CARI DI SINI

21 July 2021

Panduan buat IC hilang di JPN

Panduan buat IC anak di JPN.

21 Julai 2021.

Panduan buat IC hilang di JPN, IC hilang, surat beranak hilang, sijil kelahiran tercicir, saja menulis, Puteri Nur Cahaya, Cikgu ieta
Dalam JPN. Sempat selpiaq. 😄


Siang tadi saya ke JPN urusan IC dan sijil lahir anak tercicir. Diminta salinan photostat IC saya. Kena bayar RM0.50. Saya cakap, 

Lah, kenapa tak maklumkan awal? Di rumah saya berlambak salinan IC saya dah buat. Lainkali maklumkanlah lengkap mudahkan saya". Pegawai terdiam dan malas nak cakap banyak bayar sahajalah. 

Lagipun ini sudah kali ke empat dah saya ke JPN. Kali pertama untuk buat sijil kematian Almarhumah Abah saya meninggal pada 1/4/2021. Urusan pusaka memerlukan sijil kematian original. Tidak dapat buat. Kena buat temujanji online. Dapat tarikh 10/7/2031. 

Malas hendak tunggu lama saya ke JPN Shah Alam ambil terus sijil kelahiran saya yang juga hilang. 

Masa ni kereta masuk Bengkel. Punyalah dugaan. Di pertengahan jalan kereta jem betul-betul di traffic light PPR Bangsar. Dengan izin Allah, minta dipermudahkan akhirnya sampai ke JPN Shah Alam dengan selamatnya. Selesai urusan sijil kematian Almarhum Abah dan ambil sijil kelahiran saya. Hendak balik, kereta jem! 

Ah sudah! Terpaksa panggil towing. Terbang RMtiga ratus lebih. Tak apalah. Asalkan dapat boleh proses cepat urusan pusaka. 

Berbalik kepada usuran IC dan sijil kelahiran anak, baru ni Pegawai JPN menghubungi saya dan minta hadir ke JPN. Saya beritahu sudah selesai urusan sijil kematian Almarhum Abah dan sijil kelahiran saya. Tapi hendak buat urusan sijil kelahiran anak dan IC yang tercicir pula. Diminta hadir pada 10/7/2021. Saya pergi tapi tertera di pintu sistem breakdown. Balik sahajalah.

Pagi ni JPN menghubungi saya dan minta hadir lagi. Saya dan anak pun pergi. Alhamdulillah semua urusan Allah permudahkan. Semasa membayar, saya diminta guna debit atau credit card. Masa beli cover IC dan sijil kelahiran diminta cash. Saya tanya, 

Aik? tadi kata guna epay. Ni minta cash pula?" Pegawai berkaitan beritahu, 

Yang ni memang tak masuk sistem macam ala-ala runcit je". Saya hanya TERkata, 

Ooo macamtu pula ya?". Tak kisahlah. Janji selesai urusan penting hari ini. 

Tak bawa resit sendiri. Tidak boleh sahaja buat sekadar untuk rekod perbelanjaan harian. 

Selepas itu kami bedua ke AEON. Di sini kakitangan AEON minta update My Sejahtera. Sebab tadi di JPN guard askar ajar saya cara kemaskini nama anak jadi sudah update tambah nama anak. Maka mudahlah kerja. Kami terus masuk beli pencuci muka anak dan getah rambut sahaja. 😄

Panduan buat IC hilang di JPN, IC hilang, surat beranak hilang, sijil kelahiran tercicir, saja menulis, Puteri Nur Cahaya, Cikgu ieta
Masuk AEON nak beli ni sahaja. 😁



Perbelanjaan di JPN

Sijil kelahiran              = RMlima
Denda IC hilang         = RMsepuluh
Cover IC                      = RMsatu (Tiada resit).
Cover Sijil kelahiran  = RMtiga (Tiada resit).
Photostat IC saya     = RMlima puluh sen (Tiada resit).
Jumlah keseluruhan = RMsembilan belas dan lima puluh sen sahaja.

Semoga Panduan buat IC hilang di JPN ni bermanfaat untuk semua Ibu Bapa ya. 

2 comments:

  1. terima kasih perkongsian nie kak ieta. Last pergi sana buat ic baru lama dah rasanya sebab ic hilang haha

    ReplyDelete

1) Komen anda ditapis. Hanya komen berkaitan entri dan bukan iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.
2) Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁

Terima kasih sudi singgah dan komen... ^__^

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA





AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM






TULIS CADANGAN ATAU PERTANYAAN DI SINI

Name

Email *

Message *