24 December 2017

LIKE DAN KOMEN DI LAMAN SOSIAL

LIKE DAN KOMEN DI LAMAN SOSIAL Taman Tasik Semenyih

 Hasil MenSAKA

Di laman sosial, Like dan komen ni umpama Sales lah na.

Pinjam kata² Biras saya Owner Chocoletto dalam Seminar DAO.

"Jika kita pasanglah banner sekeliling kampung pun, jika Allah tak buka hati-hati manusia tu membeli dari kita, dia takkan beli dari kita". Biras saya menangis semasa berucap tu. 

Masa saya dengar ayat Biras saya ni,  saya menangis. Sebab saya rasa saya ni kerdil sangat-sangat. Sales Chocoletto saya memang laju giler masa tu.

Masa tu saya terfikir...

Saya Blogger kan, jadi pada saya...
"Jika kita sharelah artikel dan apa sahaja sekali pun, jika Allah tak jentik pintu hati manusia untuk follow, like dan komen apa tah lagi membeli produk niaga saya, memang seorang pun tidak akan membeli. Sharelah ke seluruh laman sosial bagai nak rak sekalipun, Allah tak jentik hati-hati mereka, memang takkan like takkan komen. Beli pun takde. Sebab, hati kita semua ni ALLAH yang pegang". Menangis saya tau masa tu.

Laman sosial.
Ada orang dia glamer di fb. Sendu di IG. Ada orang dia glamer di wechat, Sendu di fb glamer di iG. Ada juga orang yang hanya sekadar memerhati. Ada pula, hanya mendoakan dalam hati.

Eh, tapi sendu di iG ada obatnya tau. Hehe

Macam saya, ada student² Sifu Instagram saya memanggil saya Otai. Saya ni dikira ala² Instafamous di sana. Ini bukan kemegahan. Ini satu kemenjadian. Alhamdulillah Sifu Instagram saya berjaya mendidik (Tarbiyyah) saya. Saya ni bukan mudah tau nak dididik. Alhamdulillah juga, redha suami buat saya jadi seperti sekarang ni. Sayang Encik suami KETAT-KETAT... 😘



Pernah satu ketika saya jatuh terduduk dalam bisnes. Saya buat main buat jer. Takde ilmu. Nothing!

Tapi walau saya jatuh, saya tetap bangkit. Saya ikhtiar cari guru merata ceruk saya mencari. Syukur Alhamdulillah saya jumpa Sifu Instagram saya. Beliau banyak DIDIK dan Tarbiyyah saya. Dalam Kelas Sifu Online di Telegram, saya jumpa seorang MENTOR. Beliau juga banyak menyumbang semangat dalam diri saya. 

Dari kejatuhan tu, saya bina balik DIRI saya hinggalah saat ini. Saya masih mampu ada Dropship saya sendiri. Saya mampu berdiri atas kaki saya sendiri. Apa pun, saya masih tetap belajar. Semakin belajar semakin banyak tak tahu rupanya... Subhanallah... Semakin banyak lagi idea Allah beri dalam minda saya ni. Sebab tu saya masih meneruskan Sesi Coachng saya.

Dalam proses mencari yang pakar Di fb dan lain² laman sosial, saya dapat ramai Guru. Yang baik saya pakai. Tak baik tolak tepi. Usah kritik dan compare mana² Guru sebab setiap Guru ada kewibawaan tersendiri.

Dalam proses belajar, jumpa banyaklah pula bisnes yang best²... 😁 itu yang saya ada lebih dari 10 IG. Satu saya dah sub kepada Personal Assistant saya. Saya latih beliau pula untuk berjaya seperti saya. Coaching masih berterusan.

Saya masih berusaha bangkit semula sebenarnya 😁

3,928 friendlist. Tapi Fb saya memang sendu. Engagement saya memang totally out. Mereka ni antara yang hebat. Engagement mereka bagus di fb. Saya dah jenuh dulu bermula difb. Kini saya banyak di IG. Saya tak pasti bila saya akan come back untuk facebook betul. Kadang saya share saya just leave it.

Pada saya,
Biar di fb saya kurang glamour tapi ada ruang di laman sosial lain yang saya mampu menakluki hati semua. Kami bersatu hati walau bisnes kami sama NICHE.

