Posts

Showing posts from March, 2020

Perlukah kita ambil tahu fitnah?

Image
Perlukah kita ambil tahu fitnah? Benda fitnah ni samalah serupa cerita dan berita sampah. Sebab itu saya marah sangat jika dalam satu-satu kumpulan berkaitan sekolah dan laman sosial menjadi port cerita dan berita SAMPAH. Cakap macai nanti marah. 😆  Bersongkok, berserban, bertudung labuh dan nampak educated molek sangat. Tetapi suka sangat bawa hal sampah? Insoflah. Nak kiamat dah ni, bila hendak berubah? 🤦 Hidup jangan relakan diri jadi Macai. Kedengaran seorang kawan menasihati kawannya yang lain. Perlukah kita jadi macai tukang sebar fitnah? Perlukah menjaja keburukan orang?  Tidak perlu pun sebenarnya. Tidak perlulah kita hebah-hebahkan benda yang sebenarnya bahan sampah. Ingat semua orang sukakah? Bahkan ramai yang jijik melihatkan aib disebar tanpa rasa malu dan takutkan Allah. 😣 Tidak perlulah jadi orang pertama hebah viralkan fitnah. Sama naik jatuhkan kredibiliti dan sama mengaibkan orang lain. Tabayyun (Semak) sebelum sebar. Pastikan soheh d