CARI DI SINI

08 October 2021

Kau jangan ambil kerja tuhan

Kau jangan ambil kerja tuhan

Selamat datang ke Blog Kisah Cikgu iEta. Terima kasih sudi follow Blog saya. Saya bukan gang akhir zaman atau gang teori konspirasi. Tak ada kaitan langsung dengan gang merepek merapu paranoid hal akhir zaman ni. Saya bukan perawat. Saya bukan guru silat dan bukan guru ilmu kebatinan ya. Saya tiada kaitan dengan Ibu Yati, Ayah Pin mahupun Masitah Ab-Jalar yang hangat diperkatakan. 


Apa barang Almarhumah Emak dan Almarhum Abah saya hantar saya mengaji di Pondok jika hendak hidup sebagai orang yang sesat? Apa barang saya belajar Sains serta Pendidikan (Pengajian) Islam jika tidak beramal dengan Al-Quran barai iman bertekak dengan gang isim paranoid akhir zaman dan teori konspirasi? Buang masa buang duit sahaja. Baiklah saya promote biskut homemade dan kudapan dibuat oleh asnaf bantu mereka. Ini lebih berfaedah. 🥰



Siapa Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta

Bersihkan nama, Puteri Nur Cahaya, Cikgu iEta, mangsa fitnah, Kau jangan ambil kerja tuhan, ghibah, fitnah, lazat, kerja Allah,


Saya ni hanyalah Penulis Blog KISAH Cikgu iEta dan beberapa Blog saya yang lain. Nama pena saya, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Saya seorang Freelance Blogger bermula tahun 2006 dan Social Media Expert Coach bermula tahun 2015. Saya ada silibus saya sendiri berkaitan Blog.

Saya mantan Guru di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan juga mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Saya juga penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2016. 

Ya memang saya pernah sakit. Saya ni bekas pesakit kronik Slipped Disc 10 bulan. Alhamdulillah dengan izin Allah sudah sembuh dengan sendirinya pada 13/9/2020. Sembuh tanpa ubat. Tidak perlu suntikan dadah steroid, tidak perlu suntikan Voltaren dan tidak sempat pun masuk dalam kolong cek tulang belakang saya.

Bermula 6/9/2021, saya bersama rakan-rakan kongsi saya menjadi Pembekal biskut homemade dan kudapan. Produk yang dibuat  sendiri oleh asnaf. Setiap pembelian, RM1 disedekahkan kepada surau, masjid dan frontliner makan.


Tuduhan, fitnah dan tohmah sesat.

Inilah ayat yang Tuan Guru saya minta saya tanya kepada semua mereka yang menuduh saya sesat. 😌

Bersihkan nama, Puteri Nur Cahaya, Cikgu iEta, mangsa fitnah, Kau jangan ambil kerja tuhan, ghibah, fitnah, lazat, kerja Allah,
Soalan kepada gang paranoid akhir zaman teori konspirasi gila isim keturunan dan isim makrifat. Apa barang jadi lelaki jika hentam saya seorang wanita isteri suami saya di facebook dan group sahaja bersemuka dengan suami saya semuanya penakut belaka. Shame of you all. 🙈


Usah jadi paranoid (taksub) terhadap apa juga fahaman, pegangan dan teori hingga isim (mereng) berhalusinasi sendirian. Lebih-lebih lagi perkara berkaitan akhir zaman, imam mahdi dan nusantara. Kelak merana diri dan barai iman terpesong aqidah. Hati-hati dengan sebarang hasutan dari penyamaran. Diserang machai cybertrooper paranoid yang isim itu biasa. 🤭😝 
Kau jangan ambil kerja tuhan". Kata Kak KM.

Saya setuju. Soalan saya,

  1. Kita ni siapa nak judge orang? Amalan kita sudah cukupkah sibuk nak judge berkat tak berkat rezeki orang?
  2. Confirm dah ke kita ni masuk syurga atas amalan yang kita lakukan di dunia sibuknya kita dengan hal orang?
  3. Adik-beradik, pasangan dan anak termasuk anak saudara kita dah kita suruh menutup auratkah yang kita nak sibukkan hal orang?
  4. Kita ni, solat kita sudah cukup sempurnakah kita sibuk hendak judge orang?

Sebab tu saya selalu berpesan, 

  1. Jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.
  2. Jaga kerjaya sendiri, jaga amalan sendiri, jaga amal jariah sendiri cukup. Tak perlu sibuk hal orang. Kecuali orang kacau kita seperti saya ni ha. Mestilah saya membela diri saya.

Ini semua kesimpulan selepas saya dighibah  dan difitnah si gila isim kuat meroyan sedunia. Sudah kantoi penyebar amalan menyimpang dari aqidah, berterusan mereka semua sebarkan tohmahan dan fitnah saya. Kesian penakut dan bacul semua mereka. Wakakka. 🤭😄


Ramai sibukkan hal saya.

Hurm. Sudah menjadi public figure rupanya saya ni. Alhamdulillah. Terima kasihlah viralkan saya ya wahai isim keturunan semua. 🤭

Bersihkan nama, Puteri Nur Cahaya, Cikgu iEta, mangsa fitnah, Kau jangan ambil kerja tuhan, ghibah, fitnah, lazat, kerja Allah,


Ramai betul sibukkan hal saya ni. Sibuk betul tanya macam-macam hal saya. Cubalah rajin-rajin membaca blog saya ni ha. Penat nak ulang banyak kali cerita kisah saya. Baca jangan tak baca. Adoilah hai. 🤦🏻‍♂️🥴

Maaflah ya semua yang menyibuk mesej saya, merepek dan merapu. Semuanya saya sudah malas melayan. Buang masa saya sahaja buat apakan? 

Kalian sibukkan beramal dan jaga keluarga kalian lebih baik daripada sibukkan ambil tahu hal diri saya yang terang lagi nyata sudah bersuami, ada anak lima, mula kembali berniqab sebab saya selesa. Saya gembira dengan kehidupan saya selain isi masa lapang berniaga sambil beramal saya juga adalah Freelance Blogger dan Social Media Expert Coach

Banyakkan berselawat dan beristighfar lebih baik daripada berghibah (mengumpat), menyebarkan fitnah dan berprasangka terhadap saya atau orang lainnya. Hati-hati na setiap perbuatan dicatat oleh malaikat Raqib dan 'Atid di kiri dan di kanan. 


Ada lagi yang isim gila meroyan.

Ingatkan senyap dah. 09/10, saya diberi lagi screenshot hal lima minggu lalu. Rimasnya saya. Saya diam sahajalah. Malaslah hendak ambil peduli apa kata si isim gila semuanya.

Begitulah bila orang mengharapkan Jabatan agama panggil saya tapi sampai sekarang ni mereka semua relax sahaja. Bila orang masih sibuk meroyan hal saya tapi saya masih bisa bertahan dan relax sahaja. Maka saya pun hendak ketawa berguling-guling rasanya. Kahkahkahkah! Itulah dianya 2 ekor jantan kelahiran Kelantan gila isim keturunan. Jemballah sangat. Padan muka seekor sudah disound oleh alam sana. Seekor sudah dipanggil PDRM. Kah! Yang nyatanya kedua-duanya tukang sebar perbualan sekerat jalan saya dengan mereka berdua tu, kurang kasih sayang sebenarnya kedua mereka. 🥴 

"Akulah juara kerana kamu masih memikirkan hal aku sahaja." Me, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu ieta

Saya tidak ada masa hendak kisahkan hal mereka semua. Saya sibuk weh sibuk. Sibuk dengan rakan-rakan kongsi saya membekalkan biskut, kuih raya, kerepek dan bahulu dibakar dengan arang. Sale dahsyat. Biarkanlah mereka haih hendak teruskan permainan dengan alam sana atau hendak paranoid gang akhir zaman teori konspirasi. Biarkan PDRM pantau mereka. Hendak sangat ke dalam ugut dan bual bicara lagi hal saya? Kah! Ada saya kisah wahai semua isim keturunan. Tidak pun. Saya gembira sahaja dengan kehidupan saya. Saya terus hidup juga. 

