08 June 2022

Isu pindah ruh pada masyarakat awam

Isu pindah ruh pada masyarakat awam


Saya telah ditag banyak kali isu perpindahan ruh. Jadi saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya. Mungkin tidak ramai yang perasan setiap perkongsian saya pasti motif saya adalah jauhi ajaran sesat. 

Siapa saya? Baca di sini (klik).

Ruh, ruh urusan Allah, Syeikh Muhd Zainul Asri, kekeliruan, keliru, jaga aqidah, puteri nur cahaya, cikgu ieta, mangsa fitnah, mangsa aniaya
Jaga aqidah, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut". Ini antara pesanan saya kepada mereka yang fitnah saya sebelum mereka tularkan saya di media sosial. 

Ruh adalah rahsia Allah. Tidak perlu kita mengkaji hal ruh. Cukup setakat apa dikhabarkan dalam Al-Quran itu sahaja pengetahuan kita. Yang perlu kita dalami, hadamkan pemahaman kita adalah tentang sifat 20 sampai mania orang tanya apa pun kita boleh jawab bab tauhid ni". Ini pesanan Tuan Guru saya.

Sudah lama beliau berpesan sedemikian selepas saya ceritakan kenapa saya difitnah diviralkan oleh gang ajaran sesat. 


Sekali lagi, RUH URUSAN ALLAH. Saya tidak membela sesiapa. Cumanya, istilah berkaitan ruh ni memang ramai yang terkeliru. 
  1. Pindah ruh. 
    • Ini banyak berlaku pada jasad seseorang yang sedang tidak sedar atau koma. Walaupun bersifat sementara, amat bahaya.
  2. Reinkarnasi (kelahiran semula).
    • Ini merepek. Tiada dalam Islam. Ianya istilah hindu sebelum kedatangan agama Islam.
  3. Ruh tumpang jasad.
    • Ini lagi bahaya. Boleh bawa kesurupan. Contoh, ritual kebudayaan kesenian melibatkan tarian bermantera.
    • Doktor Perawat guru silat kurang ajar jadikan peserta kursusnya perantara mereka dan rakan-rakannya bercakap dengan leluhur jin.
  4. Meraga sukma.
    • Ruh keluar masuk ke dalam jasad. Tapi bukan kerasukan. Hanya ikut arahan perawat untuk proses merawat. Hanya yang betpegang kepada Tauhid sahaja tidak menyesatkan kita.

REINKARNASI

Saya sentuh isu ini sedikit sahaja.
  1. Korea dan cina sudah lama dan banyak buat filem sebegini. Majoritinya bangsa Melayu mengaku Islam, sebar filem action sebegini.  Tiada siapa pun yang pertikai.
  2. Filem mereka kebanyakannya meletup. Jadangkala saya pun tonton. Saya suka filem aksi begitu. Saya kan anak pesilat seni Gayung Malaysia. Jadi saya memang peminat aksi seni bela diri. Cuma saya tidak pernah belajar ilmu silat pun. Ilmu alam ghaib mistik pun lagi lah saya tidak berminat. Memang tidak pernah belajar. 
  3. Tetapi bila ada asatizah bercerita bab ruh, ramai kuat melatah berterusan menghentam guru-guru itu sesat. 
  4. Saya yang tidak pernah buka cerita pun sudah difitnah pembawa ajaran sesat sedangkan soal-jawab pendakyah ajaran sesat gila isim dengan saya sahaja yang cuba korek rahsia dari saya. Yang percaya hanyalah sidungu yang kurang ilmu. Kelakarkan? 🤣
Sebab itulah PDRM nyatakan kepada saya sewaktu saya buat laporan si gila isim sesat lagi menyesatkan awam, fitnah saya perkara ini Kerajaan tidak buka kepada umum. Boleh faham ya. Saman ke atas mereka akan saya lakukan selepas selesai urusan kemasukan universiti anak saya.



Berkaitan isu YBhg Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (TGSMZA), Tuan Guru saya kongsikan video ini pada 8/6/2022. Saya fahamkan, TGSMZA CERITA itu dalam ceramah tertutup beliau tentang apa yang gurunya naqalkan (beritahu) kepada beliau. Bukan beliau mengaku. Ada yang sebar video itu. Maka terjadilah fitnah. 

Isu yang timbul membuatkan saya lebih suka ambil tahu siapa beliau ini. Jika saya rajin saya kongsi. 



