03 August 2019

KENAPA ADA GAY DAN LESBIAN DI TAHFIZ?

KENAPA ADA GAY DAN LESBIAN DI TAHFIZ?
Isu semasa, isu sex, isu semasa viral, gay, lesbian, punca gay, punca lesbian, fakta gay, fakta lesbian, gejala sosial, blackpink, kpop, Finas, filem melayu, drama melayu, filem sampah, Cikgu ieta, blogger, blogger malaysia
Didik Anak-Anak Dari kecil supaya takutkan Allah 
Subhanallah. Soalan cepumas Cikgu iEta dapat hari ini. Cikgu iEta bukanlah ikut sangat filem dan drama Melayu ni. Panggung wayang pun dah lama tak masuk. πŸ˜…

Cikgu iEta bukanlah pakar dan layak untuk bercakap hal ini. Tetapi dari pengalaman dan pemerhatian Cikgu iEta, ada 7 PUNCA PERBUATAN SONGSANG GAY/LESBIAN.

  1. Pembatasan pergaulan antara berlainan jantina tanpa penjelasan kenapa Muslim tak boleh percampuran bebas?
  2. Tidak ada pendedahan ilmu kejantinaan (seksual) dengan betul. Adat manusia bila dilarang itulah nak dibuatnya sangat.
  3. Semua orang ada naluri ada perasaan. Naluri songsang ni berpunca dari nafsu lah.
  4. Nafsu jika tak terkawal, maaf cakap serban meninggi bertutup litup berjubah berfurdah pun memang terjebak. Kan namanya pun manusia. Manusia asalnya Nisyan bermaksud pelupa. Manusia memang mudah lupa dan alpa.
  5. Kurangnya Tadabbur ayat-ayat Al-Quran terus ke dalam hati sanubari.
  6. Kurangnya tarbiyyah dalaman. Asyik menghafaz dan belajar, tarbiyyah dalaman kadangkala ketinggalan.
  7. Tak jaga solat. Ni tiang agama. Tak jaga tiang, binasalah semuanya.

====================================

11 FAKTA GAY DAN LESBIAN :

  1. Sebenarnya Gay dan Lesbian ni ada di mana-mana. Cumanya disembunyikan tidak disebarkan ke pengetahuan awam sahaja.
  2. Dalam dunia korporat pun ada berlaku. Dalam dunia orang awam pun ada berlaku.
  3. Atas sebab kepentingan maka tidak didedahkan. Pendedahan terjadi bila ada pihak mahu menjatuhkan pihak yang lain.
  4. Gay dan Lesbian, bukan sahaja di Tahfiz. Di sekolah biasa pun ada. Malah di sekolah pondok pun ada golongan kaki lesbian dan gay ni.
  5. Cikgu iEta dulu pernah bersekolah pondok. Pernahlah terjerempak mereka yang macamni.  Cikgu iEta pun pernah hampir terperangkap. Menyeramkan. Alhamdulillah mereka semua telah pun diambil tindakan. Pihak pentadbiran memang tak biarkan je perkara haram begini berleluasa.
  6. Masa bekerja pun pernah sorang janda merapu meminta. Memang gila kehendaknya. Untungnya Allahyarhamah emak hantar ke sekolah pondok, Alhamdulillah tahu asas halal dan haram dalam kehidupan. So selamat lagi.  Tak terjebak.
  7. Filem dan drama selalunya adalah adaptasi dari kisah benar. Kisah realiti. Apa yang diceritakan kepada penerbit. Atau pengalaman seseorang.
  8. Kita tak perlulah kelam-kabut marahkan sesiapa. Tapi kita didik anak-anak kita dan keluarga kita bermula dari dalam diri dan keluarga kita sendiri.
  9. Manusia bebas berkarya. FINAS yang wajib menapisnya. Jika FINAS meluluskan kita tiada hak melarang.
  10. Namun demikian, kita berhak bersuara memprotes bukan memaki hamun menunjukkan kebebalan kita. Proteslah dengan cara yang bijaksana.
  11. Apa jua pun matlamat drama dan filem berkaitan, tak perlulah ditonjolkan cara kaedah kelakuan para gay atau lesbian seperti kehidupan di Barat tu. Itu bukan sahaja mendedahkan. Malah mengaibkan dan seumpama menggalakkan dah jadinya.
====================================

7 KAEDAH PENYELESAIAN ISU GAY DAN LESBIAN :

  1. Kembalilah kepada agama ajaran Islam.
  2. Kembalilah kepada hukum yang sudah termaktub di dalam Al-Quran.
  3. Kembalilah merujuk Al-Quran dan Hadith.
  4. Pendidikan seks diperingkat awal menurut Al-Quran perlu didedahkan. Bukan nak melucah. Tapi maklumkan does and dont terutama untuk golongan yang sedang meningkat dewasa dan rasa ingin tahu menebal dalam diri.
  5. Buanglah sikap berhiburan yang melampau. Boleh berhibur tapi kawallah diri.
  6. Buanglah budaya mempopularkan dan mengagungkan Kpop dan seangkatannya.
  7. Jika sudah terjebak, diri sendiri yang kena bantu diri sendiri untuk buang ketagihan habit songsang dan dilaknat Allah itu. Orang lain hanya pembantu sampingan sahaja.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah berfirman :

{Ψ₯ِΩ†َّΩƒُΩ…ْ Ω„َΨͺَΨ£ْΨͺُΩˆΩ†َ Ψ§Ω„Ψ±ِّΨ¬َΨ§Ω„َ Ψ΄َΩ‡ْوَΨ©ً Ω…ِΩ†ْ Ψ―ُΩˆΩ†ِ Ψ§Ω„Ω†ِّΨ³َΨ§Ψ‘ِ ۚ Ψ¨َΩ„ْ Ψ£َΩ†ْΨͺُΩ…ْ Ω‚َوْΩ…ٌ Ω…ُΨ³ْΨ±ِفُΩˆΩ†َ}
Sesungguhnya kalian mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu kalian (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kalian ini adalah kaum yang melampaui batas. [Surah Al-A’raaf: 81].

Banyak lagi ayat larangan Allah S.W.T berkaitan budaya perilaku songsang ni. Tadabburlah Al-Quran. Sama-sama kita bersihkan nurani kita.

====================================

AIB DAN MENGAIBKAN.
  1. Bila saban hari ada lagi yang bertanya. Maka dari kacamata Cikgu iEta sebagai seorang Blogger dan Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di JAWI terpanggil menjawabnya lagi dan lagi.
  2. Baiklah. Seperti sudah Cikgu iEta maklumkan di atas, Cikgu iEta tidak menonton filemnya Hanya melihat teaser sahaja. Secara peribadinya, filem itu ada pro dan kontranya. Tetapi memang kurang  beradaplah bila pelakon yang diarahkan produser dalam filem ni menonjolkan sikap yang menjurus kepada perlakuan sumbang. 
  3. Cikgu iEta risau jika ini juga besar kemungkinan salah satu agenda meruntuhkan institusi Islam. Maka wajarlah filem seperti itu dihapuskan. Tetapi jika nak dihapuskan, banyak lagi sebenarnya filem seperti filem Hindustan yang over seksi pemakaian artis wanitanya. 
  4. Budaya kpop contohnya, tariannya lenggoknya berbaur seks pun banyak. Boleh lihat di facebook pun ada berlambak video lucah. Cikgu iEta tidaklah tengok. Tetapi ternampak. Sokmo lalu di timeline. Macam-macam lagi kesongsangan sudah terzahir di media sosial. Jadi, kenapa ini sahaja yang ramai kelam-kabutkan?
  5. Cuma Cikgu iEta pelik kenapa gejala songsang ni yang juga ada di kalangan golongan bukan agamawan tidak di highlight seperti di dalam filem itu? Hanya fokus kepada Tahfiz. 
  6. Hikmahnya ialah kemelut melanda dalaman institusi keagamaan ini dipaparkan kepada awam walaupun dengan cara yang tidak beradab dan mengaibkan, filem ini membuka mata ramai gejala sosial yang songsang ada juga di dalam sebuah yang bernama Tahfiz.
  7. Kita ni, usahlah menilai manusia dari luaran sahaja. Tidak semestinya nampak buruk di luaran maka buruk dalamannya. Begitulah sebaliknya. Tidak semestinya yang nampak baik di luaran tidak ada yang busuk dalamannya. Chillax. Usah melatah sangat. 

Cikgu iEta percaya kita semua cintakan kedamaian, sentiasa mahukan yang positif dan menolak gejala berunsur negatif. Semoga terjawab persoalan KENAPA ADA GAY DAN LESBIAN DI TAHFIZ? Pendapat anda semua amat dihargai. Terima kasih.

KONGSIKAN. SEMOGA BERMANFAAT. πŸ˜πŸ‘πŸ»

JEMPUT SUBSCRIBE :

08 July 2019

CARA HADAPI PUTUS CINTA

Assalamu'alaikum.

Anda pernah bercinta? Pernah putus cinta? Bagaimana rasanya putus cinta? Memang perit jika cinta putus dipertengahan hubungan. Kita semua sama, pasti pernah dan akan merasainya. Jadi, bagaimana  "CARA HADAPI PUTUS CINTA"?
Pengalaman hidup, Adat berkawan, TAZKIRAH, putus cinta, cara hadapi putus cinta, tips hadapi putus cinta, menangislah, solat hajat, panduan menghadapi kekecewaan, kecewa, frust, sambung belajar, sibukkan diri, elakkan menyendiri, dekatkan diri dengan program keagamaan, bacalah al-quran, bila rindu mencengkam jiwa,   http://www.blogieta.com/2014/02/cara-hadapi-putus-cinta.html
Ehsan dari pakcik google... Usah biarkan diri terbelenggu dek kecewa putus cinta...
Apa yang perlu dilakukan di saat begitu lemah dan hari-hari bergenang air mata? Bangkit semula membina kekuatan. Teruskan juga kehidupan. 
Putus cinta memang sakit bukan? Apakah ikutkan perasaan? Atau mengamuk sakan? Atau kembali kepada TUHAN? ~ Cikgu ieta ~
Ini antara 8 CARA HADAPI PUTUS CINTA yang berkesan.

1) Lakukan solat hajat setiap hari. 
2) Menangislah... menangis itu normal... berserah diri pada Allah semasa solat itu lebih baik dari berterusan mengingati dan meratapi cinta yang putus di pertengahan.
3) Sambung belajar. Waktu belajar, kita akan jumpa ramai lagi kawan-kawan yang macam-macam ragam. Syok belajar ni...
4) Sibukkan diri dengan kerja. 
5) Cari kawan, elakkan menyendiri. Bila bersendirian, syaitan mudah menghasut kita. 
6) Dekatkan diri dengan program-program keagamaan .
7) Baca al-quran bila sedih. Dengan kebergergantungan terhadap agama dan al-quran serta berdoa sahaja jiwa memperolehi kekuatan. 
8) Bila rindu mencengkam jiwa, letakkan tapak tangan di dada, bacalah surah al-Fatihah sebanyak yang dapat. Inshaa Allah boleh lena dengan nyenyak.


Ramai yang berjaya menghadapi kekecewaan melalui CARA HADAPI PUTUS CINTA ini. Usah biarkan diri dibayangi kisah silam yang kelam dan suram. Moga anda yang sedang kecewa terubat dengan sedikit panduan dan santapan minda dan rohani dari saya Blogger Cikgu ieta.


Cikgu iEta bukanlah doktor Dan pakar cinta. Tapi bila ditanya bolehlah bantu beri pendapat. Diterjemahkan dalam bentuk penulisan.

Anda ada pengalaman menghadapi kekecewaan dalam percintaan? Kongsikan CARA HADAPI PUTUS CINTA anda di ruangan komen artikel ini.

19 June 2019

Pentingkah WhatsApp dalam kehidupan?

Pentingkah WhatsApp dalam kehidupan?
Pentingkah WhatsApp dalam kehidupan?, Buku latihan murid-murid
Timbunan buku latihan murid-murid saya sesi pagi dan petang. Ni sikit je ni. Sebahagiannya dah siap dah sebelum Ujian dan cuti hari tu.
Mata tak boleh tidur teringat kerja.
Malam tadi, mata nak tidur tapi tak boleh nak tidur. Teringat pula ke timbunan buku-buku latihan murid sesi pagi dan petang yang belum sempat disemak tinggal di atas meja saya di sekolah. Di sekolah tidak duduk sahaja ya, banyak kerja perlu disiapkan tau...

Subjek Jawi dan Khat
360 orang murid punya buku darab beberapa subjek. Boleh tahan jugalah nak menandanya. Tapi, alah tegal dek biasa, saya menanda sedikit demi sedikit.

Subjek Jawi ni subjek ejaan. Jadi perlu teliti. Bukan boleh sesuka-suka hati tanda tau... Gambar di atas tu, buku latihan subjek Jawi darjah 3, 4 dan 5. Darjah 6 sempat saya tanda sebelum Ujian Prestasi 1 bermula. Sebahagian buku latihan juga sempat saya semak dan tanda sebelum cuti bermula. Itu sahajalah yang tinggal. Yang atas sekali tu subjek Khat. Ini subjek cara menulis huruf jawi dan arab dengan betul. Pun sama, perlu berhati-hati juga menanda.

Kenapa tak bawa kerja balik rumah?
Buku-buku latihan murid-murid ni, jika saya bawa balik rumah memanglah tak dapat nak buat... Tahun lepas saya dah pernah bawa balik. Kononnya nak siapkan di rumah. Tapi satu pun tak dapat nak tanda. Kesudahannya, bawa semula ke sekolah.

Sebenarnya, bila di rumah, anak-anak dan suami menjadi keutamaan saya. Pernah saya leka menanda, kerja rumah terabai. Hehe... Kadangkala bila di rumah, saya tak mampu juga tau nak buat banyak kerja dalam satu masa.

Lainlah seperti sesetengah orang, komitmen tiada atau pun suami pun tak ada. Anak pun seorang dua.  Jadi, tiada tanggungjawab di rumah atau tanggungjawab tak berat mana... Atau tak pegang kelas pun pagi dan petang. Kalau pegang pun, 1 kelas sahaja. Tapi, itu semua sebenarnya bukanlah alasan. Mampu buat, tak mampu relax. Nanti bila berkelapangan, sambunglah lagi menanda buku tu. Jangan stress na...

Waktu bila tanda buku murid-murid?
Saya menanda di sekolah sambil-sambilan dalam kelas selepas selesai mengajar sementara menanti murid-murid menyiapkan latihan, juga sambil-sambilan menguruskan kerja pendokumentasian dan lain-lain kerja mendatang lagi yang semuanya perlu disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.

Yang jadi bertimbun seperti di atas adalah apabila dari awal tahun, buku latihan saya minta hantar, murid-murid tak hantar. Haaa.... Maka masaklah saya nak menandanya bila saya berkelapangan😁😁😁

Kemungkinan dalam waktu cuti sekolah ni, saya akan ke sekolah mengambil buku-buku latihan tu untuk saya tanda setelah siap menanda kertas-kertas Ujian yang perlu saya tanda. Haish berapa banyak tanda da... 😁😁😁

Penting ke whatsapp dalam kehidupan seharian kita?
Penting.... Sangat penting jika whatsapp group berkaitan keluarga, kerja, urusan bisnis ataupun ilmu blogging. Ha, itu suami izinkan.

Ada waktu, semak dan mengganggu. Malahan sampai ke satu tahap, saya pernah berasa bosan teramat-amat dengan whatsapp. Mana tidaknya kan? Bila whatsapp masuk berdesap-desup waktu sedang mengajar. Terganggu tau. Ha, sebab itulah saya tak suka on whatsapp pada waktu bekerja. Handphone pun saya tinggal dalam handbag. Lagi pun, menyalahi etika perguruan tau membelek WhatsApp atau laman sosial waktu sedang mengajar.

Melainkan jika pengajaran dan pembelajaran saya perlu menggunakan Android, ha masa tu lah saya keluarkan handphone saya sebagai Bahan Bantu Mengajar seperti contoh, saya uzur tidak boleh membaca Al-Quran, saya gunakan rakaman dalam Android ataupun melalui video di You Tube untuk memperdengarkan ayat-ayat Al-Quran atau kalimah-kalimah Al-Quran kepada murid-murid di dalam kelas saya tu.

Sebab kenapa keluar group WhatsApp?
Salah satu sebab lain kenapa saya keluar dari beberapa group whatsapp pernah saya join, adalah apabila ada syarat wajib aktif dalam group whatsapp. Serius pada mulanya saya akur. Lama-kelamaan bila sampai mengganggu kerja saya, dan handphone saya pula asyik hang... maka lebih baik saya keluar dari group. Yang lagi parah, bila fon hang, data semua hilang. Apa pun tak boleh nak buat. Menangis saya tau. Kadangkala, saya on sahaja whatsapp, saya terus padam semua notification. Tidak, data hilang. Jenuh...😁😁😁

Saya bukan orang yang 24 jam suka mengadap whatsapp. Handphone saya pun bukanlah canggih sangat macam orang lain. Samsung Note 2 je pun...

Kerja saya guru, isteri, ibu, usahawan atas talian juga blogger sambilan. Dari saya mengadap whatsapp 24 jam, lebih baik saya fokus pada keluarga dan kerjaya utama saya. Lebih baik saya siapkan entri blog saya dan lebih baik saya promote produk-produk bisnis saya (di luar waktu mengajar ya...)😊😊😊😊

Cuti sekolah lagilah, masa untuk keluarga, menjadi keutamaan saya. Lagilah, whatsapp pun kurang saya buka. Ada hal penting baru saya baca. Tahukah anda, Laman sosial dan whatsapp kadangkala melekakan jika kita asyik dengannya? Sayalah tu yang leka. Ha, sebab tu suami tak izin join banyak sangat group whatsapp😊😊😊 Dah kalau sekali on whatsapp beribu-riban notification, mahunya saya tak leka? 😁😁😁

Bahana off wifi dan tak buka whatsapp bila banyak group.
Tahun ni, saya selalu  off wifi atau pun saya off terus handphone saya. Jika saya online pun hanya waktu selepas sesi mengajar atau pun sewaktu tiada kelas. Di luar waktu bekerja pun saya kurang berwhatsapp kecuali sebelum tidur, baru saya layan whatsapp customer bisnis saya dan baca whatsapp group yang mencecah 300 sekali-sekala notificationnya. Tak macam dulu, 20 whatsapp group saya sertai dan ada yang saya dimasukkan tiba-tiba. Nak keluar risau admin berasa hati, sampai 5 ribu sekali online keluar notification.

Itulah bahana banyak group whatsapp dan tak on whatsapp. Sampai hang handphone😁😁😁

Esok buat apa?
Esok saya nak sambung menanda 8 bundle sahaja lagi kertas Ujian Prestasi 1. Sepuluh bundle dah siap sebelum cuti 😁😁😁
Pentingkah WhatsApp dalam kehidupan?, kertas Ujian Prestasi 1
Mari la kalau nak tolong saya menanda kertas-kertas Ujian ni... hehe
Anda rasa, pentingkah WhatsApp dalam kehidupan anda?

Dulu WhatsApp. Sejak mengajar online, Telegram, DM Instagram dan inbox facebook pun penting. 😁

Entri berkaitan :
  1. QUALITY TIME
  2. IBU KENAPA TAK KERJA KAT RUMAH?


Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?