PENGENALAN RINGKAS

Blog Kisah Cikgu ieta adalah penjenamaan semula bagi Blog ieta. Blog ini memaparkan pelbagai pengalaman penulis dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan penulis, panduan dan kisah hidup manusia biasa dan kalangan guru. Juga tips, tutorial blog dan pelbagai panduan. Sesekali hal-ehwal bisnis, resepi dan isu-isu semasa dipaparkan untuk bacaan dan rujukan pembaca. Terima kasih sudi berkunjung. Kunjungan dan komen anda amat dihargai :)

LIKE DAN KOMEN DI LAMAN SOSIAL

LIKE DAN KOMEN DI LAMAN SOSIAL Taman Tasik Semenyih

Kombinasi Ebooksaka 4.0 dan Bite Me Forever untuk akaun 2 Cikgu ieta

Di laman sosial, Like dan komen ni umpama Sales lah na.

Pinjam kata² Biras saya Owner Chocoletto dalam Seminar DAO.

"Jika kita pasanglah banner sekeliling kampung pun, jika Allah tak buka hati-hati manusia tu membeli dari kita, dia takkan beli dari kita". Biras saya menangis semasa berucap tu. 

Masa saya dengar ayat Biras saya ni,  saya menangis. Sebab saya rasa saya ni kerdil sangat-sangat. Sales Chocoletto saya memang laju giler masa tu.

Masa tu saya terfikir...

Saya Blogger kan, jadi pada saya...
"Jika kita sharelah artikel dan apa sahaja sekali pun, jika Allah tak jentik pintu hati manusia untuk follow, like dan komen apa tah lagi membeli produk niaga saya, memang seorang pun tidak akan membeli. Sharelah ke seluruh laman sosial bagai nak rak sekalipun, Allah tak jentik hati-hati mereka, memang takkan like takkan komen. Beli pun takde. Sebab, hati kita semua ni ALLAH yang pegang". Menangis saya tau masa tu.

Laman sosial.
Ada orang dia glamer di fb. Sendu di IG. Ada orang dia glamer di wechat, Sendu di fb glamer di iG. Ada juga orang yang hanya sekadar memerhati. Ada pula, hanya mendoakan dalam hati.

Eh, tapi sendu di iG ada obatnya tau. Hehe

Macam saya, ada student² Sifu Instagram saya memanggil saya Otai. Saya ni dikira ala² Instafamous di sana. Ini bukan kemegahan. Ini satu kemenjadian. Alhamdulillah Sifu Instagram saya berjaya mendidik (Tarbiyyah) saya. Saya ni bukan mudah tau nak dididik. Alhamdulillah juga, redha suami buat saya jadi seperti sekarang ni. Sayang Encik suami KETAT-KETAT... 😘

Sebab
Pernah satu ketika saya jatuh terduduk dalam bisnes. Saya buat main buat jer. Takde ilmu. Nothing!

Tapi walau saya jatuh, saya tetap bangkit. Saya ikhtiar cari guru merata ceruk saya mencari. Syukur Alhamdulillah saya jumpa Sifu Instagram saya. Beliau banyak DIDIK dan Tarbiyyah saya. Dalam Kelas Sifu Online di Telegram, saya jumpa seorang MENTOR. Beliau juga banyak menyumbang semangat dalam diri saya. 

Dari kejatuhan tu, saya bina balik DIRI saya hinggalah saat ini. Saya masih mampu ada Dropship saya sendiri. Saya mampu berdiri atas kaki saya sendiri. Apa pun, saya masih tetap belajar. Semakin belajar semakin banyak tak tahu rupanya... Subhanallah... Semakin banyak lagi idea Allah beri dalam minda saya ni. Sebab tu saya masih meneruskan Sesi Coachng saya.

Dalam proses mencari yang pakar Di fb dan lain² laman sosial, saya dapat ramai Guru. Yang baik saya pakai. Tak baik tolak tepi. Usah kritik dan compare mana² Guru sebab setiap Guru ada kewibawaan tersendiri.