PERTIKAIAN BUKU KHABAR DARI ALAM BARZAKH

Ruh, ruh urusan Allah, Syeikh Muhd Zainul Asri, kekeliruan, keliru, jaga aqidah, puteri nur cahaya, cikgu ieta, mangsa fitnah, mangsa aniaya, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Bagus apa mengingat mati

Ruh urusan Allah usahlah dikaji
Baik lagi buka Quran duduk mengaji
Dilarang bercakap di perkuburan salah fahaman
Baca tahlil kepada yang hidup diberi peringatan

Kurang adab kurang ilmu asyik mempertikaikan
Amalan sudah kebiasaan jadi kelaziman
Serupalah bersanding adat hindu dipertikaikan
Bab adab jaga aqidah jauhi syirik tidak dipedulikan

Buku ni bagus untuk mengingati mati
Ingat mati itu bagus insofkan hati
Belajar tanpa berguru ambil sekerat jalan
Salah fahaman ramai tersesat di tengah jalan

Cerita dalam buku wajiblah berguru
Bungkas fahaman sesat sendiri melulu
Gila isim halusinasi merepek sudah tentu
Pengalaman sendiri guru terbaik kata Guruku 

Dunia ini bukan semua orang bijak
Yang ramai ada bercakap kuat menempelak
Tin kosong bercakap menulis berlagak bijak 
Bangga ego asyik tunjuk lagak.

Ustaz Ahmad Dusuki ni ayahnya
bukan kaleng-kaleng orangnya
Bapa saudara Ustaz ni alim Ulamak juga
Mereka ni beradab sopan berbudi-bahasa

Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta

17 Jun 2022, 3:10 pm

Rumahku syurgaku


ASATIZAH BERKONGSI CERITA

  1. Asatizah berkongsi cerita dari kitab-kitab muktabar dan Al-Quran. Yang tidak berpengalaman, kurang ilmu malahan kurang adab, marah-marah tuduh mereka sesat.
  2. Tapi bila korea buat filem ruh masuk ke jasad lain. Pentaksub kongsi merata. Tiada siapa berkata apa-apa. Alchemy of soul sungguh. Kahkahkahkah! 🤣🤣
  3. Doktor Perawat ajaran sesat fitnah saya asyik sebar ilmu leluhur (karuuhun) jin dan amalan sesat Gerakan New Age siapa pun buat tidak peduli. Asatizah dan Ulamak bercerita sibuk dipertikaikannya.
  4. Saya sudah banyak kali pesan, jangan kaji bab ruh. Usah kaji tentang leluhur atau minta dibuka hijab (pineal gland) Hendak dikaji juga. Tapi semakin jahil, korek rahsia bila minta personal life coaching rupanya semakin tidak faham. Akhirnya pertikai pelbagai. 
  5. Sudah tulis di atas tu maksud Reincarnation dan ruh masuk ke jasad tu satu perkara lain. Kelakarlah segelintir manusia ni. Ilmu tin kosong tapi asyik mempertikai ceramah dan penulisan  alim ulamak.
  6. Bila Asatizah bercerita, ramai ilmu tin kosong sibuk pertikai. Doktor Perawat Guru silat Seni Gayung Makrifat Gombak bawa ilmu sesat dalam kursus bab leluhur jin, ESQ 165, Guru ajar silat Harimau Silat Seni Gayung Malaysia di Ampang Jaya, 7 langkah di Perak, Guru ajar Seni Gayung Fatani di Putrajaya sesat lagi gila isim dan Motivator Penceramah bebas memesongkan aqidah semuanya pembawa ajaran sesat Gerakan New Age memesongkan aqidah ramai tidak pula nasihatkan. 
  7. Motivator, Coach, Pengacara, Konsultan, psikatris sanggup membela mereka yang sesat ni. Hingga ada pengerusi kumpulan menyatakan aqidah tidak penting dalam kumpulan kalangan mereka. Jahil murokkab sungguh. Adab masing-masing ke laut. 
  8. Asyik mengelirukan awam. 🙄

