merupakan PENGEDAR ASAL dari pakcik pembuat Minyak Herba Asma Mujarab yang asli. 

Harga sebotol Minyak Herba Asma Mujarab yang asli hanyalah RM39 sebotol. Hanya tambah RM10 untuk kos penghantaran.
RINGKASAN
  • Jika ada yang mendakwa Minyak Herba Asma Mujarab ini di bawah keluaran syarikat SDN. BHD. Maka ianya adalah produk tiruan & bukan dari ramuan rahsia tradisional Pakcik!
  • Gunakan tanpa was-was, kandungan bahan-bahan yang halal dan selamat digunakan untuk semua peringkat usia.
  • Setiap botol produk yang Original mempunyai Hologram, QR Code & Nombor siri. Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda mendapat produk yang tidak asli.
Hendaknya seorang muslim menjadikan kejujuran sebagai sifat yang melekat pada dirinya, zahir dan batin. Di antara kejujuran yang seharusnya dimiliki seorang muslim adalah kejujuran dalam perniagaan, dengan tidak menipu atau pun melakukan pemalsuan dalam kondisi apa jua sekalipun. Kejujuran adalah penyempurna iman dan pelengkap keislaman seseorang.
قال تعالى: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَكُونُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ

Allah berfirman (yang artinya), ‘Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dan hendaknya kalian bersama orang-orang yang jujur.’ (Q.s. At-Taubah:119)
PASTIKAN ORIGINAL, BARU BELI.
PASTIKAN ORIGINAL, BARU BELI.

Saya juga berharap dengan adanya penerangan ini, pelanggan dan pembaca dapat membezakan antara original dan tiruan di pasaran kerana ianya penting kepada pemilik asal Minyak Herba Asma Mujarab yang amat menekankan keberkesanan penggunaan produk asli.

TESTIMONI DAN PENGALAMAN PENGGUNA TERHADAP MINYAK HERBA ASMA MUJABARAB.


VIDEO PENERANGAN MINYAK HERBA ASMA MUJARAB.


Terima kasih Puan Ain dan kakitangan Minyak Herba Asma Mujarab

URL PAGE JUALAN : 

HERBA ASMA DOT COM (sila klik).

FACEBOOK MINYAK HERBA ASMA MUJARAB  : 

NOMBOR TELEFON :
HQ En. Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran) 
Puan Nurul : 017 6239935 ( Produk Owner).


 

02 December 2016

KENAPA PEK FLEKSI SAFI SHAYLA PILIHAN WANITA BERTUDUNG?

KENAPA SAFI SHAYLA PEK FLEKSI PILIHAN WANITA BERTUDUNG?

Press Kit Safi Shayla Pek Fleksi
Ini semua yang terisi di dalam kotak ekslusif dari PR syarikat yang saya berurusan. Serius saya amat teruja tau bila mendapat Press Kit Safi Shayla Pek Fleksi ini. Alhamdulillah...
JATUH CINTA DENGAN SAFI SHAYLA?

Kenapa tu? Kenapa dah jatuh cinta dengan Safi Shayla? Ha, begini ceritanya. Sebelum kenal Safi Shayla, saya mengalami masalah gatal kulit kepala yang terlampau. Bila gatal, saya mulalah menggaru. Tak sedar rupanya luka. Pedih tau... Puas saya mencuba pelbagai syampu. Sehinggalah satu hari tu, agaknya sebab kesiankan saya yang asyik mengadu gatal kulit kepala, suami saya belikan sejenis syampu seberat 400 gram untuk saya. Safi Shayla namanya. Masa tu saya tak hairan sangat dengan syampu ni. Iyalah benda free kan, memang ucap terima kasih je lah bila dapat. Baca keterangan pun tidak. Tak elok gitu... 😅
Safi Shayla, syampu wanita, safi shayla syampu wanita bertudung
Alkisahnya, pergilah ke bilik air... Nampak syampu ni. MasyaAllah... Rupanya sebelum menerima Press Kit Safi Shayla Pek Fleksi, encik suami sudah belikan pun syampu Safi Shayla Anti Kelemumur ni. Sebab terlampau gatal kulit kepala agaknya, saya tak perasan produk eksklusif ni... 😅


Diringkaskan cerita, pada hari suami saya belikan syampu Safi Shayla seperti gambar di atas tu... Saya pun syampulah rambut saya menggunakan syampu Safi Shayla ni. Letak sahaja di kepala, Wah! Berangin dan freshnya! Dahla fresh! Wangi pula tu! Yang paling best nak tahu apa? Rambut saya lembut beralun... Anak saya yang ke lima, Abdul Latiff berumur tiga tahun memang suka main rambut saya. Katanya "Ibu, lembutnya rambut ibu". 

Ha, bayangkan. Sudahlah fresh, lembut beralun dan wangi rambut saya. Gatal kepala terus hilang. Alhamdulillah.... Terima kasih kepada suami saya sebab belikan Safi Shayla, syampu untuk wanita bertudung. Serius dah jatuh cinta! Memang tak tukar lain dah... 😅

APA ITU SAFI SHAYLA?

Tahukah anda? Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh yang lama, mengundang peluh yang akhirnya berminyak seterusnya menyumbang kepada masalah kelemumur. Kelemumur ni gatal tau... Macam saya dah cerita di atas tu... Jadi bagaimana mengatasinya? Syampu Safi Shayla inilah penawarnya In syaa Allah.

Ini bukan nak bodek atau nak bermegah tapi serius! Sehingga kini, setelah menggunakan sendiri Safi Shayla Anti Kelemumur yang suami saya belikan sebelum saya menerima Pek Fleksi Safi Shayla seperti gambar di bawah, dengan izin Allah masalah kegatalan kulit kepala hingga menyebabkan luka yang teruk memang hilang. Jadi, sesiapa sahaja yang mengalami masalah kegatalan kulit kepala terlampau dan bermasalah kelemumur, syampu Safi Shayla Anti Kelemumur ni memang rawatan mujarab. Terutama buat wanita yang bertudung.

Pek Fleksi Safi Shayla syampu wanita bertudung anti kelemumur
Pek Fleksi Safi Shayla syampu wanita bertudung anti kelemumur ni beratnya 480 gram.
APA ITU PEK FLEKSI SAFI SHAYLA?

Ha, pada yang belum tahu... Sebelum tu... meh saya nak berkongsi maklumat. Safi Shayla adalah rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya dengan Habbatus Sauda. Safi Shayla telah memperkenalkan satu penyelesaian penuh inovatif iaitu PEK FLEKSI SAFI SHAYLA. Syampu Safi Shayla ni syampu anti kelemumur. Pek Fleksi seberat 480 gram ni, mengandungi Habbatus Sauda serta bahan aktif ZPT dan Mentol yang mencegah kelemumur dua (2) kali ganda lebih berkesan bermula dari cucian pertama berdasarkan ujian makmal serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam, juga berdasarkan ujian makmal.

Ekslusifnya packaging Press Kit Safi Shayla Pek Pleksi ni kan?
Eksklusif sungguh packaging Press Kit Safi Shayla Pek Fleksi ni kan?
KEBAIKAN HABBATUS SAUDA, ZPT DAN MENTOL DALAM PEK FLEKSI SAFI SHAYLA.

Antara bahan utama dalam Pek Fleksi Safi Shayla anti kelemumur ialah :

1) Habbatus Sauda

Habbatus Sauda ni mengandungi bahan antibakteria semula jadi untuk menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan kulit kepala kurang selesa serta rambut kusam.

Habbatus Sauda juga kaya dengan nutrien semulajadi yang menyihat, melindungi serta mencantikkan rambut.

2) ZPT

ZPT pula, bertujuan mencegah kelemumur serta mengurangkan kegatalan kulit kepala bermula seawal cucian pertama (berdasarkan ujian makmal).

3) MENTOL

Mentol pula memberikan kesan sensasi dingjn dan segar kepada kulit kepala.

Wah... Patutlah sedap berangin, wangi je kepala dan lembut je rambut saya selepas bersyampu! Ini rupanya tiga (3) bahan utamanya...

PEK FLEKSI SAFI SHAYLA ANTI KELEMUMUR PENYELESAIAN MASALAH RAMBUT WANITA BERTUDUNG.

Ha... Kini tiada lagi kelemumur! Tiada lagi kegatalan kulit kepala! Rambut lebih bersih dan sihat. Rambutkan mahkota wanita... Maka molek sangatlah mahkota wanita yang berharga ditutup rapi auratnya tu dibelai syampukan dengan syampu terulung Pek Fleksi Safi Shayla Anti Kelemumur, sampu bagi wanita bertudung. 

Kalau nak tahu kan? Warna dan corak reka bentuk setiap variasi syampu Pek Fleksi Safi Shayla ini, dikekalkan sama dengan format asal Safi Shayla pek pam dan botol supaya dapat memberikan kemudahan kepada pengguna Pek Fleksi Safi Shayla dibawa ke mana sahaja. Pek inovasi seberat 480 gram ini memang memudahkan pengguna. Malah pek fleksi ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik lebih kurang 65%. Ternyata Pek Fleksi Safi Shayla pelbagai fungsi lebih jimat tanpa kompromi bagi wanita bertudung anggun masa kini. Inilah sebab kenapa Pek Fleksi Safi Shayla menjadi pilihan wanita bertudung.

Scarf dari Sugarscarf ni datang sekali dengan Pek Fleksi Safi Shayla. Lembut tau scarf ni. Dahlah cantik. Berbaloi dengan harganya RM79 sehelai. Terima kasih... Maaf tak sempat nak bergambar dengan scarf ekslusif ni. Anak dara saya dah berkenan dengan scarf ni 😊
DI MANA BOLEH DAPATKAN SAFI SHAYLA PEK FLEKSI?

Sudah tahukan, bahan utama di dalam Syampu Safi Shayla Pek Fleksi 480 gram ni? Ha... Lepas ni bolehlah ke pasaraya berdekatan beramai-ramai membelinya kan? Sebab Safi Shayla Anti Kelemumur Pek Fleksi ini boleh didapati dengan mudahnya di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65 sahaja 😊
Untuk maklumat lanjut produk SAFI, sila layari laman facebook SAFI.MY, laman instagram SAFI MALAYSIA dan saluran Youtube Safi Malaysia. Anda tentu setuju bukan dengan saya, bahawa Pek Fleksi Safi Shayla sememangnya menjadi pilihan wanita bertudung?

Terima kasih kepada mereka :
NOTA :

Fuhh 😘 Alhamdulillah... Lega... siap juga akhirnya setelah lebih kurang 8 jam mengeditnya 😁 Maafkan Cikgu ya... Huhu...

Untuk maklumat pantas, boleh lihat :
Instagram Kisah Cikgu ieta atau
Fanpage Kisah Cikgu ieta


Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?