Biar sales sedikit atau berdesap-desup sekali pun tapi saya puas hati sebab saya bina atas ayat dan kreativiti saya sendiri. Nak, TIRUVASI jangan Plagiat. Jangan tak letak sumber. Ini cara saya. Kecuali diizinkan.

Hidup biar jujur. Jangan menipu.

Biar orang pandang lekeh kepada saya sekali pun tapi di satu laman sosial saya miliki KREDIBILITI tersendiri dan punya Nilai Harga Diri. Sakit Dan dugaan banyak buat saya lebih bergantung harap sepenuhnya kepada Allah walaupun kadangkala agak gabra dan blur sesekali tu.

JADILAH DIRI SENDIRI.

Jadi, bila kita dapat. 
Kita terus genggam erat
Kita terus buat dan buat
Usah buat sekerat-sekerat

Page saya ada banyak lebih banyak dari Ig saya. Ada yang Abam Mark dah hide sebab kurang posting. Saya memang sejenis manusia yang kurang posting lambat reply dan lambat berkomen. 🙈😢 

Saya ada PORT tersendiri untuk beriklan sampai LEBAM :D. Nak buat semua mana sempat beb... Rumahtangga kena jaga yeh. Hati pasangan hidup mati kena respect. 😍

Oh ye satu lagi, jangan musnahkan persahabatan dengan kerap send iklan.Tapi nak jadi retis, biarkan je ruang komen dikomen apa pun. 😁😂

Instagram Supplement Bheaven dah tak boleh log in sejak handphone rosak hujung Disember 2017. Jadi dengan ilmu advance yang  saya dah belajar tu, saya bina Akaun baru.

Kesimpulannya, nak dapat LIKE DAN KOMEN DI LAMAN SOSIAL anda kena kuatkan hubungan sesama manusia. Dalam bahasa Arab, Hablum Minan Nas. Tapi jangan pula nak dapatkan tu semua, solat dan rumahtangga anda abaikan.

Terima kasih semua sebab buatkan saya bersemangat menulis kembali. 😁

Salam mesra,

Silakan
LIKE | COMMENT | SHARE √


27 November 2017

10 AMALAN YANG TERBALIK

Amalan kenduri arwah, 10 AMALAN YANG TERBALIK, Kisah Cikgu, Kisah Cikgu ieta, 10 AMALAN YANG TERBALIK, hadir ke kenduri walimatul urus, menziarah orang mati, tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan, menghadiri majlis pemimpin negara, perbuatan yang terbalik, menjadi tetamu di rumah orang, dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir, bersolat sunat di masjid, sebaik-baik, Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu, mengerjakan haji, Anjuran berkenduri dalam Islam, ibubapa amat bimbang, bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, isteri kalau nak keluar rumah, dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain, amalan yang terbalik, rumahtangga kurang bahagia, teruja untuk menyebarkankan sms, whatsapp atau emel perkara-perkara yang berbentuk gossip artis dan apa sahaja yang mengaibkan kepada umum, cikgu menerima mesej lucah dari muridnya

Bagus email tentang 10 AMALAN YANG TERBALIK ni. Mungkin boleh dikongsi bersama. Email ini saya dapat daripada sepupu saya yang berada di Singapura pada 21/8/2009. Waktu itu.... saya belum kenal fb, instagram dan pelbagai lagi laman sosial yang lain.

24 August 2017

5 SEBAB KENAPA SAYA SUKA BERBLOGGING

5 SEBAB KENAPA SAYA SUKA BERBLOGGING.


Assalamu'alaikum... Entri ini sudah lama di dalam blog ini. Tahun 2013 saya siapkan. Kini saya edit dan paparkan kembali.


Syoknya... berblogging... Kenapa saya suka berblogging atau menjadi seorang bloggerNak tahu ke kenapa? Sebab, macam-macam dapat...

