Meminjam kata² Sifu Ajim Aura Pakar Instagram SeMalaysia. Cikgu patrikan dan kongsikan di Instagram
Cikgu ieta .
7 Tips Buat Duit di Laman Sosial Instagram dan facebook
Pengalaman sepanjang 28 tahun di dunia perniagaan Online ni, Cikgu nak kongsi 7 Tips buat duit di laman Sosial yang simple.
1) Komen yang murni-murni.
Sifu Ajim Aura selalu pesan. Komen tu sesuaikanlah dengan posting pemilik Instagram tu berposting. Usah posting cerita sedih anda komen ucap Tahniah atau beri emoji happy pula.
2) Jangan mengemis iklan.
Kata Sifu Ajim yang maksudnya komen tu janganlah asyik memanjang je promosi iklan bisnes. Tak penat-penat beriklan di Instagram sendiri, beriklan lagi di Instagram orang lain pula. Dulu-dulu Cikgu ieta suka block je jenis begini. Tapi sekarang kalau kerap sangat, Cikgu report spam je terus. 😁
3) Jangan kedekut memberi.
Usahlah kedekut sangat dari memberi. Asyik beriklan je kan, apa kata kongsi juga Ilmu yang anda ada. Kan lebih bermanfaat daripada beriklan 24 jam non stop. Dapat pahala tau jika orang lain share atau amalkannya.
4) Sebarkan Perkongsian orang lain.
Anda kongsi sebenarnya tu, anda Bantu sesama peniaga atau kawan yang baru nak naik tau. Pasti mereka tersenyum lihat "Eh ada juga yang sudi kongsikan posting Instagram aku". Jangan kongsi posting tidak patuh syariah tau. Berdosa kita.
5) Jangan kedekut Like.
Nampak lalu, like la. Support semua yang lalu. Bukan susah pun. Mesti kawan happy. Jangan like gambar tidak menutup aurat dan berunsur maksiat apatahlagi pergaulan bebas ya. Mendapat dosa pula kita.
Like dan komen nilah engagement. Cikgu memang dah kurang engagement di mana-mana laman sosial. Lagi-lagi sejak urusan berpindah rumah. Sebab tu like kurang. Dahlah tu, ada laman Sosial selalu kena Shadowban. Dulu kurang sebab sakit sekarang sebab macam-macam sebab. 😁
Sakit Slipped Disc sudah makin berkurangan. Jika sakit pun, sengal sikit-sikit tu, demi anak-anak nak ke sekolah, Cikgu tahankan drive jugalah hantar dan ambil mereka setiap hari 5 kali pergi dan balik. Hari Jumaat 6 kali berulang-alik hantar dan ambil 5 orang anak yang berlainan sekolah dan sesi persekolahan. Fuhh pengalaman ni memang mencabar dalam hidup sejak Cikgu nekad resign dan tumpu sepenuh masa kerja Online. 😁
Perjalanan jem yang panjang setiap kali selama setengah jam memang amat memenatkan. Demi anak-anak Cikgu gagahkan. Tiada daya upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Berkuasa. 😁
Kehidupan selepas berhijrah di rumah baru ni lebih baik dan amat selesa. Cuma kekuatan fizikal dan spiritual amat perlu saat suami pergi bekerja. Semua urusan persekolahan Cikgu handle seorang diri.
Sebagai Ibu dan isteri, juga suri rumah sepenuh masa yang Blogger merupakan kerjaya sepenuh masa bermula tarikh Cikgu resign 14/9/2017, Cikgu memang kena kuat demi anak-anak. Kekuatan Cikgu adalah anak-anak dan Suami tercinta. ❤️
Cikgu diberi kelebihan dan idea untuk mengajar. Sebenarnya ia amat bermanfaat sekarang ni. Jadi mana-mana suri rumah tangga yang masih rasa rendah diri dan down, meh cuba Tips ni.
1) Cungkil kepakaran diri sendiri.
Carilah kepakaran, apa kita pandai dan minat. Cuba kembangkan.
2) Mengajar dan berkongsi kepada orang lain.
Mulakan dengan berkongsi secara Percuma di laman sosial anda. In Shaa Allah akan menjadi duit. Rezeki tidak pernah salah alamat. Cuma lambat dan cepat. Harus bersabar. 😊
Moga
7 Tips Buat Duit di Laman Sosial Instagram dan facebook bermanfaat untuk anda semua yang masih lagi blur bagaimana nak buat duit melalui laman sosial anda.
🍃 Hidupkan memberi walau hatimu disakiti. 🍃
Salam sayang 😍
@cikguieta Percuma Tips Kehidupan, Panduan Blogging dan Laman Sosial.
terbaik cikgu...jika punya masa terluang..saya suka baca tulisan cikgu hingga habis..sangat mendalam ilmunya..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih Juliana:)
DeleteSemoga sentiasa maju jaya. Aamiin
Assalamualaikum Cikgu,
ReplyDeleteFirst time visit blog ini. Perkongsian yang sangat membantu.
Banyak ilmu dikongsi kepada pembaca.. Terima kasih Cikgu ;-)
An impressive share! I have just forwarded this onto a colleague who was conducting a little homework on this.
ReplyDeleteAnd he actually ordered me breakfast because I discovered it for him...
lol. So allow me to reword this.... Thank YOU
for the meal!! But yeah, thanks for spending time to talk about
this issue here on your website.