KISAH CIKGU IETA

Cikgu ieta Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Mula menulis di blog dari tahun 2006. Berkongsi apa sahaja pengalaman Cikgu ieta dan pembaca yang menghantar e-mail atau berjumpa sendiri dengan Cikgu. Suka kongsi panduan dan kisah kehidupan, tips, panduan blog dan macam-macam lagi. Maklumlah Lifestyle Blogger. Bebas menulis apa sahaja. �� Instagram : https://www.instagram.com/CikguiEta Telegram Channel : https://www.t.me/CikguiEta

Perlu ke kita ambil tahu fitnah?

Perlu ke kita ambil tahu fitnah?



Hidup jangan relakan diri jadi Machai. Kedengaran seorang kawan menasihati kawannya yang lain.

Perlu ke kita jadi machai tukang sebar fitnah? Perlu ke menjaja keburukan orang? 

Tak perlu pun sebenarnya.
Tak perlulah kita hebah-hebahkan benda yang sebenarnya bahan sampah. Ingat semua orang suka ke? Bahkan ramai yang jijik melihatkan aib disebar tanpa rasa malu dan takutkan Allah. 😣

Tak perlulah jadi orang pertama hebah viralkan fitnah. Sama naik jatuhkan kredibiliti dan sama mengaibkan orang lain.

Tabayyun (Semak) sebelum sebar. Pastikan soheh dan ori dan sumbernya asli.

 Ini posting positif. Cikgu iEta suka posting menasihat macamni. 😍
Posting positive macamnilah bagus. 😍👍🏻

Fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.
Tabayyun
Tabayyun
Tabayyun

Bermaksud
Semak
Semak
Semak

Semak sebelum sebar. Jangan berperang kerana harta TAKHTA dan wanita. Semua tu merosakkan kredibiliti diri dan negara. 🤦🏻

Machai ni kerja terkutuk.

Bukan apa, teringat masa kat UTM dulu Pensyarah selalu pesan kat kami student semua,
Tabayyun maksudnya semak sebelum sebar.
Apa-apa kita nak sebar (share / kongsi) tu, semak dulu asal usul sumbernya. Semak dulu kesahihannya. Kalau nak ambil share biar dari orang yang betul. Jangan share benda apa pun dari Machai terutama dari facebook.

Machai ni bermaksud orang yang diupah atau pun memang kerjanya buat provokasi (huru-harakan) keadaan. Machai ni disebut juga sebagai keyboard warrior. Kerjanya melagakan orang atau pertubuhan. Nampak macam smart tapi hati busuk.

Zaman cybertroper ni fitnah sangat banyak. Sebarkan yang betul. Gambar dan video semuakan boleh edit dan super impose. Ayat pun boleh diputar-belitkan.

Kenapa kena Tabayyun? Supaya tak sebarkan fitnah sebab Fitnah tu lebih dahsyat dari membunuh. Cikgu iEta

Bayangkan jika kita atau keluarga kita, tak pun keturunan kita di umpat dihina dikeji dan diaib satu dunia. Walhal kita dah tahu itu semuanya fitnah menjatuhkan seseorang yang dibenci sesetengah orang lain. Bayangkan.

Tapi ramai yang sibuk dengan harta dan takhta. 😢 Kerananya manusia sanggup buat apa sahaja. Bagi mereka hidup hanya sekali.


Blogger dulu kini selamanya anti provokasi, anti machai pemecah belah organisasi dan negara. Artikel Perlu ke kita ambil tahu fitnah? ni Cikgu iEta kongsikan kerana sedih melihatkan laman sosial dah jadi port perang dan fitnah. Shame to non Muslim tau melihatkan sikap machai dan keyboard warrior di laman sosial. Hentikanlah. Mati nanti tak cium bau syurga sebar fitnah-fitnah tu semua.

JEMPUT SUBSCRIBE 

TIPS

COACHING


SHARE

Cikgu ieta Blogging Marketing Management Expert & Freelance Speaker

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 orang yang sudi komen:

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan link iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM

Tulis Cadangan atau pertanyaan Di SINI

Name

Email *

Message *