Top post, Jana wang dari Blog, Bagaimana jana wang dari Blog, PANDUAN BLOGGING, TIPS SEO, BLOGWALKING, happykan minda, 5 sebab kenapa  saya suka berblogging, sebab suka berblogging, kenapa saya suka jadi blogger?, best ke jadi blogger?, USAH ASYIK MERUNGUT, BERUSAHALAH!, BLOG SIMPLE JANA WANG DAN CUSTOMER, DAFTAR NIAGA DAN BELI DOMAIN HASIL DUIT BLOGGING
Sumber gambar : Google.
Menulis dan berkata-kata tu memang rutin seorang guru kan...? :D

5 SEBAB SAYA SUKA BERBLOGGING.


  1. Dapat ramai kawan fb dari kalangan rakan blogger. Bila ramai kawan, boleh bertukar-tukar pendapat dan fikiran.
  2. Dapat praktikkan ilmu coding masa belajar di Insitut Cosmopoint (kini KLMU) dahulu.
  3. Dapat blogwalking,  bila blogwalking, pelbagai ilmu baru dapat diperolehi.
  4. Dapat happykan minda. Tahukah anda? Salah satu terapi minda adalah melalui membaca. Saya suka membaca di blog oranglain. Hati-hati... saya akan blogwalking bila-bila sahaja berkesempatan. Mana bloglist ieta? Ada... dalam 1 blog khas tidak terpapar di dalam blog ini.
  5. Dapat duit dari pelbagai sumber. Walau tak banyak tapi, puas hati sebab usaha sendiri. Tanpa perlu suruh klik sana dan sini. Risiko tanggung sendiri....

BLOG SIMPLE JANA WANG DAN CUSTOMER.

Tahukah anda, ramai customer saya datangnya dari blogshop (Dunia Niaga ieta Enterprise) saya yang saya saja suka-suka buat tetapi simple ni? Janji usaha. Saya Blogger dan Usahawan sambilan. Saya hanya mengambil masa 2 jam sahaja dalam sehari untuk update apa sahaja perniagaan saya lakukan samada melalui blogshop simple saya ini atau melalui media-media sosial yang lain. Jadi, tiada masalah bukan?

DAFTAR NIAGA DAN BELI DOMAIN HASIL DUIT BLOGGING.

Tahukah anda? Pendaftaran perniagaan saya dan beli domain dot com juga adalah dari hasil duit kerja-kerja saya di blog ini dan blog Dunia Niaga ieta Enterprise.


USAH ASYIK MERUNGUT, BERUSAHALAH!.

Allahyarhamah emak saya kata 
Kita buat dia, bukan dia buat kita".
Jadi kenapa kita perlu merungut-rungut masalah kewangan jika kita ada kepakaran dalam banyak perkara? Cuba dan jaya sahaja. Usah banyak merungut. Tidak salah jika anda menjadikan saya sebagai contoh untuk anda juga berjaya. Walaupun saya seorang ibu berkerjaya dan malahan beranak lima (5), kerjaya utama saya sebagai penjawat awam tetap menjadi keutamaan saya. Blogger dan Usahawan saya lakukan sambilan sahaja. Saya boleh, anda pasti boleh. Sokongan, keredhaan dan doa dari suami tercinta, ibu bapa, saudara-mara dan adik-beradik, ipar-duai dan rakan-rakan,  merupakan antara kunci kejayaan disamping usaha dan bantuan dari ALLAH yang maha mengetahui hambaNYA.

KESIMPULAN 5 SEBAB KENAPA SAYA SUKA BERBLOGGING.

Begitulah 5 Sebab Kenapa Saya Suka Berblogging walaupun saya ada beberapa Fanpage di facebook, group facebook dan blog yang lain, blog saya yang satu ni tetap menjadi blog utama dan sangat-sangat saya sayangkan blog Kisah Cikgu ieta ni  kerana saya juga sering mendapat rezeki dari berblogging di blog ini. Alhamdulillah... Anda pula, kenapa suka berblogging?

Jom tingkatkan Brand, Sales dan Followers Anda di Instagram. (klik untuk lihat testimoni Cikgu di minisite ini).



