Kemarahan meletus juga akhirnya

Kemarahan meletus juga akhirnya.

Memang
Nak marah tapi kena sabar
Nak marah tapi kena sabar.

Tapi dah marah dah pun. 🤭

Appointment buat semalam.
8;45 pagi saya sudah sampai.
Jam 11:03 am baru maklumkan tidak boleh buat servis aircond? 

Apa yang korang buat berapa jam tak siap lagi ni? Buang masa saya tunggu lama di sini. Mana manager?" Saya tanya.

Manager dah keluar" melilau mencari, itu akhirnya dijawabnya.

Tak boleh pukul orang, tampar dinding sahajalah.  Terlepas tinggi juga suara marah. Bila jenis tak pandai marah. Menggigil oi. Air mata meleleh dah. Ambil kunci tak mahu dengar sebarang alasan terus blah. Baru sahaja puji sebelum Raya hari tu. Siapalah manager Perodua AU5 ni? Staffnya Ya Allah. 👎 service. Terkial-kial. 🤦

Sabar kak sabar kak". Kata seorang tua.

Kau duduk sahaja di depan meja. Tidak berbuat apa-apa. Masa itulah baru kalut pegang handphone buat-buat hendak call siapa entahlah. 

Dalam keadaan pegang tongkat kaki masih injured. Syukurlah tidak melayang tongkat kepada sesiapa. Saya ni memang benci marah-marah. Tuan Guru pesan, marah tu pun iblis juga. Tapi kalau sudah menunggu lama akhirnya kerja tidak juga siap menyirap jugalah. Sudahlah injured berkejar hendak ambil anak-anak sekolah. Harapkan aircond diservis, aircond pula tidak diservis. Lambat maklumkan pula. Haish. Sia-sia belaka masa terbuang begitu sahaja. 

Bercakap itu mudah,
Bila cuba kawal marah;
Uish memang payah jugalah,
Memang tidak akan pergi situ lagilah.

🤣🤣🤣 
Babi lalu melintang patah
Kahkahkahkah

Memang saya mengamuk betul masa tu. Peduli apa semua orang yang ada. Melampau sungguh. Manager tiada. Tidak, memang saya suruh pecat staff itu immediately. Lalai. Kesilapan berbeza. Tapi ini sudah kali ke dua staff itu careless.


Begitulah kisah bila kemarahan meletus juga akhirnya. Sabar banyak-banyak ya.




Sekian. 
11/5/2022, 12:04 tengahari (Masjid).

Penulis Nama pena
  • Pemilik Dunia Niaga iEta Enterprise.
  • Suri Rumah Sepenuh Masa multi tasking person, isi masa lapang sambilan sebagai Freelancer, Lifestyle Blogger, Marketer dan Social Media Coach 
  • Lulusan Pondok 4 Thanawi, Institute of Information Technology Cosmopoint (KLMU) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Space.
  • Mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di tahun 2016. Meletakkan jawatan sebab kronik slipped disc. Alhamdulillah sembuh dengan izin Allah tanpa suntikan steroid tanpa pembedahan.
  • Anti ajaran sesat (sihir, syirik, khurafat) doktor perawat Guru Silat Seni Gayong Makrifat, Guru Silat Seni Gayong Malaysia dan Harimau, Coach pengamal silat selimpang merah, tenaga pengajar Silat Seni Gayong Fatani Putrajaya kurang ajar, tenaga pengajar Silat 7 Langkah kurang ajar dan gang gila isim paranoid akhir zaman teori konspirasi mainstream (PDRM maklumkan mereka ini psikik dan scammer penunggang agama).


Makluman.

Review produk atau syarikat sila email kisahcikguieta@gmail.com. Jemputan perkongsian hal-ehwal social media dan zero cost online marketing tekan sini. Terima kasih. Harap maklum. 😊🌹



Comments

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), ajaran sesat (sihir, syirik dan khurafat) dan kumpulan gila isim jahil murokkab.

Semua amalan menyimpang dari akidah Islam saya tolak. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus. Memaki dan mencarutkan saya? Saya sekolahkan adab pakej maki free.

Rules saya :
1) Tidak beri sedekah kepada scammer online.
2) Tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tidak suka dan tidak mahu dengar.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.

https://linktr.ee/PuteriNurCahayaCikguiEta

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum.

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya.