![]() |
Pintu gerbang Avani Sepang Goldcoast Resort. |
Pernah dengar Avani Sepang Gold Cost Resort? Seronok tau percutian di Avani Sepang Goldcoast Resort ni.... Tak tahu di mana? Meh saya nak cerita. Sudikan baca sampai habis tau... 😁
Bermula tahun 2012, dahulu Resort ini dikenali sebagai Golden Palm Tree Resort. Kini, indah tersergam menatap alam dengan nama Avani Sepang Goldcoast Resort.
![]() |
Pemandangan Avani Sepang Goldcoast Resort yang menakjubkan dilihat dari flight. Sungguh unik. Sungguh awesome 😍 |
Sepanjang perjalanan, panorama indah dapat kita lihat. Kalau sesiapa yang pernah tengok pemandangan luar dari atas flight, dalam beberapa minit sebelum flight touchdown di KLIA mesti akan ternampak satu landmark berbentuk pokok kelapa yang terapung atas laut kan? Atau yang pernah masuk area pantai kat Bagan Lalang bila nak cari parking mesti akan lalu depan satu resort yang grand ni. Nama resort ni adalah Avani Sepang Goldcoast Resort yang terkenal dengan resort yang terletak di atas air dan disusun membentuk pokok kelapa. Serius sangat cantik. Menakjubkan sungguh pemandangan di Avani Sepang Goldcoast Resort ni. Serius juga saya sudah jatuh cinta dengan Resort bertaraf Hotel 5 bintang ini. 😍😍😍
Perjalanan ke resort ni memakan masa lebih kurang saru jam 25 minit dari Kuala Lumpur. Setibanya di entrance resort, kitorang diberitahu yang kereta tidak boleh parking di dalam area resort, hanya boleh turunkan penumpang untuk urusan check-in dan meletakkan luggage atau beg sahaja. Selepas itu kereta perlu diletakkan di satu parking area yang dikhaskan dan terdapat sebuah van yang akan berulang-alik membawa semua penginap resort ke lobby resort. Waktu check-in adalah pada jam 2 petang dan check-out pada jam 12 tengahari.
Memandangkan jarak bilik atau villa agak jauh dari lobby resort, servis buggy disediakan 24 jam bagi memudahkan para tetamu resort untuk pergi ke bilik dan membawa semua luggage dan beg ke bilik. Selain servis buggy, basikal juga boleh digunakan secara percuma oleh para tetamu untuk bergerak ke mana-mana kawasan dalam resort bertaraf lima bintang yang besar ni atau untuk aktiviti riadah sambil menghirup udara yang nyaman terutamanya di waktu pagi.
Kemudahan asas Avani Sepang Goldcoast Resort yang best!
Bilik-bilik yang terletak di sepanjang pelepah pokok (yang dipanggil sebagai Trunk) ni lebih kurang 5 kilometer jaraknya. Restoran, kolam renang, spa dan gym pula terletak di bahagian tengah pelepah pokok kelapa. Tempat yang menjadi tumpuan para tetamu resort terutamanya kanak-kanak semestinya Infinity Pool iaitu kolam renang yang luas dan menghadap laut.
Antara pilihan restoran yang ada di resort ni adalah Bila-Bila, Sepoi-Sepoi, Hai Sang Lou, Perahu, dan juga Stimbot. Selain itu, In-Villa Dining atau room service juga disediakan bagi tetamu yang ingin menjamu selera di dalam bilik. Bila-Bila Restaurant ni merupakan buffet style restaurant yang menyediakan hidangan sarapan pagi di resort ni. Pelbagai pilihan makanan Asia dan Barat disajikan di sini seperti makanan local, pizza dan pasta. Di tingkat atas restoran ini juga terletak nya spa dan gym yang juga menghadap laut. Resort ni juga mempunyai sebuah private beach iaitu Smiley beach berhampiran main entrance ke resort. Suasana di pantai ni sungguh tenang, dan sangat sesuai untuk unwind and relax.
![]() |
Selesa gila berada di dalam ni. Serasa tak mahu balik pula 😂 |
Yang paling best tentang resort ni mestilah biliknya. Memandangkan kitorang ni ramai, bilik yang kitorang pilih ialah Superior Double room. Bilik yang luas dan moden ni dilengkapi dengan flat screen TV disertakan pelbagai pilihan movies, sofa dan meja kecil, katil king-size yang sangat empuk dan selesa, tuala dan pengering rambut, meja kopi di bahagian balcony yang membolehkan tetamu duduk menikmati pemandangan laut, sunset mahupun sunrise dari bilik sahaja. Free wifi juga disediakan.
Bathroom resort ni dilengkapi shower dan tingkap see-through yang menghadap pemandangan laut. Kitorang agak risau dengan tingkap tu dan cepat-cepat kitorang turunkan tirai tingkap sebab rasa tak selamat takut diintai orang 😰
Aktiviti beriadah di Avani Sepang Goldcoast Resort juga best!
Untuk guest yang tidak gemar memerap di dalam bilik, resort ini juga menyediakan pelbagai program harian seperti kite flying, kelas yoga dan zumba, power walk, batik painting, fruit carving lesson, kayak, permainan bola tampar dan sebagainya. Boleh rujuk jadual untuk kesemua aktiviti dalam brochure yang diberikan semasa check-in dan yang paling best ialah semua aktiviti tersebut adalah percuma.
Sebelah resort ni juga terdapat Extreme Park yang menawarkan pelbagai outdoor activities seperti go kart, ATV dan juga paintball. Anak-anak kecil juga boleh bermain di dalam Kids Club House for free dan buat aktiviti seperti batik painting, t-shirt painting, colouring, zumba for kids dan macam-macam lagi.
Ha... tak lama lagi cuti sekolahkan? Jadi, apa tunggu lagi, rancanglah percutian anda sekarang. Jom kita ke Resort Pilihan Seisi Keluarga; Avani Sepang Goldcoast Resort!😍
Tak pernah menginap lagi Avani Sepang Goldcoast Resort ni lagi...boleh cuba ni nanti...pergi area Bagan Lalang pun kali terakhir beberapa tahun lepas rasanya...hehe
ReplyDeleteMaaf⁴. Maaf lambat publish komen Eyzad ni. Kak kebizian hehe
DeleteTerima kasih sudi berkunjung dan komen. Jom Eyzad bawa family gi Avani Sepang Goldcoast Resort. Memang best tau Eyzad hehe
Best nya, saya biasa balik kajang pun belum pernah singgah stay sini lagi. Kena try nih.
ReplyDeleteWow sedap tu :)
DeleteTerima kasih sudi berkunjung Cik Haulia :)
bestnye.. aritu mama dpt gi morib ajer..
ReplyDeleteKan? Memang best. 😍👍👍👍
Deletemenarik tempat ni.. especially banyak aktiviti percuma kat sini..
ReplyDeletenak bawa kanak-kanak pun tak risau sebab nampak mesra kanak-kanak.. :)
Betul. Kita ni ada anak² jika travel memang kena utamakan mereka. Lokasi bercuti di Avani Sepang Goaldcoast Resort ni memang sesuai la sangat Sue 😍👍👍👍
DeleteBreakfast ok x?
ReplyDeleteOk sangat. Yummylicious. 😋
Deleteinteresting information...keep posting!!!
ReplyDeleteThanks you Sir. 😊
ReplyDelete