    10 July 2017

    MATLAMAT SAYA MENULIS BLOG

    PANDUAN BLOGGING, SEO, SEO TIPS, Matlamat saya menulis blog, buat blog saja suka-suka je, diari, blog boleh dibaca oleh orang ramai, minat menulis, dari blog dah dapat duit, hilang entri, silent reader, Denaihati Ilhamku, Red Mummy, Ben Ashaari, Hidupkan untuk memberi, syoknya berblogging, menyampaikan ilmu, berkongsi pendapat, berkongsi pengalaman, ilmu yang bermanfaat menjadi bekalan mati saya, tiada gossip dan cerita-cerita panas,
    Sentiasa kembali kepada matlamat saya menulis blog.

    Beberapa hari lalu, saya terbaca status di timeline facebook seseorang minta rakan-rakan bercerita tentang matlamat menulis blog. Jadi untuk hari ini, saya nak berkongsi apa Matlamat saya menulis blog.

    29 June 2017

    Ganjaran Untuk Isteri Yang Solehah

    اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهْ

    Wa.... rindu gilernya daku ngan blogku ini... baru 1 hari tak buka dek kebizian (ada ke bahasa ni ek? hehe...) dan kurang kesihatan yang melanda, dah rasa rindu giler.... Buka2 tengok, ada 13 komen dok awaiting moderation dan pertambahan rakan dah meningkat sedikit kepada 131 orang pada 2.17 petang sewaktu post ini dibuat bermakna, 6 orang sudi menjadi follower AKA rakan blog ini dari 24/12/2012 lalu. G+ pula telah meningkat kepada 111 orang dari 95 orang juga pada 24/12/2012 lalu (berkat rajin follow blogger lain di G+ mereka kowt. Hehe...) Alhamdulillah.... Terima kasih ya kepada anda semua... Cayang U oll semua....

    Disebabkan baru balik dari sekolah, menerima kutipan yuran dari parents murid-murid tahun hadapan, tak sempat nak berfikir lagi buat masa ni. Maka nak share dahulu dari wall facebook adik Muhamad Ridzuan tentang Ganjaran Untuk Isteri Yang Solehah. 


    Ganjaran, Ganjaran isteri Solehah, Agama, Panduan Isteri Solehah, Tanggungjawab Isteri, Isteri Solehah, tips keluarga bahagia, cikgu, Cikgu ieta, ieta mat saad, Kisah Cikgu ieta, Cikgu Blogger, Blog ieta dot com, Minda Niaga, ieta Info Line, ig terapi ieta, Penulis Blog, Blogieta, Blogger, Motivator, ebook, ebook saka, Ejen Sah Ebook Saka Ajim Aura, Social Media Influencer, Lifestyle Blogger, Parenting Blogger, Blogger Malaysia, tak gamak dah, ini kami jim, super 100k, terapi instagram
    Amek gambar dari Mr. Google je. Malu nak entreprame gambar sendiri :)
    a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”. Walaupun hanya sekadar air masak sejuk, ia sudah memadai...
    b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
    c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
    d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
    e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
    f ) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
    g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
    h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. (Hadis riwayat Anas Bin Malik)

    Beruntungnya wahai yang bergelar isteri. Pada yang belum lagi, usah berputus asa ya... sebab jodoh, ajal maut dan rezqi memang telah ditentukan oleh pencipta kita Allah S.W.T. Teruskan berusaha kerana sentiasa mencuba dan berusaha untuk menjadi yang terbaik daripada hari-hari yang telah berlalu itu lebih baik dari tidak mencuba apatah lagi berusaha ke arah kebaikan 😁
    cikgu, Cikgu ieta, ieta mat saad, Kisah Cikgu ieta, Cikgu Blogger, Blog ieta dot com, Minda Niaga, ieta Info Line, ig terapi ieta, Penulis Blog, Blogieta, Blogger, Motivator, ebook, ebook saka, Ejen Sah Ebook Saka Ajim Aura, Social Media Influencer, Lifestyle Blogger, Parenting Blogger, Blogger Malaysia, tak gamak dah, ini kami jim, super 100k, terapi instagram
    Ebook Saka 4.0 terbaik untuk peniaga dan orang biasa.
    Siap dah yang nak dishare, nanti2 ada masa nak BW semua 13 orang yang sudi komen, yang sudi follow dan juga yang sudi tinggalkan jejak-jejak mereka dalam shoutboxkuTunggu... I love my blog 😁

