21 April 2020

HIMPUNAN KISAH BENAR CERPEN CIKGU iEta

CERPEN 1 : Hinakah aku dimata kalian?


Himpunan kisah benar, cerpen cikgu ieta, Hinakah aku dimata kalian?

[SIAPA CIKGU iEta?]

Semasa nak walimatul 'urus dengan Tuan Suami tersayang dan tercinta, Allahyarhamah Emak Cikgu ieta pernah cakap,
Long, hang tu, hitam-hitam si tampok manggeh. Makin dipandang semakin maneh." kata emak sambil pandang redup wajah anak kesayangannya ni.
Allahyarhamah emak cakap macam ni sebab Cikgu iEta rasa rendah diri. Cikgu kata,
Emak, Kaklong ni gelap. Tak lawa. Takutlah mak nak kawen."
Ya lah. Tuan Suami dahlah hemsem. Putih pula tu. Cikgu iEta ni sawo matang sahaja kulitnya. Dressing pun ala kadar sahaja. Iyalah keluarga bukan ada-ada. Memang tak ikutlah perkembangan fesyen sangat.

Tak adalah nak berprotokol bagai. Nak jaga imej sangat. Orang marhaen katakan. Yang penting Tuan Suami cinta, kasih dan sayang pada Cikgu iEta ni. Jaga makan, minum, pakai Cikgu iEta dan dapat tarbiyyah diri ini cukuplah.

Cikgu tak pandang pada harta. Yang penting jaga solat lima waktu. Hormat diri Cikgu sebagai wanita sebelum berumahtangga dan hormat Emak dan Abah Cikgu. Cukuplah.

Sebab itu Cikgu iEta tidak pandang low class pada wanita berpakaian sederhana atau berbaju apa sekalipun. Kerana Cikgu iEta pernah hidup susah. Kalau nak cerita memang menangislah. Maka tak perlulah cerita.

Memang tahu ada yang tidak suka. Sebab itu semasa Cikgu iEta sakit kuat Slipped Disc bertongkat bila berjalan dan merangkak hendak ke dapur dan bilik air. Ada yang siap menghasut seolah-oleh minta kami bercerai-berai. Seolah-olah hina sangatnya Cikgu iEta saat sakit macamtu.

Tapi Alhamdulillah, Tuan Suami sangat penyabar. Sentiasa beri semangat untuk Cikgu iEta terus hidup walaupun kesakitan. Masak pun sedap dan banyak membantu kerja-kerja di dapur. Alhamdulillah.

Kadangkala Cikgu rasakan,
Ya Allah,
Untungnya aku.
Orang lain suami sepak terajang
Orang lain suami tengok sahaja isteri buat kerja rumah sambil membaca akhbar
Tapi aku,
Suami banyak sangat membantu.
Saat aku sakit
Saat aku berjuang belajar
Suami jaga aku dan anak-anakku
Subhanallah...
Sayangnya Allah kepadaku.
Maka mana satukah nikmat yang ingin engkau dustakan? Tiada... Tiada satu pun. Semuanya hak milik Allah S.W.T.
Redha. Bersyukur. Usah merungut.

Sebab Allah sayangkan kita, kerana itu DIA hadirkan segala macam dugaan berat pada kita. Sebab Allah tahu, kita mampu menghadapi semuanya.

Salam sayang,
© Cikgu iEta
Social Media Expert
Freelance Blogger & Speaker
Bercita-cita nak jadi Novelis tidak kesampaian.

====================

CERPEN 2 : Lawaklah anak bujang Cikgu iEta ni.
Himpunan kisah benar, cerpen cikgu ieta, Lawaklah anak bujang Cikgu iEta ni, Anak Tahfiz, anak syurga
Mohammed Akmal, anak Soleh ibu ni. Aamiin
Banyaknya marketing Bu" tanya Mohammed Akmal anak ke 2 sambil belek-belek handphone Asus Cikgu iEta yang rosak tu.
Ni Marketing tu Marketing semuanya Marketing." Bebel Akmal lagi sambil sengih.

