21 April 2020

TINGGALKAN APA YANG MERAGUKAN DAN TIDAK BERMANFAAT KEPADAMU

TINGGALKAN APA YANG MERAGUKAN DAN TIDAK BERMANFAAT KEPADAMU


TINGGALKAN APA YANG MERAGUKAN DAN TIDAK BERMANFAAT KEPADAMU, lagha, buang masa, tidak berfaedah, group lagha, mendatangkan dosa, mengumpat, menghina berjemaah, ghibah, mempersenda
Saya tidak suka buat kerja lagha


Perkongsian ini panjang. Jika tiada masa usah baca ya.

Pada yang belum kenal Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta ni siapa? Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta adalah nama pena. Saya Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di JAWI dari tahun 2007 sehingga tahun 2017. Resign akibat sakit kronik Slipped Disc. Alhamdulillah sudah sembuh pada tahun 2017. 😍

Saya bermula sebagai Blogger pada tahun  2006. Tetapi mula aktif pada tahun 2013. 2009 baru wujudkan facebook untuk event dan job Blogger. 2013 bergerak di Instagram dan belajar di Instagram. Kini Freelancer, Blogger. Freelance Speaker program-program Keusahawanan anjuran Cikgu iEta sendiri. [Klik sini baca selanjutnya SIAPA CIKGU iEta ni ya]

Berkaitan Group yang sedang viral, ramai sudah menegur sebenarnya di Blog dan laman sosial mereka. Saya kenal salah seorang admin group yang sedang viral ini. Kami pernah berada dalam satu group whatsapp sebuah Kelab yang dipelopori individu terkenal. Saya left group Kelab itu atas arahan Tuan Suami saya.

Ayang, jangan jadi bodoh biarkan diri diperguna dia sedangkan sebelum ni Ayang dah memang bergerak sendiri dah ada follower Ayang sendiri. Jangan buang masa dengan Kelab tu... Ada dia promote Ayang dan kawan-kawan Ayang? Abang tak nampak pun... Naikkan diri dia sahaja ada, lah." Benar kata-kata Tuan Suami saya ni.

Dalam Kelab itu, sesiapa yang membangkang akan dipulau dan dikick dari group individu terkenal pengasas Kelab itu. Ramai ahli datang mengadu kepada saya. Saya hanya nasihatkan supaya mereka bersabar. Bukan Ketua Kelab dan Kelab itu yang beri rezeki. Rezeki Allah untuk job ada di mana-mana sahaja bukan setakat dalam Kelab itu sahaja. Alhamdulillah ramai yang dikick sudah pun berjaya dalam bidang masing-masing.

Admin Kelab terkenal ini sejenis batu api dan kuat kipas individu pengasas Kelab yang terkenal tu. Saya bukan jenis begini. Jadi ini juga sebab kenapa saya tinggalkan Kelab itu. Ada perkara lain sebenarnya lagi tetapi berkaitan perkara yang ramai kurang faham dan percaya tidak perlu saya tulis di sini. 

Paling melucukan, group berkaitan Zakat untuk kemaslahatan awam juga saya dikick sedangkan sebelum ni saya dijemput dirai oleh Individu Kelab itu dan kami memang agak rapat selalu juga bertukar fikiran melalui whatsapp. Di Instagram saya telah diblock oleh pengasas ni begitu juga di Facebook. Saya sudah tidak kisah sebab dunia saya sudah berbeza dengannya. Bukan zaman mengejar glamour dan job sudah sekarang ini. Saya sambilan isi masa lapang buat apa sahaja saya suka.

Selepas left, pernah termasuk ke dalam Group mereka di Telegram. Keesokannya, saya dikick oleh admin Pengasas Kelab. Masuk nak baca entri Blog bukan nak bersembang. Punyalah assobiyyahnya mereka. Lot Of Laugh sangat. Sebenarnya apa entah digeruni sangat dengan saya ni entahlahkan? Hasad dengki biasalah. Tak kisah lah tu. Sudah sangat lama. Masa tu saya pun masih naif lagi tentang Telegram. 

Di Facebook, jika saya tahu satu-satu group itu pemiliknya individu terkenal Kelab atau saya tahu group itu ahli Kelab berkaitan, saya memang tidak akan join. Jika saya tahu individu yang ingin join job Blog saya, memang saya tidak terima. Sebab saya tahu pemilik Kelab sudah beri amaran kepada semua ahli tidak boleh ambil job lain dan mesti kekalkan hastag Kelab beliau. Saya sendiri memang sudah tidak berminat wujud Hashtag dan apa sahaja berkaitan kelab itu di dalam ruang SocMed saya.