    Nota : Ilmu yang sedikit itu lebih baik dari ilmu yang banyak tetapi tidak diamalkan. Selamat beramal untuk diriku juga kepada semua 😁
    _
    Selamat Hari Raya 'Aidilfitri 
    Maaf Zahir Dan Batin. 
    _
    Cikgu ieta
    Blogger | Netpreneur
    IG Marketeer | Motivator
    Ejen Sah @ebooksaka 4.0 @ajimaura ( Founder #tetapiinstagram )

    JOM SUPPORT INSTAGRAM CIKGU ieta :

    1. @jamsmartcun
    2. @imukminchezzysauce
    3. @medshoe2u 
    4. @ebooksaka
    5. @puisi_ieta
    6. @mindaniaga


    11 March 2017

    Resort Pilihan Seisi Keluarga; Avani Sepang Goldcoast Resort!

    Resort Pilihan Seisi Keluarga; Avani Sepang Goldcoast Resort!(PETA)

    Resort Pilihan Seisi Keluarga, Avani Sepang Goldcoast Resort, Resort pilihan, Resort bertaraf hotel 5 bintang, kisah cikgu ieta
    Pintu gerbang Avani Sepang Goldcoast Resort.

    Pernah dengar Avani Sepang Gold Cost Resort? Seronok tau percutian di Avani Sepang Goldcoast Resort ni.... Tak tahu di mana? Meh saya nak cerita. Sudikan baca sampai habis tau... 😁

    Sejarah Avani Sepang Goldcoast Resort (PETA)

    Bermula tahun 2012, dahulu Resort ini dikenali sebagai Golden Palm Tree Resort. Kini, indah tersergam menatap alam dengan nama Avani Sepang Goldcoast Resort.

    Perjalanan ke Avani Sepang Goldcoast Resort. (PETA)

    Unik, Resort Pilihan Seisi Keluarga, Avani Sepang Goldcoast Resort, Resort pilihan, Resort best,  Golden Palm Tree Resort, Avani Sepang Goldcoast, Resort yang terkenal, Resort 5 bintang, kisah cikgu ieta, Cikgu, cikgu blogger, media influencer, social media influencer,
    Pemandangan Avani Sepang Goldcoast Resort yang menakjubkan dilihat dari flight. Sungguh unik. Sungguh awesome 😍

    Sepanjang perjalanan, panorama indah dapat kita lihat. Kalau sesiapa yang pernah tengok pemandangan luar dari atas flight, dalam beberapa minit sebelum flight touchdown di KLIA mesti akan ternampak satu landmark berbentuk pokok kelapa yang terapung atas laut kan? Atau yang pernah masuk area pantai kat Bagan Lalang bila nak cari parking mesti akan lalu depan satu resort yang grand ni. Nama resort ni adalah Avani Sepang Goldcoast Resort yang terkenal dengan resort yang terletak di atas air dan disusun membentuk pokok kelapa. Serius sangat cantik. Menakjubkan sungguh pemandangan di Avani Sepang Goldcoast Resort ni. Serius juga saya sudah jatuh cinta dengan Resort bertaraf Hotel 5 bintang ini. 😍😍😍

    Perjalanan ke resort ni memakan masa lebih kurang saru jam 25 minit dari Kuala Lumpur. Setibanya di entrance resort, kitorang diberitahu yang kereta tidak boleh parking di dalam area resort, hanya boleh turunkan penumpang untuk urusan check-in dan meletakkan luggage atau beg sahaja. Selepas itu kereta perlu diletakkan di satu parking area yang dikhaskan dan terdapat sebuah van yang akan berulang-alik membawa semua penginap resort ke lobby resort. Waktu check-in adalah pada jam 2 petang dan check-out pada jam 12 tengahari.

    Servis Buggy dan Luggage memudahkan pengunjung Avani Sepang Goldcoast Resort. (PETA)

    Memandangkan jarak bilik atau villa agak jauh dari lobby resort, servis buggy disediakan 24 jam bagi memudahkan para tetamu resort untuk pergi ke bilik dan membawa semua luggage dan beg ke bilik. Selain servis buggy, basikal juga boleh digunakan secara percuma oleh para tetamu untuk bergerak ke mana-mana kawasan dalam resort bertaraf lima bintang yang besar ni atau untuk aktiviti riadah sambil menghirup udara yang nyaman terutamanya di waktu pagi.