Dah habistu... Dah Ibu ni kerjanya Marketing. Memanglah penuh bab Marketing je dalam phone ni". 
Adoilah anak soleh dan bijak ni. 😆🤦

Dulu memang takjub dan minat sangat dengan kerja marketing sampai RM5,000 lebih belajar bab marketing sahaja. Semuanya Money other People. Sebab tu kalau orang berkira duit nak belajar Cikgu iEta marah. Duit tu pulangannya kepada diri sendiri juga akhirnya. Tak akan ke mana. 

Belajarlah selagi boleh belajar. Dengan ilmu usah berkira. Nanti lagi jauh rezeki dari kita. Faham ke faham? 😊

Cita-cita nak jadi Novelis tidak kesampaian tulis cerpen pun Ok jugalah kan?

Salam sayang,
Social Media Expert
Freelance Blogger & Speaker

====================

CERPEN 3 : Menahan marah ketika boleh marah.


Himpunan kisah benar, cerpen cikgu ieta, Menahan marah ketika boleh marah

Ya ok. Benar. Alhamdulillah.

Saya orang yang hebat seperti kalian lihat. Sebenarnya disebabkan Allah melindung keaiban saya dari ternampak dek ramai. Sebab jika dapat saya juga tidak mahu sebarkan keaiban orang lain walaupun hati ini sangat marah dan geramnya yang amat.

It's me. Cikgu IEta

Maaf ya, tak ada masa nak layan whatsapp tiada kaitan dengan bisnes dan coaching saya apatah lagilah gossip hal orang lain pula.

Melainkan ada kaitan dengan bisnes dan coaching saya, it's ok. Kita boleh discuss. Buat sampai jadi. 😍

Bukan sekadar berjanji melepaskan batuk di tangga main tangkap muat sahaja. 🙄

Sempena PKP ni, ramai juga orang yang termakan hati dan nak makan kaki. Agaknyalahkan. 😭

Oklah. Saya ada kerja. Wassalam. Maaf ya. 🙏

=================

CERPEN 4 : Overthinking

Himpunan kisah benar, cerpen cikgu ieta, overthinking

Personal Coaching Advance Blogging & Business via SocMed sudah lama tamat. @CikguiEta tidak ambil ramai peserta.

Alhamdulillah ada yang sudah berjaya. Setiap hari dapat sales katanya dan teknik penulisan pun semakin baik. Yang begini, pembelajaran masih diteruskan. Lifetime Coaching. Still in Personal.

Ada yang hanya separuh jalan sahaja belajarnya. Tidak fokus. Task (Assignment) pun malas nak siapkan. Pembelajaran terputus terus tanpa sambungan.

Apa pun, keputusan dan kehendak di tangan sendiri. @CikguiEta tidak akan memaksa kerana,
Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu berubah sendiri" Begitu jugalah belajar. Jika tidak mahu ikut rules memang awal-awal lagi reject terus walau sudah bayar.
Pembelajaran ni ada formal dan informal. @CikguiEta memang memilih siapa pelajar untuk modul berbayar. Tidak mahu tangkap muat. Ramai tetapi tidak berkualiti, Cikgu iEta yang kena berjawab dengan Allah nanti.
Focus on Quality not size." kata Jack Ma.
@MarsitahMatSaad
@RahsiaCarianGoogle

====================

CERPEN 5 : Covid 19

Himpunan kisah benar, cerpen cikgu ieta, Covid 19, pandemik covid, wabak, virus, wabak 2020, virus 2020 19, corona virus, Stay at home, kita jaga kita, duduk rumah, Tolonglah!, Tolong, duduk di rumah, stayathome kita jaga kita, mati itu pasti,

Kalau Abah kita, PM tu suruh duduk rumah, tolonglah duduk sahaja dirumah.

Biar ketua keluarga sahaja keluar beli barang. Cikgu iEta memang keluar sebab Cikgu yang drive. Melainkan banyak barang berat perlu beli, Tuan Suami ikut sama beli barang.

PM dah beri mandat terbaik dah untuk keselamatan kita semua. Kalian tak kesian ke pada semua frontliner ha? Kalian yang segelintir degil ni tak ada keluarga yang bekerja sebagai frontliner. Sebab tu kalian tak kisahlah kan? Sebab tu kalian keluar melepak dan berjimba-jimba bersuka ria di jalan raya. Keluar bekerja penuh kereta di depan ofis dan rumah kedai tu Cikgu iEta nampak gambar orang share.