Untuk apa perlu kita membuang masa dengan perkara tidak mendatangkan faedah pun kepada diri kitakan?

Salah seorang Admin group Kelab terkenal pernah buat fitnah dan ajak gang beliau mengumpat saya beramai-ramai di timelinenya. Ada orang screenshot posting tu kepada saya. Otai-otai pun turut terlibat sama. Mereka ini tidak berani pun hendak whatsapp saya terus atau berhadapan dengan saya. Sekadar beraninya itu di SocMed sahaja. LOL. 😪

Sebarang fitnah, saya memang tidak layan. Sebab melayan fitnah ni serupa orang tidak cukup akal. Saya tidak mahu menjadi manusia tidak cukup akal. Allahyarhamah emak saya berpesan,

"Long, biar orang buat kita, jangan kita buat orang Long. Orang jadi gila dan bodoh takkan hang nak jadi gila dan bodoh sama Long? Biarkan anjing menyalak bukit tapi bukit tak akan runtuh" saya ingat pesanan Allahyarhamah emak saya ini sampai bila-bila.

Saya tidak pasti adakah admin group yang sedang viral sekarang ini masih di bawah satu group Kelab yang dipelopori insan terkenal yang memang pada saya tidak professional tidak ada stand sendiri asyik mengikut sahaja hasutan Admin-adminnya yang kaki ampu dan kaki kipas itu. Jangan tanya. Sebab saya pun sudah tidak hairan dengan Kelab yang tidak mendatangkan faedah langsung pun kepada saya. Hanya banyak membuang masa dengan peraturan-peraturan yang sangat melucukan. Biarlah saya teruskan kerja-kerja saya dengan cara saya sahaja.

Tuan Puan, lagha (sia-sia) pekerjaan ni sangat banyak. Antaranya buang masa bersembang merapu dalam group whatsapp, menghina dan buat kelakar bahan ciptaan setiap anugerah Allah apa jua pun. Pekerjaan yang sia-sia dan mengundang dosa adalah dilarang oleh Allah walaupun menaikkan rating dan popularkan diri masing-masing. Pesanan ini saya peringatkan kepada diri saya sama.


GROUP MA***K A** T*K JA** H**I INI😣

Mula mula, mami join setelah di invite. Mami ingat ia grup untuk troubleshot resepi yang tidak jadi.
Tapi hantaran demi hantaran seolah olah menjadikan makanan sebagai objek hiburan, lawak dan gurau senda. Macam macam Komen diberikan pada makanan, sehingga ada yang cakap, dah rupa t*hi pun ada.
Masa ni, hati dan start rasa debar, dada bagai kena himpit dengan batu dan sedih sangat sangat sebab teringat satu hadis Rasulullah saw tidak pernah mencela makanan. Ini hadis yang kami sering saling mengingatkan.

Dari Abu Hurairah, ia berkata,

مَا عَابَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – طَعَامًا قَطُّ ، إِنِ اشْتَهَاهُ أَكَلَهُ ، وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ

“Tidaklah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mencela suatu makanan sedikit pun. Seandainya beliau menyukainya, beliau menyantapnya. Jika tidak menyukainya, beliau meninggalkannya (tidak memakannya).” (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 5409 dan Muslim no. 2064).

Mami sampai terfikir fikir, mempersendakan makanan sebegini rupa, tidak kira ia jadi atau tidak, adakah tidak dikira mencela makanan?
Seharian di NewsFeed fb, ramai menyatakan kelakar nya seronoknya, hilang stress musim PKP. Gelak ketawa berjemaah. Tambah sesak dada mami. Ya Allah.
Ketika barat mengatakan Laughter is a medicine, lupakah kita Nabi saw pernah berpesan banyak ketawa mematikan hati?

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah memberikan beberapa nasihat kepada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, di antara nasihat tersebut adalah perkataan beliau:

وَلاَ تُكْثِرِ الضَّحِكَ, فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ.

“Janganlah banyak tertawa! Sesungguhnya banyak tertawa akan mematikan hati." (HR At-Tirmidzi no. 2305.)

Hadith tersebut ada diriwayatkan oleh Ahmad dan lain-lain. Dinilai SHAHIH oleh al-Syeikh Muqbil al-Wadie hafizhahullah. Wallahua'lam.