Setakat ni Jabatan Agama Islam tidak seorang pun memanggil saya. Alhamdulillah kehidupan saya semakin selesa, sentiasa gembira di samping keluarga saya dan rezeki di luar jangkaan terus mengembangkan perniagaan bersama business partner saya. 😊

Jangan buang dan membazirkan masa anda. Berehatlah daripada sibuk memikirkan hal saya. Kalau membantu membersihkan nama saya bagus juga. Ini masing-masing hanya jadi tukang tengok sahaja. Seorang pun tidak kisah hendak membantu membela saya. Alhamdulillah Suami dan anak-anak saya semua faham dan sentiasa menyokong saya.

Kau jangan ambil kerja tuhan kerana kau bukan tuhan dan tidak layak menjatuhkan hukuman.

Bersihkan nama, Puteri Nur Cahaya, Cikgu iEta, mangsa fitnah, Kau jangan ambil kerja tuhan, ghibah, fitnah, lazat, kerja Allah,
Baguslah kalau sudah sedar, nampak dan faham. Dua-dua saya block sebab masing-masing berprasangka dan biadap terhadap saya. Tak apalah tiada rakan ramai di facebook pun. Jika ramai tu, hanya pentaksub, suka berprasangkap terhadap saya atau macai cybertrooper gang paranoid akhir zaman teori konspirasi yang tidak beradab. Masing-masing sudah barai iman dan aqidahnya. http://bit.ly/2W3pG5Q 


Bersihkan nama, Puteri Nur Cahaya, Cikgu iEta, mangsa fitnah, Kau jangan ambil kerja tuhan, ghibah, fitnah, lazat, kerja Allah,
Macai cybertrooper gang paranoid akhir zaman teori konspirasi yang tidak beradab

Bersihkan nama, Puteri Nur Cahaya, Cikgu iEta, mangsa fitnah, Kau jangan ambil kerja tuhan, ghibah, fitnah, lazat, kerja Allah,
Macai cybertrooper gang paranoid akhir zaman teori konspirasi yang tidak beradab


Ya. Channel saya Panji Alam Nusantara itu khusus untuk saya kongsikan perkara berkaitan scammer, penganiayaan lebih-lebih lagi bab aqidah. Saya tak kelapaq followers dan likers. Semua tu saya sudah dapat sebelum saya kembali aktif di facebook saya atas urusan perniagaan t.me/dunianiagaietaenterprise 😊



Makluman.

Jika anda ingin saya review produk, syarikat anda atau anda ingin menjemput saya untuk beri ceramah atau seminar berkaitan social media atau zero cost online marketing, sila email kisahcikguieta@gmail.com ya. InShaaAllah marketing adalah bidang kepakaran saya yang sudah lama saya buat secara sambilan untuk mengisi masa terluang saya.

Tempahan produk biskut homemade dan kudapan dibuat oleh asnaf, bolehlah Direct Message (DM) saya ya. Klik sahaja perkataan berwarna biru itu. Terima kasih. Harap maklum. 😊🌹



Penulis bernama pena,
Suri Rumah Sepenuh Masa yang isi masa lapang sebagai Freelance Blogger, Social Media Expert Coach. Pembekal biskut homemade dan kudapan dibuat oleh asnaf.

No comments:

Post a Comment

Hanya komen berkaitan entri dan bukan iklan sahaja disiarkan. Harap maklum.

Jika mesej atau email saya terus nyatakan,
1) Nama.
2) Dari mana tahu saya.
3) Dari channel mana
4) Tujuan mesej
Sebab saya ada banyak channel.

Rules saya :
1) Nak minta sedekah saya tak bagi online ni.
2) Jangan buang masa saya dengan mengumpat, cerita tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Setakat beri salam senyap jangan mesej saya.
4) Setakat nak bersembang kosong jangan mesej saya.
5) Nak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Saya beri borang lengkapkan.

Terima kasih 😊
Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta
Suri Rumah Sepenuh Masa,
Freelance Blogger & Social Media Expert Coach

Ingin beriklan? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya 😁

Terima kasih sudi singgah dan komen

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA





AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali. HARAP MAKLUM






TULIS CADANGAN ATAU PERTANYAAN DI SINI

Name

Email *

Message *