Bila frontliner jalankan tugas memaki-hamun marah-marah mereka. Apa punya sombong dah jahilnya perangai? Dahla melawan. Tunjuk pula kelakuan tak berakhlak di khalayak awam. Yang buat lawak pun ada. Macam-macam...

Tak tahu nak cakap apa dah lah degilnya kalian yang tak mendengar kata ni? Rasanya kalau family kalian yang jadi frontliner dan family kalian ada yang mati sebab wabak Covid 19 ni baru kalian nak insaf duduk di rumah kot?

Cikgu iEta ada adik yang bekerja dimakmal perubatan. Hari ini baru dia share gambar dia berpakaian penuh seperti di Hospital sebab kena cek sample Covid 19.

Aku menangis weh. Tengok adik aku pakai pakaian tu... Selama ni aku tengok frontliner lain aku sedih. Kali aku tengok gambar adik aku sendiri pakai pakaian tu. Hancur luluh hati aku ni tahu?

Kalian yang degil nak mati tu memang selfish. Tak ada perasaan langsung untuk selamatkan negara kita dengan putuskan rantaian Covid 19 ni. Kalian bayangkan bila wabak ni semakin merebak tak selesai-selesai lagi.

Pupus semua manusia atas muka bumi ni bukan sorang tau. Semua! Termasuklah kau orang yang degil nak mati ni.

Memanglah wabak ni menandakan kiamat semakin dekat. Tapi kita ni kena patuh dan akur pimpinan kita. Berpahala besar menjaga nyawa.

Kalau kalian nak ke sana ke sini ke sana ke sini ke sana ke sini ke sana ke sini ke sana ke sini ke sana ke sini tak melibatkan orang lain tak apalah mati dek Covid 19 ni. Ini tidak, kalian ke sana ke sini ke sana ke sini ke sana ke sini ke sana ke sini ke sana ke sini ke sana ke sini ada yang positive Covid 19 habis semua terjangkit sama.

Ke kalian nak Kerajaan letak makhluk Allah seperti di video tu pula jaga sempena PKP ni baru korang tahu duduk rumah? 🙄

Ghasanya Kerajaan kena letak makhluk Allah ni lah di jalanraya pula kalau dah ghamai sangat ketegaq piaw dok keluaq jugak meghata-ghata tak dengaq kata. Baghu tau takut kot. Nampak dok meghiah sangat tu penuh bersusun kegheta. Ketegaq sungguhlah... 😆

Cikgu IEta asal dari Penang. Hampa (kalian) asal mana?

Stay at home. Kita jaga kita. Duduk rumah. Tolonglah! Tolong... Duduk di rumah. Mati itu pasti.

Kredit gambar kepada adik bongsuku.
Kredit video kepada pemilik asal.

© Cikgu iEta
Social Media Expert
Freelance Blogger and Speaker

=================

CERPEN 6 : Hormati jiran anda lagi-lagi time PKP ni.

Cikgu iEta pernah masa kat rumah Abah Cikgu iEta, rumah teres. Masa tu time pilihanraya tau.

Lepastu jiran depan rumah jiran Cikgu iEta memekak bising pasang bab pilihanraya kuat-kuat jam 12 tengah malam.

Cikgu iEta tak boleh tidur jadinya.

Tahu Cikgu iEta buat apa? Cikgu iEta call polis. Cikgu iEta kata,

Hallu pulis... Tengok ni, depan rumah saya ni bebudak bujang tak reti tido. Memekak je tetengah malam buta pasal pilihanraya lepastu berkaraoke macam orang gila.

Polis tergelak. Lepastu tak lama tu, polis datang. Diam terus bebudak bujang tu.

Polis kata,

kalau diorang memekak lagi call saya tau. 

😆😆😆😆

Adan uke diorang. Memekak lagi. Kita tak ada kuasa. Jadi serahkan sahaja kepada pihak yang berkuasa. Relax. Jangan marah. Hadapi dugaan dapat jiran mereng dengan penuh ketabahan.

