PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

KENAPA PEK FLEKSI SAFI SHAYLA PILIHAN WANITA BERTUDUNG?

KENAPA SAFI SHAYLA PEK FLEKSI PILIHAN WANITA BERTUDUNG?

Press Kit Safi Shayla Pek Fleksi
Ini semua yang terisi di dalam kotak ekslusif dari PR syarikat yang saya berurusan. Serius saya amat teruja tau bila mendapat Press Kit Safi Shayla Pek Fleksi ini. Alhamdulillah...
JATUH CINTA DENGAN SAFI SHAYLA?

Kenapa tu? Kenapa dah jatuh cinta dengan Safi Shayla? Ha, begini ceritanya. Sebelum kenal Safi Shayla, saya mengalami masalah gatal kulit kepala yang terlampau. Bila gatal, saya mulalah menggaru. Tak sedar rupanya luka. Pedih tau... Puas saya mencuba pelbagai syampu. Sehinggalah satu hari tu, agaknya sebab kesiankan saya yang asyik mengadu gatal kulit kepala, suami saya belikan sejenis syampu seberat 400 gram untuk saya. Safi Shayla namanya. Masa tu saya tak hairan sangat dengan syampu ni. Iyalah benda free kan, memang ucap terima kasih je lah bila dapat. Baca keterangan pun tidak. Tak elok gitu... 😅
Safi Shayla, syampu wanita, safi shayla syampu wanita bertudung
Alkisahnya, pergilah ke bilik air... Nampak syampu ni. MasyaAllah... Rupanya sebelum menerima Press Kit Safi Shayla Pek Fleksi, encik suami sudah belikan pun syampu Safi Shayla Anti Kelemumur ni. Sebab terlampau gatal kulit kepala agaknya, saya tak perasan produk eksklusif ni... 😅


Diringkaskan cerita, pada hari suami saya belikan syampu Safi Shayla seperti gambar di atas tu... Saya pun syampulah rambut saya menggunakan syampu Safi Shayla ni. Letak sahaja di kepala, Wah! Berangin dan freshnya! Dahla fresh! Wangi pula tu! Yang paling best nak tahu apa? Rambut saya lembut beralun... Anak saya yang ke lima, Abdul Latiff berumur tiga tahun memang suka main rambut saya. Katanya "Ibu, lembutnya rambut ibu". 

Ha, bayangkan. Sudahlah fresh, lembut beralun dan wangi rambut saya. Gatal kepala terus hilang. Alhamdulillah.... Terima kasih kepada suami saya sebab belikan Safi Shayla, syampu untuk wanita bertudung. Serius dah jatuh cinta! Memang tak tukar lain dah... 😅

APA ITU SAFI SHAYLA?

Tahukah anda? Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh yang lama, mengundang peluh yang akhirnya berminyak seterusnya menyumbang kepada masalah kelemumur. Kelemumur ni gatal tau... Macam saya dah cerita di atas tu... Jadi bagaimana mengatasinya? Syampu Safi Shayla inilah penawarnya In syaa Allah.

Ini bukan nak bodek atau nak bermegah tapi serius! Sehingga kini, setelah menggunakan sendiri Safi Shayla Anti Kelemumur yang suami saya belikan sebelum saya menerima Pek Fleksi Safi Shayla seperti gambar di bawah, dengan izin Allah masalah kegatalan kulit kepala hingga menyebabkan luka yang teruk memang hilang. Jadi, sesiapa sahaja yang mengalami masalah kegatalan kulit kepala terlampau dan bermasalah kelemumur, syampu Safi Shayla Anti Kelemumur ni memang rawatan mujarab. Terutama buat wanita yang bertudung.

Pek Fleksi Safi Shayla syampu wanita bertudung anti kelemumur
Pek Fleksi Safi Shayla syampu wanita bertudung anti kelemumur ni beratnya 480 gram.
APA ITU PEK FLEKSI SAFI SHAYLA?

Ha, pada yang belum tahu... Sebelum tu... meh saya nak berkongsi maklumat. Safi Shayla adalah rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya dengan Habbatus Sauda. Safi Shayla telah memperkenalkan satu penyelesaian penuh inovatif iaitu PEK FLEKSI SAFI SHAYLA. Syampu Safi Shayla ni syampu anti kelemumur. Pek Fleksi seberat 480 gram ni, mengandungi Habbatus Sauda serta bahan aktif ZPT dan Mentol yang mencegah kelemumur dua (2) kali ganda lebih berkesan bermula dari cucian pertama berdasarkan ujian makmal serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam, juga berdasarkan ujian makmal.

Ekslusifnya packaging Press Kit Safi Shayla Pek Pleksi ni kan?
Eksklusif sungguh packaging Press Kit Safi Shayla Pek Fleksi ni kan?
KEBAIKAN HABBATUS SAUDA, ZPT DAN MENTOL DALAM PEK FLEKSI SAFI SHAYLA.

Antara bahan utama dalam Pek Fleksi Safi Shayla anti kelemumur ialah :

1) Habbatus Sauda

Habbatus Sauda ni mengandungi bahan antibakteria semula jadi untuk menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan kulit kepala kurang selesa serta rambut kusam.

Habbatus Sauda juga kaya dengan nutrien semulajadi yang menyihat, melindungi serta mencantikkan rambut.

2) ZPT

ZPT pula, bertujuan mencegah kelemumur serta mengurangkan kegatalan kulit kepala bermula seawal cucian pertama (berdasarkan ujian makmal).

3) MENTOL

Mentol pula memberikan kesan sensasi dingjn dan segar kepada kulit kepala.

Wah... Patutlah sedap berangin, wangi je kepala dan lembut je rambut saya selepas bersyampu! Ini rupanya tiga (3) bahan utamanya...

PEK FLEKSI SAFI SHAYLA ANTI KELEMUMUR PENYELESAIAN MASALAH RAMBUT WANITA BERTUDUNG.

Ha... Kini tiada lagi kelemumur! Tiada lagi kegatalan kulit kepala! Rambut lebih bersih dan sihat. Rambutkan mahkota wanita... Maka molek sangatlah mahkota wanita yang berharga ditutup rapi auratnya tu dibelai syampukan dengan syampu terulung Pek Fleksi Safi Shayla Anti Kelemumur, sampu bagi wanita bertudung. 

Kalau nak tahu kan? Warna dan corak reka bentuk setiap variasi syampu Pek Fleksi Safi Shayla ini, dikekalkan sama dengan format asal Safi Shayla pek pam dan botol supaya dapat memberikan kemudahan kepada pengguna Pek Fleksi Safi Shayla dibawa ke mana sahaja. Pek inovasi seberat 480 gram ini memang memudahkan pengguna. Malah pek fleksi ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik lebih kurang 65%. Ternyata Pek Fleksi Safi Shayla pelbagai fungsi lebih jimat tanpa kompromi bagi wanita bertudung anggun masa kini. Inilah sebab kenapa Pek Fleksi Safi Shayla menjadi pilihan wanita bertudung.

Scarf dari Sugarscarf ni datang sekali dengan Pek Fleksi Safi Shayla. Lembut tau scarf ni. Dahlah cantik. Berbaloi dengan harganya RM79 sehelai. Terima kasih... Maaf tak sempat nak bergambar dengan scarf ekslusif ni. Anak dara saya dah berkenan dengan scarf ni 😊
DI MANA BOLEH DAPATKAN SAFI SHAYLA PEK FLEKSI?

Sudah tahukan, bahan utama di dalam Syampu Safi Shayla Pek Fleksi 480 gram ni? Ha... Lepas ni bolehlah ke pasaraya berdekatan beramai-ramai membelinya kan? Sebab Safi Shayla Anti Kelemumur Pek Fleksi ini boleh didapati dengan mudahnya di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65 sahaja 😊
Untuk maklumat lanjut produk SAFI, sila layari laman facebook SAFI.MY, laman instagram SAFI MALAYSIA dan saluran Youtube Safi Malaysia. Anda tentu setuju bukan dengan saya, bahawa Pek Fleksi Safi Shayla sememangnya menjadi pilihan wanita bertudung?

Terima kasih kepada mereka :
NOTA :

Fuhh 😘 Alhamdulillah... Lega... siap juga akhirnya setelah lebih kurang 8 jam mengeditnya 😁 Maafkan Cikgu ya... Huhu...

Untuk maklumat pantas, boleh lihat :
Instagram Kisah Cikgu ieta atau
Fanpage Kisah Cikgu ieta


SHARE

Kisah Cikgu ieta

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

23 orang yang sudi komen:

  1. yang warna biru ni memang best..nad guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Nad? Wangi sesangatkan? Suka betul dahlah rambut jadi lembut beralun hehe

      Delete
  2. busyra mmg pengguna safi shayla biru! best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah pengguna setia juganya Busyra ya? Jom setia selamanya In syaa Allah hehe. Thanks Busyra sudi singgah blog akak l.

      Delete
  3. cocok la ini untuk wanita bertudung .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul memang amat sesuai. Terima kasih sudi berkunjung ke blog ini Tuan Ahmad.

      Delete
  4. Wow boleh saya mencuba juga. Kadang terasa gatal kulit kepala

    ReplyDelete
  5. Saya forward kan ni ke rakan2 saya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sipakan Tuan Adam. Terima kasih sudi berkunjung ^__^

      Delete
  6. Safi Shayla memang best .. Yana pon guna juugak wana biru nie =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah sama rupanya kita. Trima kasih Yana sudi singgah blog akak :)

      Delete
  7. Isteri saya pun guna shampoo nie.. memang best ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Memang sangat sesuai untuk wanita.

      Terima kasih Encik Amin ya sudi singgah ke mari :)

      Delete
  8. BV suka jugak dengan syampu safi shayla nie. selalu guna warna merah dan hijau. :D
    cantiknyaa warna shawl sugarscarf tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wangikan BV?

      Ha Ah. Memang cantik sangat. Anak akak suka pakai. Terima kasih sudi singgah ke blog akak ye :)

      Delete
  9. Wife dengan anak perempuan saya pakai shayla ni ... anak perempuan saya siap pakai perapi lagi ... uhh lembut kata dia ..

    Bagus shampoo ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ada perapi juga ya Sifu. Thanks info tu.

      Thanks sudi singgah ke blog ini ya Sifu.

      Delete
  10. Syampu ni mmg best kan sis . hhe Done follow akak . Jangan lupa follow blog Mar juga taw :)
    - puterymemory.com

    ReplyDelete
  11. Azwar pun pakai Safi Syala, tapi warna pink. Wangi sangattt

    ReplyDelete
  12. Best syampoo nie...terpakai sbb ank dok kate best2...so pakai mmg best...n td br nmpk pek refiilnya...ok utk bg g jejln...������

    ReplyDelete
  13. Cn guna yg warna oren, mmg best, wangi je

    ReplyDelete
  14. Suka guna shampoo ni.. fresh n ringan je kepala... safi syayla sesuai untuk wanita bertudung...dila paai warna merah

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *