19 June 2019

Pentingkah WhatsApp dalam kehidupan?

Pentingkah WhatsApp dalam kehidupan?
Pentingkah WhatsApp dalam kehidupan?, Buku latihan murid-murid
Timbunan buku latihan murid-murid saya sesi pagi dan petang. Ni sikit je ni. Sebahagiannya dah siap dah sebelum Ujian dan cuti hari tu.
Mata tak boleh tidur teringat kerja.
Malam tadi, mata nak tidur tapi tak boleh nak tidur. Teringat pula ke timbunan buku-buku latihan murid sesi pagi dan petang yang belum sempat disemak tinggal di atas meja saya di sekolah. Di sekolah tidak duduk sahaja ya, banyak kerja perlu disiapkan tau...

Subjek Jawi dan Khat
360 orang murid punya buku darab beberapa subjek. Boleh tahan jugalah nak menandanya. Tapi, alah tegal dek biasa, saya menanda sedikit demi sedikit.

Subjek Jawi ni subjek ejaan. Jadi perlu teliti. Bukan boleh sesuka-suka hati tanda tau... Gambar di atas tu, buku latihan subjek Jawi darjah 3, 4 dan 5. Darjah 6 sempat saya tanda sebelum Ujian Prestasi 1 bermula. Sebahagian buku latihan juga sempat saya semak dan tanda sebelum cuti bermula. Itu sahajalah yang tinggal. Yang atas sekali tu subjek Khat. Ini subjek cara menulis huruf jawi dan arab dengan betul. Pun sama, perlu berhati-hati juga menanda.

Kenapa tak bawa kerja balik rumah?
Buku-buku latihan murid-murid ni, jika saya bawa balik rumah memanglah tak dapat nak buat... Tahun lepas saya dah pernah bawa balik. Kononnya nak siapkan di rumah. Tapi satu pun tak dapat nak tanda. Kesudahannya, bawa semula ke sekolah.

Sebenarnya, bila di rumah, anak-anak dan suami menjadi keutamaan saya. Pernah saya leka menanda, kerja rumah terabai. Hehe... Kadangkala bila di rumah, saya tak mampu juga tau nak buat banyak kerja dalam satu masa.

Lainlah seperti sesetengah orang, komitmen tiada atau pun suami pun tak ada. Anak pun seorang dua.  Jadi, tiada tanggungjawab di rumah atau tanggungjawab tak berat mana... Atau tak pegang kelas pun pagi dan petang. Kalau pegang pun, 1 kelas sahaja. Tapi, itu semua sebenarnya bukanlah alasan. Mampu buat, tak mampu relax. Nanti bila berkelapangan, sambunglah lagi menanda buku tu. Jangan stress na...

Waktu bila tanda buku murid-murid?
Saya menanda di sekolah sambil-sambilan dalam kelas selepas selesai mengajar sementara menanti murid-murid menyiapkan latihan, juga sambil-sambilan menguruskan kerja pendokumentasian dan lain-lain kerja mendatang lagi yang semuanya perlu disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.

Yang jadi bertimbun seperti di atas adalah apabila dari awal tahun, buku latihan saya minta hantar, murid-murid tak hantar. Haaa.... Maka masaklah saya nak menandanya bila saya berkelapangan😁😁😁

Kemungkinan dalam waktu cuti sekolah ni, saya akan ke sekolah mengambil buku-buku latihan tu untuk saya tanda setelah siap menanda kertas-kertas Ujian yang perlu saya tanda. Haish berapa banyak tanda da... 😁😁😁

Penting ke whatsapp dalam kehidupan seharian kita?
Penting.... Sangat penting jika whatsapp group berkaitan keluarga, kerja, urusan bisnis ataupun ilmu blogging. Ha, itu suami izinkan.

Ada waktu, semak dan mengganggu. Malahan sampai ke satu tahap, saya pernah berasa bosan teramat-amat dengan whatsapp. Mana tidaknya kan? Bila whatsapp masuk berdesap-desup waktu sedang mengajar. Terganggu tau. Ha, sebab itulah saya tak suka on whatsapp pada waktu bekerja. Handphone pun saya tinggal dalam handbag. Lagi pun, menyalahi etika perguruan tau membelek WhatsApp atau laman sosial waktu sedang mengajar.

Melainkan jika pengajaran dan pembelajaran saya perlu menggunakan Android, ha masa tu lah saya keluarkan handphone saya sebagai Bahan Bantu Mengajar seperti contoh, saya uzur tidak boleh membaca Al-Quran, saya gunakan rakaman dalam Android ataupun melalui video di You Tube untuk memperdengarkan ayat-ayat Al-Quran atau kalimah-kalimah Al-Quran kepada murid-murid di dalam kelas saya tu.

Sebab kenapa keluar group WhatsApp?
Salah satu sebab lain kenapa saya keluar dari beberapa group whatsapp pernah saya join, adalah apabila ada syarat wajib aktif dalam group whatsapp. Serius pada mulanya saya akur. Lama-kelamaan bila sampai mengganggu kerja saya, dan handphone saya pula asyik hang... maka lebih baik saya keluar dari group. Yang lagi parah, bila fon hang, data semua hilang. Apa pun tak boleh nak buat. Menangis saya tau. Kadangkala, saya on sahaja whatsapp, saya terus padam semua notification. Tidak, data hilang. Jenuh...😁😁😁

Saya bukan orang yang 24 jam suka mengadap whatsapp. Handphone saya pun bukanlah canggih sangat macam orang lain. Samsung Note 2 je pun...

Kerja saya guru, isteri, ibu, usahawan atas talian juga blogger sambilan. Dari saya mengadap whatsapp 24 jam, lebih baik saya fokus pada keluarga dan kerjaya utama saya. Lebih baik saya siapkan entri blog saya dan lebih baik saya promote produk-produk bisnis saya (di luar waktu mengajar ya...)😊😊😊😊

Cuti sekolah lagilah, masa untuk keluarga, menjadi keutamaan saya. Lagilah, whatsapp pun kurang saya buka. Ada hal penting baru saya baca. Tahukah anda, Laman sosial dan whatsapp kadangkala melekakan jika kita asyik dengannya? Sayalah tu yang leka. Ha, sebab tu suami tak izin join banyak sangat group whatsapp😊😊😊 Dah kalau sekali on whatsapp beribu-riban notification, mahunya saya tak leka? 😁😁😁

Bahana off wifi dan tak buka whatsapp bila banyak group.
Tahun ni, saya selalu  off wifi atau pun saya off terus handphone saya. Jika saya online pun hanya waktu selepas sesi mengajar atau pun sewaktu tiada kelas. Di luar waktu bekerja pun saya kurang berwhatsapp kecuali sebelum tidur, baru saya layan whatsapp customer bisnis saya dan baca whatsapp group yang mencecah 300 sekali-sekala notificationnya. Tak macam dulu, 20 whatsapp group saya sertai dan ada yang saya dimasukkan tiba-tiba. Nak keluar risau admin berasa hati, sampai 5 ribu sekali online keluar notification.

Itulah bahana banyak group whatsapp dan tak on whatsapp. Sampai hang handphone😁😁😁

Esok buat apa?
Esok saya nak sambung menanda 8 bundle sahaja lagi kertas Ujian Prestasi 1. Sepuluh bundle dah siap sebelum cuti 😁😁😁
Pentingkah WhatsApp dalam kehidupan?, kertas Ujian Prestasi 1
Mari la kalau nak tolong saya menanda kertas-kertas Ujian ni... hehe
Anda rasa, pentingkah WhatsApp dalam kehidupan anda?

Dulu WhatsApp. Sejak mengajar online, Telegram, DM Instagram dan inbox facebook pun penting. 😁

Entri berkaitan :
  1. QUALITY TIME
  2. IBU KENAPA TAK KERJA KAT RUMAH?


Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?