CARI DI SINI

06 August 2020

PERLU KE MINTA IZIN SUAMI?

PERLU KE MINTA IZIN SUAMI?

Uish, usah dipertikailah ayat

"Saya minta izin suami saya dahulu ya."

Walaupun duit kita dapat tu hasil kerja dan duit kita, hormat suami dengan minta izin dari suami. Dari situlah datangnya keberkatan apa sahaja kita buat tahu?

Usahlah mendabik dada sangat menghina sesiapa yang suka minta izin dari Suami.

Dahulu Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta ini pun pernah bersetuju pada yang sindir-sindir customer ni. Tapi selepas fikirkan, salah satu punca keberkatan dalam berniaga, bekerja dan rezeki itu datangnya dari keizinan dan keredhaan Suami, saya sudah kurang enjoy dengan pendapat itu. Kena jaga oih keberkatan dari Tuan Suami tu. 😁


BOLEH KE MENGUMPAT CUSTOMER?

Sebenarnyakan, tidak elok tahu kita mengumpat menyindir customer. Itulah antara puncanya customer akan lagi menjauhi kita. Bukan hanya menjauh sebab rupa atau bau sahaja. Mengumpat customer, ini pun antara punca customer menjauh dari kita. Orang akan hilang respect terus. Mungkin juga akan berkecil hati dengan kita.

Tapi kalau kita tu artis, jerung atau otai di laman sosial, its ok. Suka hatilah naj. Mak tak kisah. 🤣


KENAPA CIKGU iEta TULIS MACAM NI?

Sebab saya pun berniaga. Berniaga ni hobi saya. Sambilan untuk isi masa lapang. Samalah juga dengan menulis. Dua-dua ni hobi. Sebab dari kedua-dua hobi inilah saya selalu dapat duit.

Video ni saya ambil sebelum 6/9/2021. Pada tarikh ini, barulah termaterai kerjasama saya antara saya dan Puan Maz bersama dua orang lagi rakan kongsi sebagai business partner. Alhdulillah rezeki di luar jangkaan Allah beri kepada saya.

Saya pun customer yang berjaya juga tau. Berjaya membeli-belah dari kalangan rakan-rakan di laman sosial saya. Tahu-tahu sahaja terima whatsapp nak beli. Tahu-tahu je terima whatsapp nak belajar. Tahu-tahu je, eh ada dalam group ni. Peduli apa kan? Ada duit, belilah. Ada duit belajarlah. 😆

Sama juga dengan yang join program saya atau membeli produk-produk niaga saya. Kadang mereka tidak like tidak add pun saya di facebook, tidak follow pun saya di Instagram. Tahu-tahu sahaja terima whatsapp,

"Puan saya dah payment." Hah best gila dapat Customer dan Client macam ni tau. 😅😁.

Off course saya sokong pendapat perlu minta izin dari suami. Sebab saya pun buat apa-apa memang sudah menjadi amalan, beritahu dan mesti minta izin dari suami. Walaupun hendak pergi coaching client Usahawan, menulis entri Blog supaya tidak tersasar landasan penulisan. Walaupun erima Job Client di Blog, buat kursus, terima jemputan Client dan pergi berniaga apatah lagi lah hendak membeli apa sahaja.

Nak makan, nak kencing nak ke tandas tak adalah minta izin. Agak-agaklah pun kan? 😅

Redha Suami adalah syurga dan kejayaan seorang isteri. Pedulilah apa orang nak kata pun. Mesti minta izin. Sebab saya sendiri sangat hormatkan suami. Lebih mudah suami saya izinkan sebab Suami saya tahu sterinya ni mendahulukan dia dan menghormati dia. 😁



Inilah masakan paling mudah dan sempoi bila hendak cepat dan ada banyak urusan peru dilakukan. Tapi kadang tu beli sahaja. Cari kedai yang tidak masak dengan ajinomoto. Sakit kepala rambut gugur tau jika terlalu banyak makan ajinamoto. Bahaya untuk kesihatan. Ha, keluar tips lagi. 😄


Perlu ke minta izin suami? Ya, memang perlu.





2 comments:

  1. salam kenal, entry ini publish time birthday saya. teruskan blogging yaaa :)

    ReplyDelete
  2. Perkongsian terbaik. Seorang isteri mestilah minta izin suami dulu sebelum nak buat sesuatu. Siapa yang tak setuju perlu disekolahkan.

    Tarik nafas, hembus nafas, masuk/keluar tandas tu tak jadi masalah kalau tak minta izin suami kecuali suami jahil haha.

    ReplyDelete

Hanya komen berkaitan entri dan bukan iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

Jika mesej atau email saya terus nyatakan,
1) Nama.
2) Dari mana tahu saya.
3) Dari channel mana
4) Tujuan mesej
Sebab saya ada banyak channel.

Rules saya :
1) Nak minta sedekah saya tak bagi online ni.
2) Jangan buang masa saya dengan mengumpat, cerita tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Setakat beri salam senyap jangan mesej saya.
4) Setakat nak bersembang kosong jangan mesej saya.
5) Nak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Saya beri borang lengkapkan.

Terima kasih 😊
Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta
Suri Rumah Sepenuh Masa,
Freelance Blogger & Social Media Expert Coach

Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁

Terima kasih sudi singgah dan komen

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA





AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM






TULIS CADANGAN ATAU PERTANYAAN DI SINI

Name

Email *

Message *