Kalian nak tips lagi boleh spam emoji gelak di ruang komen bawah ni ya. 😍

========================

CERPEN 7 : BIAR BETUL?


HIMPUNAN KISAH BENAR, CERPEN CIKGU iEta, Biar betul?, Whatsapp Marketing

Ada sekali tu, buka gallery macam dalam ganbar di ni. Buka, buka lapan ribu lebih nombor di whatsapp.

Tuan Suami tengok phone,

Ish Ayang! Biar betul tu? 8 ribu lebih whatsapp?" terperanjat dia.

Ha betullah tu. Takkan tipu pulak. Ni pun dah banyak group left dah ni. Tak tahulah macam mana boleh jadi lapan ribu lebih?" tergelak Cikgu iEta bila Tuan Suami hairan.

Nota : Baru lepas buka dan tutup tanpa baca beberapa group whatsapp. Sedang pilih mana lagi nak left. Sudahlah memory dah full. 😆🤦

Inilah whatsapp Marketing. Nak belajar? Ada Ebooknya. Picit sini 👉 Belajar Whatsapp Marketing

======================

CERPEN 8 : MENULIS DI MANA BEST?

Himpunan kisah benar, Kisah Cikgu iEta, Cerpen Cikgu iEta, Menulis di mana besar?, Coaching Advance Blogging

Jawaban Cikgu iEta, Menulis ni di mana-mana pun best kalau ada yang membaca. Saya menulis bila ada sahaja idea saya tulis. Tak kira siang atau malam, pagi atau petang. Ada saya tulis di wall. Ada saya tulis di Blog. Banyak yang masih dalam deraf belum publish.

Ebook pun ada. 24 Ebook di dalam Minda saya ni. Baru siap sepenuhnya ada dua (2). Lima (5) Ebook masih proses kemaskini. Lain-lain saya siapkan slowly. Hanya melalui smartphone. Mesti bersabar. Almaklumlah smartphone Vivo ni comel sangat. Memory pun cepat full bila buat video. Masih proses transfer dan delete.

Adakala saya tulis saya padam sebab saya rasa tulisan saya tu saya baca pun saya rasa tak best. Adakala saya biarkan sahaja. Pedulikan apa orang nak kata. Jadi saya sentiasa perbaiki cara penulisan saya. Menulis ni perlu selalu. Gaya tersendiri tidak perlu ikut gaya orang.

Ada orang suka penulisan saya di story. Mereka ikut perkembangan saya di sini. Tulisan saya sentiasa dinanti-nanti. Ada yang suka di wall. Ada juga yang call beritahu suka baca tulisan saya. Rasa bersemangat bila baca. Apa jua rasa pun, syukur Alhamdulillah. Mana baik manfaatkan. Yang kurang itu adalah saya sedang bermonolog sendirian saya sahaja.

Dalam COACHING ADVANCE BLOGGING memang ada teknik penulisan saya dedahkan. Tetapi tahun ini saya tidak ambil peserta untuk modul ini. Saya fokus modul Rahsia Carian Google. Kalau semua saya nak buat, memang tak sempat lebih baik saya FOKUS. 😊

Himpunan kisah benar, Kisah Cikgu iEta, Cerpen Cikgu iEta, Penulisan


- ❤ Cikgu iEta -
Terima kasih yang bertanya.
bit.ly/RahsiaCarianGoogle

=============

CERPEN 9 : Nak minta sedikit ilmu dari Cikgu.


Himpunan kisah benar, Kisah Cikgu iEta, Cerpen Cikgu iEta, Nak minta sedikit ilmu dari Cikgu iEta boleh?
Pernah ditanya soalan begini. Sudah jawab di Instagram yang sudah Cikgu iEta jual. ietamatsaad tu nombor fhone sudah lenyap. 😁

Salam cikgu
Saya nak minta sedikit ilmu dr cikgu ..
Boleh cikgu ajarkan sy yang ig promotion tu..

Waalaikumussalam.
Boleh masuk sini dulu ya bit.ly/RahsiaCarianGoogle Info semua nanti saya maklumkan dalam group ya. 😊

Coaching ni belum bermula lagi sebab tu suruh duduk dulu diam-diam dalam tu. Dah masuk, left memang kick terus.

Kalau ikut bijak dan berilmu, Iblis pun lebih bijak dan berilmu. Tetapi kenapa Allah tak terima dia? Ha cuba fikir.

Ilmu itu ada adabnya. Bukan boleh diminta-minta begitu sahaja. Ramai orang hilang keberkatan dalam menuntut ilmu dan hilang keberkatan dalam kehidupan dan perniagaan hanya satu sebab.

Tidak beradab pada ilmu. Cikgu iEta bukan sekadar Blogger malahan lebih dari itu kerana kita semua adalah pendakwah.

Set see first fb.com/CikguiEta ya. 😍

======================

CERPEN 10 : Rasa hilang nyawa separuh mati.
Himpunan kisah benar, Kisah Cikgu iEta, Cerpen Cikgu iEta, Rasa hilang separuh nyawa
http://bit.ly/minyakUrutSerbagun
Lif rosak tadi. Kerap sungguh lif di sini rosak. Maka Cikgu iEta pun naiklah tangga hingga ke tingkat enam (6). Sebelum sampai ke tingkat enam (6) mencungap rasa nak pengsan, lembik lutut rasa semput tak bernyawa sekejap.

Sudahlah seorang manusia pun tiada. Berhenti sekejap sebelum ke tingkat 6. Dalam hati,
Ya Allah, janganlah kau matikan aku saat ini Ya Allah. Kesian anak-anak aku tak makan lagi. Siapalah nak hantar anak-anak aku ke sekolah dan suami aku ke Putra LRT kalau aku mati. Ampunkan aku Ya Allah." Doa dalam hati. Air mata meleleh dah.
Menangis sekejap sebab dada rasa sangat ketat dan tercungap-cungap. Memang ada semput. Itu yang risau tu.

Tiba-tiba,

"Kting!" Alhamdulillah sebelah rosak, lif satu lagi sudah pulih. Maka naiklah lif ke tingkat dua belas (12).

Allah, sampai rumah terus terjelepuk. Bayangkan jika apa-apa berlaku tadi? Ni pun masih baring melepaskan lelah. Sayangnya Allah diberi rasa hilang nyawa separuh mati hari ni.

Tiba-tiba teringat, minyak urut serbaguna. Ambil minyak urut serbaguna jenama wak mustar, sapu ke dada dan bau sikit, fuh leganya rasa dada. Alhamdulillah masih bernyawa.

=====================

CERPEN 11 : Apa ada pada wajah nan rupawan?
Himpunan kisah benar, Kisah Cikgu iEta, Cerpen Cikgu iEta, Ada apa pada wajah nan rupawan?
Pentingnya ilmu kerana dengan adanya ilmu, sentiasa dicari bertambahnya rezeki dan kekuatan di hati mengawal nafsu diri. Cikgu iEta di kiri sekali. ❤

Semalam sepupu dari Penang call. Kami berbual tentang keluarga dan kesihatan Abah. Rindu katanya, Katanya lagi,
Kaklong muka manis macam baby face." erk, terkedu mendengarnya. 
Teringat masa walimatul'urus dulu Tuan Suami pernah beritahu,
Muka Ayang ada iras macam Kajol lah." Memang tergelak nak tersembur air sirap Cikgu iEta mendengarnya.
Sekarang anak sudah lima (5). Semasa sakit kronik Slipped disc dulu, setiap kali sakit ke klinik atau hospital memang disuntik Steroid atau Voltron. Maka kesan dari itu, terkembang setamanlah dah jadinya. 🙈

Namun demikian, Cikgu iEta tidak kisah sebenarnya apa pun pandangan orang. Janji cukup sifat ada hidung yang mancung, ada mata, ada mulut, ada seketul lesung pipit dan gigi yang tersusun ni cukup bersyukur dah. Alhamdulillah tidak cacat masih cukup sifat.

Di sinilah pentingnya ilmu dan paling penting TAHU memasak untuk Tuan Suami dan anak-anak makan.
Perempuan ni Long, tinggi melangit pun kita belajar, dapur perlu kita utamakan. Batang kayu kalau disolek pun boleh jadi cantik. Tapi apa gunanya cantik kalau tidak beradab dan tidak tahu ke dapur. Jaga imej sakan tapi suami tidak prihatinkan." Pesan Allahyarhamah emak Cikgu iEta memang Cikgu guna pakai sehingga ke hari ini.
Tak pandai memasak? Boleh sahaja tanya pakcik google. Tengok you tube pun bagus. Tetapi usahlah terlalu ditonjolkan kebodohan hingga mengaibkan walau sekadar gurauan. Lagi-lagi bahan makanan. Allah dan Rasulullah S.A.W junjungan mulia kita amat melarang perbuatan mencela fizikal, mencela makanan dan minuman.

Apa pun, jagalah kesihatan. Jangan sudah sakit nanti barulah mencari ubat-ubatan. Sayang sangat-sangat Allahyarhamah emak Cikgu iEta, Sabariah binti Hassan. ❤
Apalah yang ada pada rupa kalau tidak pandai manfaatkannya,
Apalah dipandang pada harta jika tidak bijak berniagakannya;
Apalah yang dirisaukan pada insta kalau ada yang boleh mengajarkannya,
Rahsia carian Google naikkan followers, branding power dan tingkatkan jualan di Insta semulajadi tanpa aps dan ads. Semuanya dibongkarkan di dalam sesi Coaching Instagram Advance Online : Rahsia Carian Google.

Salam sayang
Cikgu iEta.
Mohon maaf ya. 🤝

JEMPUT KE GROUP INFO DAN ILMIAH PERCUMA INI :
  1. MINDA NIAGA.
  2. HIMPUNAN EBOOK BEST.
  3. RAHSIA CARIAN GOOGLE.
  4. RAHSIA TERAPI SIHAT DAN HEBAT.

ARTIKEL BERKAITAN
  1. Tinggalkan Apa Yang Meragukan
  2. Himpunan Kisah.Benar Dan Cerpen Cikgu iEta
  3. Hanya Kerana Aku.Seorang Pendosa

INFO KESIHATAN

Alhamdulillah Natural booster Cikgu iEta : Ikhtiar penawar bagi menguatkan sistem imun badan dengan Garam Shiffa yang diformulasikan dengan teknologi quantum istimewa bersama molecule ratio THC CBD (Cannabis). Pertanyaan boleh whatsapp sini 👉0192586141



Alhamdulillah Minyak Urut Serbaguna Wak Mustar untuk sapu mana kaki tangan badan yang lenguh dan sengal. Orang kalau sengal ku block terus na... 😁Pertanyaan boleh whatsapp sini 👉0192586141

8 comments:

  1. Short story sempena PKP ya cikgu.hehe

    ReplyDelete
  2. Hahaha ni cerpen sungguh-sungguh ni cikgu ieta... cerita pendek. Tertarik cerita panjat tangga 6 tingkap.. sy masih tertanya2, bangunan apa yg cikgu ieta panjat tu... rupa2nya nak pergi tingkap 12... tak boleh bayang penatnya tu. nasib baiklif boleh pakai di tingkap 6... good sharing btw... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe 😆
      Itulah Tuan Wafa. Saya melepas gian dah lama tak menulis. Sekaligus saya garap terus jadikan CerPen. Hasilnya PKP ni Tuan. Idea mencurah-curah pula. 😁

      Delete
    2. Tingkat 12 dari tingkat bawah sekali Tuan memang lembik lutut saya. Kalau menurun takpe. Ni menaik Ya Ampun. 😆

      Delete
    3. hahaha... kalau x pernah2 panjat tangga sampai cam tu, mahu tiga empat hari dok terasa lembik lutut tu...

      Delete
  3. Hehe. Itulah yang lembut lutut tu. Alhamdulillah ada minyak urut serbaguna jenama wak mustar tu. Lega rasa selepas hidu minyak tu. 😁

    ReplyDelete
  4. Very nice story. Keep on sharing articles like this one.

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.
2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA





AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM






TULIS CADANGAN ATAU PERTANYAAN DI SINI

Name

Email *

Message *