Dalam proses belajar, jumpa banyaklah pula bisnes yang best²... 😁 itu yang saya ada lebih dari 10 IG. Satu saya dah sub kepada Personal Assistant saya. Saya latih beliau pula untuk berjaya seperti saya. Coaching masih berterusan.

Saya masih berusaha bangkit semula sebenarnya 😁

3,928 friendlist. Tapi Fb saya memang sendu. Engagement saya memang totally out. Mereka ni antara yang hebat. Engagement mereka bagus di fb. Saya dah jenuh dulu bermula difb. Kini saya banyak di IG. Saya tak pasti bila saya akan come back untuk facebook betul. Kadang saya share saya just leave it.

Pada saya,
Biar di fb saya kurang glamour tapi ada ruang di laman sosial lain yang saya mampu menakluki hati semua. Kami bersatu hati walau bisnes kami sama NICHE.

Biar sales sedikit atau berdesap-desup sekali pun tapi saya puas hati sebab saya bina atas ayat dan kreativiti saya sendiri. Nak, TIRUVASI jangan Plagiat. Jangan tak letak sumber. Ini cara saya. Kecuali diizinkan.

Hidup biar jujur. Jangan menipu.

Biar orang pandang lekeh kepada saya sekali pun tapi di satu laman sosial saya miliki KREDIBILITI tersendiri dan punya Nilai Harga Diri. Senyum 2.0 dalam Kelas Online dan Ebook Saka 4.0 banyak buat saya lebih bergantung harap sepenuhnya kepada Allah walaupun kadangkala agak gabra sesekali tu.

JADILAH DIRI SENDIRI.

Jadi, bila kita dapat. 
Kita terus genggam erat
Kita terus buat dan buat
Usah buat sekerat-sekerat

Page saya ada banyak lebih banyak dari Ig saya. Ada yang Abam Mark dah hide sebab kurang posting. Saya memang sejenis manusia yang kurang posting lambat reply dan lambat berkomen. 🙈😢 

Saya ada PORT tersendiri untuk beriklan sampai LEBAM :D. Nak buat semua mana sempat beb... Rumahtangga kena jaga yeh. Hati pasangan hidup mati kena respect. 😍

Oh ye satu lagi, jangan musnahkan persahabatan dengan kerap send iklan.Tapi nak jadi retis, biarkan je ruang komen dikomen apa pun. 😁😂

Kesimpulannya, nak dapat LIKE DAN KOMEN DI LAMAN SOSIAL anda kena kuatkan hubungan sesama manusia. Dalam bahasa Arab, Hablum Minan Nas. Tapi jangan pula nak dapatkan tu semua, solat dan rumahtangga anda abaikan.

Terima kasih Coach Md. Yazit sebab buatkan saya bersemangat menulis kembali. 😁

Salam mesra,

Silakan
LIKE | COMMENT | SHARE √


SHARE

Cikgu ieta Blogger, Internet Marketer & Affiliate Kelas Instagram Advance Online & Ebook Saka Sifu AjimAura (ID : 4)

Hai. Saya Cikgu ieta. Full Time Blogger, Internet Marketer dan Motivator Nasihat Niaga. Saya merupakan Sales Person Kelas Online Instagram Advance & Ebook Saka 4.0 milik Sifu Ajim Aura. Saya mengajar Kelas Blog dan Teknik Penulisan secara Personal Coaching One to One dan Group Coaching secara Online. Saya Leader kepada beberapa Group Laman Sosial dan Admin beberapa Group Di Telegram dan WhatsApp. Mempunyai 5 orang anak. Suami Pembantu Tadbir di Syarikat Semi Government. Saya Phrolapse Intervetebral Disc (Slipped Disc) bermula 17/4/2017. Kini Suri Rumah dan Blogger Full Time Online.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 orang yang sudi komen:

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya ^__^

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

EMAIL CADANGAN ATAU PERTANYAAN ANDA DI SINI

Name

Email *

Message *