Mungkin, niat admin murni, nak meraikan memberi motivasi kepada yang masak tidak jadi. Tapi baru hari pertama, nampaknya fokus menjadikan makanan sebagai objek melawak. Sedih nya.
Biarlah orang nak cakap, alah nak melawak pun tak boleh. Mami memilih berpegang pada pesan Rasulullah saw.
Biarlah orang nak cakap, alah macam lah dia tu sempurna sangat. Sebab tak sempurna lah berhati hati diri ini.
Iblis, tipu daya halus, dia kalau tak boleh buat kita bermaksiat, berzina, tinggal solat, dia buat kita cenderung pada hal hal yang tidak bermanfaat dan lagho. Yang kerananya kita dilalaikan dari hal hal yang PENTING sebagai seorang mukmim. Jaga jaga lah.
Lagi pun, benarkan? Al Quran masih lagi tidak menjadi pilihan, hiburan utama buat kita. Kita masih lagi mencari hiburan, untuk menghilangkan stress selain dari Al Quran. Astaghfirullah wa atu bu ilaih.
Setelah membuat pertimbangan, mami memilih meninggalkan grup.
Dan biarlah apa orang nak kata, cukuplah Allah tahu aku sudah berpesan. 

Disclaimer: Tulisan ini hanya menyatakan pendirian Mami. Tidak setuju tidak apa. Kalau nak kecam pun tiada daya upaya Mami. Bukan judgemental juga, kerana Mami insan biasa penuh dosa, banyak cacat cela tidak layak menghukumi orang.
Tidak juga mengajak orang left grup, kerana mami left kerana merasakan, tidak banyak manfaat dunia dan akhirat buat Mami. Dan Mami insan lemah, tiada ilmu, Mami takut mudah lalai dalam gelak ketawa. Buat yang dapat banyak manfaat, silakan sahaja stay. Khair in shaa Allah.
Kalau ada yang kata, why so serious? Iya, mami hidup sebagai hamba Allah, memang kena serious dengan pesan pesan kenabian juga Al Quran.
Tidaklah Mami ini tidak senyum dan tertawa, namun bukan menjadikan makanan sebagai bahan lawaknya.
Niat apa setiap yang pos gambar makanan tidak jadi itu, urusan masing masing dengan Allah. Diri sendiri lebih tahu.
Begitulah.
Wallahu'alam  
MHZ
ampuni aku ya Allah aku juga banyak dosa dan cela

LARANGAN MENCELA MAKANAN

SUATU hari, Rasulullah SAW mengajak Khalid ibn Walid mengunjungi isteri Baginda, Maimunah, yang juga makcik sebelah ibu Khalid yang baru dinikahinya. Melihat kedatangan sang suami tercinta berserta anak saudaranya, Maimunah menghidangkan daging dab (binatang padang pasir, seakan-akan biawak kecil).

Ketika Baginda Rasulullah menghulurkan tangan untuk mengambil daging yang dihidangkan, seorang perempuan yang berada di dalam bilik Maimunah berkata: 
Maklumkan kepada Rasulullah tentang daging yang kalian hidangkan kepada Baginda itu.”

Wahai Rasulullah! Ini daging dab,” ucap salah seorang tetamu yang hadir.

Sejurus mengetahui tentang daging tersebut, Rasulullah menarik kembali tangannya. Melihat hal itu, Khalid bertanya: 

Wahai Rasulullah, apakah daging dab ini haram?
Tidak.” Jawab Baginda.

Hanya kerana daging dab ini tidak terdapat di daerah kaumku. Kerana itu, aku berasa kurang berselera memakannya,” jawab Baginda dengan lembut agar tidak melukai hati isterinya yang telah menyiapkan hidangan daging panggang tersebut.

Menurut Abu Hurairah RA, Baginda Rasulullah tidak sesekali mencela makanan. Jika menyenanginya, Baginda akan memakannya.  Namun jika tidak, Baginda akan meninggalkannya. (HR Bukhari & Muslim).

Sumber Larangan Mencela Makanan : MAJALAH DAKWAH.

Maaf pada yang invite saya ke dalam group itu dan mana-mana juga group berkaitan, saya memang tidak join group begitu. Baca tulisan saya di atas ni. Sebab itu saya tulis siap dah pada perkongsian saya, saya memang tidak approve group begitu. Banyak buang masa. Lagha jadinya bertambahlah dosa tidak mendatangkan pahala tiada faedah jadinya. Harap maklum na. Muktamad. Terima kasih. 😊

APA ADA PADA WAJAH NAN RUPAWAN?



Semalam sepupu saya dari Penang call. Kami berbual tentang keluarga dan kesihatan Abah. Rindu katanya, katanya lagi, 

Kaklong muka manis macam baby face." erk, terkedu mendengarnya.

Teringat masa walimatul'urus dulu Tuan Suami pernah beritahu, 

Muka Ayang ada iras macam Rani Mukherji lah." Memang tergelak nak tersembur air sirap saya mendengarnya.

Sekarang anak sudah lima (5). Semasa sakit kronik Slipped disc dulu, setiap kali sakit ke klinik atau hospital memang disuntik Steroid atau Voltron. Maka kesan dari itu, terkembang setamanlah sudah jadinya. 🙈

Namun demikian, saya tidak kisah sebenarnya apa pun pandangan orang. Janji cukup sifat ada hidung yang mancung, ada mata, ada mulut, ada seketul lesung pipit dan gigi yang tersusun ni, Suami sayang dan beri makan pakai yang mencukup, sudah cukup bersyukur. Alhamdulillah saya tidak cacat masih cukup sifat. Gang gila isim hendak body shaming wajah saya dan niqab saya? Biarlah. Sedikitpun tidak memberi efek kepada saya. 🤭

Hidup biar jadi manusia usah jadi musibat. 😁

Di sinilah pentingnya ilmu dan paling penting TAHU memasak untuk Suami dan anak-anak makan.

Perempuan ni Long, tinggi melangit pun kita belajar, dapur perlu kita utamakan. Batang kayu kalau disolek pun boleh jadi cantik. Tapi apa gunanya cantik kalau tidak beradab dan tidak tahu ke dapur. Jaga imej sakan tapi suami tidak prihatinkan." Pesan Allahyarhamah emak saya ini memang saya ingat sehingga ke saat ini.

Tidak pandai memasak? Boleh sahaja tanya pakcik google. Tengok you tube pun bagus. Tetapi usahlah terlalu ditonjolkan kebodohan sehingga mengaibkan pasangan atau diri sendiri walau sekadar gurauan. Lagi-lagi bahan makanan. Allah dan Rasulullah S.A.W junjungan mulia kita amat melarang perbuatan mencela fizikal, mencela makanan dan minuman. Apa pun, jagalah kesihatan. Jangan sudah sakit nanti barulah mencari ubat-ubatan. Sayang sangat-sangat Allahyarhamah emak saya. ❤

Sebenarnya saya lebih suka menegur secara personal. Nanti lapang saya kongsikan juga beberapa kejadian influencer terkenal yang block saya hanya sebab takut pada bayang-bayang dan iya mungkin kesilapan saya sendiri sebab saya terlalu berani menegur mereka secara terus terang. Boleh jadikan sebagai pengajaran untuk kalian terus gah berada di laman sosial.

Sangat mengalu-alukan teguran dari kalian semua secara terus DM jika saya berbuat silap. Makan daging mentah memang sedap jika dibuat secara berjemaah. Kesannya itu akan kekal lama dalam jiwa dan akhirnya memburukkan diri sendiri. Tinggalkan ia.

Semoga Artikel Tinggalkan Apa Yang Meragukan Dan Tidak Bermanfaat Kepadamu ini memberi manfaat untuk semua pembaca BlogiEta.com.

Usah disebabkan isu kepuakkan penulisan di Blog kita terus dimatikan. Rugi beb rugi. Sebab Blog boleh menjana kewangan untuk jangka masa yang panjang. ❤ Pesan Puteri Nur Cahaya @ Cikgu IEta

Salam sayang
Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta.
Mohon maaf ya. 🤝

ARTIKEL BERKAITAN



4 comments:

  1. saya juga memilih untuk tinggalkan perkara yang saya rasa tak beri manfaat. Alhamdulillah lepas fikir mendalam saya yakin tindakan saya betul.

    ReplyDelete
  2. Serius entri ni bila baca satu persatu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab insya memang sangat serius apa yang sebenarnya realiti terjadi pada diri sendiri. Hehehe

      Semoga bermanfaat. Teruskan menulis. ❤💪

      Delete

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, amalan syirik khurafat dan ajaran sesat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak terus. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus.

Rules saya :
1) Saya tidak memberi sedekah secara online.
2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.
5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapkan borang diberi.

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁

Featured Post

Maklumat pelajar bukan untuk dijual