KES JENAYAH CYBERBULLY BODY SHAMING AQIDAH SAYA.
  1. Saya nama pena Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta dianiaya dan dizalimi gang ajaran sesat pengamal amalan kebatinan dan kerohanian ritual Gerakan New Age. 
  2. Kes saya ni sudah menjadi kes polis ya. Psikik scammer penunggang agama yang tidak beradab telah fitnah saya antaranya mereka manipulasi, putar-belitkan perbualan soal-jawab semasa saya dalam kekeliruan seolahnya saya mengaku perkara tidak masuk akal Muslim dengan cara yang amat biadap serupa orang yang sudah murtad akibat mereka terlalu taksubkan alam ghaib dan perkara akhir zaman teori konspirasi. Boleh baca DI SINI dan DI SINI.
  3. Kekeliruan berlaku akibat perbuatan Guru-guru silat yang sesat, saya termasuk ke alam separanormal dan terima perkhabaran dari alam sebelah sana. Saya dikhabarkan dan diceritakan oleh alam sebelah sana sehingga saya jadi keliru. Alhamdulillah saya tidak berhalusinasi dan tersesat seperti yang lainnya. 
  4. Merata saya bertanya hendakkan kepastian. Akhirnya jadi fitnah sebab saya telah bertanya pada orang-orang yang salah lagi kuat berhalusinasi. Saya mencari guru untuk tahu kenapa saya sakit slipped disc dan kenapa Almarhum Abah saya sakit, terjumpa guru-guru yang sesat buat perkara sihir, syirik dan khurafat. 
  5. Saya tidak sebar apa saya telah alami. Jika saya cerita apa saya sudah alami sendiri mesti orang anggap saya sesat. Sedangkan saya tidak buka cerita pun gang gila isim itu manipulasi perbualan soal-jawab mereka dengan saya. Jika saya buka cerita, lagi bertambahlah fitnah. 
  6. Sebab itu bila saya ditag saya banyak diam. Belajar tidak mengumpat. Bahaya buka cerita mencarik adat jika tiada fakta soheh berlandaskan Al-Quran dan hadith. Lebih baik usah keluarkan apa jua kenyataan berkaitan.
  7. Antara fitnah dilemparkan terhadap saya adalah berkaitan apa yang telah dibuka oleh TGSMZA ini. Alhamdulillah bermula 25/8/2021, saya sudah ada Tuan Guru. Apa sahaja saya rujuk beliau. Tidaklah saya keliru lagi. 
  8. Semoga mereka yang fitnah saya beroleh taufiq dan hidayah kembali. Kompromi tidak sama sekali. Aku dengan jalanku dan kamu sila ikut jalan kamu. 

NASIHAT SAYA,
  1. Usah bercakap bab agama, adab, motivasi atau menasihati jika tidak tahu kisah dari mulanya. Sendiri pun kurang adab dan tiada ilmunya. Akan barai aqidah akhirnya. Waspadalah selalu dengan kegelinciran iman dan aqidah kita Ahlus Sunnah WalJama'ah.
  2. Hormat. Kita ini kurang ilmu, lebih baik diam dari berkata-kata. Perkara mencarik adat. Tidak ramai yang faham dan bukan semua orang mengalaminya.
  3. Kita belajar hormat orang lebih alim daripada kita. Bila menegur hendaklah kita menjaga adab jika mahu orang hormatkan kita. 
 
Ruh, ruh urusan Allah, Syeikh Muhd Zainul Asri, kekeliruan, keliru, jaga aqidah, puteri nur cahaya, cikgu ieta, mangsa fitnah, mangsa aniaya
Beginilah tamsilannya tukang sebar fitnah, netizen macai cybertroopers yang ghibah (mengumpat) asatizah, alim ulamak. 

Saya mantan guru agama dan mantan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sudah lama juga difitnah viral. Best oh. Seronok orang beri pahala. Alhamdulillah. Ada hikmah semua yang berlaku ini. Diharap sedikit pencerahan berkaitan Isu pindah ruh pada masyarakat awam ini membuka mata ramai supaya lebih beradab dan jaga aqidah kita supaya tidak terpesong apabila menulis berkongsi cerita walau di mana kita berada.



No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Saya bukan perawat, bukan guru silat, bukan guru kerohanian dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Sila bersabar, jaga adab, jangan taksub, jauhi syirik, jangan menipu dan jangan mencarut.

Saya anti penganiayaan, penipuan (scammer), amalan merepek, amalan syirik khurafat dan ajaran sesat. Semua amalan menyimpang dari agama Islam saya tolak terus. Saya tidak suka perdebatan, perbalahan mencarut dan memaki-hamun. Mereka yang biadap saya tinggalkan terus.

Rules saya :
1) Saya tidak memberi sedekah secara online.
2) Saya tidak berminat mengumpat, cerita hal orang tiada kaitan dengan saya, kondem tanpa dengar hal sebenar, saya tak nak dengar dan saya tak suka.
3) Beri salam senyap dan hendak bersembang kosong adalah dilarang sama sekali.
5) Hendak bimbingan (coaching), ikut rules saya. Lengkapkan borang diberi.

Terima kasih sudi berkunjung. Sila komen untuk saya singgah laman sosial anda pula. Hanya komen berkaitan entri (artikel) sahaja disiarkan. Harap maklum. 😁

Ingin beriklan secara professional? Sila e-mail kepada kisahcikguieta@gmail.com ya. 😁

Featured Post

SIAPA BLOGGER Puteri Nur Cahaya Cikgu iEta?