    Kemudahan asas Avani Sepang Goldcoast Resort yang best!
    Bilik-bilik yang terletak di sepanjang pelepah pokok (yang dipanggil sebagai Trunk) ni lebih kurang 5 kilometer jaraknya.  Restoran, kolam renang, spa dan gym pula terletak di bahagian tengah pelepah pokok kelapa. Tempat yang menjadi tumpuan para tetamu resort terutamanya kanak-kanak semestinya Infinity Pool iaitu kolam renang yang luas dan menghadap laut.

    Restoran Variasi juadah di Avani Sepang Goldcoast Resort. (PETA)

    Antara pilihan restoran yang ada di resort ni adalah Bila-Bila, Sepoi-Sepoi, Hai Sang Lou, Perahu, dan juga Stimbot. Selain itu, In-Villa Dining atau room service juga disediakan bagi tetamu yang ingin menjamu selera di dalam bilik. Bila-Bila Restaurant ni merupakan buffet style restaurant yang menyediakan hidangan sarapan pagi di resort ni. Pelbagai pilihan makanan Asia dan Barat disajikan di sini seperti makanan local, pizza dan pasta. Di tingkat atas restoran ini juga terletak nya spa dan gym yang juga menghadap laut. Resort ni juga mempunyai sebuah private beach iaitu Smiley beach berhampiran main entrance ke resort. Suasana di pantai ni sungguh tenang, dan sangat sesuai untuk unwind and relax.

    Yang paling BEST tentang Avani Sepang Goldcoast Resort! (PETA)

    Resort Pilihan Seisi Keluarga, Avani Sepang Goldcoast Resort, Resort pilihan, Resort best, Resort bertaraf hotel 5 bintang, Avani Sepang Goldcoast Resort yang terkenal, Resort 5 bintang, Superior Double Room, wifi percuma, kisah cikgu ieta
    Selesa gila berada di dalam ni. Serasa tak mahu balik pula  😂

    Yang paling best tentang resort ni mestilah biliknya. Memandangkan kitorang ni ramai, bilik yang kitorang pilih ialah Superior Double room. Bilik yang luas dan moden ni dilengkapi dengan flat screen TV disertakan pelbagai pilihan movies, sofa dan meja kecil, katil king-size yang sangat empuk dan selesa, tuala dan pengering rambut, meja kopi di bahagian balcony yang membolehkan tetamu duduk menikmati pemandangan laut, sunset mahupun sunrise dari bilik sahaja. Free wifi juga disediakan. 

    Bathroom resort ni dilengkapi shower dan tingkap see-through yang menghadap pemandangan laut. Kitorang agak risau dengan tingkap tu dan cepat-cepat kitorang turunkan tirai tingkap sebab rasa tak selamat takut diintai orang 😰

    Aktiviti beriadah di Avani Sepang Goldcoast Resort juga best!

    Untuk guest yang tidak gemar memerap di dalam bilik,  resort ini juga menyediakan pelbagai program harian seperti kite flying, kelas yoga dan zumba, power walk, batik painting, fruit carving lesson, kayak, permainan bola tampar dan sebagainya. Boleh rujuk jadual untuk kesemua aktiviti dalam brochure yang diberikan semasa check-in dan yang paling best ialah semua aktiviti tersebut adalah percuma.

    Sebelah resort ni juga terdapat Extreme Park yang menawarkan pelbagai outdoor activities seperti go kart, ATV dan juga paintball. Anak-anak kecil juga boleh bermain di dalam Kids Club House for free dan buat aktiviti seperti batik painting, t-shirt painting, colouring, zumba for kids dan macam-macam lagi.

    Ha... tak lama lagi cuti sekolahkan? Jadi, apa tunggu lagi, rancanglah percutian anda sekarang. Jom kita ke Resort Pilihan Seisi Keluarga; Avani Sepang Goldcoast Resort!😍


    Featured Post

    SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?